Apr 25, 2016

[AMARGlobal] WEEKLY WRAPUP (19/04/2016-25/04/2016)

DALAM NEGARA:

El Nino: Agensi keselamatan perketat kawalan sempadan

Majlis Keselamatan Negara

KOTA BAHRU - Kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan dipertingkatkan berikutan penurunan paras air Sungai Golok di Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli. Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan Azhar Mohamad Yusof berkata, penurunan paras air Sungai Golok menyebabkan mudah berlaku penyeludupan di kawasan berkenaan.

Azhar berkata agensi penguatkuasaan seperti polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan, Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM) serta beberapa agensi keselamatan sempadan yang lain turut melaksanakan Operasi Bersepadu di kawasan sempadan.

Kes culik: Polis terima maklum balas positif

Gambar mangsa culik dimuatnaik di Facebook

BANGI - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendapat maklum balas positif dari pihak keselamatan Filipina dalam usaha menyelamatkan empat rakyat Malaysia yang diculik oleh lapan lelaki bersenjata di perairan Ligitan, Sabah pada 1 April lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ia hasil pertemuan pasukan tertinggi PDRM bersama pihak berkuasa Filipina baru-baru ini yang sedang merencanakan rancangan dan tindakan bagi membebaskan keempat-empat mangsa berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira 6.15 petang 1 April itu, empat rakyat Malaysia  daripada 10 kru sebuah kapal tunda diculik oleh kumpulan bersenjata yang memintas kapal mereka di perairan berhampiran Pulau Ligitan, Semporna ketika dalam pelayaran pulang dari Filipina ke Malaysia.

Empat lelaki yang berasal dari Sibu, Sarawak itu ialah Wong Teck Kang, 31, Wong Hung Sing, 34, Wong Teck Chii, 29, dan Johny Lau Jung Hien, 21. - Bernama

Selepas 82 tahun, TLDM kini bertaraf dunia

TLDM

KUALA LUMPUR - Bermula sebagai 'Brown Water Navy’ atau Tentera Laut Persisiran di awal penubuhannya pada 27 April 1934, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini boleh berbangga apabila sudah dilihat sebagai 'Blue Water Navy’ atau Tentera Laut Lepas bertaraf dunia.

Menempuh tempoh evolusi yang panjang dan mencabar lebih lapan dekad lalu juga telah meletakkan cabang agensi pertahanan negara itu kini sebagai barisan hadapan yang berpengalaman terutama dalam memimpin atau mengetuai pasukan tentera laut di rantau Asean.

Selain itu katanya, kekuatan TLDM kini telah meliputi tiga dimensi di lautan iaitu atas permukaan, permukaan dan bawah permukaan yang pastinya tidak boleh dipandang ringan oleh pihak musuh.

60 pasangan pengantin kena tipu

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat perancang perkahwinan didakwa telah menipu pelanggannya dengan menawarkan pakej perkahwinan murah sebelum bertindak menghilangkan diri.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut mendakwa terdapat hampir 60 pasangan telah ditipu syarikat berkenaan sejak tahun lepas.

"Pakej yang ditawarkan syarikat itu termasuklah dua set pakaian pengantin, pelamin, jurugambar, pintu gerbang, solekan dan 'photo booth'... kesemuanya ini hanya dikenakan dengan serendah RM1,000 hingga RM3,000," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

"Melalui ekspo itu, mangsa dikehendaki membayar sebanyak RM200 sebagai wang pendahuluan dan diminta menyelesai kesemua baki bayaran dalam tempoh sebulan," katanya sambil menambah syarikat itu turut menggunakan nama yang berbeza di setiap ekspo yang disertai bagi mengelak daripada dikesan mangsa sebelum ini.   

Lebih 1,000 belia terlibat rasuah sejak 2013

SPRM

CAMERON HIGHLANDS - Seramai 1,045 daripada 1,902 individu yang terlibat dalam kegiatan rasuah sejak 2013 adalah dalam kalangan belia yang berumur 40 tahun ke bawah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mustafar Ali berkata, golongan belia yang terlibat dengan jenayah kolar putih itu terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya termasuk profesional.

