Apr 4, 2016

[AMARGlobal] WEEKLY WRAP UP (29/03/2016- 4/04/2016)

DALAM NEGARA:

Pesara tentera ditahan bawa 32,000 liter diesel:

Pesara tentera ditahan bawa 32,000 liter diesel

BUKIT KAYU HITAM - Agensi Keselamatan Sempadan (Aksem) Kedah menahan seorang pesara tentera bersama sebuah lori yang membawa muatan 32,000 liter diesel Khamis lalu, kerana menyalahgunakan permit dan dokumen penghantaran minyak.   

Komander Aksem Kedah, Abd Latif Abdul Rahman berkata, pesara berusia 44 tahun dan lori dipandunya ditahan kira-kira jam 4.30 petang ketika sepasukan anggota risik Aksem Bukit Kayu Hitam membuat rondaan di kawasan Ladang Rakyat Bukit Kayu Hitam.

Susulan itu katanya, suspek bersama kenderaan dianggarkan bernilai RM200,000 dan minyak bernilai RM43,200 itu ditahan dan dibawa ke pejabat Aksem Bukit Kayu Hitam atas kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barangan kawalan dengan niat melakukan kesalahan.

60 kebakaran hutan berlaku di Gerik akibat EL Nino:

1.8 hektar hutan terbakar

GERIK - Sebanyak 60 kes kebakaran hutan dilaporkan berlaku di Hulu Perak sepanjang Mac lalu berikutan cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata, kebanyakan kebakaran dipercayai akibat sikap tidak bertanggungjawab orang ramai yang membuang puntung rokok selain melakukan pembakaran terbuka.

Katanya, kebakaran pada 8.35 pagi itu bagaimanapun berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.20 petang berikutan keadaan hujan.

Sepasukan 30 anggota bomba dan tujuh penduduk kampung terlibat memadamkan kebakaran daripada merebak dari kaki gunung ke Bukit Kerunai di sini, katanya. - Bernama

4 rakyat Malaysia diculik 8 lelaki:

Kes Culik

KOTA KINABALU - Polis Sabah mengesahkan empat rakyat Malaysia diculik oleh lapan lelaki bersenjata di perairan Ligitan, kira-kira 6.15 petang, semalam.  
   
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata, empat rakyat Malaysia berumur 21 hingga 34 tahun itu merupakan antara sembilan kru kapal tunda yang sedang dalam perjalanan balik dari Filipina ke Malaysia.

Mereka ialah Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21.

Abdul Rashid berkata, beliau difahamkan kapal tunda dan kru telah dibawa ke Tawau, selain pihaknya turut mengambil keterangan daripada kru berkenaan bagi mendapatkan maklumat mengenai kes tersebut.

Setakat ini, belum ada panggilan diterima daripada penculik bagi permintaan wang tebusan, katanya.

Dakwa Mahathir jika ada unsur jenayah:

Rais Yatim

KUANTAN - Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosio Budaya, Tan Sri Dr Rais Yatim menegaskan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan calang-calang individu yang boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan.

Menurutnya, Mahathir hanya boleh didakwa sekiranya percakapan beliau mempunyai unsur jenayah. Rais berkata, perkara itu akan bertambah buruk sekiranya dakwaan tersebut dibuat sebagai tindak balasan politik semata-mata.

Kes libatkan RM1.8 juta selesai, 12 individu ditahan:

Khalid Abu Bakar

SHAH ALAM – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman berjaya menahan 12 orang individu dalam satu serbuan gempur skim gores dan menang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
Kejayaan JSJK tersebut disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.

Menurut Khalid, serbuan tersebut sekali gus berjaya menyelesaikan 47 kes sebelum ini dengan melibatkan wang bernilai RM1.8 juta.

Cuaca panas: Sekolah di Kedah, Perlis diarah tutup:

cuaca panas

GEORGETOWN - Ekoran cuaca panas melampau, semua sekolah di Kedah diarah tutup esok (Khamis), manakala di Perlis tutup selama dua hari bermula esok.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata keputusan itu diambil setelah kementerian mendapati suhu di dua negeri berkenaan melebihi 37 darjah Celsius lebih 72 jam akibat cuaca panas dan kering disebabkan fenomena El Nino.

