Dec 23, 2011

aku cinta Dia...





Bismillahirrahmannirahim...

Assalamualaikum wbt semua komuniti msia di poland dan semua yg membaca blog ini..tak tahula kenapa hari ni tergerak hati nak tulis something dalam blog ni walaupun bukan turn saya utk menulis..huu..mungkin sbb rasa terlalu 'statik' kebelakangan ni..ataupun sebab rasa sgt rindu kpd orang yg disayangi.. T_T.. suami saya seorang yang sibuk, kadang2 perasaan rindu dkt suami tu meluap2 sampai rasa nak beli tiket flight terus balik msia jumpa suami..huhu..(kononnya kaya)..

Hmm, tapi bukan mengenai itu hendak saya kongsi, tetapi perasaan rindu dan kasih sayang atau lebih tepat lagi cinta..

Ramai orang suka berbicara mengenai cinta, dan kita dapat mendengarnya dari pelbagai perspektif.. macam2 love is blind, love is care, love is comfort, love love love than seterusnya.. kalau dgr lagu cinta pulak, ya Allah.. menyentap jantung lirik dia.. (sampai mat lutfi pun boleh buat parody..)

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.
Haa, ramai yang suka kalau dengar puisi ketika cinta bertasbih yang dideklamasi Anna Althafunnisa ni.. kalau ada yang rasa puisi ni terlalu berbunga dan hiperbola mahupun metafora dan tidak akan terjadi dalam hidup.. anda salah! Love is mad.. tak percaya? buktinya, dunia telah menyaksikan pelbagai kisah percintaan yg "agung" yg dipuja manusia2 tetapi sebenarnya di luar kewarasan pemikiran manusia normal tetapi dilakukan oleh orang yang normal..Romeo dan juliet, Macbeth, Qaisyh dan Laila, Shah Jahan dan Mumtaz dan banyak lagi.. jika dilihat dalam masyarakat kita pula, pelbagai tragedi yg berlaku kerana cinta dan tak akan habis saya terangkan disini.. semua perkara yang tidak logik akal terjadi kerana cinta..sampaikan ada yang sanggup membuang keluarga dan agama kerana cinta..'Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya, bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..

Hebat sangat ke cinta manusia? lebih hebat sehingga sanggup mengenepikan cinta Allah swt?

percayalah, jika saya katakan itu hanya didorong nafsu sama ada hormon mahupun syaitan..kerana cinta yg sebenarnya telah Allah swt yang Maha Pengasih, Maha Penyayang terangkan dalam surah Ar-Rum;21..
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir..

Selepas menjadi seorang isteri, barulah saya faham.. a mixture of feelings memang tak dapat diuraikan apabila kita berkasih sayang kerana Allah swt..

tapi pernah tak kita terfikir, kalau perasaan cinta di dunia antara suami isteri ni pun dah best, menenangkan hati dan melengkapi diri..macam mana pula rasanya cinta Allah swt kan? bayangkan, Allah swt, yg telah turunkan sedikit rasa kasih sayang dalam hati kita untuk makhluknya dan buat kita rasa sangat bahagia, tak terbayang bagaimana bahagiaaaaanyaaaa kita kalau dapat 'bercinta' dgn Allah swt yg penuh dengan perasaan kasih dan sayang..yang sentiasa menjaga kita dan buat kita rasa selamat 24 jam.. yang sentiasa memberi rezeki dan menjaga keperluan kita.. yang beri kita semuaa nikmat dan kebahagian yg kita ada.. dan tak pernah kurangkannya walaupun kita selalu buat salah kpdNya....yang membuatkan kita rasa tenang hanya dengan mengingatiNya...kalau kita boleh home-sick or hubby-sick(=P).. kenapa kita takde perasaan terlalu3x rinduuu kepada Allah dan syurgaNya...itu kan tempat kembali yang terbaik dan kekal...Wal akhiratu khairun wa abqa..