Mustafar berkata kefahaman mengenai bahaya rasuah perlu diperluaskan kepada masyarakat khususnya pelajar sekolah agar ia dapat difahami dengan lebih jelas seterusnya dipraktikkan ketika bekerja kelak.

Mustafar juga berharap program yang dijalankan SPRM dapat membendung belia daripada terjerumus ke kancah jenayah rasuah dan seterusnya melihat pengurangan dalam statistik tangkapan belia pada masa akan datang.

SU KBS terlibat gubah wang haram lebih RM16 juta

mahkamah

KUALA LUMPUR - Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan tiga individu termasuk sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas 191 pertuduhan berhubung aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM16,623,000 juta.

Pada 31 Mac lepas, Otman Arsahd, yang kini digantung tugas mengaku tidak bersalah atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan nilai RM38.4 juta.

Hari ini, Otman bersama Halmi Khalid dan Abdul Gafar Abdurahiman serta isterinya Siti Rohanah Hussien, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail, Hakim Mohd Nasir Nordin dan Hakim Sohaini Alias.

Otman, 57, menghadapi 64 pertuduhan menerima wang berjumlah RM16,623,000 hasil daripada aktiviti haram ke dalam akaun Maybank, RHB dan CIMB Berhad melalui cek antara 7 Mac 2012  hingga 11 Dis 2015.

Abdul Gafar, 42, iaitu pengarah syarikat peralatan sukan di bawah KBS, dan isterinya seorang surirumah, Siti Rohanah, 42, masing-masing didakwa atas 63 pertuduhan memindahkan sejumlah wang berjumlah RM15,723,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram menerusi 63 transaksi dari akaun bank tiga syarikat milik mereka ke akaun bank milik Otman bagi tempoh masa sama.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi berbeza antaranya RHB Bank cawangan Presint 8, Putrajaya, Menara Maybank Jalan Tun Perak dan Maybank Jalan Raja Laut.

Henti sementara khidmat Uber-GrabCar

Uber, Grabcar, teksi

SHAH ALAM - Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Shah Alam hari ini meminta kerajaan menghentikan sementara perkhidmatan pengangkutan dalam talian Uber dan GrabCar bagi memulihkan semula industri teksi di negara ini.

Setiausahanya Razali Sahran berkata, langkah itu juga perlu supaya kerajaan dapat mencari jalan penyelesaian dalam menangani lambakan perkhidmatan pengangkutan itu yang turut didakwa telah menjejaskan pendapatan 1,000 pemandu teksi di bandar raya ini.

Baru-baru ini sekumpulan pemandu teksi melakukan mogok di Bukit Bintang, Kuala Lumpur kerana membantah perkhidmatan Uber dan GrabCar.

Berikutan itu, kerajaan sedang mempercepatkan usaha merangka mekanisme terbaik bagi membolehkan perkhidmatan Uber dan GrabCar beroperasi pada platform yang sama dengan perkhidmatan teksi biasa. - Bernama

Semua perlu larang penggunaan polisterin
polisterin


KUALA LUMPUR - Semua negeri bukan sekadar Johor dan‎ Perak perlu melarang penggunaan bahan polisterin, kata Pengerusi NGO Kumpulan Alam Sekitar Malaysia (MENGO), Yasmin Rasyid.

Beliau berkata, langkah itu akan memastikan keberkesanan sepenuhnya dalam menghindari penggunaan polisterin terutama sebagai bekas makanan yang bahan itu merupakan pencemar kepada alam sekitar.
Larangan di Perak termasuk penggunaan plastik akan berkuat kuasa pada Jun tahun depan sementara Johor dijangka mengumumkan tarikh pelaksanaannya pada penghujung tahun ini.

Malah Universiti Sains Malaysia (USM) pernah menjadi organisasi dan universiti awam pertama untuk tidak menggunakan bahan polisterin termasuk sebagai bekas makanan dalam kalangan warga kampusnya.

