Apr 6, 2014

Crocodile Slap





Semenjak dua tiga menjak ini, negara kita dikejutkan dengan bermacam-macam berita yang sensasi dan telah menarik perhatian seluruh warga dunia.Semestinya,berita misteri kehilangan pesawat MH370 benar-benar menjadi tanda tanya bagi semua orang, sama ada seorang pelajar mahupun seorang saintis. Masing-masing menggaru kepala, tertanya-tanya di manakah sebenarnya pesawat tersebut berada pada waktu ini.

Pada masa yang sama, timbul berbagai-bagai teori konspirasi yang tercetus hasil pemikiran pihak-pihak tertentu. Dengan kepantasan teknologi yang ada, maka tersebarlah teori tersebut dalam masa beberapa detik sahaja.Dan perkara ini, mengakibatkan kecelaruan maklumat dalam kalangan semua pembaca yang mengikuti perkembangan pesawat MH370.

‘Bendera merah atau bendera palsu?’‘Di Laut China Selatan atau Lautan India?’‘Is it a hijack or an accident?’

Maka, muncul pula pihak-pihak yang menawarkan diri untuk membantu dalam misi pencarian pesawat tersebut.Tidak kurang yang ingin membantu dengan menggunakan buah kelapa, tikar dan bubu.Katanya, Raja Bomoh Satu Malaysia.

*Peluh besar*

Namun, apa yang menjadi tanda tanya, apakah dengan insiden ini, kita hanya akan melihat dan menyelidik pada luarannya sahaja?

‘Acane eh, kapal terbang punya la besar boleh lesap terus dari radar?Impossibruuuu!’‘Aik, bukan ke kita dah ada kemajuan dan kemodenan teknologi, takkan kapal terbang yang besar gedabak tu pun tak boleh nak cari?Adoyaiii..’‘Eh, pelik pulak, kalau dah dikatakan lesap, macam mana ada panggilan yang dibuat kepada penumpang boleh berdering?’

Ya, besar kemungkinan salah satu pertanyaan di atas pernah terlintas di benak kepala kita, tetapi pada masa yang sama, pernah tak kita terfikir :

‘Eh, ajaib sungguh!Camne la agaknya jantung kita boleh ber’lub dub’ sepanjang hari?Kita tak suruh pun dia berdegup.Involuntary action katanya.’‘Hmm, aku tertanya-tanya.Kat mana la sebenarnya jiwa kita ye?Yelah, yang selamani kita duk berfikir, beremosi..kat mana dia sebenarnya?!’

“Apa yang di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah.Dialah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.Milik Nya-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.Dialah yang Awal, Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin,

 ''dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu” -[Al Hadid : 1-3]

Ya, Allah jualah yang mengetahui rahsia disebalik setiap kejadian.Tidak perlu fikir susah-susah, cukup perhatikan keadaan diri kita, seorang manusia, yang diciptakan dengan sebaik-baik penciptaan.Masih terlalu banyak pertanyaan tentang penciptaan manusia yang belum mampu dirungkaikan oleh sesiapa pun.
Pengetahuan manusia, amatlah terbatas.Ibaratnya, kita celupkan jari kita ke dalam lautan, begitu ceteklah ilmu kita dibandingkan dengan Pencipta kita, Allah swt.

*Lap air mata*

Jadi, apakah misteri kehilangan pesawat MH370 itu di luar pengetahuan Allah?Sesekali tidak! Dan tentu ada hikmahnya mengapa perkara ini ditakdirkan oleh Allah.Segalanya terletak pada diri kita, sama ada mahu mencari hikmahnya atau sekadar mahu membiarkan perkarai ni ibarat angin yang lalu sepoi-sepoi bahasa.
Nah, masih mahu membiarkan diri terus alpa dan terleka?
Tok tampar macam buaya baru tahu!                  



-syQic-
Medical University of Warsaw


No comments:

Post a Comment