Dec 13, 2013

PARADIGM

Okay, hari ni kita akan tadabbur surah An-Nur, ayat 37 hingga 53..’ujar Shima selaku MC dalam bulatan gembira mereka pada hari itu.Selesai membaca ayat-ayat serta terjemahannya…


‘Ada sesiapa nak share?'

 Ayat cliché setiap kali lepas tilawah.Eheh. Dan masing-masing tundukkan pandangan, menunggu kot-kot ada kawan lain yang nak share dulu. Aku pun sama je dua kali lima.


Hah, tu Ain dah senyum-senyum tu nak share lah tu..’usik Shima.


Eh. Ain tu macam nama aku. Cepat-cepat aku betulkan duduk.


‘Amboi, mentang-mentang kau MC ambil kesempatan pula nak point orang yeee...’aku pandang Shima sambil besarkan biji mata aku. Konon-konon scary lah.


‘ Aku suka ayat 43…’ 


Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bahagian-bahagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih.Maka kelihatanlah oleh mu hujan keluar dari celah-celah nya dan Allah (juga) menurunkan (butir-butiran) salji dari langit, iaitu dari (gumpalan-gumpalan awan) seperti gunung-ganang.Maka ditimpakan-Nya salji itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari sesiapa yang dikehendaki-Nya.Kilauan kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.Allah menggantikan malam dan siang, sesungguhnya pada yang demikian  itu pelajaran yang besar bagi orang yang mempunyai penglihatan. Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua kaki, sedang sebahagian yang lain berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. [24:43]


Itu cerita dalam bulatan gumbira.Yang benar-benar membuatkan aku terkesima.Aku tertanya-tanya, sudah cukupkah aku mengambil ibrah daripada alam sekeliling aku? 

Layakkah aku digelar sebagai orang yang mempunyai penglihatan?Walaupun secara fizikalnya memang penglihatanku sempurna, tetapi apakah hati aku turut melihat?Atau apakah hati ku ini buta? Nangis laju-laju.



Dari musim panas, ke musim luruh, musim salji dan seterusnya musim bunga. And the cycle continues. Alam ini terus berputar, sehinggalah tiba kemasa yang telah ditetapkan.
 

Adakah kita turut sama bergerak, atau kita masih lagi di takuk yang lama?
 
Masih lagi liat nak tinggalkan jahiliyyah.

Masih lagi scroll Instagram tak kira tempat dan masa.

Masih lagi malu-malu nak berinfaq, sebab nak duit berkepuk dalam bank.

Masih lagi tak tahu apa-apa tentang saudara-saudara kita di Palestine, Syria, Mesir.

Tetapi sibuk mencanang nak capai Ustaziyatul Alam.


 
‘Tarbiyyah bukan bermula daripada surah al-Fatihah hingga ke tasbih kafarah dan Surah al-Asr, tapi tarbiyyah bermula dari surah al-Asr hingga ke surah al-Fatihah.Di situlah keimanan kamu akan benar-benar teruji.


Shift your paradigm NOW.Ubah pelan-pelan. Find a good friend to make through this journey with you.Saat hidayah Allah dah sampai,jangan tunggu lagi dan lagi untuk berubah.Apa lagi yang kau nak? Opportunity knocks only once.



Kadang-kadang bila kita nak berubah, tapi kita fikirkan macam-macam consequence yang kita akan hadapi. Theory of Consequentialism bak kata J.S.Mill.Jadi sebab tu kita tak jadi nak berubah.

Jangan begituuuu! Sebab kita tak tahu bila kita akan pass away (baca : mati).


“Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian sedangkan kain kafannya sedang ditenun.”-Imam Syafie-   


Takutkan? Even Malaikat Maut pun jenguk kita 70 kali sehari.Kenapa kita masih lagi boleh bergelak ketawa?Tepuk dada tanyalah iman.Moga Allah redha.



Penulis, 


syQic
Medical University of Warsaw
 





 

No comments:

Post a Comment