Nov 6, 2016

[AMARGLOBAL] WEEKLY WRAPUP 31/10/2016- 5/11/2016


DALAM NEGARA

Budak hilang sejak 31 Oktober ditemui di hentian bas



KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lelaki 10 tahun yang dilaporkan hilang sejak 31 Oktober lalu ditemui selamat di sebuah perhentian bas oleh seorang remaja di Ampang, malam ini. 

Noor Ayril Aqasha ditemui seorang remaja lelaki dalam keadaan lesu dan kebingungan, jam 7 malam. Bapanya, Noor Shahril Yusmarizal, 39, ketika dihubungi BH malam ini mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan keselamatan anaknya sehingga ditemui dalam keadaan selamat. 

"Alhamdulillah syukur kepada Allah, ..lega hati saya bila dapat panggilan dari bekas isteri kira-kira jam 11 malam tadi mengatakan Ayril sudah ditemui. 

"Saya difahamkan Ayril mengikut sebuah keluarga ke sebuah pasar raya sebelum terpisah daripada keluarga berkenaan menyebabkannya hilang arah, ..namun saya belum dapat bertanya lanjut bagaimana dia boleh mengikut keluarga berkenaan kerana Ayril masih dalam keadaan lemah," katanya.


Katanya, selepas Ayril ditemui remaja berkenaan, dia dibawa pulang ke rumah keluarga remaja itu di Jalan Jejaka 9, Taman Maluri sebelum diberikan makanan dan membersihkan dirinya. 

"Remaja itu kemudian menghubungi nombor telefon bekas isteri saya yang mungkin diperoleh melalui mesej yang tersebar di media sosial. 

"Kebetulan adik kepada remaja yang menemui anak saya adalah rakan Ayril, mungkin dia memang mengenali Ayril selain melalui sebaran media yang meluas," katanya. Kelmarin, berita kehilangan Noor Ayril tersebar di media sosial selepas ibunya menyebarkan mesej kehilangannya memohon bantuan orang ramai mencarinya. 

Noor Ayril kali terakhir dilihat di Jalan Jejaka 5, Taman Maluri, Cheras dan tidak pulang ke rumah selepas dikatakan keluar dari bilik sewa bapanya di situ.


10 rumah, kedai rosak akibat ribut di Balik Pulau


BALIK PULAU: Kira-kira 10 rumah dan kedai di Kampung Perlis di sini, rosak teruk termasuk bumbung tercabut dilanda ribut, awal pagi tadi. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu. 

Seorang penduduk, Nurul Qurratul Ain Sallehuddin, 23, berkata dia sedang tidur bersama adiknya dalam bilik apabila terdengar bunyi tiupan angin yang kuat sebelum rumah mereka bergegar. "Saya terjaga daripada tidur setelah mendengar bunyi angin yang kuat menyebabkan bumbung rumah bergegar dan serpihan kayu mula jatuh dari siling. 

"Saya terus kejutkan adik dan kami terpaksa keluar rumah kerana bimbang perkara lebih buruk terjadi," katanya.


2 maut kereta dihempap kren cerucuk

KLANG: Seorang lelaki dan seorang wanita maut selepas kereta dinaiki mereka dihempap kren cerucuk statik yang tumbang berdekatan tapak pembinaan, di Bandar Bukit Raja, di sini, tengah hari tadi. 

Ketika kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai sedang menghala ke Jalan Meru, dihempap kren berkenaan yang tumbang dari tapak pembinaan di sebelah kanan jalan ketika mangsa sedang melalui Persiaran Astana. 

Struktur kren cerucuk itu menghempap bahagian depan kereta jenis Perodua Axia, menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul, berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) yang datang ke lokasi. 

"Mangsa seorang lelaki tempatan, Abd Rahim Abd Rahman, 61, dan wanita berkenaan adalah warga Indonesia yang dikenali sebagai Nurhayati berusia 56 tahun. "Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari dan pasukan kami tiba di lokasi setengah jam kemudian.

 "Kedua-dua mangsa parah di kepala akibat kejadian itu," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. Mayat mangsa dibawa ke HTAR untuk dibedah siasat.

