Jan 21, 2014

Creamy Quinche Tuna




Assalamualaikum wbt..

Moga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja,dan selamat menempuhi cuti semester dengan perkara-perkara yang bermanfaat (^_^).Dan,salah satunya ialah dengan aktiviti memasak! Kali ni saya nak kongsikan Resepi Creamy Quinche Tuna. InshaAllah bahan-bahannya sangat mudah didapati dan tidak memerlukan kos yang tinggi.

Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim:

Bahan-bahan:

1)Pastry:
-1biji telur
-220 gram tepung
-125 gram butter
-1 sb gula aising

Cara:
campurkan semua dan uli hingga menjadi doh. Masukkan ke dalam plastic beg atau bekas dan biarkan di dalam peti sejuk selama 20 minit.

2) Inti:
-2 biji bawang size kecil
-2 tin tuna (without mayonese)
-1 cawan mix vegetables
-1 cawan susu
-black pepper,bay leaf,oregano-1 sudu kecil
-2 hingga 4 keping cheese,ikut cita rasa anda

Cara:
-panaskan minyak,tumis bawang hingga naik bau
-masukkan tuna dan mixvege,gaul hingga rata
-masukkan susu,blackpepper,bay leaf dan oregano
-akhir sekali masukkan cheese dan garam secukup rasa
-gaul hingga rata dan biarkan sehingga agak kering dan matikan api

3)Custard:
-1/3 cawan susu
-2 biji telur
-black pepper,garam,gula secukup rasa

Cara: gaul kesemua bahan hingga rata

Langkah seterusnya:

1.      Keluarkan pastry tadi dan canaikan didalam loyang dgn ketebalan 2-3mm.Bakar di dalam ketuhar selama 15 min dengan suhu 175 degree celcius
2.      Selepas 15 min,keluarkan dan masukkan inti tadi serta tuangkan bahan custard dibahagian atas
3.      Masukkan kembali kedalam ketuhar,dan bakar selama 26-30minit
4.      Hidangkan dan sedia untuk di jamu bersama sahabat dan keluarga tercinta.

Surah Al-Baqarah ayat 168,

يَآاَيُّهَاالنَّاسُكُلُوْامِمَّافِيالْاَرْضِحَلَلاًطَيِّبًا وَلاَتَتَّبِعُوْاخُطُوَاتِالشَّيْطَنِاِنَّهُلَكُمْعَدُوٌّمُّبِيْنٌ ـ البقرة
Artinya: "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dariapa yang terdapat di bumi,dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu." (Q.S. al-Baqarah: 168).

Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang mengikuti langkah syaitan dengan mengambil remeh tentang kehidupan seharian kita.Semoga kita dalam kalangan orang yang dipilih oleh Allah untuk diberi petunjuk untuk membuat pilihan dan menentukan antara yang halal dan haram pada semua aspek dalam kehidupan seharian.Biiznillah.InshaAllah.

p/s:Untuk melihat dengan lebih jelas lagi bagaimana cara membuatnya,anda boleh rujuk video ini,perkongsian dari Alif.cz. InshaAllah.

Penulis,

bukan_masterchef
Medical University of Warsaw



No comments:

Post a Comment