Oct 31, 2016

[AMARGlobal] WEEKLY WRAPUP (24/10/2016-30/10/2016)


DALAM NEGARA


Wad ICU Hospital Sultanah Aminah terbakar



JOHOR BAHRU - Suasana di Hospital Sultanah Aminah bertukar cemas selepas sebuah wad unit rawatan rapi (ICU) yang berada di tingkat dua hospital berkenaan terbakar dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi ini(25 Oktober 2016).

Makluman rasmi dari pihak polis, seramai enam pesakit iaitu empat perempuan dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan HSA.

Seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi.

Mayat lelaki terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang ditemui




GEORGE TOWN: Mayat seorang lelaki yang dilaporkan mati lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, berhampiran Batu Maung pada pagi Selasa berjaya ditemui anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Menurut laporan, mayat mangsa yang dikenali sebagai Sukri Saad, 38, ditemui sekitar jam 9.02 pagi 28 Oktober 2016, kira-kira satu batu nautika dari kawasan mangsa dikatakan terjun.

Kehilangan mangsa disedari oleh seorang anggota peronda yang menemui sebuah motosikal ditinggalkan di lokasi terbabit.

21 gerabak tren kargo tergelincir di Batu Gajah



IPOH: Perkhidmatan tren di laluan utara dan selatan mengalami gangguan ekoran insiden kegelinciran tren kargo di KM200.332 antara Kota Bharu-Lahat di Stesen Batu Gajah dekat sini, awal hari ini(28 Oktober 2016).

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan berkata kejadian pukul 3.15 pagi itu berlaku ketika tren kargo itu dalam perjalanan dari Kuang, Selangor menghala ke Tasek di sini untuk mengambil muatan simen.

"Dua lokomotif dan 25 gerabak kosong telah tergelincir dan menghalang kedua-dua landasan.

Sementara itu, Ketua Zon Satu Balai Bomba dan Penyelamat Perak Mohd Khairul Jamil berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Dua orang pemandu tren itu tidak mengalami kecederaan, bagaimanapun, mereka dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.

"Terdapat kebakaran kecil pada bahagian enjin gerabak dan anggota bomba hanya dibenar masuk ke lokasi setelah bekalan elektrik di kawasan itu ditutup," katanya.

Mohd Khairul berkata dua jentera dengan 16 anggota serta pegawai terlibat dalam operasi memadam kebakaran dan pengalihan gerabak.

Laksa Sarawak didakwa dibuang lepas cipta rekod, tindakan penganjur dikritik



SATU rekod berjaya dicipta di Sarawak pada Jumaat (28 Oktober 2016), apabila sebuah pusat beli-belah terkemuka di negeri itu mencatat nama dalam Malaysia Book of Records kerana menyediakan hidangan laksa Sarawak terbesar.

Menurut laporan portal The Borneo Post, laksa yang mengambil masa hampir 18 jam untuk dimasak itu dianggarkan cukup untuk dimakan 1,500 orang.

Laksa itu dihidangkan dalam sebuah mangkuk yang direka khas, membabitkan penggunaan 225kg bihun dan 80kg ayam, sebagai antara bahan-bahannya.

Namun yang menjadi isu apabila kesemua laksa itu dilaporkan akan dibuang begitu sahaja.

Laporan portal itu turut menyebut, penganjur memberikan alasan laksa itu tidak bersih untuk dimakan.

Ia sekaligus menerima pelbagai reaksi daripada orag ramai, yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

Kata mereka, tindakan penganjur itu dilihat kurang bijak kerana ia merupakan satu pembaziran.

Bahagian atas dewan sekolah musnah terbakar, kerugian dianggar RM300,000



KUCHING: Sebuah dewan sekolah menengah dua tingkat di sini musnah bahagian atasnya dalam satu kebakaran petang tadi (29 Oktober 2016).

Dewan Teresian, Sekolah Menengah Kebangsaan St Teresa itu yang sedang dinaik taraf bahagian siling dan bumbung turut menempatkan buku teks, PA sistem serta kerusi dan meja baharu bernilai RM200,000 yang disumbangkan oleh bekas pelajar sekolah berkenaan.

"Kami anggarkan kerugian keseluruhan RM300,000" kata Pengetua SMK St Teresa, Mary John ketika ditemui pemberita di sekolah tersebut.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.09 petang sebelum sepasukan 40 anggota dari tiga balai Kuching, Petra Jaya dan Batu Lintang digerakkan ke sekolah tersebut.

Katanya jentera pertama tiba kira-kira tujuh minit kemudian mendapati bahagian atas dewan tersebut sudah musnah terbakar 50 peratus.

