Apr 27, 2009

Just In Case We Forget....







SAY NO TO GHIBAH!!!






Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

cut n paste by: ichi

Apr 26, 2009

Realiti Pemuda!!!

Dan Dia lah Yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya Yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa Yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan Sesungguhnya ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (6:165)

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".(2:30)


Allah lah yg telah mengangkat martabat manusia di dunia ini. Kita dari hamba yg lemah lg hina diangkat menjadi khalifah iaitu pemimpin di dunia ini. Dan Allah tlh mengurniakan rezeki dan berbagai nikmat utk kite laksanakan tanggungjawab kite. Tp kalo kite lihat realiti skunk, dimanakah rezeki yg Allah kurniakan kpd kite digunakan? Kemane kah kite gunakan nikmat2 Allah itu? Di manekah tenaga2 pemuda Islam yg sepatutnye menjadi puncak pembangunan ummah? Renung-renungkan....

KEMANA REZEKI PARA PEMUDA KITE PERGI??

Apekah sebenarnye tugas kite sebagai khalifah ni? Kite sering dikecilkan degan tugas khalifah ni setakat menguruskan dunia, menjage bahan2 asli dunia, dan mengelakkn kerosakn di dunia. Tp secara spesifik nye, mengikut Imam al-Ghazali tanggungjawab khalifah ade 2 iaitu "iqqamatuddin wa siasatuddunia" atau maksudnye mendirikan agama dan menguruskan dunia. Jadi bagi mereka yg memahami tanggungjawab khalifah ni harus sedar bahawa tugas mendirikan agama jatuh atas setiap manusia maka secara automatiknye berdakwah itu juge tanggungjawab kite. Jadi "iqqamatuddin wa siasatuddunia" hanya tercapai bile kite melakukan dakwah.

Refleks la pade diri kite. kerana kite dicipta Allah bukan utk berseronok atau bersenag-lenang. Kite ade tujuan yg jelas yg bleh kite jalankan. Namun, bikankah Allah Maha adil dan Maha mengasihani itu telah kurnikan kite dgn pelbagai rezeki dan nikmat. Tp mne kesemua itu pergi?? Tup tap tup tap.... sedar2 duit da xde....mne perginye sume itu????

Lihatlah realiti pemuda kita, kemanakh mereka menyalurkan rezeki mereka dan kemanakah mase2 mereka dihabiskan?? Jika ditanye pasti mudah jawapan nye, utk memuaskan nafsu dan supeya mereka jadik up-to-date.


Tidak hairan kalo pemuda2 menggunakan wang yg mereka terima utk membeli computer baru supaya mereka dapat menghabiskan mase nerjam-jam di depan skrin comptr semata-mata utk menonton cite korea, maen game, chatting dan melayari laman2 web hiburan. Bkn ana nk kate beli comptr tu x bleh, jst pandai2 la nk gunakan....kalo ade mse leh la bace artikel2 islamic ke or layari laman web2 yg bermanfaat. Bape lame mereka mengahadap muke ke skrin yg x memberi makna kpd penciptaan kita. Bahkn mase yg ade 2 x plak digunakan utk ke ceramah2 agama yg hnye 30 minit shje dan kalo dibanddingkan hanye 1/4 dari mase sebuah movie or cite.

Juga kalo kite lihat budaya membaca komik, mangga or majalah hiburan da menjadi trend pde zaman skunk. Sape yg x kenal dgn majalah Mangga yg kalo dilihat sering melekat kat pemuda2 skunk. Tanpa disedari mereka bleh habiskan satu2 majalh dlam mase yg singkat shj or maybe x sampai dlm satu hari. Tetapi sungguh berat bagi mereka utk membaca Al-Quran walaupun sehelai sekalipun. Tidak keterlaluan kalo dikatakan ramai pemuda2 skunk tak memiliki Al-Quran langsung. Nauzubillah...

Kalo dilihat juga x sedikit wang yg dilimpahkan dalam memiliki handpone yg canggih, pakaian yg paling trendy dan juga aksesori2 yg inotive lg moden. Namun mengapakah utk menderma senayak RM2 dlam tabung amal dan tabung2 masjid menjadi sgat susah? Megapa mereka sangat peka dlm memperbaharui aksesori2 mereka tapi tidak lansung peduli utk memperbaharui iman dan meningkatkan ilmu agama mereka?