Ya Rahman ya Rahim..
hebatnya cintaMu..
malunyaa diri ini kerana selama ni tidak terbalas cintaMu..
malunya diri ini kerana selama ini terlalu sombong dan tidak rindu padaMu spt mana merindui makhlukMu yg lain..
malunya diri ini selama ini tidak mencuba sedaya upaya untuk mengejar dan menagih cintaMu..
malunya diri ini jika alpa mencintai makhlukMu sedangkan Engkaulah yang menganugerahkan perasaan ini...
malunya diri ini selama ini tidak sempurna menjalankan tanggungjawabnya..
malunya diri ini selama ini tidak bersyukur atas cintaMu..
malunya diri ini kerana Engkau masih menerima dan mencintai hambaMu yg hina ini...



aku berlindung dgn kemurahan dan kasih sayangMu ya Rabb..aku ingin terus bercinta denganMu...tunjukkan aku jalan bagaimana meraih cintaMu..


p.s: maafkan saya jika entri kali ini banyak cerita peribadi saya..segala yang baik dan buruk datangnya dari Allah tetapi yang buruk itu atas kelemahan saya sendiri.


Dec 18, 2011

13:28


Malam hujan turun rintik-rintik. Angin bertiup dingin menusuk tulang. Di penghujung ruang yang sempit kelihatan seseorang sedang menunaikan solat. Dalam solat terlihat begitu khusyuk. Air matanya mengalir membasahi baju. Terdengar isak tangis yang membuat hati terasa pilu.  Solat itu menjadi terasa begitu indah.  Selesai salam memanjatkan doa tak putus-putus. Seusai solat, tak lama hanya ada kesunyian dan tarikan nafas sambil duduk bersimpuh di atas tikar sejadah yang selama ini di gunakan.  Bersebelah diri, seseorang sedang menanti…
”Pernah marah ALLAH?’ tanya seseorang itu.
Terdengar suara istighfar tak putus-putus. Air matanya masih terus saja mengalir. Beberapa tangannya mengusap pipi yang basah.
”Pernah.. tapi itu dulu, sekarang tidak lagi ”
”Kenapa? ”
”Kerana Dia tidak adil, aku menerima hanya penderitaan yang selalu Dia berikan. Bertahun-tahun aku menjauh, melupakanNya, aku kecewa padaNya ”
Kesunyian kembali menempa.. tiada lagi kata-kata terucap seketika.. detik-detik itu berlalu sepi.. terus menerus mengundang sepi…
”Lantas untuk apa kamu solat malam ini? ”
Di tatap wajah temannya yang sedang terdiam. Seumur hidup dirinya solat tidak pernah sehingga menitiskan air mata bahkan menangis terisak-isak sekalipun. Dirinya teringat bagaimana Rasulullah senantiasa menangis setiap solat malam. Malam ini dia melihat sahabatnya menunaikan solat dengan menangis terisak-isak, begitu menyayat hatinya.
”Aku menerima musibah, aku tidak tahu cara berdoa. Hanya solat dapat aku lakukan untuk menenangkan hati ini ”
Allah Berfirman,
”Jika Seorang hamba mendekatkan diri kepadaKu sejengkal maka Aku akan mendekatkan diriKu sehasta. Jika dia mendekatkan diri kepadaKu sehasta maka Aku akan mendekatkan diriKu sedepa. Jika dia datang kepadaKu berjalan kaki maka Aku akan datang kepadanya berlari.’ (HR. Bukhari & Muslim).


 credit: hadithuna 

Sometimes in our life....

سم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, segala sujud dan syukur buat Tuhan seluruh Alam. Sekiranya Dia mahu, mudah sahaja kita ini dijerumuskan ke lembah kehinaan seperti yang ditimpakan kepada Abdul Uzza Bin Abdul Mutallib. Siapa? (rujuk kisah surah al-lahab). Namun dengan sifat RahmatNya, Allah Swt masih memberi kita kesempatan untuk bertaubat dan melakukan sebanyak2 amalan kepadaNya. Oleh itu, sebagai hamba yang bersyukur, sepatutnya kita menambahkan ilmu dan kefahaman terhadap agama dan risalah ini.


jadikan setiap denyutan nadiku, hanya untuk mengingatiMU...

