May 3, 2014

Resepi Ayam Masak Halia

Assalamualaikum wbt.

 Dialog sehari-hari orang yang tak berapa nak reti masak sangat 


 “Hari ni nak masak apa? Balik-balik kari, kurma, sup. Kari, kurma, sup.”

 Nak makan sedap dan lain dari yang lain, tapi tak reti sangat.

 InsyaAllah, hari ni nak kongsi satu resepi yang sangat simple. Cuma potong dan campak. Bujang style!

AYAM MASAK HALIA




Ayam
Halia (sebanyak mana yang suka)
5 ulas bawang putih
½ biji bawang merah
1 sudu sos tiram
1 kiub pati ayam
I sudu tepung gandum yang dibancuh dengan air (agen pemekat)
Air, garam, gula atau perencah Secukup Rasa, secukupnya

1.       Panaskan minyak, campak bawang dan halia yang dihiris. Kacau sampai naik bau.
2.       Masukkan ayam, goreng sampai separuh masak, masukkan sos tiram, air dan kacau.
3.       Masukkan kiub pati ayam.
4.       Rasa-rasa macam ayam dah masak, masukkan tepung yang dibancuh tadi.
5.       Kacau, masukkan bahan perasa.
6.       Tutup api dan makan!

        Tiba-tiba ada tetamu datang, tak tahu nak masak apa, bolehlah hidangkan yang ini. Tambah cili merah dan daun bawang, fuhhh, terus rasa macam boleh buka kedai makan kat Poland.
          Mungkin halia bukan benda yang wajib ada dalam dapur kita macam bawang, tapi halia sangat bagus untuk badan kita. Well, kalau ada badan yang sangat tidak tahan sejuk, sampai nak dekat summer ni pun, tak sah kalau tak pakai kot kalau nak keluar, halia ni sangatlah membantu.

“Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi mataair- mataair di bumi; kemudian Ia menumbuhkan dengan air itu tanam-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanam-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; kemudian Ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna.” (Az-Zumar:21)

                Personal opinion, dari masak dan makan bahan yang berserbuk, adalah lebih baik makan dan masak bahan yang Allah sediakan. Tak begitu? Apa-apa pun, selamat mencuba!

Penulis,

-UI-
Medical University of Warsaw


No comments:

Post a Comment