"Terdapat 'fireload' jenis kerusi plastik dan set sofa di dalam premis yang menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat," katanya.

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Pulau Pinang




GEORGE TOWN: Pada sambutan Deepavali, ratusan rumah termasuk sebuah kampung berdekatan Kampung Melayu Air Itam, di sini dinaiki air selepas hujan lebat berterusan melanda Pulau Pinang sejak kira-kira 4 petang Sabtu(29 Oktober 2016).

Hujan lebat juga telah menyebabkan trafik sesak di sepanjang Jalan P.Ramlee, Jalan Paya Terubung, Jalan Thean Teik, Taman Lumba Kuda dan Jalan Masjid Negeri sekali gus menyebabkan beribu-ribu kenderaan terkandas di jalan raya.

Air pada paras lutut dilaporkan melanda di Jalan Thean Teik dan Jalan Masjid Negeri dan kereta tidak boleh melalui kawasan itu menyebabkan kawasan berkenaan terputus hubungan.

Tinjauan Bernama mendapati, Sungai Dondang dan Sungai Air Hitam telah melimpah melepasi tebing sungai dan menyebabkan banjir kilat.

Sementara itu, beberapa kawasan rendah di tanah besar turut dinaiki air selepas hujan lebat berterusan lebih tiga jam petang semalam antaranya Bukit Mertajam, Simpang Ampat dan Jawi.

Antara kawasan yang dinaiki air pada paras betis dan buku lali itu ialah Permatang Rawa, Jalan Rozhan, Jalan Tasek, Kampung Sungai Kechil, Kampung Nanas dan Kampung Gajah.

Bagaimanapun sehingga 8 malam tadi tiada mangsa yang dipindahkan.

Kedah muncul juara Piala Malaysia 2016




SHAH ALAM: Kedah muncul juara Piala Malaysia 2016 selepas menewaskan Selangor 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final di Stadium Shah Alam.

Kedua-dua pasukan seri 1-1 pada aksi 120 minit perlawanan termasuk 30 minit masa tambahan.

Penjaring Kedah pada minit ke-51 ialah Mohd Rizal Mohd Ghazali sementara penjaring Selangor pada minit ke-59 Ahmad Hazwan Bakri.


LUAR NEGARA
Malaysian couple forced to abandon 'Kitchen in Calais' as refugee camp burns



LONDON: Fire raged in the refugee transit camp in Calais, dubbed 'The Jungle' this morning (26 Oktober 2016), as volunteers at the Kitchen in Calais, run by a Malaysian husband and wife team - Jamalulail Ismail and Sofinee Harun - were packing to leave.

According to volunteer Mohd Fakhri Suhaimi, who had been helping in the kitchen before the closure, as announced by the French government, several explosions occurred around 11am French time.

When the fire started raging, Jamal, Sofinee, their son Saif, Fakhri and two other Malaysian volunteers, students from Poland, Fatin Nasuha and Rifhan Aliah, left the camp while Jamal went back to rescue some personal documents.

At press time, it is understood that everyone is safe and the French fire brigade managed to subdue the raging fire.

Fakhri said it is believed that the fire was started by members of fascist groups. Earlier, some refugees said that they planned to stay on despite the announcement of the evacuation.

A Facebook Live video uploaded by Jamal showed the fire surrounding the Kitchen in Calais, where the husband and wife team, aided by volunteers, mostly from Malaysia, had been serving hot food to thousands of refugees from war-torn countries such as Syria, Sudan, Iraq, Afghanistan and Eritrea, since September last year.

They were given until today (26Oktober 2016) to pack up their belonging and food supplies since evacuation of the refugees started two days ago. Busloads of refugees were relocated all over Europe. Many, especially unaccompanied children, were brought to the U

Pilihan Raya Presiden AS 2016: Undi awal bermula



WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Proses pengundian awal bermula pada 25 Oktober 2016 di beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS), dua minggu sebelum Pilihan Raya Presiden 2016 berlangsung, sekali gus menyaksikan pertempuran sengit selama 18 bulan antara calon parti Demokrat, Hillary Clinton dan pencabarnya dari Republikan, Donald Trump sudah sampai ke penghujungnya.

Sebanyak 36 daripada 50 negeri termasuk swing state, Florida dan Ohio menawarkan proses pengundian awal membolehkan pengundi di kawasan terbabit membuang undi sebelum 8 November depan.

Sementara itu, pakar pilihan raya di Universiti Florida, Prof Michael McDonald memaklumkan kira-kira enam juta rakyat AS telah mengundi dalam proses pengundian awal itu.

