Jul 22, 2009

Israk Mikraj (1)


Assalamualaikum w.b.t, Alhamdulillah sekarang kita telah sampai di bulan Rejab antara 3 bulan yang ditunggu-tunggu umat islam. Di penghujung bulan Rejab ini terpanggil kita utk mengingati semula peristiwa yang sgt istimewa bagi umat islam yang menjadi turning point dalam agama islam di mana bermulanya perintah ibadah solat iaitu peristiwa israk dan mikraj. Rasanya kita semua pun tahu ttg peristiwa ni kan?? Tapi jom kita imbas kembali (bagi yg dah lupa or yg nak ingt balik..hihi) peristiwa yang amat bermakna bagi seluruh umat islam.. iAllah artikel kali ini sy cuba kumpulkan kembali sejarah israk mikraj dan artikel seterusnya akan berkisar ttg bagaimana dan apa yg dialami baginda sepanjang peristiwa ini..


Seperti semua sedia maklum, peristiwa israk mikraj yang menakjubkan ini berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke 11 kerasulan baginda setahun sebelum hijrah baginda ke Madinah.Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.

Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Q.S. Al-Israa’: 1).

Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”

(Q.S. An-Najm: 13-18).

Tahun itu baginda Rasulullah tlh kehilangan 2 insan yang amat penting dalam hidup baginda yang sentiasa menyokong dan menguatkan hati baginda dalam perjuangan dakwah.. Siti khadijah isteri baginda yang tersayang dan Abu Thalib bapa saudara baginda telah dijemput Allah s.w.t pada tahun yang sama. Tahun ini juga digelar sebagai Tahun Kesedihan' ('amul huzni). Bayangkan, bagaimana baginda dapat menempuh kehidupan ini bersendirian dengan Fatimah yang masih kecil. Apalah sangat yang mampu dilaksanakan gadis sekecil itu melainkan dengan menyapu najis unta yang dilumurkan ke atas kepala baginda ketika sedang bersujud di depan Kaabah. Tambah menyedihkan baginda dakwahnya di Thaif tidak diterima. Baginda di caci, di hina dan di lontarkan batu. Namun Allah s.w.t tidak akan pernah membiarkan kekasihNya ini putus asa kerana dakwah bagi menyebarkan islam perlu diteruskan. Peristiwa israk mikraj ini adalah anugerah yg Allah beri utk Rasulullah s.a.w bagi tujuan menghibur baginda, menguatkan hati dan atas tujuan mengingatkan pertalian perjuangan risalah ini yang ada kaitan dengan perjuangan nabi terdahulu, di mana di setiap lapisan langit baginda bertemu dengan nabi2 terdahulu dan mengimamkan solat jemaah bersama mereka. Maka itulah antara sebabnya kenapa baginda dijemput Tuhan ke langit tertinggi.


Kita sebagai umat islam wajib percaya dan meyakini dengan pasti bahawa perjalanan Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Masjidil al- Aqsa (israk) dan dari Masjidil Al-Aqsa ke sidarulmuntaha (mikraj) di alami roh dan jasad baginda sekali dalam masa satu malam sahaja dan bukan hanya roh spt yang diutarakan sesetengah pendapat. Masyaallah, begitu besar kuasa Allah s.w.t dan apa2 sekalipun boleh berlaku dengan kehendak Allah s.w.t pencipta sekalian alam ini.


Insyaallah pada artikel seterusnya saya akan cuba menceritakan apa yang terjadi sebelum, semasa dan selepas peristiwa yang amat bermakna ini..^-^

No comments:

Post a Comment