Dengue cases in Malaysia see 11 per cent decline

KUALA LUMPUR: Dengue cases in Malaysia are the decline, with 89,243 cases recorded as of October 29 compared to 100,665 cases in the corresponding period last year. Health Minister Datuk Seri Dr S. Subramaniam, speaking in Parliament today, said the cumulative cases indicated an 11.3 per cent (11,422) drop. 

"Meanwhile, the cumulative dengue death toll as of October 29 stands at 202 compared to 277 deaths in the corresponding period last year which indicates a 27.1 per cent drop (75 deaths)," said the Segamat MP in response to a question by PKR's Sungai Petani MP Datuk Johari Abdul. The downward trend in dengue cases, Dr Subramaniam said, could be attributed to the integrated efforts and actions of ministries, agencies and the community at large in preventing dengue.

 "This has been recognised by the World Health Organisation (WHO) on October 10 at the WHO regional committee for the Western Pacific's 67th session in Manila. "In her speech, WHO director-general Dr Margaret Chan praised Malaysia's strategy in preventing and controlling dengue fever by implementing cleanliness campaigns at national level and involving the community," he said. 

Johari had asked the Health Ministry to state its efforts in spurring expertise and financial resources to find methods and vaccines to overcome dengue. Dr Subramaniam said there was only one vaccine produced in the country by a private company, called Dengvaxia. 

"A dengue vaccine committee involving relevant experts has been formed at the ministry level to research the extent of the vaccine's efficiency, in accordance with suggestion provided by WHO's strategic advisory group of experts," he said.


Sultan Johor mahu HSA dikembalikan pada reka bentuk asal

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mahu reka bentuk asal bangunan Hospital Sultanah Aminah (HSA) dikekalkan pada masa akan datang. Sultan Ibrahim bertitah, HSA adalah bangunan warisan di Johor, tetapi banyak ubah suai dan penambahbaikan di buat di kawasan itu. 

"Berkaitan dengan keadaan HSA, saya sudah maklumkan kepada Menteri Kesihatan yang hospital itu bukanlah kilang sardin. "Kerajaan mesti membina sebuah hospital baharu yang lebih baik untuk memberikan perkhidmatan yang sempurna. Jangan susahkan rakyat saya. 

"HSA adalah bangunan warisan di Johor yang mempunyai banyak sejarah, tetapi malangnya rupa bentuknya sudah banyak dibuat penambahan dan ubah suai. Saya berharap bangunan ini akan dikembalikan kepada reka bentuk asal pada masa akan datang," titah Baginda. 

Baginda bertitah ketika menghadiri majlis Himpunan Bangsa Johor yang diadakan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini, hari ini. Sultan Ibrahim turut menyampaikan rasa dukacita dengan bencana yang berlaku di HSA sehingga menyebabkan ada nyawa terkorban. 

"Namun, apabila dimaklumkan mengenai apa yang berlaku semasa dan selepas kejadian itu, saya merasa bangga kerana mempunyai rakyat yang bersatu dan berhati mulia. "Banyak pihak tampil memberikan bantuan tenaga, makanan dan kemudahan untuk membantu mangsa yang terbabit, malah jiran kita Singapura turut menawarkan kemudahan hospital dan wad kepada pesakit yang memerlukan," titah Baginda.


LUAR NEGARA

2  kanak-kanak terbunuh, letupan di Turki

ANKARA 5 Nov - Seramai dua orang kanak-kanak terbunuh apabila sebutir bom yang ditanam oleh anggota kumpulan militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) meletup di tenggara Turki, lapor pejabat gabenor tempatan. 

Pejabat gabenaor itu dalam satu kenyataan berkata, empat lagi kanak-kanak turut cedera dalam serangan di wilayah Sirnak itu.