Dedah dokumen rasmi kepada tukang tilik, Presiden Korea Selatan didesak letak jawatan



SEOUL: Ribuan rakyat Korea Selatan berhimpun di hadapan pusat Sejong di ibu negara di Seoul pada petang Sabtu, bagi mendesak perletakan jawatan presidennya Park Geun-Hye.

Geun-Hye dituduh membocorkan dokumen rasmi negara kepada sahabat lamanya yang juga seorang bomoh dan tukang tilik, Choi Soon-Sil, yang tidak memegang mana-mana jawatan rasmi di dalam kerajaan.

Dalam bantahan itu, rakyat melaungkan gesaan pengunduran Geun-Hye dan menuntut Park membentangkan penjelasan kerana salah laku yang dilakukan beliau.

Populariti Geun-Hye jatuh paling buruk tahun ini, sejak dakwaan bahawa Choi Soon-Sil, 60, terlibat sebagai pembuat keputusan tidak rasmi dalam kariernya.

Ucapan- ucapan Geun-Hye sebelum ini juga didakwa disunting Soon -Sil yang tidak mempunyai kebenaran untuk melihat dokumen kerajaan atau jabatan kerajaan.

Menurut laporan, Soon-Sil juga menerima dokumen rahsia, termasuk dokumen mengenai Jepun dan Korea Utara.

Geun-Hye juga didakwa merujuk kepada Soon-Sil dalam perlantikan menteri serta dalam keputusan Seoul menutup Kompleks Perindustrian Kaesong.

Pesawat American Airlines terbakar, 20 cedera



CHICAGO: Sekurang-kurangnya 20 cedera selepas sebuah pesawat milik syarikat penerbangan American Airlines Boeing 767 yang sedang dalam perjalanan ke Miami terbakar ketika cuba untuk berlepas dari lapangan terbang Chicago's O'Hare, Amerika Syarikat pada Jumaat (28 Oktober 2016).

Ketika kejadian, pesawat itu sedang membawa 161 penumpang dan sembilan anak kapal, kata pegawai kecemasan.

Ramai yang cedera dikatakan mengalami kesan lebam dan cedera di bahagian kaki. Ia dialami ketika mereka sedang bergegas turun menggunakan tangga lunsur kecemasan.

Persekutuan Pentadbiran Penerbangan Amerika Syarikat (FAA) berkata ia berpunca dari salah sebuah tayar pesawat meletup namun pihak penerbangan mendakwa ia berpunca dari bahagian enjin setelah berlaku kebocoran bahan api.

Sekolah dibedil, puluhan maut




NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Sekurang-kurangnya 22 kanak-kanak dan enam guru terbunuh dalam serangan udara menyasarkan sebuah sekolah di wilayah dikuasai kumpulan pemberontak di Idlib, barat laut Syria, menurut Tabung Kanak-Kanak PBB (Unicef).

Kawasan sekolah itu sering menjadi sasaran bedilan dan ia disifatkan sebagai serangan paling berdarah ke atas sekolah sejak Syria terjerumus ke dalam kancah perang saudara pada 2011.

Sementara itu, Pusat Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) memaklumkan beberapa pesawat perang sama ada milik Rusia atau Syria melancarkan enam serangan pada jam 11.30 pagi (waktu tempatan) di perkampungan Hass termasuk sebuah kompleks sekolah dan meragut nyawa sekurang-kurangnya 35 orang awam termasuk 11 murid.

Sebelum ini. tentera rejim Presiden Bashar al-Assad dan sekutunya, Rusia pernah dituduh oleh kumpulan hak asasi manusia melancarkan serangan rambang ke atas infrastruktur awam.

POLAND
Polish president in favour of more restrictive abortion laws




Polish President Andrzej Duda has announced he would support a bill introducing tighter restrictions on abortions of foetuses with disabilities if one was passed in parliament.

Duda said Poland’s current conservative laws, which allow abortion in cases of rape, incest and problem foetuses, including those with Down's syndrome, are “ineffective”.

“I believe that the lives of these children are too poorly protected at the moment,” Duda said in an interview with television station Polsat News.

His comments follow Polish Prime Minister Beata Szydło's Friday announcement of a support programme for families raising disabled children, called “Pro-Life”.

She hopes the programme will offer enough support to families raising disabled children to encourage them to take the option of terminating pregnancies off the table.

Szydło first mentioned the programme after
parliament threw out a controversial citizens' bill proposing a total ban on abortion and jail time for women who had terminations.

Deputies voted against the bill after
women in cities throughout Poland took to the streets in a so-called Black Protest.


Image result for give hope
#GiveHope

No comments:

Post a Comment