Banyak juga dikalangan pemuda skunk yg apabila berfikir keluarlah angan2 ttg awek mane yg bakal di'tackle" selepas ni, apakah movie yg nk ditonton selepas ni, macam mane nk dapatkan duit utk menbeli handpone baru da macam2 lagi. Ternyata tiada mase utk mereka berfikir ttg megapa mereka dijadikan, macam mane nk dalamkn ilmu agama, bagaimane nk tangani masalh isu sosial skunk dan bagamaina nk naikan semula ISLAM?? Hanyut, mereka terlau hanyut ditelan arus duniawi.
Jadi inikah ciri2 Khalifah yg disarankan oleh Allah SWT, dengan gaya hidup beginikh mereka ingin menjadi ahli syurga? Sesungguhnye syurga Allah bukanlah mudah utk diperolehi. Kita perlu kepada usha yg banyak da kite perlu tunaikan segala amanat dan tanggunjawab yg telah diberikan kpd kite oleh Allah. Namun ketahuilah bhw Allah itu Maha penyayang da Maha pengasih kerana Dia telah kurniakan kita penagguhan di dunia dan segala balasan di akhirat kelak.

Rata-rata sikap pemuda skrang yg begini menyebabkan Islam sukar utk bangkit dan tidak mampu menerajui dunia, "iqqamatuddin" tidak dilaksanakan "siasatuddunia" tentulah jauh panggang dari api. Islam hanyelah sebagai hiasan pade kad pengenalan mereka dan sebagai ritual sampingan mengikut hawa nafsu mereka, tanpa sebarang keterikatan kepada Islam dan konsep Islam itu syumul juga tidak difahami. Islam hanya diambil dari segi solat, puasa, zakat, dan haji yg kadang2 juga dilupai.

Jadi sudah menjadi tanggungjawab para2 daie' yg telah sedia ade utk menyebarkan dakwah dan menarik semula generasi pemudayang kian lame hanyut dalam arus kejahilan
.
Ayuh! Ya Ayyuhal Mudathir, kum fa’anzir!


Race VS Religion

Situasi 1
Di suatu petang yg hening... daku sedang membelek-belek buku-buku kat rak buku kat suatu sudut di dalam surau KTT yang indah permai... Sekali mataku terpandang pada al-Quran translation bahasa Cina... lantas aku yang jahil pun berkata... (di dlm hati)... "Ni pehal Quran dalam bahasa Cina ni? import dari mane ni? ni ajaran sesat ni? orang Melayu mane paham? ade ke orang Cina nak datang baca?"
Isk3... sungguh jahil aku... agama Islam bukan untuk orang Melayu je.. tapi untuk orang Cina... orang India gaks...

Situasi 2
Di suatu petang yang anginnya sepoi-sepoi bahasa, lokasi di KTT juga, aku sedang baca al-Quran. (al-Quran tanpa translation)... entah kenapa, aku tetibe jer terpikir (padahal dah nak dekat berbelas-belas tahun aku baca Quran).. kenapa Quran dalam bahasa Arab? Bestla orang Arab coz dapat paham.. Aku ni... Aku tak paham langsung apa yang aku baca...
Isk3... sungguh jahil aku... Quran dalam bahasa Arab coz Nabi Muhammad S.A.W orang Arab, dan aku sepatutnya baca translation untuk paham, baca tafsir gak untuk tambahkan kefahaman, dan master bahasa arab untuk lebih 'feel' al-Quran!

