Apr 18, 2016

[AMARGLOBAL] AMAR WEEKLY WRAP UP ( 11/4/2016 - 17/4/2016)

DALAM NEGARA

GEMPA : DUA RAKYAT MALAYSIA  DI ECUADOR DILAPORKAN SELAMAT














KUALA LUMPUR: Dua rakyat Malaysia bekerja di Ecuador yang dilanda gempa bumi Sabtu lepas, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di Chile.

Kedutaan itu mengesahkan Foo Boon Kiat dan Andrew Teoh Teck Keong, yang bekerja dengan Huawei Technologies Company Ltd, sebuah syarikat telekomunikasi multinasional China di Quito sejak setahun lepas, berada dalam keadaan selamat.

"Kedua-dua mereka selamat dan berada dalam keadaan baik. Kami berhubung dengan seorang daripada mereka semalam," kata kedutaan itu hari ini.

Kedutaan Malaysia di Chile juga ditauliahkan ke Ecuador.

Kedutaan itu akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Rakyat Malaysia yang mempunyai saudara mara sedang melawat atau menetap di Ecuador, boleh menghubungi Pegawai Bertugas kedutaan itu melalui talian +56966657242.

Gempa bumi itu berlaku pada 6.58 petang waktu tempatan Sabtu lepas, dengan pusat gempa dikesan pada kedalaman 10 kilometer di barat laut pantai Ecuador.

Ecuador mengisytiharkan darurat di enam wilayah dan mengerahkan kira-kira 14,000 anggota tentera serta pasukan keselamatan ke kawasan terjejas.
BBC News hari ini melaporkan sekurang-kurangnya 272 orang disahkan meninggal dunia dan lebih 1,500 cedera akibat bencana alam itu.

KTM KOMUTER HADAPI MASALAH TEKNIKAL,NETIZEN MENGAMUK











KUALA LUMPUR: “Dah 105 minit saya berdiri dalam KTM (Komuter) ni.”

“Naik tren pukul 7:15 (pagi), pukul 9:00 (pagi) baru gerak.”

Itu beberapa rungutan yang dikongsi oleh netizen hari ini di media sosial berikutan masalah teknikal Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Komuter.

Pengumuman di akaun Twitter rasmi KTM Komuter pada jam 7:09 pagi menyatakan masalah teknikal tersebut berlaku berhampiran stesen Kuala Lumpur menyebabkan komuter ke semua destinasi mengalami kelewatan berbanding jadual asal.
 KTM Komuter kemudiannya mengesahkan masalah teknikal telah dapat diatasi sekitar jam 10:22 pagi namun waktu perjalanan tren masih terganggu.

BODY OF ITALIAN STUDENT FOUND FLOATING IN PULAU REDANG













KUALA TERENGGANU: The body of an Italian student from Universiti Malaysia Terengganu (UMT) was found drowned in Pulau Redang Sunday evening.

The body of Borella Lorenzo, 27, was found floating 250 metres from the beach near Chagar Hutang on the island at about 5.15pm.

The student was believed to be snorkelling and taking pictures of marine life alone in the area, but the victim's friends later became suspicious of his disappearance and sought the assistance of villagers.

It was learnt that the student went to the island to conduct research on marine life.

Meanwhile, Kuala Terengganu police chief ACP Idris Abd Rafar, who confirmed the incident, said the victim's body had been sent to the Sultanah Nur Zahirah Hospital in Kuala Terengganu for post-mortem.

FENOMENA EL NINO DIJANGKA BERKAHIR JUN INI

KUALA LUMPUR: Sebuah Pusat Ramalan Iklim (CPC) menjangkakan Fenomena El Nino, yang menyebabkan Malaysia kini mengalami panas terik dan kemarau, berakhir pada Jun ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Beliau berkata CPC Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Nasional (NOAA) yang berpejabat di Amerika Syarikat menjangka fenomena itu tamat apabila bacaan Oceanic Nino Index (ONI) mencatat kurang daripada 0.5 darjah Celsius berbanding 2.0 darjah Celsius ketika ini.

"Impak El Nino terhadap suhu negara dijangka beransur reda apabila kekuatan El Nino semakin menurun selain peningkatan kekerapan hujan semasa musim peralihan monsun mencapai kemuncaknya pada penghujung April atau awal Mei nanti.

"Ini kerana hujan dan ribut petir terutamanya pada sebelah petang dan senja di negeri-negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah dan Sarawak akan lebih kerap berlaku semasa peralihan monsun," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Berdasarkan pencerapan terkini CPC itu, nilai ONI pada Jan-Feb-Mac lepas ialah 2.0 darjah Celsius manakala nilai ONI bagi Feb-Mac-April hanya akan diketahui setelah bacaan bagi keseluruhan April diperoleh.

Madius berkata El Nino lemah yang mula terbentuk pada Mac tahun lepas menjadi kuat pada Ogos tahun sama apabila anomali suhu permukaan laut di timur dan tengah kawasan Khatulistiwa Lautan Pasifik yang dikenali sebagai ONI mencatatkan nilai sekurang-kurangnya 1.5 darjah Celsius.