InsyaAllah... =)

Ada satu quote yang agak menarik yang ingin dikongsikan. Dalam kelas pertama History of Medicine (take note, hehe!), lecturer kesayangan kami semua, Pawel Lukow, memberikan satu quotation ;

"Not everyone can be a doctor, but everyone can get sick soon or later... Everyone can be sick person but not a patient if there's no doctor or responsible person to take care of him..."

huhu, faham ke? mmg kelas tentang falsafah.. penuh dengan kata2 sayu, senada, yang menusuk jiwa2 yang selalu terlelap. Memang itulah lumrah belajar medic di Poland. Setiap tahun, pasti ada subjek yang akan menyebabkan anda termangu, tak keruan, tak ketahuan, etc mendengar syarahan 2-3 jam pasal falsafah, sociology, psychology dan sbgnya. Huhu. Tapi disebabkan attendance wajib, so, wajib dengar jugaklah... Kalo lah ada attendance wajib dengar pengisian prgm, mesti best!! haha.

And one more thing that he said that i could remember,

"It is misfortunate to be a patient, but it's even shameful and pitiful to be a sick person without anyone willing to treat you..."

"in other word, i would say,
sometimes, you could feel a bit stress,
to be scheduled and planned by your naqib or murobbi, here and there,
but be thankful because there is still somebody that love you so much,
always wants the best for you, and most important,
would sacrifice, his/her time, energy, family, money..
to bring you closer to the Deen of Allah Swt..."
Alhamdulillah 3x. -this my word- =)

Ok, cukup lah sikit2 dengan psychology ni. Moga menjadi halwa fikri yang boleh kita fikir2 kan bersama....

Oh, one more interesting event occured this morning, featuring my internal med doc, Dr Michal Nowak. We had one patient with such terrible condition. To make it short, she suffered from hepatorenal syndrome... (bleh wiki2 kalo nak tahu ape).. Then, after finishing our interview and history taking with this patient, Dr Nowak called us out from the ward.

"You know right, this lady, 3 months before, she was a happy, cheerful manager of such a successful company in Poland. Suddenly, now, she is just a patient who lying on the bed. Totally different than before. So, always put in mind about this."

Fuuhh~ basah rasa hari ni... tazkirah hari ini memang thorbaek! Sangat2 membuatkan aku terfikir, even mereka hanya seorang doctor MD, professor PhD, yang masih belum beriman kepada Allah swt, mereka ada cara sendiri untuk mengingatkan diri sendiri dan org lain. I really feel be in 'UsRaH' when go thru all these paths of life, sbb usrah kan dimula dengan tasbih kafarah dan berakhir dengan al-fatihah... ^-^

Moga semua yang kita lalui dalam kehidupan seharian ini menjadi pengajaran dan pengalaman paling berharga dalam mentarbiyyah diri kita walaupun apa jua keadaan sekali pun.... insyaAllah, first is al-fahmu (kefahaman) ! then dengan kefahaman ttg tujuan hidup, insyaAllah keikhlasan itu akan hadir.... =) Usah menyusur di tepi pantai, jika tak mahu dibasahi air... usah dunia menjadi neraca perkiraan, jika akhirat adalah destinasi tujuan! 

Bagaimana dengan kita? Apa yang telah kita usahakan untuk agama dan risalah Allah hari ini?

Fazakkir, innama anta muzakkir...

Allahu'alam...

Dec 3, 2011

Assalamualaikum wbt semua komuniti malaysia di Poland, dan juga semua yang membaca blog ni..

insyallah, semoga nikmat islam yg kita kecapi sejak lahir akan kita jaga bagai menatang minyak yang penuh, dan suburkan ia dgn keimanan yang sempurna..;)

Terpanggil sy utk menulis disini, kerana rasa terlalu lama tdk mencoret sesuatu disini.. busy? tiada masa? tak minat menulis? takde idea? wallahualam..semoga itu bukanlah alasan yg akan saya jawab apabila bertemu dgnNya kelak..