Dari sudut lain, Pengerusi Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan Malaysia (CETDEM), Gurmit Singh berkata, pihak berkaitan misalnya penjual makanan dan pemilik restoran jangan mengambil kesempatan mengenakan harga lebih tinggi dengan penggantian bekas makanan jenis lain.


LUAR NEGARA:

Tujuh negara pertama kali sertai pertandingan tilawah

Al-Quran

KUALA LUMPUR - Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra dari 2 hingga 7 Mei ini akan menyaksikan penyertaan kali pertama daripada tujuh negara.    

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata, negara terbabit ialah Australia, Belanda, Hong Kong, Belgium, Sepanyol, United Kingdom dan Sweden yang masing-masing diwakili seorang qari dan qariah.    

Sebanyak 69 negara akan bertanding pada MTHQA tahun ini.

Beliau berkata bagi kategori tilawah, Malaysia akan diwakili johan qari dan qariah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-59 iaitu Wan Ainuddin Hilmi Abdullah dari Kelantan dan Nor Azrah Ayob dari Johor.

Bagi kategori hafazan, Malaysia akan diwakili johan qari dan qariah Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-37 iaitu Mohamad Omar Mansu dari Selangor dan Farihah Zulkifli dari Wilayah Persekutuan.  

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dijadual berangkat menyempurnakan perasmian dan penutup majlis berkenaan.     

Othman berkata johan qari dan qariah kategori tilawah akan menerima kepingan emas sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bernilai RM70,000, piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM40,000.

Bagi kategori hafazan, johan qari dan qariah bakal menerima kepingan emas sumbangan YaPEIM bernilai RM20,000, piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM20,000, katanya. - Bernama

Lagi letupan bom: Dua maut, 13 cedera

thailand\

NARATHIWAT - THAILAND. Dua orang mati ditembak di Yala pagi ini manakala 13 orang awam dan polis cedera dalam dua kejadian bom motosikal di bandar Narathiwat, selatan Thailand, tengah hari tadi.

Dalam kejadian 11 pagi di Muang, Yala, dua peniaga kayu getah dikenali sebagai Hamdi Talubo, 35, dan Yunu Late, 30, ditembak mati sekumpulan lelaki bersenjata yang mengekori kenderaan mereka.

Dua bom motosikal pula, yang masing-masing diletakkan di Lorong Lamai Uthi dan di hadapan Balai Polis Muang, meletup selang satu minit pada pukul 12.18 tengah hari tadi, kata Ketua Polis Narathiwat Mej Jen Pattanawut Angkanawin.

Angka kematian gempa Ecuador meningkat ke 654

Angka kematian gempa Ecuador meningkat ke 654

QUITO - ECUADOR. Angka kematian akibat gempa bumi 7.8 skala ritcher mengegarkan Ecuador baru-baru ini meningkat kepada 654 orang, kata pihak berkuasa pengurusan kecemasan.

Gempa bumi paling teruk sejak tujuh dekad mencederakan 16,600 orang dan 58 hilang sementara 113 orang berjaya diselamatkan dari bangunan yang runtuh.

Beberapa gegaran kuat dan lebih daripada  700 gegaran susulan terus menggoncang negara itu sejak gempa bumi besar mencetuskan panik seketika namun tiada kerosakan tambahan.
Gegaran dijangka berterusan untuk beberapa minggu.

Hampir 7,000 bangunan musnah, lebih daripada 25,000 orang tinggal di pusat perlindungan serta 14,000 anggota keselamatan dikerahkan menjaga ketenteraman di kawasan yang dilanda gempa.

Mangsa di zon gempa bumi itu telah menerima bantuan makanan, air dan ubat-ubatan daripada kerajaan dan puluhan pekerja bantuan asing.

Pyongyang dakwa ujian misil berjaya

Pyongyang dakwa ujian misil berjaya

SEOUL - KOREA SELATAN. Korea Utara, semalam mendakwa ia berjaya melancarkan ujian peluru berpandu balistik dalam air yang dilihat sebagai satu lagi cara untuk serangan nuklear lebih hebat.

Agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA  menyifatkan ujian misil dalam air tersebut yang turut diselia pemimpinnya, Kim Jong Un sebagai satu lagi kejayaan besar buat Pyongyang, meskipun laporan itu tidak mendedahkan tarikh dan tempat sebenar pelancaran dibuat.

170 pemimpin dunia bakal tandatangani Perjanjian Paris

170 pemimpin dunia bakal tandatangani Perjanjian Paris

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Lebih 170 pemimpin dunia bakal menandatangani Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon mengumumkan, 171 negara dijangka menandatangani perjanjian itu yang dicapai Disember tahun lalu dan menyifatkannya sebagai satu detik paling bersejarah.

Perjanjian Paris adalah kejayaan besar dalam rundingan iklim PBB sejak beberapa tahun lalu dan ia sekali gus meningkatkan harapan terhadap tindakan pantas dalam usaha memerangi pemanasan global. - Press TV

Tolak tuntutan ‘haram’ Israel

Tolak tuntutan ‘haram’ Israel

TEHERAN - IRAN. Kerajaan Iran, Jerman, Liga Arab dan Amerika Syarikat (AS), kelmarin menyertai Syria menolak tuntutan haram Israel ke atas Bukit Golan, sehari selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengumumkan wilayah tersebut akan menjadi sebahagian daripada Tel Aviv untuk selama-lamanya.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Kementerian Luar, Hossein Jaberi Ansari menegaskan perbuatan Israel itu secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa dan beliau menggesa masyarakat dunia supaya mengambil langkah serius untuk menghentikan tindakan provokatif tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil al-Arabi juga mengecam kenyataan Netanyahu selain menyifatkan ia sebagai provokasi melampau yang mencabuli undang-undang antarabangsa.

Dalam kenyataan berasingan, sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat (AS) juga menolak tuntutan haram tersebut dan menyatakan ia tidak akan sesekali mengiktiraf wilayah itu sebagai milik Tel Aviv.

Ketika mesyuarat Kabinet, Ahad lalu, Netanyahu memaklumkan ia menolak sebarang kemungkinan untuk mengembalikan Bukit Golan kepada Damsyik.

Beliau dengan angkuh turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya mengiktiraf Bukit Golan sebagai sebahagian daripada wilayahnya, sekali gus mencetuskan kecaman di seluruh dunia.

Susulan itu, Damsyik bertindak memberi respons segera apabila Timbalan Menteri Luarnya, Faisal Mekadad berikrar untuk 'membebaskan' Bukit Golan dari cengkaman rejim Israel.

"Kami bersedia melakukan apa sahaja untuk mengembalikan Bukit Gloan kepada Syria termasuk menggunakan tindakan ketenteraan," tegasnya. - Press TV

POLAND NEWS:

Pro-life march in Polish capital

Hundreds of pro-life activists took to the streets of Warsaw on Sunday in support of the ban. Photo: PAP/Jakub Kamiński

Hundreds of pro-life activists marched in Warsaw on Sunday in support of a planned bill to make abortion illegal in the country.

Cardinal Kazimierz Nycz said: “We don't defend human life because that is what the gospel says. Not even because it's the fifth commandment. We defend life, because it is a fundamental value for everyone. It is the foundation of human dignity.” 

Bishop Henryk Hoser expressed regret that the right to protect the lives of unborn children is still not absolute and unconditional within Polish law.

Poland’s current abortion laws, which have been in place since 1993, only allow the procedure if a woman's life or health is jeopardised by the continuation of a pregnancy, if the pregnancy is a result of a criminal act such as rape or incest, or if the foetus is seriously malformed. 

However, the PRO Foundation (Fundacja Pro) group is gathering signatures for a total ban as part of a so-called citizen's bill. 

Foreign students urged to stay indoors as Polish nationalists march 

Members of the National Radical Camp taking part in a previous march in Krakow. Photo: wikimedia commons/efka de

The Białystok University of Technology urged its foreign students to stay indoors over the weekend owing to a march of Polish nationalists in the north-eastern city 

Members of the so-called National Radical Camp (ONR) gathered in Białystok to mark the 82nd anniversary of the group's foundation.