"Kekuatan El Nino mencapai nilai tertinggi pada Disember 2015 apabila nilai ONI mencapai 2.3 darjah Celcius. Nilai ini adalah sama dengan yang pernah berlaku pada kejadian El Nino 1997/1998," katanya.

Semalam, beliau berkata empat kawasan di seluruh negara mencatatkan bilangan hari tanpa hujan melebihi 24 hari setakat 6 April lepas.

Kawasan berkenaan ialah Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang yang  mengalami bilangan hari tanpa hujan selama 38 hari diikuti Felda Tenggaroh Timur 2 di Mersing, Johor selama 30 hari.
Dua daerah di Sabah iaitu Bahagian Pantai Barat Kota Belud dan dan Langkorn Estate, Kudat masing-masing mengalami 25 dan 24 hari tanpa hujan.

UTeM STUDENT EMBRACES ISLAM AT DR ZAKIR NAIK'S TALK













MELAKA: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) student Senkiran Dharma became the sixth non-Muslim to embrace Islam during a lecture byinternational preacher Dr Zakir Naik.

The 24-year-old telecommunication electronic engineering student recited the syahadah (declaration of the Islamic faith), guided by Dr Zakir, during a talk by the Islamic scholar at the university last night.

The Hindu-born Dharma made the decision to convert to Islam after asking Dr Zakir about the concept of heaven and hell for Muslims and non-Muslims.

"Yes, I have been waiting for this all my life," he said when asked by Dr Zakir on his decision to embrace Islam.

Dharma also said he had been researching on Islam the past three years and also had a twin who had embraced to Islam.

More than 20,000 people attended the talk on 'Islam - Problems and Solutions to Humanity' by Dr Zakir.

LUAR NEGARA

TRAUMA,TORTURE FOR SEX-TRACKFFICKED SYRIANS IN LEBANON













BEIRUT: The iron-gated doors and blacked-out windows keep the room dark at all hours of the day. Lingerie is splayed across the floor and a whip hangs over the bed.

This nightmarish setting north of the Lebanese capital is where Soha, a 26-year-old Syrian woman, was trapped for eight years with dozens of other Syrian victims of sex trafficking.

In an interview with AFP in southern Lebanon, Soha – a pseudonym for the soft-spoken brunette with black-polished nails – recounts her traumatic experience.

"We had to sleep with 15 to 20 men every day, sometimes 40 if we had a lot of 'work'," she says, taking deep breaths to steady her shaking voice.

"We weren't allowed to leave. The guards would bring us clothes, makeup and food."

Four months ago, Soha managed to escape from her captors and tried to get legal help.

Then in early April, security forces stormed the building where they were being held, breaking up the largest known sex trafficking ring in recent years.

At least 75 women – mostly Syrian – were freed.

More and more Syrians made vulnerable by war are becoming victims of sexual exploitation, including in Lebanon and Jordan, police and international organisations say.

People in Lebanon were shocked by the women's horrifying ordeal, as well as by accusations that the "moral police" were complicit and that a gynaecologist had carried out at least 200 abortions on the trapped women.

GEMPA BUMI DI ECUADOR RAGUT LEBIH 235 NYAWA













Sekurang-kurangnnya 235 maut dalam kejadian gempa bumi paling kuat pernah melanda Ecuador sejak berdekad lalu. Gempa 7.8 mangnitud itu turut mencederakan lebih 1500 yang lain dan merosakkan infrastruktur di negara itu.

GEMPA JEPUN: 11 DARI 18 PELAJAR MALAYSIA SUDAH KE FUKUOKA












KUALA LUMPUR: Seramai 11 daripada 18 orang pelajar Malaysia yang terlibat dalam insiden gempa bumi yang melanda Jepun pada Khamis telah pun tiba di Fukuoka, manakala 7 orang lagi masih di pusat evakuasi masing-masing dan menunggu arahan pihak berkuasa seterusnya.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar memaklumkan, semua pelajar itu merupakan penuntut di Kumamoto University, National College of Technology Kumamoto dan Ariake National College of Technology.

"Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Malaysia di Tokyo sedang memantau situasi ini dan akan memaklumkan perkembangan kejadian ini dari masa ke semasa.

"Kerajaan Jepun telah mengumumkan akan menghantar seramai 20,000 self-defence troops serta 5,500 polis, anggota penyelamat dan bomba ke daerah Kumamoto menjelang hari Ahad bagi membantu mangsa kejadian gempa bumi ini," jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan insiden gempa bumi berukuran 6.5 skala Richter yang melanda Daerah Kumamoto pada Khamis lepas.

Satu lagi gempa yang lebih kuat berukuran 7.3 skala Richter juga telah dilaporkan di daerah yang sama pada hari jam 1.25 pagi waktu tempatan Sabtu.

"Gempa bumi pertama telah mengakibatkan sembilan nyawa terkorban, manakala gempa kedua telah meragut 23 nyawa, menjadikan jumlah korban setakat ini seramai 32 orang.
"Seramai 70,000 orang telah dipindahkan ke pusat-pusat evakuasi di atas arahan pihak berkuasa, manakala sebanyak 200,000 buah rumah telah terputus bekalan elektrik," jelas kenyataan itu.

