Apr 10, 2009

Sekadar ilusi

Subhanallah! Cantiknya pelangi..

Allahuakbar! Indahnya alunan bacaan ayat2Mu

Alhamdulillah! Manisnya madu..

Subhanallah! Wanginya bunga.

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un..sakitnya jari tercucuk duri..

Setiap antara kita, insyaAllah, dianugerahkan oleh Allah dengan lima anggota deria: mata, telinga, lidah, hidung dan kulit.

Dengan sepasang mata kita dapat melihat alam ciptaan Allah. Setiap objek yang kita nampak hanyalah satu imej songsang yang terbentuk dan berpusat di retina mata, kesan daripada pantulan cahaya. Imej songsang ini kemudiannya ditafsir oleh otak sebagai satu imej yang tegak. Wahai pelajar2 sains yang arif lagi bijaksana, boleh ke kita melihat kalau takde mata atau buta mata?

Dengan sepasang telinga kita dapat mendengar lagu2 nasyid yang sedap dan suara lecturer2 kita yang dok bagi lecture. Setiap bunyi yang kita dengar hanyalah kumpulan gelombang yang masuk melalui lubang telinga. Gelombang ini meneruskan perjalanannya ke gegendang telinga. Gelombang diperkuat dan dihantar melalui tiga tulang yang sangat kecil ke tetingkap bujur dan tetingkap bulat. Dari sini, gelombang itu meneruskan perjalanan dan akhirnya ditafsir oleh otak sebagai bunyi-bunyian. Wahai pelajar2 sains yang arif lagi bijaksana, boleh ke kita mendengar kalau kita takde telinga atau pekak sepenuhnya?

Dengan lidah kita dapat merasa our moms’ cooking yang sedap lagi menyelerakan. Setiap makanan yang kita rasa hanyalah molecules yang menyerap ke dalam lapisan lidah dan mengaktifkan taste buds kita yang terbahagi kepada enam bahagian dengan empat kumpulan rasa: manis, masam, masin dan pahit. Menurut kata2 seorang lecturer yang pernah bagi lecture histology on oral cavity, dia kata makanan tu akan rasa lebih sedap kalau ada campuran macam2 rasa, e.g. masam manis, masam manis masin, etc. Wahai pelajar2 sains yang arif lagi bijaksana, boleh ke kita merasa makanan yang dimakan kalau kita takde lidah atau taste buds kita numb? Even kalau selsema yang menyebabkan hidung tersumbat pon, kita takde selera nak makan dan kalau makan tak rasa nikmat yang sepenuhnya sebab tak dapat rasa makanan tu betul2, betul tak?

Dengan hidung kita dapat menghidu bau-bauan: bau wangi, bau busuk, bau tengik, bau masam dan bermacam2 bau lagi. Setiap bau yang kita bau adalah hasil daripada molecules yang masuk ke dalam hidung dan mengaktifkan olfactory cells kat dalam hidung. Signals dihantar ke otak dan kemudiannya ditafsir oleh otak sebagai bau. Wahai pelajar2 sains yang arif lagi bijaksana, boleh ke kita menghidu kalau kita takde hidung? Tak payah tunggu hidung hilang, kalau hidung kita tersumbat dek mucous yang berlebihan pon kita dah tak dapat nak bau apa2, betul tak?

Dengan kulit kita dapat rasa sakit bila tercucuk benda tajam sebab ada nerves untuk rasa sakit, rasa panas bila terkena cerek panas sebab ada nerves untuk rasa panas, rasa sejuk bila pegang ais sebab ada nerves untuk rasa sejuk, rasa disentuh bila orang cuit kita sebab ada nerves untuk tactile and touch sense. Wahai pelajar2 sains yang arif lagi bijaksana, boleh ke kita rasa panas sejuk kalau kita takde kulit? Boleh ke kita grip something firmly kalau kita takde nerves untuk hantar signal to tell us how strong is our grip? Boleh ke kita rasa kalau kita berlanggar dengan orang atau benda kalau kita takde kulit?

Cuba fikirkan, kalau semua deria tu tak wujud, adakah kita dapat merasai dunia ni? Dapatkah kita merasai dunia ni kalau kita tak dapat melihat alam , tak dapat bau, tak dapat mendengar, tak dapat merasa dengan lidah dan tak dapat menyentuh dengan kulit? Adakah kita dapat merasai kewujudan semua benda yang diciptakan ni kalau bukan kerana deria yang dikurniakan oleh Allah? Boleh ke kita merasai kewujudan meja yang kita guna untuk belajar ni kalau kita takde mata untuk melihat dan kulit untuk menyentuh? Boleh ke kita merasai kewujudan makanan kalau kita tak dapat melihat, menghidu dan menyentuh makanan tu?

Nothing seems to be real kalau takde deria2 tadi, kan?

Tapi, walaupon takde deria2 tadi, kita masih dapat merasai kewujudan ruhiyah itu. Kita masih dapat merasa kewujudan roh itu sebab kita tak perlukan mata, telinga, lidah, hidung dan kulit untuk merasai kewujudan roh dalam diri. Pada ketika itu, yang hakiki adalah roh sahaja dan dunia hanyalah satu ilusi. Dunia ini hanyalah satu ilusi yang dijadikan nyata oleh deria2 tadi, tapi Allah dan roh itu satu kewujudan yang hakiki. Tanpa deria2 tadi, yang tinggal hanyalah Allah dan roh dalam diri. Begitulah kita perlu merasai kewujudan Allah tu, bak kata seorang naqibah ketika membincangkan kitab tauhid fasal 4 hari tu, “Kita kene percaya kewujudan Allah; komputer kat depan kita ni pon tak wujud tapi Allah itu sentiasa wujud”.

“Katakanlah (Muhammad), “Terangkanlah kepadaku jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan serta menutup hatimu, siapakah tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepadamu? Perhatikanlah, bagaimana Kami menjelaskan berulang2 (kepada mereka) tanda2 kekuasaan Kami tetapi mereka tetap berpaling”.

(Al-An'am,6 : 46)

Kenapa nak bercinta dengan illusion (dunia) kerana ianya pasti bertepuk sebelah tangan? Bukankah lebih baik bercinta dengan sesuatu yang real (Allah) kerana Allah pasti membalasnya ;)

Wallahu’alam.


“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”.

(Al-‘Asr, 103: 1-3)

Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu an la ilahailla anta, astaghfiruka wa atubilaik.

2 comments:

  1. Wahai pelajar2 sains yg arif lg bijaksana,

    tiada deria,
    mampukah kt jd pelajar sains?
    mampukah kt jd doktor untuk merawat pesakit?
    mampukah kt untuk palpate, auscult dn sebagainye??
    mampu ke???

    renungkanlah...

    (nice work, mira!)=)

    ReplyDelete