Dakwah itu luas..Dakwah itu "mengajak"..jika kita ada 1001 cara utk ajak kawan kita buat sesuatu yg kita gemari, (travel europe, shopping, blk msia sama2, masak2, main futsal etc) tentu juga kita punya 1001++ cara utk ajak semua org kpd islam...mengamalkan dan menghayati islam serta mencintai Allah swt..;)

Teringat saya suatu baris ayat yg amat menyentuh hati dari mukjizat terbesar, Al-Quran Nur karim..
"Dan kamu benar-benar akan datang SENDIRI-SENDIRI kpd Kami sbgmana Kami ciptakan kamu pd mulanya, dan apa yg telah Kami kurniakan kpdmu, kamu tinggalkan di belakangmu (di dunia)..." Al-An'am ayat 94..
Pada saat akhirnya kita dpt bertemu Al-Khaliq..secara sendiri2, bukan dgn usrahmate, bkn dgn kakak naqibah, bukan dgn kawan2 yg bersama dlm Dakwah dan Tarbiyyah, bukan dgn ahli2 IPIP bukan dgn ibu bapa, keluarga atau suami yg dicintai.. tetapi secara bersendirian... dan moga saat itu, kita dapat mempersembahkan amal yg terbaik kpd Ar-Rahman tanda bersyukurnya kita atas segala nikmat yg diberinya.. kerana sesungguhnya, amalan setiap orang berbeza.. dan yg membezakan kita adalah taqwa..

Fastabiqul Khairat..berkejar-kejarlah melakukan kebaikan, kerana kita akan dihisab secara bersendirian..

wallahualam..
Aku berlindung dgn sifat Maha Pengasihmu, ya Allah.. Kasihanilah aku, ampunilah dosa2ku dan terimalah segala amalanku..


Aug 16, 2011

Siapa Kami?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Laman IPIP ini terbuka kepada semua pelajar Islam di Poland, juga seantero dunia, sebagai wadah untuk menambah ilmu pengetahuan dan kesedaran, sebagai sumber maklumat samada berbentuk santapan rohani mahupun jasmani. 

Anda bebas untuk mengutarakan isu-isu utama yang menarik tentang Islam, dakwah, tazkirah, sosial, akademik, dan lain-lain.

Merupakan suatu alternatif bagi mengeratkan hubungan silaturahhim sesama kita dalam usaha kita membentuk bi'ah solehah di bumi Poland ini khususnya, dan di mana-mana sahaja atas bumi Allah ini amnya.

Diharap laman ini akan menjadi suatu laman perbincangan yang mampu membentuk diri kita menjadi insan yang berilmu, beriman dan juga yang beramal.

Sebarang persoalan, bolehlah anda emailkan kepada kami di alamat email ikatanpelajarislampoland@gmail.com.

Jika anda ingin menghantar karya anda untuk disiar di laman blog ini, anda boleh hantarkan artikel anda ke alamat email yang sama seperti di atas.

Segala yang kami tuliskan adalah berdasarkan kefahaman manusiawi kami yang sangat mengharapkan redha Allah. Maka sebarang kesilapan atau kecacatan dalam penulisan kami, mohon diberitahu agar kebenaran itu dapat disampaikan.

Sekian, wassalam...


~Kebaikan itu dalam ketenteraman, kejahatan itu dalam keraguan~

Jul 13, 2011

A journey called life

Hadith no: 40

Narrated / Authority Of: Abdullah bin Umar who said: The messenger of Allah took me by the shoulder and said: "Be in the world as though you were a stranger or a wayfarer." The son of Omar used to say: "At evening do not expect [to live till] morning, and at morning do not expect [to live till] evening. Take from your health for your illness and from your life for your death." (related by Bukhari)


If you are beginning your journey for Life Success – your work, studies, marriage, dream job, or working on any of your dream you have in your life – begin that journey by making “Perfecting Salah” – one of your main life goals, and revolve your life around “Salah”.




Indeed this is the path to true Life Success and within days, you will begin to make a difference – in your life and the life of those around you.


23:1


Successful indeed are the believers.


23:2


Those who offer their Salat (prayers) with all solemnity and full submissiveness.


23:3

And those who turn away from Al-Laghw (dirty, false, evil vain talk, falsehood, and all that Allah has forbidden).



23:4


And those who pay the Zakat.


23:5

And those who guard their chastity


23:6



Except from their wives or (the captives and slaves) that their right hands possess, for then, they are free from blame;


23:7


But whoever seeks beyond that, then those are the transgressors;


23:8


Those who are faithfully true to their Amanat (all the duties which Allah has ordained, honesty, moral responsibility and trusts etc.) and to their covenants;

23:9




And those who strictly guard their (five compulsory congregational) Salawat (prayers) (at their fixed stated hours).