Beliau berkata penutupan sekolah ekoran cuaca panas itu bagaimanapun hanya melibatkan ketidakhadiran murid-murid sahaja, namun proses pengajaran dan pembelajaran tidak perlu diganti.

"Operasi pentadbiran sekolah juga hendaklah berjalan seperti biasa," katanya. - Bernama


LUAR NEGARA:

Ditahan kerana ancaman bom dalam pesawat:

pesawat Lion Air

JAKARTA - INDONESIA. Sebuah pesawat Lion Air yang baru berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Thaha di Jambi, terpaksa berpatah balik dan mendarat cemas, setelah menerima ancaman bom oleh seorang penumpangnya hari ini.

Penumpang terbabit yang dipercayai seorang anggota polis mendakwa membawa bom di dalam begnya ketika pesawat itu berlepas untuk ke Jakarta.

Menurut laporan media dalam talian merdeka.com, setelah pesawat itu mendarat semula di lapangan terbang di Jambi pada pukul 8 pagi, pasukan khas pemusnah bom membuat pemeriksaan di dalam beg penumpang terbabit dan tidak menemui sebarang bahan letupan.

Katanya, lelaki terbabit mendakwa dia hanya bergurau dengan anak kapal berkenaan dan kini ditahan oleh pasukan khas polis di Jambi untuk siasatan lanjut.

Turki mula sekat aliran pelarian:

Turki mula sekat aliran pelarian

DIKILI - TURKI. Pengawal pantai Turki telah menghalang hampir 200 pelarian yang cuba untuk memasuki Greece, kelmarin, sebagai persediaan untuk mematuhi perjanjian kontroversi dimeterai bersama Kesatuan Eropah (EU) yang dijadualkan berkuatkuasa hari ini.

Agensi berita Dogan melaporkan, dua bot getah membawa kumpulan migran terdiri daripada 118 warga Eritrea, Syria, Iran dan Lubnan itu ditahan ketika dalam perjalanan dari Cesme di Ankara menuju ke Pulau Chios di Athens.

Sebuah lagi kumpulan membawa 64 migran turut dihalang ketika sedang menuju ke Pulau Lesbos dari bandar pesisir pantai Dikili.

Brussels ketatkan pemeriksaan di lapangan terbang:

Brussels ketatkan pemeriksaan di lapangan terbang

BRUSSELS - BELGIUM.  Lapangan Terbang Zaventem, di sini, dibuka semula, semalam, dengan tiga penerbangan simbolik selain melakukan pemeriksaan ketat terhadap penumpang, sekali gus membuka era baharu untuk perjalanan udara di Belgium susulan serangan menggemparkan bulan lalu.

Kelmarin, Ketua Eksekutifnya, Arnaud Feist memaklumkan perkhidmatan separa dengan kapasiti 20 peratus itu dimulakan dengan tiga penerbangan ke Faro, Athens dan Turin.

Menurutnya, salah satu perubahan terbesar adalah hanya penumpang yang mempunyai tiket dan dokumen pengenalan diri dibenarkan masuk ke balai berlepas dan bagasi mereka juga akan diperiksa oleh pihak berkuasa

Difahamkan, hanya kereta dibenarkan masuk ke premis itu dan kenderaan lain akan turut  diperiksa sebagai langkah berjaga-jaga. - AFP

United Airlines mohon maaf, halau keluarga Muslim:

United Airlines mohon maaf, halau keluarga Muslim

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Lima beranak beragama Islam berang selepas dihalau keluar dari penerbangan dengan alasan mereka 'menimbulkan masalah keselamatan', lapor Yahoo News.

Keluarga Eaman-Amy Saad Shebley merakam kekecewaan mereka dan memuatnaik sebuah video ke laman Facebook yang menarik kecaman orang ramai terhadap syarikat penerbangan United Airlines.