The university's international relations office sent a message in English to all foreign students, noting that “a march of a nationalist group will take place in Białystok.
It is [the] National Radical Camp, which declares ideas of racism.

Therefore, we strongly recommend that you do not leave your dormitories from 11:00 am (Saturday 16/04) till 3:00 am (at night Saturday/Sunday).

In order to avoid any unpleasant incidents please do not go out to town and do not walk on the campus.

Stay inside the resident halls.”

Apr 18, 2016

[AMARGLOBAL] AMAR WEEKLY WRAP UP ( 11/4/2016 - 17/4/2016)

DALAM NEGARA

GEMPA : DUA RAKYAT MALAYSIA  DI ECUADOR DILAPORKAN SELAMAT














KUALA LUMPUR: Dua rakyat Malaysia bekerja di Ecuador yang dilanda gempa bumi Sabtu lepas, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di Chile.

Kedutaan itu mengesahkan Foo Boon Kiat dan Andrew Teoh Teck Keong, yang bekerja dengan Huawei Technologies Company Ltd, sebuah syarikat telekomunikasi multinasional China di Quito sejak setahun lepas, berada dalam keadaan selamat.

"Kedua-dua mereka selamat dan berada dalam keadaan baik. Kami berhubung dengan seorang daripada mereka semalam," kata kedutaan itu hari ini.

Kedutaan Malaysia di Chile juga ditauliahkan ke Ecuador.

Kedutaan itu akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Rakyat Malaysia yang mempunyai saudara mara sedang melawat atau menetap di Ecuador, boleh menghubungi Pegawai Bertugas kedutaan itu melalui talian +56966657242.

Gempa bumi itu berlaku pada 6.58 petang waktu tempatan Sabtu lepas, dengan pusat gempa dikesan pada kedalaman 10 kilometer di barat laut pantai Ecuador.

Ecuador mengisytiharkan darurat di enam wilayah dan mengerahkan kira-kira 14,000 anggota tentera serta pasukan keselamatan ke kawasan terjejas.
BBC News hari ini melaporkan sekurang-kurangnya 272 orang disahkan meninggal dunia dan lebih 1,500 cedera akibat bencana alam itu.

KTM KOMUTER HADAPI MASALAH TEKNIKAL,NETIZEN MENGAMUK











KUALA LUMPUR: “Dah 105 minit saya berdiri dalam KTM (Komuter) ni.”

“Naik tren pukul 7:15 (pagi), pukul 9:00 (pagi) baru gerak.”

Itu beberapa rungutan yang dikongsi oleh netizen hari ini di media sosial berikutan masalah teknikal Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Komuter.

Pengumuman di akaun Twitter rasmi KTM Komuter pada jam 7:09 pagi menyatakan masalah teknikal tersebut berlaku berhampiran stesen Kuala Lumpur menyebabkan komuter ke semua destinasi mengalami kelewatan berbanding jadual asal.
 KTM Komuter kemudiannya mengesahkan masalah teknikal telah dapat diatasi sekitar jam 10:22 pagi namun waktu perjalanan tren masih terganggu.

BODY OF ITALIAN STUDENT FOUND FLOATING IN PULAU REDANG













KUALA TERENGGANU: The body of an Italian student from Universiti Malaysia Terengganu (UMT) was found drowned in Pulau Redang Sunday evening.

The body of Borella Lorenzo, 27, was found floating 250 metres from the beach near Chagar Hutang on the island at about 5.15pm.

The student was believed to be snorkelling and taking pictures of marine life alone in the area, but the victim's friends later became suspicious of his disappearance and sought the assistance of villagers.

It was learnt that the student went to the island to conduct research on marine life.

Meanwhile, Kuala Terengganu police chief ACP Idris Abd Rafar, who confirmed the incident, said the victim's body had been sent to the Sultanah Nur Zahirah Hospital in Kuala Terengganu for post-mortem.

