Aug 18, 2009

untukmu Marwa..

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah sekali lagi kita diberi keberkatan umur utk berada dan menikmati keindahan bulan ramadhan yg sentiasa dinantikan oleh seluruh muslimin muslimat yg insyaallah bakal menjelang beberapa hari lagi.

Namun tatkala kita gembira menanti ketibaan Ramadhan, terpanggil sy utk mengingati semula peristiwa tragis yang menyayat hati seluruh umat islam dunia..

Umum, ketahui kisah Dr. Marwa al- sherbini, seorang muslimah dari Egypt yang tinggal di German mati ditikam 18 kali di mahkamah German. Kisah bermula apabila dia digelar "terrorist" oleh jirannya, Alex seorang penganggur, kerana memakai hijab dan cuba mencabut hijabnya. Untuk mempertahankan maruah muslim dan kesucian islam dia lantas mengambil tindakan menyaman Alex. Marwa yang ketika itu sedang mengandung dipanggil utk memberi keterangan, dan Alex telah menikam dia bertubi2 sebanyak 18 kali di dalam mahkamah. Lebih mengejutkan, ketika suaminya cuba menyelamatkan Marwa, suaminya telah ditembak oleh polis dan alasan yang diberi anggota polis berkenaan "saya ingtkan lelaki egypt itu yang memulakannya".. Kenapakah keganasan selalu dikaitkan dengan islam?? Ironinya kes ini hanya dibiarkan senyap oleh media German seolah2 satu nyawa muslimah itu tidak berharga sedikit pun..




Namun, tujuan sy menulis artikel ini bukanlah utk membahaskan ketidakadilan dan kezaliman dunia terhadap masyarakat islam kerana konteksnya terlalu luas untuk diperbahaskan kerana kita sendiri telah menyaksikan episod2 kezaliman zionis terhadap rakyat islam palestine. Tetapi sy ingin kita kembali kepada tunjang utama islam itu sendiri iaitu akidah.

Seorang muslimah terkorban nyawanya demi mempertahankan kemuliaan hijab yang wajib dipakainya namun ironinya berapa ramai muslimah di Malaysia contohnya yang sengaja mencabut hijabnya dan mendedahkan auratnya utk tatapan lelaki ajnabi? malah bangga dengan kecantikan yang dimiliki mereka yang selayaknya hanya utk suaminya..Sedih bukan? serendah2 rendah iman seorang muslim itu adalah seorang yang telah melakukan dosa dan berbangga dengan dosa yang dilakukannya..

Adakah pengorbananmu, Marwa sia2? bagaimana pula pengorbanan wanita2 muslimah di turki atau di negara2 bukan islam yang lantang bersuara membangkang polisi2 larangan berhijab hanya utk supaya mereka dibolehkan memakai hijab di university dan di tempat kerja? betapa kuatnya akidah dan semangat mereka utk menjaga kesucian islam ini.. islam yang dibawa dengan penuh penat lelah dan pengorbanan Rasullullah s.a.w dan sahabat2 baginda yang sanggup mengorbankan segala kesenangan dan harta dunia demi memastikan dakwah terus subur di muka bumi.. Jika dahulu seorang pemimpin itu akan mengisytiharkan perang hanya utk mempertahankan aurat seorang wanita muslimah namun sekarang betapa banyak pertubuhan2 NGO yang kononnya mempertahankan "kebebasan" dan "hak asasi manusia" utk wanita sedangkan hijab is the basic human right for muslim..Mungkin mereka tidak mengetahui "hak" wanita islam..
kita begitu lantang mengecam dan marah dengan tindakan2 zalim anti-islam namun sepatutnya kita lebih marah dengan tindakan mereka yang memperolok-olokkan agama ini..

Sebagai seorang yg mengaku islam dan beriman dengan rukun islam dan iman, janganlah kita menjadi orang yang mencacatkan kesucian islam ini. Apakah alasan2 yang mampu kita beri kepada Allah s.w.t ketika disoal kelak?


Di kesempatan bulan Ramadhan al-mubarak ini, marilah kita sama2 berusaha bermuhasabah dan memperbaiki diri.. Sama2 bertaubat kerana Allah s.w.t maha mendengar taubat hamba2nya yang ikhlas menyesali segala kesilapan yang lalu kerana sebagai manusia biasa yang punya nafsu kita tidak lari dari melakukan kesilapan dan dosa2.. dan sama2 kita membimbing rakan2 yang masih kurang ilmu mengenai islam..

Untukmu Marwa semoga syurga tempatmu dan semoga lebih ramai mujahidah islam wanita yg akan mencontohi ketegasanmu dalam mempertahankan suruhan Allah s.w.t.. sesungguhnya kemuliaan islam itu perlu ditunjukkan melalui peribadi penganutnya..

Maafkan sy atas segala kekurangan dan seseungguhnya yang baik itu dtgnya dari Allah s.w.t dan yg buruk itu juga datang dariNya namun atas kesalahan diri sy sendiri..




No comments:

Post a Comment