23:10



These are indeed the inheritors.


23:11


Who shall inherit the Firdaus (Paradise). They shall dwell therein forever.


(The Believers: verse 1-11)


Allahu a'lam








May 14, 2011

strategi dakwah

Tersebutlah kisah di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita”, kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

“Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye”, jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” , sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “Sekadar ingin berkenalan. Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat. Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk, terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar di tempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?” Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”, jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai. Boleh?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja”, Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“Baik, dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahawa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

"Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi, apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan. Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira apabila melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya, “Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad. Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?” Ahmad menjawab dengan yakin, “Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini.”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engkau benar-benar menunaikan janjimu.”

“Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”.

“Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan. Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?” Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“Benar apa yang tuan katakan. Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan.”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan, kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar.”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan.”

“Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“Baguslah begitu. Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.” Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”.

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?” Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh,” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami. Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad. Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah. Lari daripada jalan kebenaran.

Apr 30, 2011

- Humanitarian Relief -

Untukmu...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..


Aku memandang sekelilingku,
masih lagi pemandangan yang sama menyapa mataku,
udara yang kunikmati dan suhunya tidak banyak berbeza,
pohon-pohon, musim-musim dan langit yang membentang luas ini,
masih lagi yang sama dianugerahi Ar-Rahman kepadaku,
Tiada apa yang berubah...


Aku memandang sekelilingku.
bangunan batu-bata ini,
jalan-jalan yang kulalui,
dan lampu-lampu jalanan yang menyala,
Ohh, masih lagi laluan yang sama dan cukup kukenali,
Tiada apa yang berubah...


Dan aku melihat diriku,
degupan jantung dan pancainderaku,
segala sistem dan fungsinya,
masih lagi sama tak berubah,
taat mengikut arahan Penciptanya,
hingga sampai waktu ditetapkan,
Ahh, tiada apa yang berubah...


Tetapi aku masih buntu,
mencari punca perubahan itu,
mencari punca kekosongan hati ini,
mencari punca redupnya semangat ini,
seperti dihembus angin musim luruh,
dan aku masih cuba mencari punca kerinduan ini...


Ya! aku rindu kamu!
Kamu yang pernah bersamaku,
aku rindu pada gelak-tawamu,
aku rindu pada tangis esakmu,
aku rindu pada riak wajah bimbangmu,
aku rindu akan pendapat-pendapatmu,
aku rindu mendengar perkongsianmu,
aku rindu suasana itu,
dan aku rindu akan ukhuwwah itu...


Saat-saat pertama kita,
mula mengenali erti sebenar islam dan shahadah,
mula menyoroti perjuangan dakwah Rasul dan sahabat-sahabatnya,
mula mengagumi pengikut Isa yang setia, pemuda kahfi dan ahlul Badar yang berani,
dan mula mengorak langkah-langkah kecil cuba sedayanya dan berdoa setulusnya,
untuk mencontohi generasi Al-Quran yg unik ini,
Ya, aku rindu akan saat-saat itu...


KepadaMu ya Rabbuna,
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah,
dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan,
makbulkanlah Fatihah kami,
tunjukilah kami jalan yang lurus,
jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat kepadanya,
bukan jalan mereka yang dimurkai,
bukan pula jalan mereka yang sesat...


KepadaMu Al-Khaliq,
yang menjadikan manusia tertawa dan menangis,
yang lebih mengenali hati ini lebih daripada hambamu yang hina
ini,
makbulkanlah doa-doa kami,
peganglah hati-hati kami,
eratkanlah akan ikatannya,
dan kekalkanlah akan kemesraan dan kasihnya,
kerana Engkaulah sebaik-baik Kekasih..


Kepada kamu,
aku masih menantimu,
marilah bersamaku,
ubati kerinduan ini,
dan menegurku tika ku lelah mengejar cita dan impian ini...