FENOMENA EL NINO DIJANGKA BERKAHIR JUN INI

KUALA LUMPUR: Sebuah Pusat Ramalan Iklim (CPC) menjangkakan Fenomena El Nino, yang menyebabkan Malaysia kini mengalami panas terik dan kemarau, berakhir pada Jun ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Beliau berkata CPC Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Nasional (NOAA) yang berpejabat di Amerika Syarikat menjangka fenomena itu tamat apabila bacaan Oceanic Nino Index (ONI) mencatat kurang daripada 0.5 darjah Celsius berbanding 2.0 darjah Celsius ketika ini.

"Impak El Nino terhadap suhu negara dijangka beransur reda apabila kekuatan El Nino semakin menurun selain peningkatan kekerapan hujan semasa musim peralihan monsun mencapai kemuncaknya pada penghujung April atau awal Mei nanti.

"Ini kerana hujan dan ribut petir terutamanya pada sebelah petang dan senja di negeri-negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah dan Sarawak akan lebih kerap berlaku semasa peralihan monsun," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Berdasarkan pencerapan terkini CPC itu, nilai ONI pada Jan-Feb-Mac lepas ialah 2.0 darjah Celsius manakala nilai ONI bagi Feb-Mac-April hanya akan diketahui setelah bacaan bagi keseluruhan April diperoleh.

Madius berkata El Nino lemah yang mula terbentuk pada Mac tahun lepas menjadi kuat pada Ogos tahun sama apabila anomali suhu permukaan laut di timur dan tengah kawasan Khatulistiwa Lautan Pasifik yang dikenali sebagai ONI mencatatkan nilai sekurang-kurangnya 1.5 darjah Celsius.

"Kekuatan El Nino mencapai nilai tertinggi pada Disember 2015 apabila nilai ONI mencapai 2.3 darjah Celcius. Nilai ini adalah sama dengan yang pernah berlaku pada kejadian El Nino 1997/1998," katanya.

Semalam, beliau berkata empat kawasan di seluruh negara mencatatkan bilangan hari tanpa hujan melebihi 24 hari setakat 6 April lepas.

Kawasan berkenaan ialah Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang yang  mengalami bilangan hari tanpa hujan selama 38 hari diikuti Felda Tenggaroh Timur 2 di Mersing, Johor selama 30 hari.
Dua daerah di Sabah iaitu Bahagian Pantai Barat Kota Belud dan dan Langkorn Estate, Kudat masing-masing mengalami 25 dan 24 hari tanpa hujan.

UTeM STUDENT EMBRACES ISLAM AT DR ZAKIR NAIK'S TALK













MELAKA: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) student Senkiran Dharma became the sixth non-Muslim to embrace Islam during a lecture byinternational preacher Dr Zakir Naik.

The 24-year-old telecommunication electronic engineering student recited the syahadah (declaration of the Islamic faith), guided by Dr Zakir, during a talk by the Islamic scholar at the university last night.

The Hindu-born Dharma made the decision to convert to Islam after asking Dr Zakir about the concept of heaven and hell for Muslims and non-Muslims.

"Yes, I have been waiting for this all my life," he said when asked by Dr Zakir on his decision to embrace Islam.

Dharma also said he had been researching on Islam the past three years and also had a twin who had embraced to Islam.

More than 20,000 people attended the talk on 'Islam - Problems and Solutions to Humanity' by Dr Zakir.

LUAR NEGARA

TRAUMA,TORTURE FOR SEX-TRACKFFICKED SYRIANS IN LEBANON













BEIRUT: The iron-gated doors and blacked-out windows keep the room dark at all hours of the day. Lingerie is splayed across the floor and a whip hangs over the bed.

This nightmarish setting north of the Lebanese capital is where Soha, a 26-year-old Syrian woman, was trapped for eight years with dozens of other Syrian victims of sex trafficking.

In an interview with AFP in southern Lebanon, Soha – a pseudonym for the soft-spoken brunette with black-polished nails – recounts her traumatic experience.

