Feb 2, 2010

Niat vs Cara?

Assalamualaikum w.b.t kpd semua komuniti muslim di Poland,

terlalu lama rasanya sy tdk mencoretkan sesuatu di blog ni... semoga kesibukan dlm mengejar ijazah dunia tidak melalaikan sy dan kita semua dlm mendidik dan membasahkan hati yg selama ini keras membeku utk mengagungkan kebesaranNya...

dlm sibuk2 bercuti ini, teringat sy sewaktu masih di high school, sebelum mula mengenali usrah, tarbiyyah mahupun dakwah.. bak kata org, masih enak dibuai zaman-zaman gila2 remaja...adehh.. dan di waktu itu fenomena gol dan gincu melanda sekolah sy (utk pengetahuan sy sekolah perempuan..^-^).. dan sy pun tak kurang turut terbias sama...(erk... itu zaman dolu2..=P)

dipendekkan cerita, baru2 ini sy terbacalah kisah salah seorang watak utama dlm filem itu di akhbar mengenai penglibatannya dlm sebuah program tarian realiti tv. Tertariknya saya bukan kerana kecantikan tarian tetapi kepada format dan motif program itu diadakan..

Basically, setiap pasangan selebriti yang terdiri drp suami isteri akan menari demi mewakili pusat kebajikan yg ditetapkan khusus utk mereka cthnya pusat parkinson malaysia dan penaja akan menderma sekiranya mereka berjaya meneruskan persaingan dlm peringkat seterusnya yg ditentukan oleh sms penonton dan juri2..

Astaghfirullah, betapa liciknya syaitan itu yg telah berjaya memesongkan niat beramal mereka dengan cara yg semestinya jauh dan tersimpang dr cara hidup islam... mungkin kadangkala kita terlupa Niat sebenarnya tidak pernah menghalalkan cara..mungkin masyarakat berkata tak salah maklumlah penari2 semua suami isteri yg halal, duit sms pula diberi kpd pusat2 kebajikan bukan masuk poket, namun terlepas pandang hukumnya beramal dgn tarian, ikhtilat, tabarruj dan sebagainya... lebih baik menjauhi kemungkaran daripada mengejar kebaikan...

Ironinya, budaya beramal dgn konsert sebegini seolah2 telah diterima oleh masyarakat kita.. teringat sy ttg konsert force of nature yg diadakan utk mengutip derma membantu mangsa tsunami...konsert amal sekian dan sekian...masyaallah terlalu banyak "konsert amal" yg menular di Malaysia.. Adakah kita sudah hilang rasa bersalah sehingga berani melakukan dosa seterusnya yg niatnya dianggap baik? bersama2 menyumbangkan sokongan sms dan membeli langsai tiket2 konsert utk membantu "beramal" atau membantu ke jalan kefasikan... betapa hebat dan berjayanya kita telah di'ghawzul fiqh'kan..

Anas r.a pernah berkata,

"Demi Allah, nescaya kamu melakukan suatu dosa yg kamu anggap dosa itu lebih nipis dari rambut. Sedangkan kami dahulu menganggap perbuatan itu termasuk dalam 'maubiqat' (dosa besar)"


Rasulullah s.a.w bersabda,

"Setiap umatku akan dimaafkan kecuali org2 yg berani melakukan dosa secara terang-terangan" (HR Bukhari)


firman Allah s.w.t dlm surah al-israa', 17 ayat 16,

"
Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. "


Masyallah, terkesan hati apabila mentadabbur ayat ini... adakah ayat ini 'pointing to ourselves? our beloved malaysia?"



Melihat dr konteks diri sendri mgkin kita terlalu memandang rendah keupayaan dan kehebatan syaitan utk menyesatkan kita.. kita terlupa bahawa dia mempunya 1001 muslihat, cth plg mudah, dia takkan menghasut para ahli sembahyang dgn "xpyh la solat hari ini" tp dia akan cuba membuat kita lalai dgn tugasan2 kedakwahan mahupun kebaikan sehingga melewatkan2 solat ataupun masih terfikir kerja ketika sedang solat... sedangkan Allah dgn tegas berfirman
,

" Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yg solat , (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya" (Q107: 4-5)

Bayangkan Allah berkata celaka kpd kita jika lalai dlm menyempurnakan solat...astaghfirullahalzim...

Lihat betapa liciknya syaitan mencucuk jarum utk memperdayakan kita... bukan dgn direct kejahatan tetapi secara perlahan-lahan... tidak hairanlah jika ramai anak2 muda berkejar menunaikan solat sunat terawih jemaah tetapi meninggalan solat wajib isya'..

Tujuan artikel ini ditulis bukanlah utk menuding jari mengaibkan mana2 pihak tetapi lebih kepada mengingatkan diri sendiri dan kita semua betapa mudahnya kita terpedaya dgn janji2 manis syaitan sedangkan syaitan tidak akan back up or tolong kita waktu di hisab sebaliknya berkata:


"Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahk
an daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya" ( Q14;22)

Astaghfirullah, semoga kita terpelihara drp tipu daya syaitan...

Jika tamayyuz yg ditunjukkan generasi awal islam selepas kedatangan islam mampu mengubah masyarakat sekeliling sehingga akhlak mereka dikagumi dan islam berjaya menakluki 2/3 dunia, semoga kedatangan islam kpd kita selepas ditarbiyyah sekurang-kurangnya mampu mengubah diri sendiri dan melembutkan hati.. jika dahulu kita adalah peminat G&G (gol dan gincu) semoga sekarang kita menjadi penyokong kuat GGU (geng-geng usrah =P)


memetik kata seorang murobbi dlm dakwah,

" Jika kita masih spt org lain, maka kita telah kehilangan 'tamayyuz' kita. Jadi, apa ertinya 'KITA'"

maafkan sy sekiranya terdapat sebarang kesalahan spjg artikel ini ditulis, segala yg baik datang dari Allah s.w.t dan yg buruk juga dtg dariNya namun atas kelemahan sy sendiri.. ^-^



Kosa kata;

  • fasik =Orang fasik adalah orang mukmin atau orang muslim yang secara sedar melanggar ajaran Allah (Islam) atau dengan kata lain org tersebut percaya akan adanya Allah, percaya akan kebenaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW tetapi dalam tindak perbuatannya mereka mengingkari terhadap Allah dan hukumNya, selalu berbuat kerosakan dan kemaksiatan.
  • ikhtilat =pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam
  • tabarruj =Tabarruj (berdandan) adalah tindakan seorang wanita menampakkan hal-hal yang seharusnya ditutupi di hadapan kaum lelaki yang bukan mahramnya. Hal-hal tersebut meliputi perhiasan-perhiasan yang dipakainya, bagian-bagian dari dirinya yang menawan hati orang lain, kedua lengannya, betisnya, dada, dan lehernya. Termasuk dalam tabarruj adalah bersikap atau beperilaku dan berbicara dengan gaya yang merangsang lawan jenis.
  • tamayyuz =berbeza

















4 comments:

  1. masa gol dan gincu still kat sekolah lagi ker..
    mesti anda ni budak mentah lagi...

    nice post btw!

    ReplyDelete
  2. yup, masa series gol dan gincu sy masih form 5.. series ke 2 sy dah masuk a level.. (adoi ingat lagi tu...)

    yup, masih budak baru belajar, masih cuba memperbaiki diri..iAllah...

    tq! ^-^ selamat berziarah..

    ReplyDelete
  3. jazakillah! suka :)

    ReplyDelete
  4. Jzkk kepada sedari. Teroskan dgn post2 yg menarik. Jgn lupe tetapkan hati....salam.

    ReplyDelete