Apr 29, 2011

kita murabbi bukan celebriti

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Lepas subuh tadi, sempat saya belek kembali majalah HIDAYAH dari Indonesia yang telah dibaca minggu lepas."Penyakit para daei", itulah tajuk yang sangat menyentuh hati saya.

Antaranya, penulis mengingatkan betapa para pendakwah kekadang terlalu sibuk mengajar hingga tidak sempat belajar. Terlalu ghairah menyampaikan hingga kurang menjadi "pendengar". Terlalu acap ke luar diri, sudah jarang kembali ke dalam diri.

Itu akan menjadikan hatinya keras, dalam kelembutan dakwah secara lisan atau tulisannya. Menjadi akalnya dan pemikirannya tumpul justeru ilmunya seputar itu-itu juga.

Benar-benar saya terkesima. Pengalaman memberitahu bahawa "hati kecil" sentiasa mengingatkan bahawa pendakwah bukan lilin yang menerangi orang lain dengan membakar dirinya sendiri. Ilmu, kata-kata dan tulisaannya bukan komoditi niaga yang asyik dipromosi untuk mempopularkan diri. Hingga kekadang tanpa sedar, manusia ditarik bukan lagi kepada Ilahi, tetapi kepada diri sendiri.

Malang, bila pendakwah jadi "peniaga" yang menjaja bahan dakwah dan tarbiah mengikut selera massa. Dan kejayaan diukur oleh gelak getawa dan puji-puja masyarakat atas keterampilan kata dan gaya. Persis seorang selebiti! Mereka tidak lagi berdiri teguh sebagai karang di dasar lautan yang teguh bagaikan "doktor" memberi kepada ummah apa yang menyembuhkan walaupun terpaksa bergelut dengan kepahitan.

Bukan marahkan sesiapa, tetapi sekadar mengingatkan diri. Mengapa dalam arus ilmu dan maklumat, ceramah dan kuliah, masyarakat sangat kurang berubah? Mengapa jenayah semakin marak? Apakah dakwah kita sudah semakin tawar? Apakah tarbiah kita semakin hambar? Fikir-fikirkanlah. Kata yang datang dari hati... pasti jatuh ke hati. Bukan soal kecerdasan dan gaya, tetapi soal keikhlasan, hikmah dan taqwa.

Mengenangkan itu, teringat saya pada tulisan sendiri pada musim-musim yang lalu. Saya ingin berkongsi semula dengan saudara/i apa yang pernah saya luahkan dalam tulisan bertajuk...

KAU MURABI BUKAN SELEBRITI!

Leaders are learners – pemimpin adalah individu yang sentiasa belajar. Begitu saya diingatkan berkali-kali. Malah, satu ungkapan yang sering menjadi pegangan saya ialah saat kita berhenti belajar saat itulah kita akan berhenti memimpin – when you stop learning, you stop leading. Ya, walaupun saya bukan pemimpin dalam skla yang besar tetapi saya adalah pemimpin keluarga dan setidak-tidaknya pemimpin diri sendiri.

Hakikat ini mengingatkan saya kepada perbualan bersama Pak Long – orang tua kampung saya pada minggu yang lalu.
"Kau asyik mengajar sahaja, bila kau belajar?" tanya Pak Long pada satu hari.
Saya diam. Saya tahu, Pak Long bukan bertanya sebenarnya, tetapi dia mengingatkan.
"Apa yang kau selalu tulis dan cakapkan tu... betul-betul sudah kau amalkan?"
Saya bertmbah diam. Selain ayah, Pak Long adalah orang yang paling saya hormati... malah saya takuti (kadang-kadang).

Namun begitu, Pak Longlah tempat saya 'ziarah' apabila ada sesuatu keputusan, kemusykilan atau kecelaruan berlaku dalam episod hidup saya. Sejak saya masih di sekolah rendah, hinggalah kini Pak Long adalah 'guru' saya.
"Saya hanya penyampai Pak Long. Apa yang saya tulis dan cakap merupakan gugusan pengajaran yang bukan hanya diambil dari pengalaman diri saya tetapi juga orang lain. Saya juga berharap apa yang telah saya sampaikan, dapat juga saya amalkan."
"Jangan hanya berharap, berusaha!" pintas Pak Long.
"Insya-Allah," jawab saya pendek.

