Dec 3, 2011

Assalamualaikum wbt semua komuniti malaysia di Poland, dan juga semua yang membaca blog ni..

insyallah, semoga nikmat islam yg kita kecapi sejak lahir akan kita jaga bagai menatang minyak yang penuh, dan suburkan ia dgn keimanan yang sempurna..;)

Terpanggil sy utk menulis disini, kerana rasa terlalu lama tdk mencoret sesuatu disini.. busy? tiada masa? tak minat menulis? takde idea? wallahualam..semoga itu bukanlah alasan yg akan saya jawab apabila bertemu dgnNya kelak..

Dakwah itu luas..Dakwah itu "mengajak"..jika kita ada 1001 cara utk ajak kawan kita buat sesuatu yg kita gemari, (travel europe, shopping, blk msia sama2, masak2, main futsal etc) tentu juga kita punya 1001++ cara utk ajak semua org kpd islam...mengamalkan dan menghayati islam serta mencintai Allah swt..;)

Teringat saya suatu baris ayat yg amat menyentuh hati dari mukjizat terbesar, Al-Quran Nur karim..
"Dan kamu benar-benar akan datang SENDIRI-SENDIRI kpd Kami sbgmana Kami ciptakan kamu pd mulanya, dan apa yg telah Kami kurniakan kpdmu, kamu tinggalkan di belakangmu (di dunia)..." Al-An'am ayat 94..
Pada saat akhirnya kita dpt bertemu Al-Khaliq..secara sendiri2, bukan dgn usrahmate, bkn dgn kakak naqibah, bukan dgn kawan2 yg bersama dlm Dakwah dan Tarbiyyah, bukan dgn ahli2 IPIP bukan dgn ibu bapa, keluarga atau suami yg dicintai.. tetapi secara bersendirian... dan moga saat itu, kita dapat mempersembahkan amal yg terbaik kpd Ar-Rahman tanda bersyukurnya kita atas segala nikmat yg diberinya.. kerana sesungguhnya, amalan setiap orang berbeza.. dan yg membezakan kita adalah taqwa..

Fastabiqul Khairat..berkejar-kejarlah melakukan kebaikan, kerana kita akan dihisab secara bersendirian..

wallahualam..
Aku berlindung dgn sifat Maha Pengasihmu, ya Allah.. Kasihanilah aku, ampunilah dosa2ku dan terimalah segala amalanku..


2 comments:

  1. Salam.

    Apakhabar? Bagaimana utk saya menghubungi pelajar2 kita di Poland? Mungkin bolih berkongsi maklumat dari segi tempat2 yg bolih dilawati dan tempat penginapan bajet. Saya dan isteri kini di Klepisko, Neiporet. Dari 4hb hingga 10hb.

    Harap dapat maklumbalas.

    Salam,

    muhdsallehnur@gmail.com

    ReplyDelete
  2. wsalam wbt,

    insyallah encik boleh contact president IPIP kami saudara azizi rohim. azizi_1991@yahoo.com

    ReplyDelete