Nov 18, 2017

Ujian Bukan Melemahkan Tapi Untuk Menguatkan

Everything happens for a reason. Ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku. Namun begitu, kadangkala kita sebagai seorang hambaNYa sukar untuk melihat hikmah yang tersembunyi,  menjadikan kita lelah dan hampir berputus asa dengan rahmat Allah ketika datangnya ujian yang bertimpa-timpa. Kita gagal untuk melihat semua yang berlaku dalam kaca mata seorang hamba yang bertaqwa. Kita mula menyalahkan takdir, hilang keyakinan terhadap qada dan qadar yang telah Allah tetapkan. Kita mula mempersoalkan,seolah-olah Allah tidak mendengar dan memakbulkan doa-doa yang kita minta..

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu , beliau berkata, Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allâh Azza wa Jalla daripada Mukmin yang lemah; dan pada keduanya ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah untuk mendapatkan apa yang bermanfaat bagimu dan mintalah pertolongan kepada Allâh (dalam segala urusanmu) serta janganlah sekali-kali engkau merasa lemah. Apabila engkau tertimpa musibah, janganlah engkau berkata, Seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini dan begitu, tetapi katakanlah, Ini telah ditakdirkan Allâh, dan Allâh berbuat apa saja yang Dia kehendaki, karena ucapan seandainya akan membuka (pintu) perbuatan syaitan.
Usah terburu-buru dan terus menyalahkan takdir. Tidak pernah sesaat pun Allah meninggalkan kita. Jangan sombong dan berputus asa dengan rahmatNya. Kembalilah kepadaNya dengan rasa rendah diri. Tiada masalah yang tiada penyelesaian. Perbanyakkanlah berdoa kerana doa merupakan senjata bagi orang mukmin. Mohonlah keampunan dari Allah. Mungkin masih ada sisa-sisa dosa yang telah kita lakukan tanpa sedar, yang membuatkan terhijabnya doa-doa kita dari di makbulkan. Bersihkan lah hati-hati kita dari sebarang prasangka buruk terhadap Allah kerana  Allah mengikut sangkaan hambaNya. Tiada perkara yang lebih indah dan dapat menandingi keampunan Tuhan terhadap hambaNya. Moga dengan keampuanan ini, urusan seharian kita akan dipermudahkan. Hati kita akan menjadi lebih tenang apabila keredhaan Allah mengiringi setiap langkah dan bicara yang kita tuturkan. Seperti satu ayat di dalam surah Hud:

وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعًا حَسَنًا إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ ۖ وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ

dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat.
 
source: google
Manusia  tidak pernah sempurna. Ada ketika kita akan mempersoalkan mengapa dalam ramai-ramai orang, kita yang terpaksa mengharungi sesuatu ujian itu. Saat kita terduduk, merasakan tiada daya lagi apabila diuji dengan seribu satu permasalahan, ketahuilah dan yakinlah bahawa kita masih ada Tuhan. Tuhan yang maha penyayang, yang maha mendengar, yang tak akan pernah meninggalkan hambaNya. Yang maha mendengar setiap rintihan. Yang maha kuasa untuk memungkinkan sesuatu perkara yang bagi kita kelihatan mustahil.

Kepada yang sedang diuji dengan kesusahan, moga Allah bantu dan mudahkan segala urusan
Kepada yang sedang diuji dengan kesedihan hati, moga Allah berikan ketenangan dan jalan keluar bagi setiap kebuntuan
Kepada yang sedang diuji dengan  kesakitan, moga Allah berikan kesembuhan
Dan apa sahaja bentuk ujian sama ada besar atau kecil,  itu adalah petanda yang Allah masih sayangkan kita. Allah masih ingin kita kembali padaNya.
Allah menurunkan ujian sebagai peringatan bahawa kita ini hidup berTuhan.

Langit tak selamanya mendung.. kelak pelangi bakal menyusul
Yakinlah bahawa ujian yg datang bukan untuk melemahkan tapi untuk menguatkan.

 
source: google

No comments:

Post a Comment