Situasi 3
Setahun / 2 tahun kemudian, di dalam bas 175 if i'm not mistaken.. (arghh, lantakla tak penting pun)... sewaktu pulang dari didactic centre, aku berborak-borak dengan sorang budak arab. Borak punya borak, sekali beliau tanya aku;

Dia : Are u a muslim?
Aku : (dalam hati).. ko tak nampak ke aku pakai tudung minah? grrr!!
(kat mulut ) yes?
Dia : But u don't know arabic?
Aku : blablabla (jawapan skema la.. mesti same dengan jawapan korang punya.. huhu)
(dalam hati) ape kau pikir agama Islam untuk orang Arab jer? woha!
huarghh!! husnuzon la m*ngk*k!!! (marah aku pada diri sendiri)

Kesimpulan
Islam sesungguhnya agama untuk semua. Tak kisah ler Arab ke, Melayu ke, Cina ke, India ke, Taiwan ke, Norway ke, Sweden ke, Denmark ke, Finland ke.. (blablabla)
Racism/ nationality/ whatsoever semakna dengannya are meaningless for our hereafter!
but in this world, it's meant to show people how Great Allah is.... to decide whatever He wants anything to be...

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu
dari lelaki dan perempuan dan
Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan.
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang yang lebih takwanya di antara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.
( 49 : 13 )

Apr 24, 2009

masih belum cukup matang mau dakwah???




p/s iya pak.. iya bu.. klu ngak "punya ilmu", masih bisa nyanyi2 kok... hehe...

**segan ngn adik kecik nih adehh..**

Apr 22, 2009

ABU JAHAL PAHAM ISLAM LEBIH DR KITE???

setelah di sound kak yana.. make nye.. nad pon menulis la entry nh.. haih~

JUM START!

Serius weyh!betul2! [ sile bace dgn nada seorng penjual obat~! kat psr malam] Abu Jahal memng paham Islam lebih daripada kita ini yang telah bershahadah dan mengaku diri ini sebagai Islam. Pelik x?? [ke korng tade rase pelik..:) ke rase x pduli pon], bagaimana abu jahal penentang Islam boleh je memahami Islam ini. Die punye paham pasal islam…smpai die menjadi penentang yang amat tegar dan penzalim terhadap ummat Islam yang terawal. Cmne bley jd cenggitu eh??

Meh! Truskan bace!.Yang mungkin sekali membuktikan betape si abu jahal ni memahami Islam itu. B4 kite mule.. jum kite kenal abu jahal ni sape sebenanye.. bak kate pepatah ‘xkenal make xcinte’ [kite nak kene cinte abu jahal ke?? Woha!] kite tuka jd ‘xkenal make xbenci’[khas tok abu jahal.. ahahah.].

Abu Jahal
-name sebenarnye Amr Ibn Hisyam.
-Dia merupakan pemimpin arab jahiliyah yang terkenal.
-Digelar Abu Jahal tidaklah bermaksud dia tidak mengetahui tetapi dia mengetahui dakwah Rasul itu, memahaminya, tetapi menentang dengan cukup tegar sekali.
-Dia juga digelar sebagai Abul Hakam. Dimana gelaran ini membawa maksud seorang yang memiliki kebijaksanaan (father of wisdom).

So.. cmne kite nak katakan yang seorang yang digelar sebagai father of wisdom ini tidak memahami dua kalimat arab yang mempunyai makna tiada ilah selain Allah dan Muhammad itu Rasullullah??

Abu Jahal merupakan seorang arab bahkan digelar dengan gelaran Abu Hakam, makanya dia ini pastinya seorang yang arif dalam hal-hal bahasa sebagaimana seorang best student anatomy [amek cth imah.. :) ] memahami anatomy. Tetapi kenapa tetap juga ditolak Islam itu mentah-mentah bahkan menentang dengan penuh tegar dan dahsyat?

Diceritakan suatu ketika Ar-Rasul berdakwah kepada kaum kerabatnya dengan mengajak kepada tiada ilah selain Allah dan Muhammad itu Rasul Allah, maka berdiri dengan lantangnya Abu Jahal ini dengan berkata,

”Jika itu kau bawakan kepada kami wahai Muhammad, maka kau telah melancarkan perang terhadap seluruh jazirah Arab tidak kira dengan orang arab atau bukan arab”.

kenapekah kalimah yang kite lihat sebagai kalimah y mudah ini boleh menyebabkan orang seperti Abu Jahal itu memerangi Muhammad SAW. KENAPE KALIMAH YANG SERINGKALI KITA SEBUTKAN DAN LAFAZ SETIAP HARI SEPERTI TAKDE APE-APE INI DI FAHAMI OLEH ABU JAHAL SEHINGGA DIE MENENTANG DENGAN PENUH TEGAR? Maka tidakkah kitE terpikir APAKAH MAKSUD SHAHADAH ITU SATU PERSATU. Dari makna kesaksian kepada maksud ilah kepada mengenal siapa itu Allah sehingga kepada mengakui dan mengenal apa itu Rasul dan siapakah Muhammad itu sebagai Rasul sebagaimana difahami oleh Abu Jahal?

