Apr 4, 2011

DAKWAH..layakkah kita..??

Lepas dapat shahadatul haq hari tu, semua orang tahu yang masing-masing ada tanggungjawab besar, iaitu tanggungjawab untuk menyampaikan dakwah kepada manusia. Sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud

"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek moyangmu (Ibrahim). Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al-Quran) ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dialah PelindungMu; Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong."
(surah Al-Hajj ayat 78)

"Macam mana nak sampaikan dakwah? Kene pergi jumpa setiap orang pastu bacakan ayat Al-Quran pada mereka ke? Tapi saya tak reti nak huraikan ayat-ayat Al-Quran..."

"Saya tak beranilah dak berdakwah"

"Saya malu nak jumpa dengan orang"

"Saya tak tahu nak berdakwah macam mana? Saya tak petah bercakap"

Itulah antara beberapa persoalan yang timbul dalam kotak pemikiran saya ni bila saya dapat tahu yang menyampaikan dakwah itu WAJIB bagi sesiapa yang memahami maksud sebenar shahadah yang kita baca setiap kali dalam solat.

Tapi adakah dakwah itu hanya boleh disampaikan dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran sahaja? Adakah dakwah itu hanya boleh disampaikan melalui kata-kata sahaja? Tak semestinya kan? Sebenarnya ada baaaaaaanyak cara untuk kita sampaikan dakwah. Apakah cara-caranya tu?

It depends on the "type" of person. Kalau orang tu petah bercakap, dia boleh sampaikan dakwah melalui perkataan. Kalau orang tu pandai mengarang atau menulis, dia boleh sampaikan dakwah melalui karya-karya penulisan dia.

"Kalau saya tak pandai dua-dua macam mana?"

Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Tak semua orang pandai menulis. Tak semua orang petah berkata-kata. Walaupun begitu, kita masih boleh sampaikan dakwah tu melalui perbuatan dan juga akhlak kita. Kita gunakan kelebihan yang Allah beri pada kita tu untuk laksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang Islam yang sudah pun bersaksi atas kebenaran.

Masa tengah belek-belek blog az-zariyat tadi, saya terjumpa satu post mengenai komik Jepun (manga) yang menerangkan apa itu Islam. Sebagai peminat anime dan manga Jepun, saya rasa sangat kagum dengan pelukis manga tu yang sangat bijak dan kreatif dalam menyampaikan dakwah. Inilah salah satu contoh orang yang menyampaikan dakwah menggunakan kelebihan yang ada pada dia iaitu melukis. (see below)

Berdakwah bukan satu tugas yang mudah, tak semua orang mahu menerima dakwah yang kita sampaikan. Contohnya masa zaman Nabi Muhammmad SAW, walaupun ditentang dan orang Islam pada waktu tu disiksa dengan teruk, tapi Nabi tak pernah putus asa dalam menyampaikan dakwah. Begitu juga dengan diri kita. Janganlah kita berputus asa tetapu yakinlah bahawa kalau kita betul-betul niat nak tolong agama Allah, Allah pasti akan permudahkan urusan kita. Insya-Allah.

-rumah ursynow-

2 comments:

  1. Saya ada soalan,
    Hmm macam mana nak kata ye, saya ada terjumpa banyak artikel dalam internet mengenai larangan melukis makhluk bernyawa sama ada manusia atau haiwan, dan cuma Mazhab Al-Imam Malik seorang yang menyatakan makruh, yang lain menetapkan haram.
    Wallahu a’lam

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Anon1, pada zaman kontemporari ini persoalan sebegini tak pernah pudar. Haram, tak haram, lepas tu "eh, haram lagi"... Halal, lepas tu "eh, tak halal pula"... It goes in a continuous cycle.. Down, down, down it goes until all the community starts to go crazy...

    Pada masa ini, masyarakat kat mana yang tidak gemar melihat animasi (terutama sekali anime)? Bahkan anime juga termasuk dalam multimedia yang amat berpengaruh sekali terhadap golongan kanak-kanak, remaja dan bahkan orang dewasa.

    Namun satu perkara yang kita tak sedar (atau kita sedar tetapi hanya tidak mengambil berat) ialah kebanyakan anime mengandungi unsur kristian, Buddha, pemujaan roh, atheism dan sebagainya. Orang yang dah biasa melihat anime mungkin akan terpengaruh dengan semua ni.

    Jadi bagaimana hendak membalas balik (counter-attack) unsur2 ni? Kalau dengan dakwah forum ke, syarahan ke, belum tentu mereka minat sebab mereka tak biasa dengan semua tu.

    ReplyDelete