May 6, 2013

Boleh ke aku ni?



Pernah tak kadang-kadang tu, dalam kita berusaha membuat persiapan untuk exam, tiba-tiba kita rasa semua usaha kita selama ni sia-sia? Sebabnya kita tak ingat apa yang kita dah baca (walaupun dah ulang banyak kali). Kita rasa macam tak pernah baca sebelum ni.Kita rasa sangat kecewa dengan diri sendiri. At last, kita putus asa. Kita rasa dah malas nak baca. Kita rasa tak guna pun untuk kita baca sebab kita tak ingat pun.  Especially kalau exam dah tinggal beberapa hari  saja  lagi. Kita akan rasa memang mustahil untuk kita lulus exam tu. So kita pun kata:

“Ah biar la, malas dah aku nak baca. Bukan ingat pun.“

“Arggggghh!!! Penat je baca. Satu apa pun tak ingat. ”

“Biar je la…. Mmg confirm fail pun. Nanti retake je la.”

Pernah tak terlintas dalam fikiran kita ayat-ayat macam ni atau sewaktu dengannya? Mengaku cepat!

Come on!  Wake up!

Siapa kita dan apa hak kita untuk cakap kita akan pass atau fail exam tu? Kita ada kebolehan meramal masa depan ke? Of course tak kan? Di mana kita letak keyakinan kita pada Allah? Sejauh mana kita yakin dengan pertolongan Allah?Kenapa kita nak sibuk-sibuk fikir pasal result exam tu? Tugas kita ialah berusaha bersungguh-sungguh (tanpa ada rasa PUTUS ASA) Result tu bukan tugas kita. Itu kerja Allah.Tak payah la pening-pening fikir pasal tu. Berusaha je semampu boleh, keputusan tu, kita serah pada Allah. Tawakal pada-Nya.  Doa banyak-banyak. Yakin dengan pertolongan Allah. Yakinlah bahawa apa pun keputusannya,itu yang terbaik untuk kita. Itu adalah tarbiyyah untuk kita. 

Kadang-kadang, disebabkan terlalu banyak exam,kita terlupa tujuan sebenar kenapa kita belajar.Kita belajar semata-mata untuk lulus exam.Kita seolah-olah mengabdikan diri kita untuk exam.  Kita jadikan matlamat utama kita belajar adalah untuk lulus exam.Kita terlupa matlamat yang lebih utama dan lebih penting daripada itu,iaitu untuk mencari redha Allah.Kita terlupa tujuan sebenar kita belajar adalah untuk mengutip  pahala bagi meraih redha Ilahi.

 Allah itu Maha Adil. Allah akan mengambil kira SETIAP usaha kita, walaupun sekecil-kecil usaha.Semuanya tidak akan terlepas dari pandangan dan penilaian Allah. Setiap penat lelah kita akan dibayar dengan pahala daripada Allah,Yang Maha Pemurah,Yang Maha Penyayang.Jadi, jangan sesekali kita fikir usaha kita selama ini sia-sia.Pass ke fail ke,yakinlah bahawa Allah mengira setiap usaha yang kita dah buat, kalau betul-betul kita niat kerana Allah.

Jadi, kalau kita niat belajar kerana Allah, kerja kita akan jadi lebih mudah.Kenapa?Sebab kita tahu tugas kita ialah belajar.Pasal result, kita serahkan kepada Allah.Kita tak perlu sibuk-sibuk spend masa fikir pasal result.Sebab kita yakin apa pun keputusannya, Allah mengira setiap usaha dan penat lelah kita.Jadi, kalau kita dah niat belajar kerana Allah, of course kita akan belajar bersungguh-sungguh. Kita akan berusaha sedaya yang mampu. Kerajinan dan ketekunan untuk belajar akan datang dengan sendirinya tanpa perlu dipaksa atau dibuat-buat.  Senang bukan?

Jadi, marilah kita sama-sama memperbaharui niat kita(tajdid niat).Yakin dengan pertolongan Allah.Tiada yang mustahil jika Allah mengkehendaki.Dan yakinlah bahawa, dalam setiap kesusahan yang kita hadapi, ada kemudahan yang mengiringi.

“Sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan.” (94:6)

Success is to be measured not so much by the position that one has reached,  but by the obstacles which one has overcome while trying to succeed.  (quoted)




Penulis:

Nurul Iffah Md Ruslan
Pelajar perubatan tahun ke empat
Medical University of Warsaw


Kenyang Perut Dapat Berkat..


Cinta Itu Suatu Kuasa Yang Mampu Mengubah Sekiranya Kena Pada Tempatnya.


May 5, 2013

Tenang untuk menang!




Pelbagai ragam pilihan raya umum 13 yang telah pun berlalu: tabung undi hilang, dakwat tidak kekal, pengundi hantu, ’blackout’, tv lambat umum (tv ‘slow motion’).Qada’ dan qadar itu telah pun tertulis dan kita imani sepenuhnya sebagai seorang muslim. Ketetapan itu bukanlah ditetapkan manusia biarpun pelbagai alasan dan bukti mampu kita senaraikan.