Nampak ke semue orng?? Ke xnampak?? Ke saje xnk nampak?? Kikiki..

Disebab da malas nk copy n paste[kantoi curik artikel dr blog orng lain].. kite stop smpai sini eh... ahahah... sape2 y tercetus perasaan ingin tahu ape itu ilah... bley la bace 4 basic terms – al maududi... [bley la dwnload kat dakwah.info].. xpon gi lah SH...

Apr 21, 2009

JanGan wat - wat luPa!!



Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign teltii kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.



Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu lainakan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.



Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.



Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.



Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.



Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.



Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.



Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

FATWA BARU.. HARAM MENIKAHI GADIS SATU KAMPUNG


"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG"



Fatwa ini telah menimbulkan
perdebatan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. ikuti wawancara bersama Prof. Dr. Din syamsudin


Inilah isi wawancara tersebut:



Wartawan: Pak syamsudin, bagaimana boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung?



Prof. Dr. Din Syamsudin: Bagaimana tidak haram, menikahi empat orang gadis saje dah berat, apalagi satu kampung, kan itu banyak jumlahnya.....



hehe..

source: blogger temanlebah

Apr 10, 2009

Sekadar ilusi

Subhanallah! Cantiknya pelangi..

Allahuakbar! Indahnya alunan bacaan ayat2Mu

Alhamdulillah! Manisnya madu..

Subhanallah! Wanginya bunga.

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un..sakitnya jari tercucuk duri..

Setiap antara kita, insyaAllah, dianugerahkan oleh Allah dengan lima anggota deria: mata, telinga, lidah, hidung dan kulit.

Dengan sepasang mata kita dapat melihat alam ciptaan Allah. Setiap objek yang kita nampak hanyalah satu imej songsang yang terbentuk dan berpusat di retina mata, kesan daripada pantulan cahaya. Imej songsang ini kemudiannya ditafsir oleh otak sebagai satu imej yang tegak. Wahai pelajar2 sains yang arif lagi bijaksana, boleh ke kita melihat kalau takde mata atau buta mata?

Dengan sepasang telinga kita dapat mendengar lagu2 nasyid yang sedap dan suara lecturer2 kita yang dok bagi lecture. Setiap bunyi yang kita dengar hanyalah kumpulan gelombang yang masuk melalui lubang telinga. Gelombang ini meneruskan perjalanannya ke gegendang telinga. Gelombang diperkuat dan dihantar melalui tiga tulang yang sangat kecil ke tetingkap bujur dan tetingkap bulat. Dari sini, gelombang itu meneruskan perjalanan dan akhirnya ditafsir oleh otak sebagai bunyi-bunyian. Wahai pelajar2 sains yang arif lagi bijaksana, boleh ke kita mendengar kalau kita takde telinga atau pekak sepenuhnya?

Dengan lidah kita dapat merasa our moms’ cooking yang sedap lagi menyelerakan. Setiap makanan yang kita rasa hanyalah molecules yang menyerap ke dalam lapisan lidah dan mengaktifkan taste buds kita yang terbahagi kepada enam bahagian dengan empat kumpulan rasa: manis, masam, masin dan pahit. Menurut kata2 seorang lecturer yang pernah bagi lecture histology on oral cavity, dia kata makanan tu akan rasa lebih sedap kalau ada campuran macam2 rasa, e.g. masam manis, masam manis masin, etc. Wahai pelajar2 sains yang arif lagi bijaksana, boleh ke kita merasa makanan yang dimakan kalau kita takde lidah atau taste buds kita numb? Even kalau selsema yang menyebabkan hidung tersumbat pon, kita takde selera nak makan dan kalau makan tak rasa nikmat yang sepenuhnya sebab tak dapat rasa makanan tu betul2, betul tak?

