Apr 11, 2016

[AMARGlobal] WEEKLY WRAPUP (04/04/2016-11/04/2016)


DALAM NEGARA:

Emirates now flies to Bintulu & 14 more Malaysian destinations


PRAGUE CZECH REPUBLIC - JULY 1: Airbus A380-800 Emirates take off from PRG Airport during celebrate of 5 years of Emirates in Prague on July 1 2015. Emirates is an airline based in Dubai.

In a statement today (5th April 2016), Emirates said it now offers flights to 15 Malaysian destinations from Kuala Lumpur. These are Langkawi, Penang, Alor Setar, Kota Bharu, Kuantan, Kuala Terengganu, Johor Baru, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau and Labuan.

Apart from enjoying the convenience of a single combined ticket for Emirates and Malaysia Airlines-operated flights, he said passengers will also enjoy seamless travel options, and will be able to receive their tickets – as well as check in their baggage – at point of origin, to their final destination.


8 injured, Mid Valley management apologizes

8 injured, Mid Valley management apologizes

SHAH ALAM – Two small explosions happened due to a gas explosion at a food and beverage outlet located in Mid Valley around 9.45 am this morning (5 April 2016).

The incident was confirmed by Mid Valley Megamall management through their official Facebook update.

The small explosion happened due to re-installment works of the liquefied petroleum gas (LPG) system.

“No death was reported due to the explosion and maintenance workers, LPG contractors and tenants staff in the shopping mall only suffered minor injury and medical aid was given to them,” according to the Mid Valley management.

Mid Valley Management also apologized for the inconvenience and safety measures will be given top priority for the sake of tenants and visitors here.


Mara umum diskaun 50 peratus kepada peminjam gagal pengajian

Mara umum diskaun 50 peratus kepada peminjam gagal pengajian
KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) pada hari ini (7 April 2016) mengumumkan diskaun 50 peratus kepada peminjam Pinjaman Pelajaran Mara yang gagal pengajian bagi meringankan beban hutang mereka.

Menurut Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa, pemberian diskaun ini diberikan kepada mereka yang membuat bayaran balik secara sekali gus daripada baki pinjaman semasa mereka.

Sementara itu, pihak Mara sekali lagi bersetuju memberi tambahan diskaun sebanyak 20 peratus kepada peminjam Pinjaman Pelajaran Mara yang mendapat tajaan pada tahun 2010 dan sebelumnya yang lulus pengajian tetapi tidak mendapat kemudahan Pengurangan Bayaran Balik.

Sebelum ini, pada 25 Mac lalu, Mara mengumumkan diskaun 50 peratus kepada kategori ini, sekali gus membabitkan diskaun 70 peratus diberi kepada mereka.

Selain daripada itu, tambahan diskaun 20 peratus diberi kepada peminjam Pinjaman Pelajaran Mara yang layak mendapat kemudahan Pengurangan Bayaran Balik termasuk yang telah memperolehi Pengurangan Bayaran Balik.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di portal Mara sehingga 31 Disember 2016.

Perkosa alam semulajadi, Sungai Tembeling jadi mangsa kerakusan manusia

Kawasan tadahan air di kaki Gunung Dulang diteroka untuk tujuan perladangan kelapa sawit. - Gambar Astro AWANI/Tan Su Lin
JERANTUT: Penduduk terpaksa berdepan realiti bahawa sungai yang banyak membantu kehidupan mereka kini bakal kering-kontang.

Fenomena yang disifatkan luar biasa ini menyebabkan penduduk di Kampung Mat Daling, Ulu Tembeling, tidak dapat lagi menggunakan bot untuk menyeberangi Sungai Tembeling, sebaliknya mereka terpaksa berjalan kaki.

Keadaan bertambah buruk apabila kesan akibat musim kemarau ini menyaksikan sungai itu hampir kontang.

Penduduk mendakwa paras sungai yang surut itu disebabkan aktiviti pembalakan tidak terkawal di kawasan tadahan air di hulu Sungai Tembeling.

Menurut Pensyarah Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Awang Noor Abdul Ghani, apabila berlaku pembalakan, pasir dari kawasan yang dibalak akan dihanyutkan melalui sungai, sekali gus mendap dan mencetekkan sungai.

Jelajah Pendidikan Bumiputera bantu anak Orang Asli

Jelajah Pendidikan Bumiputera bantu anak Orang Asli
BALIK PULAU: Program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB), yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Mac lepas, diperluaskan kepada anak Orang Asli bagi memberi mereka peluang menyambung pelajaran ke peringkat tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Induk program, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata pihaknya akan memberi tumpuan beberapa kawasan di Perak, Kelantan dan Pahang yang memiliki komuniti Orang Asli.

JPB turut menyasarkan untuk mencari seramai mungkin pelajar Bumiputera yang tercicir dan memberi peluang kedua kepada mereka untuk melanjutkan pengajian.

LUAR NEGARA:


2 pesawat berlanggar di landasan di Indonesia




JAKARTA: Dua pesawat berlanggar di landasan sebuah lapangan terbang di Jakarta lewat hari ini (4 April 2016), memaksa penumpang keluar menggunakan gelongsor pelampung. Menurut kenyataan kementerian pengangkutan, tiada penumpang yang maut dalam insiden itu.

Sebuah pesawat Boeing 737-800 milik Batik Air, sayap perkhidmatan penuh satu daripada pengendali terbesar Asia, Lion Air Group, cuba berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma apabila sayapnya tersangkut pada ekor pesawat kecil yang sedang ditunda keluar dari landasan.

"Semua penumpang dan kru selamat dikeluarkan," menurut Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan.