"We had to sleep with 15 to 20 men every day, sometimes 40 if we had a lot of 'work'," she says, taking deep breaths to steady her shaking voice.

"We weren't allowed to leave. The guards would bring us clothes, makeup and food."

Four months ago, Soha managed to escape from her captors and tried to get legal help.

Then in early April, security forces stormed the building where they were being held, breaking up the largest known sex trafficking ring in recent years.

At least 75 women – mostly Syrian – were freed.

More and more Syrians made vulnerable by war are becoming victims of sexual exploitation, including in Lebanon and Jordan, police and international organisations say.

People in Lebanon were shocked by the women's horrifying ordeal, as well as by accusations that the "moral police" were complicit and that a gynaecologist had carried out at least 200 abortions on the trapped women.

GEMPA BUMI DI ECUADOR RAGUT LEBIH 235 NYAWA













Sekurang-kurangnnya 235 maut dalam kejadian gempa bumi paling kuat pernah melanda Ecuador sejak berdekad lalu. Gempa 7.8 mangnitud itu turut mencederakan lebih 1500 yang lain dan merosakkan infrastruktur di negara itu.

GEMPA JEPUN: 11 DARI 18 PELAJAR MALAYSIA SUDAH KE FUKUOKA












KUALA LUMPUR: Seramai 11 daripada 18 orang pelajar Malaysia yang terlibat dalam insiden gempa bumi yang melanda Jepun pada Khamis telah pun tiba di Fukuoka, manakala 7 orang lagi masih di pusat evakuasi masing-masing dan menunggu arahan pihak berkuasa seterusnya.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar memaklumkan, semua pelajar itu merupakan penuntut di Kumamoto University, National College of Technology Kumamoto dan Ariake National College of Technology.

"Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Malaysia di Tokyo sedang memantau situasi ini dan akan memaklumkan perkembangan kejadian ini dari masa ke semasa.

"Kerajaan Jepun telah mengumumkan akan menghantar seramai 20,000 self-defence troops serta 5,500 polis, anggota penyelamat dan bomba ke daerah Kumamoto menjelang hari Ahad bagi membantu mangsa kejadian gempa bumi ini," jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan insiden gempa bumi berukuran 6.5 skala Richter yang melanda Daerah Kumamoto pada Khamis lepas.

Satu lagi gempa yang lebih kuat berukuran 7.3 skala Richter juga telah dilaporkan di daerah yang sama pada hari jam 1.25 pagi waktu tempatan Sabtu.

"Gempa bumi pertama telah mengakibatkan sembilan nyawa terkorban, manakala gempa kedua telah meragut 23 nyawa, menjadikan jumlah korban setakat ini seramai 32 orang.
"Seramai 70,000 orang telah dipindahkan ke pusat-pusat evakuasi di atas arahan pihak berkuasa, manakala sebanyak 200,000 buah rumah telah terputus bekalan elektrik," jelas kenyataan itu.

GEMPA BUMI KUAT MELANDA KUMAMOTO,JEPUN SEKALI LAGI











KUMAMOTO: Satu gempa bumi kuat  berukuran 7.3 magnitud melanda wilayah Kumamoto, Jepun awal pagi tadi, kurang 24 jam selepas kawasan sama dilanda gempa yang mengorbankan sembilan nyawa dan mencederakan lebih 800 yang lain.

Sekurang–kurangnya 18 orang disahkan terkorban dalam kejadian gempa bumi terbaharu itu.

Seorang jurucakap kerajaan di Wilayah Kumamoto, Takayuki Matsushita mengesahkan perkara itu dengan menyebut sumber polis dan jabatan bomba.

Bagaimanapun siaran television NHK melaporkan sekurang-kurangnya sembilan maut dan 760 yang lain cedera.Susulan gempa itu, agensi meteorologi Jepun pada awalnya mengeluarkan amaran tsunami dengan ombak setinggi satu meter di sepanjang pantai timur pusat gempa di Kumamoto.