Dengan hidung kita dapat menghidu bau-bauan: bau wangi, bau busuk, bau tengik, bau masam dan bermacam2 bau lagi. Setiap bau yang kita bau adalah hasil daripada molecules yang masuk ke dalam hidung dan mengaktifkan olfactory cells kat dalam hidung. Signals dihantar ke otak dan kemudiannya ditafsir oleh otak sebagai bau. Wahai pelajar2 sains yang arif lagi bijaksana, boleh ke kita menghidu kalau kita takde hidung? Tak payah tunggu hidung hilang, kalau hidung kita tersumbat dek mucous yang berlebihan pon kita dah tak dapat nak bau apa2, betul tak?

Dengan kulit kita dapat rasa sakit bila tercucuk benda tajam sebab ada nerves untuk rasa sakit, rasa panas bila terkena cerek panas sebab ada nerves untuk rasa panas, rasa sejuk bila pegang ais sebab ada nerves untuk rasa sejuk, rasa disentuh bila orang cuit kita sebab ada nerves untuk tactile and touch sense. Wahai pelajar2 sains yang arif lagi bijaksana, boleh ke kita rasa panas sejuk kalau kita takde kulit? Boleh ke kita grip something firmly kalau kita takde nerves untuk hantar signal to tell us how strong is our grip? Boleh ke kita rasa kalau kita berlanggar dengan orang atau benda kalau kita takde kulit?

Cuba fikirkan, kalau semua deria tu tak wujud, adakah kita dapat merasai dunia ni? Dapatkah kita merasai dunia ni kalau kita tak dapat melihat alam , tak dapat bau, tak dapat mendengar, tak dapat merasa dengan lidah dan tak dapat menyentuh dengan kulit? Adakah kita dapat merasai kewujudan semua benda yang diciptakan ni kalau bukan kerana deria yang dikurniakan oleh Allah? Boleh ke kita merasai kewujudan meja yang kita guna untuk belajar ni kalau kita takde mata untuk melihat dan kulit untuk menyentuh? Boleh ke kita merasai kewujudan makanan kalau kita tak dapat melihat, menghidu dan menyentuh makanan tu?

Nothing seems to be real kalau takde deria2 tadi, kan?

Tapi, walaupon takde deria2 tadi, kita masih dapat merasai kewujudan ruhiyah itu. Kita masih dapat merasa kewujudan roh itu sebab kita tak perlukan mata, telinga, lidah, hidung dan kulit untuk merasai kewujudan roh dalam diri. Pada ketika itu, yang hakiki adalah roh sahaja dan dunia hanyalah satu ilusi. Dunia ini hanyalah satu ilusi yang dijadikan nyata oleh deria2 tadi, tapi Allah dan roh itu satu kewujudan yang hakiki. Tanpa deria2 tadi, yang tinggal hanyalah Allah dan roh dalam diri. Begitulah kita perlu merasai kewujudan Allah tu, bak kata seorang naqibah ketika membincangkan kitab tauhid fasal 4 hari tu, “Kita kene percaya kewujudan Allah; komputer kat depan kita ni pon tak wujud tapi Allah itu sentiasa wujud”.

“Katakanlah (Muhammad), “Terangkanlah kepadaku jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan serta menutup hatimu, siapakah tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepadamu? Perhatikanlah, bagaimana Kami menjelaskan berulang2 (kepada mereka) tanda2 kekuasaan Kami tetapi mereka tetap berpaling”.

(Al-An'am,6 : 46)

Kenapa nak bercinta dengan illusion (dunia) kerana ianya pasti bertepuk sebelah tangan? Bukankah lebih baik bercinta dengan sesuatu yang real (Allah) kerana Allah pasti membalasnya ;)

Wallahu’alam.


“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”.

(Al-‘Asr, 103: 1-3)

Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu an la ilahailla anta, astaghfiruka wa atubilaik.

Apr 5, 2009

Erti sehelai tudung...




