Dec 17, 2008

mari berdiskusi [ikhtilad]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Moga sentiasa dalam rahmat n perlindunganNYA..insyaALLAH...

Isu yg menjadi pilihan hati adalah isu IKHTILAD...Ok, sblm kite pegi jauh, n sblm kite sembang2, baik kite define dulu ape maksud IKHTILAD...

ok, secara ringkas, ikhtilad adalah :"Perhimpunan yg melibatkan beberapa org lelaki bersama2 wanita dalam suatu tempat. Ianya merupakan perkara yg memang berlaku dalam kehidupan manusia secara amnya."So, sume clear kan dgn ta'rifan tu?? mudah je..bg kawan2 yg xbrape jelas, senang cite, dlm bahasa kite sehari2, ikhtilad ni, bermaksud pergaulan antara lelaki n perempuan..paham kan?? ok, kite dah clear bab ta'rifan..

Skang kite bergerak selangkah, kite tgk plak ape faktor2 yg mempengaruhi ikhtilad nih??? Basically, ikhtilad berlaku based on suasana, keagamaan dan sosialiti sesebuah kemasyarakatan tersebut. Cthnya, ikhtilad di Malaysia mgkin lain dari di Mesir, n mgkin jgk berbeza dgn ikhtilad di Poland n sebagainya..

Ikhtilad ini terjadi even dalam perkara ibadat sekalipun. Ha??? perkara ibadat?? biar betol ko ni...ade ke pergaulan laki perempuan dalam ibadat?? haish...Ya ada, sape ckp xde?? Contohnya, dalam melakukan solat berjemaah, Tawaf, Wuquf di ‘Arafah, melontar Jamrah dan lain2 lagi urusan ibadat umat Islam...tu sume melibatkan ikhtilad..erm..skarang dah nmpak kan??ok, xpe2, kite teruskan..langkahan yg kedua...yeahhh...

Dalam beberapa kes tertentu, ikhtilad diharuskan dengan beberapa ketetapan, untuk mengelakkan mashaqqah(iaitu kesusahkan) dalam kehidupan masyarakat kite seharian. Antara kes yang boleh dijadikan sbgai example adalah, kes pendakwaan di mahkamah dan suasana kite di tempat keja atau kelas..dalam hal2 cmni, kite mmg xdpt nk elakkan ikhtilad, kite memerlukan kepada perhubungan lelaki n perempuan, but bear in mind, kite still ade syarat2 yg tertentu utk berikhtilad..okies...

Ikhtilad yang dijelaskan kat atas td tuh adalah dibolehkan berdasarkan darurat yang berlaku dan ianya menepati beberapa kaedah fiqh, antaranya :
1)darurat membenarkan yg terlarang..
2)melihat pada kadar keperluannya ..
3)keperluan melebihi status darurat
4)membayar kerosakan yg teruk dgn kerosakan yg lebih ringan

So jelas la kat sini bahawa, ikhtilad dibolehkan dalam kaedah fiqh yg disebut di atas hanya pada keadaan yang memaksa, bukannya dengan tuntutan hawa nafsu, syahwat, atau benda yg sia2 yg xtidak memerlukan kepada ikhtilad..Erm..pening2..xpaham..cmne nih??ok, senang cite, 4 kaedah fiqh yg disenaraikan kat atas td tu, nk bgtau kat kite, kalau xperlukan kepada ikhtilad, xyah buat...tu jer..s-i-m-p-l-e..0o0o..dah jelas dah..

So, yg panjang2 cite ni, nak tau jgk, ape sebenarnya hukum ikhtilad ni?? cube cite skit..Hukum ikhtilad adalah HARUS...Yeke?? Cmne hukum ikhtilad blh jadi harus??Ok, meh nak kongsi, Secara ringkasnya ikhtilad blh dilihat dlm perkara2 berikut :
1>Wanita pada zaman Rasullullah s.a.w menghadiri solat berjemaah, solat Jumaat dan majlis2 ilmu
2>Wanita pada zaman Nabi s.a.w turut menyertai peperangan.
3>Conversation di antara Nabi Musa a.s dengan dua orang puteri Nabi Shu’aib.
4>Conversation di antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Sabak..
5>Urusan perniagaan dan yang seumpamanya adalah tidak dapat lari dari ikhtilad.Hal ini sume termasuk dalam kaedah "umumil Balwa" (iaitu keperluan yg tidak dpt dielakkan...)

