Feb 21, 2014

[FAQ] MERCY VIP' 14



Pautan pantas ke bahagian..

Pendaftaran


Q: Apa itu MERCY?

MERCY Malaysia (Malaysia Medical Relief Society)  merupakan sebuah pertubuhan non-profit yang menyediakan bantuan kemanusiaan, aktiviti kemasyarakatan dalam situasi krisis dan bukan krisis di dalam dan luar negara.

Boleh rujuk laman web mereka : http://mercy.org.my/

Q: Apa itu MERCY VIP'14? 


Adalah singkatan kepada MERCY Volunteer Induction Programme 2014 dan merupakan sebuah program yang menyediakan latihan misi asas yang professional dan releven yang perlu dilalui oleh setiap individu yang ingin menyertai program kemanusiaan kemasyarakatan yang dianjurkan oleh MERCY Malaysia di seluruh dunia.

Q: Apakah kelebihan menyertai MERCY VIP'14?  

Para peserta MERCY VIP'14 akan memperoleh sijil rasmi dari pihak MERCY Malaysia kerana pelajar luar negara mengalami kesukaran untuk berpeluang mengikuti program latihan di Malaysia atas sebab program induksi sebegini hanya diadakan pada tarikh-tarikh tertentu sahaja.

Setelah mendapat sijil rasmi ini para peserta akan berkelayakan untuk menyertai misi kemanusiaan yang dianjurkan pihak MERCY Malaysia.. It's a one in a million chance!!! Jadi marilah kita sama-sama memeriahkan MERCY VIP'14.. Daftar sekarang!!

Q: Di manakah program ini akan diadakan?

Krakow,Poland..

Q: Bilakah program ini akan diadakan?

19-20 April 2014.

Q: Bagaimana dengan pengangkutan dan penginapan kepada pelajar luar kawasan Krakow?

Insya Allah akan disediakan.

Q: Adakah yuran dikenakan untuk MERCY VIP'14?

Ya, sebanyak 20 euro dan tambahan 5 euro untuk pengangkutan.

Q: Mengapakah program ini diadakan Krakow?

Pihak kami ingin merancang sesuatu yang baru dalam program yang kami anjurkan. oleh itu Krakow merupakan tempat pilihan kami pada kali ini. 


Q: Apakah yang boleh dipraktikkan dengan menyertai program ini bagi seorang pelajar?

Setelah mendapat sijil rasmi para peserta akan berkelayakan untuk menyertai misi kemanusiaan yang dianjurkan pihak MERCY Malaysia walaupun anda seorang pelajar. Anda layak untuk melaksanakan aktiviti kemasyaratan yang dianjurkan oleh pihak MERCY. Sekiranya anda seorang pelajar perubatan,ianya merupakan satu kelebihan dan peluang yang baik untuk memperoleh pengalaman dalam bidang perubatan.


Q: Mengapakah program ini dijalankan selama dua hari?

Pada hari pertama kita akan mengadakan sesi ceramah daripada panel jemputan terhormat MERCY iaitu Prof. Madya Mohamed Ikram Bin Mohamed Salleh dan Tn Hew Cheong Yew dan pada hari kedua kita akan mengadakan sesi pratikal( bengkel) dan aktiviti luar.

Q: Adakah ada 'dress code' yang perlu dipatuhi dalam program ini?

Peserta hanya perlu berpakaian formal dan kemas. 

Q: Adakah makanan akan disediakan?

Ya.



No comments:

Post a Comment