Assalamualaikum w.b.t,
Sebenarnye tujuan artikel kali ni ditulis nak share pandangan ttg tudung iaitu salah satu perkara yg WAJIB bg wanita muslim.. Alhamdulillah kalau kita tgk sekarang ni ramai sgt wanita yang mula bertudung lebih2 lagi bila dah berkembangnya fesyen busana muslimah sekarang ni dari tudung wardina ke tudung waheeda la siap ada tudung mawi lagi tu(pelik mawi pakai tudung ke?o_0??) n kalau tak silap siap ada award kat Dubai last year utk pereka2 fesyen busana muslimah ni.. tapi persoalan yg utama sekali bagi kita wanita yg berikrar dgn 2 kalimah syahadah dan yakin dgn ayat2 Allah s.w.t, apakah sbnarnya erti dan tujuan kita bertudung???

Saya sgt tertarik dgn kupasan dr buku "Women in Islam" karya Dr. Sherif Abdel Azeem dan pendapat beliau. Kita tahukan org2 non-muslim especially barat dgn sarcastically ckp perempuan islam ni cm kena tindas sbb kena pakai tudung, tak boleh pakai ketat n etc.. tapi betulke veil ni takde dlm Judaeo-Christian tradition??

Jom kita tgk straight dr record yg diutarakan dlm buku ni.(cewah)
1. Menurut Rabbi Dr. Menachem M. Brayer (prof of biblical litreature) dia quotes satu ancient Rabbis saying, " It is not like the daughters of Israel to walk out with heads uncovered" and " Cursed be the man who lets the hair of his wife been seen..a woman who exposes her hair for self-adornment brings poverty.." Dr Brayer ni terangkan dlm agama yahudi, wanita yg pakai head cover ni melambangkan self-respect n social status n sometimes symbolized a state of distinction n luxury..so, kalau pelacur2 dowg tak dibenarkan pakai tudung tapi diberi special headscarf utk dilihat respectable.. Kiranya main point pemakaian veil bg jewish ni personified the dignity and superiority of noble women.. tapi kan knapa skg ni takde org jews pakai tudung ek?? utk pengetahuan semua wktu 19th century bila dorg dah ddk kat europe, external pressure n secular culture buatkan dowg dah tak pakai tdg except kat synagouge.. ada pula yg alimla (alim kot) gantikan pemakaian tudung dgn wig!! kire bagi dowg still head cover kot..hihi

2. So camne pula dlm christian?? semua org pun dah perasan kan kalau nun2 tu pemakaian dowg memang selari la dgn apa yg dianjurkan islam, betul tak?? tapi kan tak stop kat situ je taw..menurut St. Paul dlm New Testament, saya ambil skit je la ayat dia.." If a woman does not cover her head, she should have her hair cut off; n if it is a disgrace for a woman to have her hair cut off or shaved off, she should cover her head. A man ought not to cover his head, since he is the image n the glory of God; but woman is the glory of man.." so dowg siap sbnarnya suro botakkan kepala bagi pompuan2 yg tak nak pakai tudung ni..ngeee..St Tertullian pulak tulis dlm dia pnya famous treatise " On the veiling of virgins" dia ckp " Young women, you wear your veils out on streets, so you should wear them in the church
,you wear them when you are among strangers, then wear them among your brothers.." so, kiranya macam main point veiling dlm christian menurut church leader2 dowg " The head covering is a symbol of woman's subjection to the man and to God.."

Dr semua fakta2 ni kira memangla benar dan sebenar2nya islam ni tak mengada2kan head cover ni n suka hati je org2 kafir ckp kita ni kena tindas la, kena control la, melanggar hak2 asasi manusia la..padahal dlm agama samawi pun ade.(khas utk laki kucing)hihi..n lebih teruk lagi mereka tak sedar yang merekalah sebenarnya yang mengeksploitasi wanita senang citer tgk je la movie2 or clip2 lagu mereka.. perempuan2 dah macam takde nilai..wallahualam.. So, apa pula erti tudung dlm islam??

• Dlm surah An-noor (24;30-31) , Allah s.w.t berfirman supaya wanita2 beriman menundukkan pandangan dan jaga kehormatan mereka..dgn cara apa?? ~janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka~tapi of coz ada pengecualian cthnya aurat boleh dilihat oleh suami n etc..^-^
• Kiranya sgtlah clear dlm Quran ni yg veil ni penting for modesty, tapi kenapa modesty tu pntg?? so kita tgk surah al-Ahzab(33;59) ~ Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani~

So, this is the whole point, modesty utk protect perempuan dr diganggu or molestation.. simply modesty is protection.. Kiranya the only purpose of the veil dlm islam is protection!!! Bknlah a sign of man's authority over woman mahupun woman's subjection to man spt dlm christian n bukan juga sign of luxury n distinction of noble woman mcm dlm yahudi..