Itu TAKDIR Allah..apapun ia..

Hikmah disebaliknya hanya Allah yang sebenar-benar tahu.Positiflah dengan Allah.
Mungkin Allah inginkan hamba-hambanya lebih dahulu memiliki diri yang hebat sebelum menerajui kerajaan dengan hebatnya.Kepimpinan yang hebat akan Allah serahkan kepada mereka yang layak, tepat pada masanya suatu hari nanti.

Mungkin ada yang buntu tika ini, seolah-olah musnah segala harapan, tiada masa depan.Betulkan persepsi,kuatkan inspirasi.Tidaklah Allah ingin dan pandang kerajaan yang hebat tapi manusianya masih ditampuk yang sama, tidak ingin untuk membetulkan diri, mendekatkan diri kepada Allah..
Masih dengan maksiat yang sama.
Masih dalam kemalasan yang sama.
Masih dalam pemikiran yang sama.
Masih sibuk dengan kehidupan sendiri sahaja.

Ya,mungkin ada yang berhujah negaralah yang perlu kita kuasai untuk merubah masyarakat, mencipta suasana yang lebih aman damai harmoni lagi adil dan saksama.Benar,tiada keraguan disitu.Namun, betulkan niat juga.Jika benar niat dihati, tiada yang dapat menghalangi.

Tiada siapa yang dapat menghalang manusia menjadi lebih baik dengan keputusan itu,melainkan manusia sendiri yang menghalang dirinya daripada dibetulkan dan dinasihati..
Fitrah manusia inginkan kebaikan.Sedarkah kita jiwa hamba ini juga sedang memberontak inginkan perubahan.Perubahan diri yang benar-benar Allah redha.Jangan bataskan perubahan diri hanya jika kita miliki kerajaan, tapi mulalah dari sekarang agar kita menjadi yang teratas..

Kita mampu wujudkan suasana islami itu dari diri sendiri.Tidak perlu menunggu hanya bila dapat menguasai.Suasana islami itu suasana sejahtera yang juga dapat dirasa bagi mereka yang bukan muslim.Tingkahlaku dan sifat Nabi cukup untuk melahirkan suasana senang dan tenang pada manusia sekelilingnya.Cukup untuk kita contohi  ketika ini.Tarbiyah diri.Ghayyir nafsak wad’u ghairak.Ubahlah diri dan serulah yang lain.

Rendahkanlah ego kita untuk diteguri dan dinasihati.
Ego yang menolak ruang-ruang kebaikan untuk dimanfaati
Ego yang menghalang diri maju mencari redha illahi
Ego ini membuat diri merasa cukup dengan apa yang ada, merasa diri lebih baik dari yang lain
Ego yang juga membuatkan iblis tidak tunduk kepada perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam ciptaanNya.
Ego inilah yang menukar kedudukan asalnya yang mulia di syurga menjadi yang terhina di neraka bersama mereka yang mengikutinya.
Muhasabahlah diri sebanyak dan semampu mungkin,agar hebat diri disisi Allah,bukan disisi manusia,kerana kita pasti kan pulang kepadaNya.

Kata Yahya bin Mu’adz mengingatkan,“Menurutku, ada enam hal yang termasuk  tipuan paling besar:

1)      Mengharap ampunan dari Allah tapi terus menerus melakukan dosa tanpa penyesalan
2)      Merasa dekat dengan Allah tetapi tidak melakukan ketaatan
3)      Menunggu tanaman syurga tetapi selalu menyemai benih amalan neraka
4)      Mencari istana orang-orang yang taat tapi selalu berbuat maksiat
5)      Menanti pahala tapi tidak mahu beramal
6)      Mendambakan kasih sayang Allah tetapi selalu melanggar ketentuanNya''

Jangan tertipu dengan diri sendiri..ayuh muhasabah dan berubah!Mencari kemenangan bagi diri perlu ketenangan..

Kata Syeikh Imam Hassan Al-Banna pula,“Aku bisa tenang jalani hidup ini kerana empat hal:

1)      Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan jatuh ke tangan orang lain, maka hatiku menjadi tenang
2)      Aku tahu bahawa tugasku tidak akan dikerjakan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengannya
3)      Aku tahu bahawa Allah selalu melihatku, maka aku malu jika aku menjatuhkan diriku dalam lumpur dosa
4)      Aku tahu bahawa ajalku itu pasti datang, maka aku selalu bersiap-siap menantinya”

Orang yang menang adalah mereka yang berjumpa Allah dalam keadaan Allah redha padanya.Mari mencari redha Allah!^^

Penulis:
Naqlis Fidyatul
Pelajar perubatan tahun ke empat
Medical University of Warsaw