Gempa 6.9 magnitud landa Vanuatu, tiada ancaman tsunami

Gempa 6.9 magnitud landa Vanuatu, tiada ancaman tsunami
SYDNEY: Satu gempa bumi kuat 6.9 magnitud melanda kepulauan Vanuatu pada Rabu (6 April 2016), namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa bumi itu berlaku pada 06.58 GMT, 109 kilometer dari Sola, Pulau Vanua Lava dan 442 kilometer dari Port Vila, menurut Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Insiden ini susulan gempa 6.9 magnitud yang berlaku di kepulauan sama pada Ahad lalu, namun tiada kerosakan dilaporkan.


Gempa bumi 5.9 magnitud landa pulau Jawa

Gempa bumi 5.9 magnitud landa pulau Jawa
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter berlaku di pulau Jawa pada 10.45 malam, Rabu (6 April 2016).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi, gempa itu berpusat 151 km ke barat daya Tasikmalaya, Indonesia dan 1,097 km ke barat daya Tebedu, Sarawak.

Jabatan itu berkata gempa bumi itu tidak menimbulkan ancaman tsunami.


Gempa bumi 6.6 magnitud gegarkan Afghanistan-Tajikistan

Gempa bumi 6.6 magnitud gegarkan Afghanistan-Tajikistan
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.6 skala Richter berlaku di sempadan Afghanistan-Tajikistan pada 6.28 petang 10 April 2016.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa terletak 153 kilometer ke tenggara Taloqan, Afghanistan dan 4,438 kilometer ke barat laut Padang Besar, Perlis.

MetMalaysia turut memaklumkan pusat gempa dikenal pasti di kedalaman 200 kilometer di bawah permukaan laut.

Tiada ancaman tsunami direkodkan.

Lebih 50 maut dalam kebakaran kuil di Kerala

Lebih 50 maut dalam kebakaran kuil di Kerala
NEW DELHI: Lebih daripada 50 orang terkorban dalam letupan dan kebakaran di sebuah kuil di selatan India ketika orang ramai sedang berkumpul bagi menyaksikan pertunjukan bunga api, ujar Menteri Dalam Negeri Kerala, Ramesh Chennithala.

Tambahnya, lebih daripada 150 orang cedera dalam insiden berkenaan.

Orang ramai berhimpun di kuil Hindu Puttingal Devi di bandar pesisiran pantai Paravur pada jam 3 pagi untuk menyaksikan pertunjukan bunga api.

Kebakaran dipercayai berlaku selepas letupan di bilik stor kuil yang menempatkan banyak mercun dan bunga api untuk sambutan tersebut, lapor Press Trust of India.

Kematian akibat kebakaran dan dipijak adalah insiden yang biasa terjadi di kuil atau sewaktu sambutan keagamaan.

Semua itu berlaku kerana kaedah aspek kawalan lemah dan kualiti piawaian keselamatan yang rendah.

18 tentera, 5 militan Abu Sayyaf maut bertempur di selatan Filipina

18 tentera, 5 militan Abu Sayyaf maut bertempur di selatan Filipina

MANILA: Sekurang-kurangnya 18 tentera dan lima militan terkorban dalam pertempuran selama 10 jam antara pasukan keselamatan Filipina dan kumpulan Abu Sayyaf di Basilan, selatan Filipina pada Sabtu (9 April 2016).

Media tempatan yang memetik jurucakap tentera Mejar Felemon Tan, melaporkan, selain kira-kira 50 tentera cedera, salah seorang militan yang terbunuh ialah warga Maghribi, Mohammad Khatfab.

Anak lelaki seorang pemimpin tertinggi Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon, turut terbunuh dalam pertempuran itu.

Sementara itu, The Philippine Daily Inquirer melaporkan keseluruhan platun telah ‘ditewaskan’, dan empat daripada tentera yang terkorban telah dipenggal kepala mereka.

Pertempuran itu bermula pada jam 7.55 pagi waktu tempatan pada Sabtu, ketika pasukan keselamatan itu bertembung dengan lebih 100 anggota militan terbabit.

BERITA POLAND:


Man detained after false bomb alerts at Polish airports

The Warsaw Chopin airport. Photo: Facebook.com/Lotnisko Chopina
Both Warsaw Chopin Airport and Warsaw Modlin Airport were evacuated following anonymous telephone calls late on Tuesday afternoon. About 300 people were evacuated from the former and around 400 from the latter.

However, nothing suspicious was found at either site.

Police say that a 30-year-old man has been detained near Warsaw in connection with the matter.

If guilty, he could serve up to eight years in prison.

It is the second false alarm to affect Warsaw Modlin Airport of late. On Easter Sunday, a drunken 28-year-old man allegedly told border guards that there was a bomb at the airport, leading to the evacuation of 800 people.

Anti-immigration march in Warsaw

Anti-immigration marchers at Warsaw's Castle Square. Photo: PAP/Jakub Kamiński
The marchers chanted "Poles against immigrants!" and "Down with the European Union."
The protest, organised by the far-right National-Radical Camp, started at Defilad Square and was to end at the capital’s Piłsudski Square.


Polish Prime Minister Beata Szydło said on Friday that the Visegrad Group, comprising Poland, Hungary, the Czech Republic and Slovakia, would not agree to a change in EU rules on the relocation of refugees.

Faced with an influx of migrants fleeing the war-torn Middle East and North Africa, the European Commission on Wednesday proposed changes to EU rules that would see asylum seekers automatically redistributed between member states, according to officials.
"Peace begins with a smile. Everytime you smile at someone it is an action of love a gift to that person a beautiful thing"

Mother Teresa

No comments:

Post a Comment