Disebabkan perkara2 yg disebut di atas ni, hukum ikhtilad menjadi HARUS.. Ok, langkahan ketiga plak..lebih laju dari yg tadi..Berdasarkan kaedah fiqh yg tlh disebut di atas td,Dr.Abdul Karim Zaidan menjelaskan beberapa conditions yang dibolehkan berlakunya ikhtilad :a)Keadaan darurat dan hajatb)Berjihadc)Menuntut Ilmu (dlm kelas, lab, dll)d)Memuliakan tetamu dengan ditemani oleh suami atau mahram.Ada jgk keadaan lain yg tak disebutkan di sini dan ianya blh ditentukan based on maslahah(manfaat) dan qias as long as ianya menepati syariat dan batas2 hukum.

Erm...tadi kate suh bear in mind, kalau nak ikhtilad, kena ade syarat2nyer...so, mane syarat2nyer?? sabo la, nk gtau la nih..haa...ni dia syarat2 nyer..teliti elok2..nak sgt..
i.Wanita dan lelaki mestilah berada dalam keadaan menutup aurat dengan sempurna. (Al-Ahzab:59)
ii. Wanita tersebut tidak memakai bau-bauan atau perhiasan yang dapat dihidu dan dilihat oleh lelaki ajnabi. Perfume?? No komen.. (An-Nur:31)
iii.Tidak menyebabkan berlakunya sentuhan. Ianya menjadi hukum yang disepakati oleh ulama kerana larangan menyentuh adalah lebih berat dari larangan untuk melihat wanita. (An-Nur:30-31)
iv. Perbualan yg dilakukan tidaklah menjurus kpd perkara shahwat ataupun meransang kpd hawa nafsu. Bahkan adalah digalakkan utk memendekkan tempoh percakapan pada kadar hajat dan maslahah(manfaat) dgn menjaga adab dan maruah.(Al-Ahzab:32)
v. Tidak mempunyai niat untuk melihat lelaki atau wanita tanpa adanya keperluan. Ianya bertepatan dengan firman Allah dlm surah An-Nur ayat 30 dan 31 sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini.
vi.Tidak mempunyai shahwat ataupun nafsu ketika mana melihat di antara satu dengan yang lain. Ia merupakan mafsadah(keburukan) yang jelas diharamkam oleh syariat. vii.Mengurangkan tempoh percakapan pada kadar yang sesuai mengikut keperluan, bagi mengelak berlakunya perkara yang shubhat dan fitnah.
viii.Mestilah manfaat dari perlakuan ikhtilad tersebut lebih besar dan utama dari keburukan yang akan berlaku.Sekiranya semua syarat ini dapat kite pelihara maka ianya adalah diharuskan oleh syariat, tetapi jika berlaku sebaliknya ianya tetap dihukumkan sebagai haram dengan sebab ternafinya syarat yang telah ditetapkan di atas.

Imam An-Nawawi bagaimanapun mengharamkan ikhtilad sekiranya percampuran tersebut melibatkan seorg wanita dengan ramai lelaki dan mengharuskannya sekiranya melibatkan ramai wanita tetapi seorg lelaki. ( blh refer Sohih Muslim, jilid 9 m.s 109}.Erm...sampai di sini saje perkongsian kite utk kali ni..xde konklusi yg dpt saya dibuat, tp just nak buka minda masing2..pikir2lah yg mane terbaik utk kite..insyaALLAH..

Moga yg memesan lebih mengingati dari yg dipesan...Sekian, wassalam..

~Kebaikan itu dalam ketenteraman,kejahatan itu dalam keraguan~

[nukilan:hamdan: edited by tukang edit:)]

No comments:

Post a Comment