"Bagus tu. Jangan menulis 'diri' sendiri. Ingat pesan ni, orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang 'orang lain'. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri."
Saya mengangguk perlahan. Dalam maknanya kata-kata Pak Long kali ini.
"Pak Long lihat ada kecenderungan sestengah penulis asyik menulis tentang dirinya. Begitu juga penceramah yang asyik bercakap tentang 'aku'nya."
"Tapi Pak Long, tak salah kalau pengalamannya itu dapat dikongsi oleh orang lain. Malah itu lebih 'real' daripada apa yang dialami orang lain."

"Betul. Tak salah. Tetapi jangan keterlaluan."
"Kenapa Pak Long?"
"Sebab, kekuatan ilmu lebih ampuh daripada kekuatan peribadi. Biar pembaca atau pendengar bersandar kepada kekuatan ilmu yang diketengahkan, bukan kekuatan peribadi penulis atau penceramah itu sendiri."
"Kenapa Pak Long?"
Pak Long merenung tajam. Dia faham kali ini saya bukan hanya menyoal tetapi mempersoalkan.

"Pak Long lihat, penulis atau pendakwah masakini tidak syumul dari segi personalitinya. Tak payahlah Pak Long huraikan lebih terperinci... muhasabahlah diri masing-masing."
"Maksud Pak Long, golongan ini banyak kelemahan? Biasalah Pak Long. Siapa yang sempurna? Apakah hanya apabila semuanya sempurna baru kita boleh berdakwah?"
"Tidaklah begitu. Tetapi biarlah pendakwah sekurang-kurangnya 'lebih sempurna' sedikit daripada golongan yang diserunya."
"Kalau tidak?"
"Masyarakat akan kecewa, apabila melihat figur-figur yang mereka kagumi malah ingin teladani... tidak seperti yang mereka harapkan."
"Pak Long, sejak dulu kita diajar bertoleransi dalam hal-hal yang begini. Pendakwah tidak sempurna seperti 'bahan' dakwahnya. Begitu juga Islam, dengan umat Islam. Islam sentiasa hebat, tetapi muslim adakalanya hebat adakalanya tidak, bergantung sejauhmana mereka mengamalkan Islam itu sendiri!"

"Hujah lama," balas Pak Long.
"Tapi masih relevan... Pak Long," saya seakan merayu.
"Kalau hujah tu diputar-balik begini macam mana... Ya, kalau Islam sentiasa hebat tetapi umatnya belum tentu. Jadi kalau begitu, di mana letaknya keupayaan Islam dalam menjana kehebatan umatnya?"
Sahih, saya terperangkap. Seperti biasa, hujah Pak Long akan bertambah gagah, kalau disanggah. Justeru, kerana itulah saya selalu 'melawan'. Pak Long bukan guru – kau diam, aku cakap! Tetapi dia adalah guru yang 'demokratik' – prinsipnya: Mari sama-sama kita cari kebenaran.

"Kau tidak pernah terbaca tulisan Dr. Yusuf Al Qaradhawi tentang kelohan seorang intelektual Barat yang baru memeluk Islam? Apa kelohannya?"
"Maha suci Allah yang telah memperkenalkan aku Islam sebelum aku mengenal muslim..."
"Tahu pun. Jika intelektual itu kenal muslim, mungkin dia tidak tertarikpun untuk memeluk Islam. Jadi dari segi tertib...siapa yang kita nak perkenalkan dahulu? Muslim atau Islam?"
"Islam Pak Long," saya akur. Tunduk.
"Ya, itulah maksud Pak Long... pendakwah atau penulis, mesti mengenegahkan prinsip dakwah, Islam dan tarbiah, bukan input peribadi atau personalitinya. Bawa orang kepada Allah, bukan kepada diri, bawa orang kepada Islam, bukan kepada produk atau kumpulan. "
"Terimakasih Pak Long... selalu-selalulah ingatkan saya."
"Ingat pesanan Pak Long ni... pendakwah adalah seorang murabbi bukan selebriti!"

(Pesanan Pak Long yang akhir itu sampai sekarang masih 'menikam' saya!)


petikan daripada : http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/2178-murabi-atau-selebriti.html