Terdahulu, pihak berkuasa Turki melantik Datuk Bandar baharu perbandaran Sirnak bagi menggantikan pegawai terdahulu yang dikatakan menyokong PKK


Pihak berkuasa lepas tembakan di  Lapangan Terbang Ataturk

ISTANBUL: Pihak berkuasa Turki melarang kenderaan daripada memasuki dan meninggalkan Lapangan Terbang Ataturk hari ini selepas polis melepaskan tembakan apabila sebuah motosikal enggan mematuhi arahan supaya berhenti, kata CNN Turk. 

Seorang daripada dua lelaki yang menunggang motosikal mengalami kecederaan dan ditahan manakala seorang lagi diberkas selepas polis melancarkan operasi mencari, lapor sebuah stesen televisyen swasta. Tiada anggota polis atau orang awam yang dilaporkan cedera. 

Pada Jun lalu, pengebom berani mati dipercayai anggota Daesh membunuh 41 orang dan 240 lagi mengalami kecederaan akibat tembakan dan letupan di lapangan terbang itu. Insiden terbaharu itu tidak menjejaskan operasi di Ataturk, lapangan terbang ketiga paling sibuk di Eropah. Ataturk adalah hab bagi penerbangan nasional negara itu, Turkish Airlines. 

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengapa polis mengarahkan lelaki itu berhenti. Pada Jumaat pula, sebuah bom kereta meletup di tengah bandar utama Kurdish, Diyarbakir mengakibatkan 11 orang maut dan lebih 100 lagi cedera. 

Sementara itu, pegawai menyalahkan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) walaupun militan Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan.


Tens of thousands protest in South Korea, call for president to quit

SEOUL: Tens of thousands of South Koreans protested in central Seoul on Saturday in one the largest demonstrations in the country’s capital for years, calling on embattled President Park Geun-hye to resign over a growing influence-peddling scandal. 

Roughly 43,000 people were at the candle-lit rally early on Saturday evening, according to police. Organisers said a growing crowd of 100,000 had assembled, making the protest one of the biggest since demonstrations in 2008 against U.S. beef imports. 

Park Geun-hye has been rocked by a scandal involving an old friend who is alleged to have used her closeness to the president to meddle in state affairs. Park has pledged to cooperate with prosecutors in an investigation. 

Koreans have been angered by the revelations and say Park, the latest South Korean leader to be embroiled in a scandal involving family or friends, has betrayed public trust and mismanaged her government. Her approval rating has slipped to just 5 percent according to a Gallup poll released on Friday, the lowest number for a South Korean president since such polling began in 1988. 

Police said they had deployed 17,600 officers and 220 units including buses and mobile barriers to Saturday’s protest. Police in riot gear lined the alleys and streets leading to the presidential Blue House as the main body of the demonstration began the march through central Seoul. 


Park has sacked many of her immediate advisers over the crisis. A former aide, Jeong Ho-seong, was arrested on Thursday on suspicion of leaking classified information, a prosecution official told Reuters. 


POLAND

UN recommendations 'have no grounds in international law': 
Foreign Ministry
Recommendations by UN Human Rights Committee regarding the 
issue of abortion in Poland have no basis in international law, a 
memo by the country's foreign ministry has said.

The recommendations by the international Committee published on Friday
expressed concern “about significant procedural and practical obstacles
faced by women to access safe legal abortion, which prompt women to
travel long distances or abroad to access safe legal abortion.”

The Polish ministry memo, which was obtained by the PAP news agency read:
“In the course of dialogue, Poland provided exhaustive answers on all the
issues which raised doubts in the Committee. We are disappointed that,
despite extensive explanations and in-depth dialogue with the Polish
delegation, the information was not understood by the Committee.”

The UN recommendations were in reply to an earlier Polish government
report on the state of compliance with the International Covenant on Civil
and Political Rights, of which Poland is a signatory.

In its observations, the Committee expressed concern, among other issues,
over the dispute over the Constitutional Tribunal, respecting freedom of
expression in public media and migration policies.

Handball: Poland lose to Serbia

The match, held at the Ergo Arena in Sopot, northern Poland, was
attended by more than 10,000 fans.

two top teams from each of seven groups, plus one team that
comes third, will advance to the next stage of the tournament.

On Sunday Poland play away against Romania.


No comments:

Post a Comment