Scr statistiknya kita sendiri dapat lihat betapa banyaknya kes2 sex abuse yg melibatkan wanita cthnya rogol n perempuan ni selalulah kna sexually assaulted dr lelaki2 yg bernafsu“pelik”.. In fact, islam ni sangatlah concern dgn keselamatan wanita sbb kita ni le
mah.. kita disuruh menutup aurat dgn sempurna supaya tak menimbulkan keghairahan lelaki. Oleh itu, sedar tak kita, pemakaian tudung ni sbnarnya adalah utk kebaikan kita sendiri..Allah s.w.t sayang sgt kat kita n nak kita selamat..nak lindungi kita.. so knapa kita masih mendustakan ayat2 Allah s.w.t demi kecantikan duniawi???

Tak dinafikan dgn berkembangnya butik2 dan busana muslimah secara positifnya semakin ramai wanita2 mula berjinak dgn tudung tetapi sempurnakah pemakaian tudung kita tuh atau adakah sekadar ikut syarat n lebih teruk lagi ikut fesyen?? Tak salah utk berfesyen dlm islam tetapi sebagai wanita yg iAllah mempunyai ilmu ttg islam walaupun kita mempunyai iman senipis rambut n nafsu yg sgttlaahhh suka kecantikan pastikan niat utama kita untuk dikenali sbg wanita yg baik2 dan scr tak langsung org tak kacau kita n keselamatan kita terjagala kan.. bak kata pepatah “mencegah lebih baik drpd mengubati”..unsur2 tabarruj haruslah seboleh2nya dielakkan..secara tidak langsung kita dah berjihad melawan hawa nafsu kita.. apa pula tabarruj ni? Tabarruj ni ialah berhias dgn berlebihan..kalau kita tgk skrang ni rmai wanita yg bertudung tapi tak macam pakai tudung kan.. so, kita tak nak lah jadi camtu kan..kita kata kita sayang kat Allah s.w.t hari2 dlm solat kita baca surah al-fatihah sbgai tanda kesyukuran so kita kenalah dgr cakap Allah s.w.t supaya pakai dgn ikut syarat yg betul.. takpe kita still cantik even tak pakai ketat2, tak make up over2 sbb Allah s.w.t dah berfirman yg kita ni adalah sebaik2 kejadian...^-^

Insyaallah saya harap sgt dgn pendapat2 dr buku ni dapat kita semua gunakan bersama dan saling menasihati antara satu sama lain. Islam sgtlah menghargai wanita n care sgt dgn kita sbb kita ni bakal menjadi ibu yg akan mencorakkan generasi muslim n muslimah akan datang so camne kita nak mendidik anak2 kalau diri kita pun masih menjadi hamba nafsu kan??akhir kata,.harap maaf atas segala kesalahan bahasa dan ada English sbb takut bila translate makna dah lain..hihi.. yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk juga datang dariNya tetapi di atas kelamahan saya sendiri..^-^ segala teguran amatlah diminta dan dihargai..

Apr 4, 2009

Oh Nabiullah

Bismillahirrahmanirrahim.

Setelah mendapat pandangan profesional, kami telah berjaya memilih pemenang bagi pertandingan puisi sempena Maulidurrasul yang lalu.

The winner is...jeng, jeng, jeng...


Cik Nor Nabilah bt Azmi!

Congrats!

Below is the poem beautifully written by her.