GEMPA BUMI KUAT MELANDA KUMAMOTO,JEPUN SEKALI LAGI











KUMAMOTO: Satu gempa bumi kuat  berukuran 7.3 magnitud melanda wilayah Kumamoto, Jepun awal pagi tadi, kurang 24 jam selepas kawasan sama dilanda gempa yang mengorbankan sembilan nyawa dan mencederakan lebih 800 yang lain.

Sekurang–kurangnya 18 orang disahkan terkorban dalam kejadian gempa bumi terbaharu itu.

Seorang jurucakap kerajaan di Wilayah Kumamoto, Takayuki Matsushita mengesahkan perkara itu dengan menyebut sumber polis dan jabatan bomba.

Bagaimanapun siaran television NHK melaporkan sekurang-kurangnya sembilan maut dan 760 yang lain cedera.Susulan gempa itu, agensi meteorologi Jepun pada awalnya mengeluarkan amaran tsunami dengan ombak setinggi satu meter di sepanjang pantai timur pusat gempa di Kumamoto.

Menurut agensi berkenaan sebahagian ombak sampai ke kawasan pantai Ariake dan Yatsushiro.

Bagaimanapun amaran ditarik balik beberapa jam kemudian.Sementara itu di beberapa kawasan terdapat kesan retak terbaharu akibat gempa bumi berkenaan.

Agensi meteorologi Jepun turut melaporkan sebahagian penduduk mengalami kecederaan dan terperangkap di sekitar kawasan Kumamoto.


LEBIH 40 MAUT AKIBAT BANJIR DI YAMAN DAN ARAB SAUDI





SANAA: Ribut dan hujan lebat telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 42 orang selama seminggu lalu di Arab Saudi dan Yaman, lapor kedua-dua kerajaan berjiran itu pada Khamis.

Sejumlah 24 orang maut di utara Yaman, manakala 18 nyawa turut terkorban di Arab Saudi akibat bencana banjir yang berpunca daripada hujan lebat.

Sumber dari agensi keselamatan pula berkata, 10 orang maut di wilayah Amran, di utara ibu negara Yaman, Sanaa.

Portal berita Al-Arabiya melaporkan, arus banjir telah memusnahkan beberapa buah rumah dan memutuskan laluan jalan raya di Amran dan Hajjah yang terletak di barat laut Sanaa.

Terdapat juga mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan tanah.

Di selatan Hajjah dalam wilayah Al-Mahwit, sebuah empangan telah pecah dan menyebabkan ladang pertanian musnah dan jambatan runtuh.

Sementara itu di Arab Saudi, 18 orang terkorban dalam hujanlebat sepanjang minggu lalu, kata agensi pertahanan awam yang telah menyelamatkan hampir 1,000 orang.

Dalam satu kenyataan, keadaan cuaca itu meninggalkan kesan di seluruh negara, dari Riyadh ke Hail, Mekah, Madinah, Al-Baha, Asir, Najran dan Jazan.

Antara yang maut ialah dua orang di barat daya Jazan, yang bersempadan dengan Yaman. Pasangan itu tidak dapat diselamatkan apabila tiga kawasan di daerah pergunungan iatu dilanda air banjir.
Lagi 27 orang  di Al-Baha turut cedera kerana terlibat kemalangan semasa hujan lebat.

Hujan lebat masih melanda Arab Saudi minggu ini, termasuk di Riyadh, yang sudah mengalami masalah perhubungan yang terputus selain mengumumkan penutupan sekolah.


FOREIGN STUDENTS URGED TO STAY INDOORS AS POLISH NATIONALIST MARCH

The Białystok University of Technology urged its foreign students to stay indoors over the weekend owing to a march of Polish nationalists in the north-eastern city .
Members of the so-called National Radical Camp (ONR) gathered in Białystok to mark the 82nd anniversary of the group's foundation.

The university's international relations office sent a message in English to all foreign students, noting that “a march of a nationalist group will take place in Białystok.
It is [the] National Radical Camp, which declares ideas of racism.
Therefore, we strongly recommend that you do not leave your dormitories from 11:00 am (Saturday 16/04) till 3:00 am (at night Saturday/Sunday).
In order to avoid any unpleasant incidents please do not go out to town and do not walk on the campus.
Stay inside the resident halls.”
ONR had apparently chosen Białystok as the destination for its jubilee march as a play was being staged in the town that grappled with enduring problems with racism in the city.
The play, 'White power, black memory', drew protests from other nationalist groups such as the All Polish Youth movement.

In May 2013, the city's mayor had pledged to tackle problems with racism in the city, following a rash of incidents. A programme was launched aimed at dealing with the issue.

ONR Legacy
The National Radical Camp was founded in 1934, but it was considered so extreme by the then Polish authorities that it was banned outright just three months after it was launched, following a wave of anti-semitic activity.
The ONR was revived in 1993 and officially registered as an association in 2012.
It is among the groups that organises an annual march in Warsaw on Polish Independence Day (11 March). The last Independence Day March was held under the slogan 'Poland for the Poles, Poles for Poland'. (nh/pk)


No comments:

Post a Comment