Oct 30, 2010

owh..lain sungguh kita dengan mereka

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ASTAGHFIRULLAH...

"sesungguhnya mukmin itu bersaudara"[Al-Hujurat :10]

"Tidak beriman seseorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya"
(HR Bukhari).

Kisah pertama

1st day ramadhan..excitednya nak pergi surau..boleh solat terawih jemaah bersama...walaupun saya lebih prefer solat di rumah..lebih khusyuk dan suasana tak bising sangat..hehe..tapi orang kata bulan ramadhan ni la nak eratkan silaturahim...ea la..time ni semua orang, baik yang kerja atau tidak, mesti pergi solat tarawih ke surau...seronok...boleh jumpa ramai orang muslim..boleh berkumpul sama2..sujud ke arah kiblat yang sama..time ni la nak berkenal-kenalan saudara2 kat satu taman perumahan ni..

sampai surau, saya dan umi pun duduk dalam saf..sementara tunggu azan..maka saya pun pandang sekeliling...bertentang mata dengan seorang mak cik..maka saya pun senyum...namun tak berbalas..hehe..tak apa..tak apa..cari orang lain nak bagi sedekah..lepas itu terpandang pula seorang remaja, baya-baya saya..maka saya pun senyum, dia terus berpaling...urm..tak apa..next..!! terpandang lagi seorang mak cik dan saya senyum lagi..namun still tak dilayan..at last seorang nenek sudi menerima sedekah saya..!!mekasih nenek..=))

habis solat witir, maka saya pun bersalam..tapi baru bersalaman orang kiri dan kanan, semua orang berpusu2 keluar...tiba2 ternampak orang yang dikenali..baru nak tegur, tapi tak sempat..sebab semua orang kalau boleh nak balik cepat...sampai pandang kiri kanan pun dah tak boleh lagi..urmm...


kisah kedua

owh...sangat indah hari ini..maka dengan bahagianya saya ampai kain...pastu masuk rumah...dan tertidur...tiba2 hujan turun tanpa saya sedari..yela..sejuk2 memang sedap tidur un..hehehe..bangun2 baru tersedar yang tadi ada ampai kain...cepat2 berlari ke luar..arghh..kain dah basah lenjun..saya terpandang rumah sebelah..ada orang di hadapan rumahnya..sambil berborak2...urm...mungkin leka berborak sampai tak perasan kain di rumah jiran basah kena hujan..=_="



owh...berbeza bukan kita dengan mereka..??
siapa mereka..??
mereka yang hidup pada zaman Rasulullah...
mereka yang pada masa itu islamnya dagang, namun boleh naik dengan gemilangnya sehingga ke ustaziatul alam..
mereka yakni Rasulullah dan para sahabat yang membina ukhwah bukan atas sebab kekayaan mahupun kerana mengharapkan balasan, namun atas rasa sayangnya mereka kepada Allah...
mereka yang menyedari bahawa Allah menyayangi hamba2nya, maka mereka juga perlu menyayangi hamba2 yang dikasihi Allah itu...

sebab itu mereka tidak kisah untuk bersusah demi SAUDARAnya..
sebab itu mereka sanggup meng"pass"kan minuman mereka kepada SAUDARA mereka yang lain, meskipun mereka sendiri sedang nazak selepas berperang...
sebab itu mereka merasa ringan untuk membasuhkan pakaian SAUDARA mereka yang ditinggalkan di tepi sungai tanpa mengungkit...
sebab itu mereka boleh meng"pass"kan makanan yang di masak kerana bimbang SAUDARA mereka sedang kelaparan, sedangkan mereka sendiri mempunyai makanan yang terhad...

ohh...indahnya ukhwah mereka...
tindakan yang datang tanpa dipinta..tanpa dipaksa...
tindakan yang lahir dari rasa kasih sayang mereka kerana Allah..

sangat berbeza bukan kita dengan mereka..??
di mana letaknya tahap ukhwah kita jika hendak dibandingkan dengan mereka..??
apakah maknanya ukhwah kita jika kita tak dapat rasai kesusahan yang dirasai oleh saudara kita yang lain..??
apalah sangat ukhwah kita bila urusan saudara kita seboleh-bolehnya kita jauhi dan tak nak ambil peduli..??

sebab itu jangan hairan mengapa kita dibawah hari ini...
jangan merungut sana sini mengapa kita susah untuk naik kembali...
kerana dalam hati kita wahai saudara2ku, masih ada sempadan yang memisahkan kita...
yang membuatkan kita berada pada dunia yang berbeza...
yang menyebabkan kita terpisah..sehingga sukar untuk kita rasai kegembiraan dan kesusahan saudara kita yang lain, meskipun tiada sengketa antara kita....
yang akhirnya mengakibatkan susahnya kita untuk bersama2 mencapai cita2 kita...
yakni untuk meletakkan kembali islam kepada ustaziatul alam...

ea..kerana hati kita, wahai umat islam sekalian telah berpecah dua...

maka wahai saudara2ku...
lenyapkan sempadan yang ada pada hati kita...
yang selama ini menghalang kita dari mencapai impian kita yang satu...
iaitu untuk islam gemilang kembali...

mungkin apa yang diceritakan dianggap kecil...
tak perlu diambil peduli...
namun jangan lupa...
yang kecil inilah menjadi saksi kepada kejatuhan kita....
ea..kejatuhan islam yang berpunca dari tiadanya satu hati antara kita...

maka ayuh kita gerakkan jentera bersama membina satu hati antara kita...
kerana seorang mukmin yang bergabung dengan seorang mukmin yang lain...
nilainya bukan lagi dua...namun sudah menjadi tiga..

Allahu taala a'lam..

No comments:

Post a Comment