Mar 19, 2010

Banyakkan sunnah, elakkan bidaah...

بسم الله الرحمن الرحيم

asSalam'alaykum semua... Semoga terus dilimpahkan dengan nikmat keimanan kepada Allah SWT & kesihatan untuk beribadah kepadaNYA!

Betapa banyak orang yang lalai dan terlupa akan Sunnah-Sunnah Rasulullah SAW... Bahkan yang tidak perlu pula ditambah. Antara amalan sunnah ialah ketika malam Jum’at atau hari Jum’at, iaitu membaca *surah Al Kahfi. Atau mungkin kebanyakan orang masih belum mengetahui amalan ini. Padahal membaca surah Al Kahfi adalah suatu yang dianjurkan di hari Jum’at karena pahala yang begitu besar sebagaimana berita yang dikabarkan oleh orang yang benar dan membawa ajaran yang benar iaitu Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.

*Surah ke 18 dalam Al-Quran (110 ayat Makkiyyah), mengandungi pelbagai kisah yang dapat dijadikan iktibar kita, antaranya ; Kisah Ashabul Kahfi, Kisah pertemuan Nabi Musa as dengan Nabi Khidzir as, dan Kisah Dzul Qarnain..

Hadith-hadith yang membicarakan hal ini disertakan sebagai ingatan kita bersama. Semoga bermanfaat, insyaAllah.

Hadith 1 :

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ
“Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jum’at, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah.”
(HR. Ad Darimi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6471)

Hadith 2 :

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ
“Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jum’at.”
(HR. An Nasa’i dan Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6470)


InsyaAllah, semoga kita semua sentiasa beringat untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW di hari Jumaat ini. Mungkin kita tidak mampu melakukan kesemua sunnah-sunnah Baginda tersebut, namun jangan ditinggalkan semuanya. Mari berusaha meningkatkan amalan hari demi hari. Jangan pula Sunnah baginda ditinggalkan, Bidaah pula seronok diamalkan...

Dan sunnah Rasulullah SAW yang terbesar yang diwariskan kepada kita semua ialah .......???(12:108) - "S.H." yang telah kita bincangkan bersama, insyaAllah...

Ingatlah... Hidup kita ini bukan untuk 'Dunya' ini tapi untuk 'Akhirah', kerana mengejar dunia akan terus membawa kita kepada ketidakpuasan dan ketidakcukupan.... Wallahu'alam (^_^)...

Lihat siri di bawah! Moga kita semua diberi pencerahan oleh-NYA...



1 comment:

  1. salam,

    jazakallah/jazakillah sgt laa..
    indahnye klu dpt bersama Rasulullah, so jom la bersunnah2, so that insyaAllah di akhirat nnt bertemu jua :)

    ReplyDelete