May 6, 2013

Boleh ke aku ni?



Pernah tak kadang-kadang tu, dalam kita berusaha membuat persiapan untuk exam, tiba-tiba kita rasa semua usaha kita selama ni sia-sia? Sebabnya kita tak ingat apa yang kita dah baca (walaupun dah ulang banyak kali). Kita rasa macam tak pernah baca sebelum ni.Kita rasa sangat kecewa dengan diri sendiri. At last, kita putus asa. Kita rasa dah malas nak baca. Kita rasa tak guna pun untuk kita baca sebab kita tak ingat pun.  Especially kalau exam dah tinggal beberapa hari  saja  lagi. Kita akan rasa memang mustahil untuk kita lulus exam tu. So kita pun kata:

“Ah biar la, malas dah aku nak baca. Bukan ingat pun.“

“Arggggghh!!! Penat je baca. Satu apa pun tak ingat. ”

“Biar je la…. Mmg confirm fail pun. Nanti retake je la.”

Pernah tak terlintas dalam fikiran kita ayat-ayat macam ni atau sewaktu dengannya? Mengaku cepat!

Come on!  Wake up!

Siapa kita dan apa hak kita untuk cakap kita akan pass atau fail exam tu? Kita ada kebolehan meramal masa depan ke? Of course tak kan? Di mana kita letak keyakinan kita pada Allah? Sejauh mana kita yakin dengan pertolongan Allah?Kenapa kita nak sibuk-sibuk fikir pasal result exam tu? Tugas kita ialah berusaha bersungguh-sungguh (tanpa ada rasa PUTUS ASA) Result tu bukan tugas kita. Itu kerja Allah.Tak payah la pening-pening fikir pasal tu. Berusaha je semampu boleh, keputusan tu, kita serah pada Allah. Tawakal pada-Nya.  Doa banyak-banyak. Yakin dengan pertolongan Allah. Yakinlah bahawa apa pun keputusannya,itu yang terbaik untuk kita. Itu adalah tarbiyyah untuk kita. 

Kadang-kadang, disebabkan terlalu banyak exam,kita terlupa tujuan sebenar kenapa kita belajar.Kita belajar semata-mata untuk lulus exam.Kita seolah-olah mengabdikan diri kita untuk exam.  Kita jadikan matlamat utama kita belajar adalah untuk lulus exam.Kita terlupa matlamat yang lebih utama dan lebih penting daripada itu,iaitu untuk mencari redha Allah.Kita terlupa tujuan sebenar kita belajar adalah untuk mengutip  pahala bagi meraih redha Ilahi.

 Allah itu Maha Adil. Allah akan mengambil kira SETIAP usaha kita, walaupun sekecil-kecil usaha.Semuanya tidak akan terlepas dari pandangan dan penilaian Allah. Setiap penat lelah kita akan dibayar dengan pahala daripada Allah,Yang Maha Pemurah,Yang Maha Penyayang.Jadi, jangan sesekali kita fikir usaha kita selama ini sia-sia.Pass ke fail ke,yakinlah bahawa Allah mengira setiap usaha yang kita dah buat, kalau betul-betul kita niat kerana Allah.

Jadi, kalau kita niat belajar kerana Allah, kerja kita akan jadi lebih mudah.Kenapa?Sebab kita tahu tugas kita ialah belajar.Pasal result, kita serahkan kepada Allah.Kita tak perlu sibuk-sibuk spend masa fikir pasal result.Sebab kita yakin apa pun keputusannya, Allah mengira setiap usaha dan penat lelah kita.Jadi, kalau kita dah niat belajar kerana Allah, of course kita akan belajar bersungguh-sungguh. Kita akan berusaha sedaya yang mampu. Kerajinan dan ketekunan untuk belajar akan datang dengan sendirinya tanpa perlu dipaksa atau dibuat-buat.  Senang bukan?

Jadi, marilah kita sama-sama memperbaharui niat kita(tajdid niat).Yakin dengan pertolongan Allah.Tiada yang mustahil jika Allah mengkehendaki.Dan yakinlah bahawa, dalam setiap kesusahan yang kita hadapi, ada kemudahan yang mengiringi.

“Sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan.” (94:6)

Success is to be measured not so much by the position that one has reached,  but by the obstacles which one has overcome while trying to succeed.  (quoted)




Penulis:

Nurul Iffah Md Ruslan
Pelajar perubatan tahun ke empat
Medical University of Warsaw


No comments:

Post a Comment