Menurut Eaman-Amy, suami dan tiga orang anak kecil dihalau selepas dia bertanya kepada kru penerbangan mengenai kerusi keselamatan untuk kanak-kanak.

Video yang dimuatnaik oleh Eaman-Amy bagaimanapun telah dipadam kerana menjadi viral dengan pantas.
Eaman-Amy kemudian memberitahu dia menghubungi khidmat pelanggan United Airlines dan syarikat berkenaan meminta maaf selain menawarkan untuk tiket penerbangan baharu ke Washington.

Selain memberikan alasan tidak munasabah, United Airlines juga mempertahankan tindakannya menghalau keluarga Eaman-Amy dari penerbangan.

Jejambat runtuh, 14 maut di Kolkata:

Jejambat runtuh, 14 maut di Kolkata

KOLKATA - INDIA . Sekurang-kurangnya 14 terbunuh manakala kira-kira 150 dikhuatiri masih terperangkap selepas sebuah jejambat yang sedang dalam pembinaan runtuh secara tiba-tiba di bandar Kolkata, semalam.

Media tempatan melaporkan orang ramai cuba untuk menyelamatkan mangsa terperangkap di bawah runtuhan besi dan simen sepanjang 100 meter di daerah komersial sesak berhampiran Taman Girish tersebut.

Rakaman stesen TV tempatan dari lokasi kejadian menunjukkan keadaan mangsa dalam keadaan berlumuran darah tersepit di bawah galang selain orang ramai cuba untuk menghulurkan botol air minuman kepada beberapa individu yang masih terperangkap.    

Sementara itu, pihak berkuasa memaklumkan kira-kira 70 mangsa cedera berjaya dikeluarkan dan kebanyakan daripada mereka mengalami pendarahan dalaman yang teruk.

Perampas pesawat EgyptAir ditahan:

Perampas pesawat EgyptAir ditahan

LARNACA – CYPRUS. Lelaki Mesir yang bertindak merampas sebuah pesawat penumpang EgyptAir telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Larnaca, Cyprus.

“Perampas itu baru sahaja ditahan,” menurut jurucakap kerajaan Cyprus, Nicos Christodoulides menerusi satu kenyataan di laman blog mikro Twitter.

Semalam, lelaki berkenaan merampas penerbangan EgyptAir 181 dari Iskandariah ke Kaherah, yang membawa 55 penumpang dan memaksa pesawat mendarat di Lanarca.

Sejurus mendarat, suspek membebaskan semua penumpang kecuali tiga anak kapal dan empat penumpang asing.

Memetik sumber keselamatan kerajaan, media tempatan Cyprus melaporkan motif rampasan adalah peribadi di mana perampas hanya meminta untuk menghubungi bekas isterinya yang berada di negara itu.
Presiden Cyprus Nicos Anastasiades juga berkata, kejadian itu tiada kaitan dengan keganasan - dpa


POLAND:

Poland considers complete ban on abortion:
poland-abortion2.jpg
Poland is considering legislation that would completely ban abortion in the EU member state country.
The proposals – criticised as “medieval”- would mean abortionwould be illegal even in cases of rape or if the foetus has a severe health issue.
Poland currently has some of the strictest abortion laws in Europebut allows terminations where rape or incest is involved or if the child would be born severely ill.

Poland approves large-scale logging in Europe's last primeval forest:

A herd of wild bison in the Białowieża forest. The forest is the last remaining primeval forest in European lowlands.

Poland has approved large-scale logging in Europe’s last primeval woodland in a bid to combat a beetle infestation despite protests from scientists, ecologists and the European Union.
The action in the Białowieża forest is intended to fight the spread of the spruce bark beetle.
Szyszko vowed that the logging plans would not apply to strictly protected areas of the primeval forest that was designated a Unesco World Heritage site in 1979.
But under the new plan, loggers will harvest more than 180,000 cubic metres (6.4m cubic feet) of wood from other areas of the forest over a decade, dwarfing previous plans to harvest 40,000 cubic metres over the same period.

No comments:

Post a Comment