Oh Nabiullah

Oh Rasulullah,
at times when I’m stifling a cry
engulfed in melancholic, encircled in grief
I stop and wonder
of such strength that must be dwell in your heart
for you never lose aim
…and then I’m renewed…

Oh Habibullah,
at times when I feel like I’m falling into an abyss
plagued with despair, rendered hopeless and hapless
I pause and ponder
of such resilience that must be rooted in your heart
for your faith never wavered
…and then I am spirited…

Oh Waliullah,
at times when I’m overwhelmed with anger
pulsating with fierce rage, throbbing with wild fury
I restrain and reflect
of such patience that must have longed been nursed in your heart
for you have never tended to your whims
…and the volcano inside me subsides…

Oh Khatimul Anbiya’,
at times of fevetish pleasure
drowning in ecstasy yet floating on 7th heaven
I freeze and think
of such gratitude and humbleness that must reside in your heart
for the word ‘Alhamdulillah’ flows too naturally
for a being so ideal
…and I amazed…

And my heart beats a bit faster…

spRing camP!!!! from a zero to a HERO!

assalammualaikum!!

hope korg sume in gud health i'Allah!! waaaa sngt exciteD mgu depan akan bercuti kat bialystok ramai2!!!

nih nak share a short video on bialystok islamic centre where kt will melepak at i'Allah from 11 april - 13 april nih. hopefully korg ade some rough idea on how its gonna look like..




on how to get there:
all of us, [i mean most of us except a few people with extra duties =) ] akan bertolak ke bialsytok on 11 april 2009, saturday at 7.25am. i'Allah soon, mira will post the journey details and the cabin groupings.


on wut to bring:
brg2 keperluan masg2, klu ade sleeping beg n nk bwk pon ok jgak, ur identity documents and please do not 4get ur quran okie! klu ade mathurat, bley la bwk skali! and bring along ur mind, heart n soul with double triple extra sincerity i'Allah!! [Q20:75-76]


on wut we r gonna do thr:
keep in mind we are on quest to become a HERO! =) i'Allah [mau jadi rabbani sbb slalu ajar quran n tetap belajar quran Q3:79, mau istiqamah beriman Q:41:30-32, mau fahami dalami n amalkan Q3:102-110, sbb nk conquer dunia! Q 24:55 and Allah kate Allah tk kan ubah org tu klu die tk cuba! Q13:11 ]






okie people!!! klu nk tny pape.. feel free to ask!!

~Q12:67~

Apr 2, 2009

ALLAH S.W.T. MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya?


Apr 1, 2009

DotA anyone? hehe..


Forget carrots, video games boost night vision!!

Targeting virtual objects on screen helps train eyes to work in low-light, study finds.




Computer and video games that involve guns and shooting may not do much for a child's education but they can improve eyesight, according to a study showing that a person's night-time vision gets better after playing electronic action games.

Scientists found that games involving aiming and shooting at virtual objects on a computer screen can significantly increase people's ability to see objects in twilight conditions, when colours fade into different shades of grey.

Until now the only recognised way of improving a person's ability to detect small changes in shades of grey – visual "contrast" – was to improve the optics of the eye with contact lenses, spectacles or surgery.

But researchers have found that training on a video game can be just as effective, if not more so.

"Unfortunately, contrast sensitivity is one of the aspects of vision that is most easily compromised," said Daphne Bavelier, professor of brain and cognitive sciences at the University of Rochester in New York, who led the study published in the journal Nature Neuroscience.

"This problem affects thousands of people worldwide, including those with professional activities requiring excellent eyesight, and ageing populations, along with individuals who are clinically evaluated for vision problems such as amblyopia," Professor Bavelier said. "Normally, improving contrast sensitivity means getting glasses or eye surgery, somehow changing the optics of the eye. But we have found that action video games train the brain to process the existing visual information much more efficiently. The improvements last for months after game play has stopped."

The scientists tested the contrast sensitivity of a group of people who regularly played action video games, such as Unreal Tournament and Call of Duty, where the player has to shoot at virtual targets. They found the group's ability to detect different shades of grey was 58 per cent better on average than people who had not played the games.

Those who were not regular game players were then put through a training regime involving hours of console gaming. When they had completed the course, their contrast sensitivity had improved by 43 per cent on average.

"People who played action video games have better vision in the sort of conditions where there is not much contrast," said Professor Bavelier.

"It can make all the difference when driving at dusk, or in fog, in being able, for instance, to see a dog crossing the road in twilight.

"There are practical benefits for people who rely on their eyesight for their work, such as the military or commercial airline pilots.

"It shows that if you need to improve your vision, you can train your brain to get better at using the visual information you get," she said.

source: the independent