Menurut agensi berkenaan sebahagian ombak sampai ke kawasan pantai Ariake dan Yatsushiro.

Bagaimanapun amaran ditarik balik beberapa jam kemudian.Sementara itu di beberapa kawasan terdapat kesan retak terbaharu akibat gempa bumi berkenaan.

Agensi meteorologi Jepun turut melaporkan sebahagian penduduk mengalami kecederaan dan terperangkap di sekitar kawasan Kumamoto.


LEBIH 40 MAUT AKIBAT BANJIR DI YAMAN DAN ARAB SAUDI





SANAA: Ribut dan hujan lebat telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 42 orang selama seminggu lalu di Arab Saudi dan Yaman, lapor kedua-dua kerajaan berjiran itu pada Khamis.

Sejumlah 24 orang maut di utara Yaman, manakala 18 nyawa turut terkorban di Arab Saudi akibat bencana banjir yang berpunca daripada hujan lebat.

Sumber dari agensi keselamatan pula berkata, 10 orang maut di wilayah Amran, di utara ibu negara Yaman, Sanaa.

Portal berita Al-Arabiya melaporkan, arus banjir telah memusnahkan beberapa buah rumah dan memutuskan laluan jalan raya di Amran dan Hajjah yang terletak di barat laut Sanaa.

Terdapat juga mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan tanah.

Di selatan Hajjah dalam wilayah Al-Mahwit, sebuah empangan telah pecah dan menyebabkan ladang pertanian musnah dan jambatan runtuh.

Sementara itu di Arab Saudi, 18 orang terkorban dalam hujanlebat sepanjang minggu lalu, kata agensi pertahanan awam yang telah menyelamatkan hampir 1,000 orang.

Dalam satu kenyataan, keadaan cuaca itu meninggalkan kesan di seluruh negara, dari Riyadh ke Hail, Mekah, Madinah, Al-Baha, Asir, Najran dan Jazan.

Antara yang maut ialah dua orang di barat daya Jazan, yang bersempadan dengan Yaman. Pasangan itu tidak dapat diselamatkan apabila tiga kawasan di daerah pergunungan iatu dilanda air banjir.
Lagi 27 orang  di Al-Baha turut cedera kerana terlibat kemalangan semasa hujan lebat.

Hujan lebat masih melanda Arab Saudi minggu ini, termasuk di Riyadh, yang sudah mengalami masalah perhubungan yang terputus selain mengumumkan penutupan sekolah.


FOREIGN STUDENTS URGED TO STAY INDOORS AS POLISH NATIONALIST MARCH

The Białystok University of Technology urged its foreign students to stay indoors over the weekend owing to a march of Polish nationalists in the north-eastern city .
Members of the so-called National Radical Camp (ONR) gathered in Białystok to mark the 82nd anniversary of the group's foundation.

The university's international relations office sent a message in English to all foreign students, noting that “a march of a nationalist group will take place in Białystok.
It is [the] National Radical Camp, which declares ideas of racism.
Therefore, we strongly recommend that you do not leave your dormitories from 11:00 am (Saturday 16/04) till 3:00 am (at night Saturday/Sunday).
In order to avoid any unpleasant incidents please do not go out to town and do not walk on the campus.
Stay inside the resident halls.”
ONR had apparently chosen Białystok as the destination for its jubilee march as a play was being staged in the town that grappled with enduring problems with racism in the city.
The play, 'White power, black memory', drew protests from other nationalist groups such as the All Polish Youth movement.

In May 2013, the city's mayor had pledged to tackle problems with racism in the city, following a rash of incidents. A programme was launched aimed at dealing with the issue.

ONR Legacy
The National Radical Camp was founded in 1934, but it was considered so extreme by the then Polish authorities that it was banned outright just three months after it was launched, following a wave of anti-semitic activity.
The ONR was revived in 1993 and officially registered as an association in 2012.
It is among the groups that organises an annual march in Warsaw on Polish Independence Day (11 March). The last Independence Day March was held under the slogan 'Poland for the Poles, Poles for Poland'. (nh/pk)