Jun 20, 2009

Jestem Studentem


Saya seorang pelajar…..sudah lama menjadi pelajar….mungkin terlalu lama…. masih tertatih-tatih, masih mencari-cari…..mungkin masih belum bersedia…untuk bekerja…dan mungkin masih belum bersedia untuk menjalani hidup tanpa bantuan keluarga. Acapkali terlintas di fikiran…apakah yang telah saya capai dalam hidup…agak cemburu melihat teman-teman persekolahan…sudah berkerjaya tetap…sudah mempunyai keluarga sendiri…sudah mampu seratus peratus berdikari….tetapi saya masih di sini…..

Saya terlalu ingin menjadi doktor…terlalu mahu membantu para pesakit……untuk melayakkan diri menjadi seorang pelajar perubatan ianya telah mengambil masa selama 6 tahun bagi saya .....hanya untuk menjadi seorang pelajar perubatan masa yang di ambil terlalu lama. Pernah seorang sahabat saya bertanya, “Berapa lama lagi kau nak belajar?”. Dan pernah seorang pakar jantung tertawa apabila saya mengatakan saya mungkin akan tamat pengajian pada umur 30, dan dia lantas berkata,” Takkan separuh dari hidup kot nak belajar..kalau kerja sekarang mungkin hidup kamu lagi 5 tahun sudah stabil”.

Namun begitu di sebalik kritik-kritik yang diberi…saya tetap di sini mengejar pelangi…mengejar cita-cita yang tidak pasti….banyak kegagalan sudah pun dihadapi…tetapi tetap terus dan terus begini…mencari kejayaan yang diharap muncul di pengakhiran nanti. Sekiranya saya mengeluh…nah sememangnya saya tidak bersyukur padaNya….sekiranya saya gugur dan tersungkur sebelum mencuba yang terbaik…nah…saya memang tidak mempercayai janjiNya…

Untuk adik-adik yang masih berpeluang..sedikit kegagalan tidak mencerminkan kegelapan…insyaAllah di hujung nanti pasti ada sinar harapan. Terus berusaha walau hanya tinggal sesaat…terus berusaha selagi mampu dan terus berusaha selagi mempunyai ruang itu….kerna dengan berusaha kita sebenarnya melahirkan kesyukuran padaNya.

-Achmed penjual permaidani-


2 comments:

  1. salam.. jzkl and thanx a lot for sharing ur experiences saudara achmed..

    Rule no 1 to be a successful person is never ever give up! Adakah Thomas Edison berjaya mencipta mentol dgn sekali cubaan?? How about Benjamin Franklin?? Albert einstein??Ibnu sina?? al-Khawarizmi?? dan semua insan2 terhebat?? sedangkan Rasulullah s.a.w kekasih Allah s.w.t melalui kepayahan dan perit getir untuk menyebarkan dakwah.

    Kita berimpian setinggi langit, ingin menjadi hebat, namun layakkah kita mencapainya jika goyah dgn ujian yg sedikit diberiNya sedangkan nikmat yg besar menanti org yang sabar.. tak dinafikan sbg insan biasa kita akan bersedih, namun jgnlah pernah berhenti dan terus berdoa serta yakin janjiNya..percaya pada Allah s.w.t yg maha penyayang dan maha mengetahui.. ^-^

    ~If u choose to despair or get angry at ur troubles, u will never discover the "GIANT" that was in urself. The world would not hv known another remarkable person..~

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah... really inspiring thought mr achmed.... Semoga kita tidak futur (berpaling) atau berputus asa dari jalan ini... insyaAllah.. ^_^

    - hitam putih -

    ReplyDelete