Nov 13, 2016

[AMARGlobal] WEEKLY WRAPUP (07/11/2016-13/11/2016)

DALAM NEGARA

'Supermoon' bawa air pasang setinggi 3.2 meter di pesisir Johor Bahru


JOHOR BAHRU: Fenomena 'Supermoon' atau bulan penuh Perigee yang dapat dilihat pada Isnin ini dijangka menyebabkan air pasang setinggi 3.2 meter di pesisir pantai Johor Bahru selang dua hari kemudian.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata semua pihak termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah bersiap sedia menghadapi keadaan itu.

Ayub berkata maklumat mengenai keadaan itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, dan penduduk diminta tidak mendengar sebarang khabar angin yang disebarkan di laman sosial.

Fenomena 'Supermoon' berlaku apabila bulan berada di kedudukan paling hampir dengan bumi, membuatkan saiz bulan seolah-olah lebih besar daripada biasa.

Ia pernah berlaku pada 6 Mei 2012 diikuti pada 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan seterusnya pada 28 September 2015.


Air pasang besar: Tujuh daerah berisiko banjir dalam kadar biasa

IPOH: Sebanyak tujuh daerah di Perak dikenal pasti berisiko mengalami banjir akibat fenomena air laut pasang besar yang dijangka berlaku mulai 14 November sehingga 21 November.

Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri Mohd Noor Hassan Ashari Sulaiman berkata kawasan terlibat adalah Hulu Perak; Kerian; Larut, Matang dan Selama; Manjung; Perak Tengah; Hilir Perak dan Bagan Datoh.

"Kebarangkalian kawasan berisiko itu akan berlaku banjir berdasarkan pengalaman tahun-tahun sebelum ini, namun fenomena tersebut dijangka dalam kadar biasa dan bukannya ekstrem.

"Daerah lain yang tidak berisiko dengan fenomena air pasang besar diminta turut berhati-hati dan sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohd Noor Hassan berkata Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Sukarelawan Malaysia serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung diminta melakukan rondaan pemantauan setiap empat jam di kawasan berisiko banjir.

Selain itu, beliau meminta semua Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, ketua kampung serta ketua jabatan dan agensi berkaitan melakukan persediaan termasuk menasihati penduduk di kawasan terlibat.

"Kita minta mereka menasihati penduduk di kawasan berisiko supaya menyimpan dan menempatkan dokumen penting di tempat mudah dicapai untuk dibawa ke tempat yang lebih selamat.

"Memaklumkan kepada ketua isi rumah supaya berpindah ke pusat pemindahan yang ditetapkan apabila diarah dan ketua jabatan peringkat daerah hendaklah sentiasa bersedia untuk bertindak sekiranya keadaan memerlukan," katanya.
Berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia, fenomena air pasang besar dijangka berlaku sekali lagi bulan ini dengan paras air laut paling tinggi iaitu 2.8 meter hingga 3.5 meter.

-- BERNAMA

TNB gerakkan pasukan bertindak kecemasan 24 jam sekiranya banjir


KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) bersedia menggerakkan Pasukan Bertindak Kecemasan yang akan bertugas 24 jam sekiranya berlaku banjir pada hujung tahun ini.

Pengurus Besar Kanan (Rangkaian Pengedaran) Bahagian Pembahagian TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood berkata pasukan tersebut akan membuat penyambungan semula bekalan elektrik yang terputus akibat pokok tumbang dan sebagainya dengan kadar segera sebaik ia selamat dilakukan.

"Bagaimanapun, jika terdapat pencawang elektrik yang ditenggelami air dan operasinya terpaksa dihentikan, penyambungan semula elektrik hanya akan dibuat selepas keadaan selamat," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Wan Nazmy berkata TNB juga akan membuka bilik gerakan di negeri yang terlibat dengan banjir bagi memantau keadaan dan menyalurkan maklumat terkini mengenai bekalan elektrik.

Pengguna yang terputus bekalan elektrik ketika musim banjir dinasihatkan untuk segera menghubungi TNB di talian 15454 untuk tindakan segera TNB, katanya.

Pengguna juga dinasihatkan berhati-hati semasa menggunakan peralatan elektrik sekiranya premis mereka dinaiki air.

"Jangan sesekali menyentuh alat elektrik atau suis dengan tangan yang basah dan lembap," katanya.
Setelah banjir surut, katanya pengguna dinasihatkan supaya mendapat khidmat kontraktor pendawaian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk memeriksa pendawaian di dalam premis yang dinaiki air.

-- BERNAMA

JPJ kaji cadangan kurangkan kos lesen motosikal


SHAH ALAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengkaji secara menyeluruh cadangan mengurangkan kos memiliki lesen motosikal termasuk motosikal berkuasa tinggi di negara ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Siron berkata pengurangan tersebut mungkin boleh menjadi galakan kepada lebih ramai penunggang motosikal untuk memiliki lesen, namun pihaknya perlu memperinci terlebih dahulu kesesuaiannya dan kos yang terlibat dalam usaha itu.

Beliau berkata penunggang motosikal harus memahami kelebihan memiliki lesen kenderaan itu kerana ia bakal memberi manfaat insurans kepada setiap individu khususnya jika terlibat dalam kemalangan.

"Hampir 1.2 juta penunggang motosikal di negara ini tidak mempunyai lesen dan 6,000 kemalangan melibatkan golongan tersebut dengan 18 kematian direkodkan setiap hari.

"Disebabkan itu, pelbagai program kita anjurkan dengan kerjasama entiti sukarelawan sebagai satu pendekatan kepada rakyat untuk memberi kefahaman terhadap isu keselamatan jalan raya," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Terdahulu, Nadzri melancarkan Fiesta Bikers Selangor 2016 dan Karnival JOM JPJ Selangor bertempat di perkarangan Stadium Shah Alam, di sini yang dihadiri lebih 15,000 penunggang motosikal berkuasa tinggi dan rendah.

Katanya setakat ini, lebih tiga juta penunggang motosikal di negara ini memiliki lesen kelas B2 serta B dan ini menunjukkan tahap kesedaran rakyat terhadap kepentingan lesen semakin baik.
"Kerjasama sukarelawan dan program yang dianjurkan kelab motosikal dapat saling membantu menerapkan pengetahuan rakyat mengenai keperluan memiliki lesen dan pematuhan undang-undang jalan raya," katanya.

-- BERNAMA

Pesakit mental ditembak mati, ketua polis balai cedera ditikam


JOHOR BAHRU: Seorang pesakit mental ditembak mati, sehari selepas melibas dan menikam ketua polis balai berpangkat sarjan mejar di sebuah rumah di Felda Pasir Raja, Kota Tinggi, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata selepas gagal memujuk pesakit mental itu yang mengamuk dan bertindak agresif sehingga menyebabkan Sarjan Mejar Yusuf Ahmad, 57, cedera parah semalam, polis kembali ke rumah tersebut awal pagi ini untuk menahannya.

Katanya, usaha memujuk suspek berusia 43 tahun yang masih bertindak agresif agar menyerah diri telah dilakukan namun gagal dan memaksa polis masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang dengan membawa bersama 'taser gun' serta alat pelindung.

"Ketika tiba di ruang makan, suspek meluru ke arah pasukan polis dengan membawa sabit dan memaksa polis menggunakan 'taser gun' namun tidak mendatangkan kesan.

"Selepas itu, dia sekali lagi meluru ke arah polis dan tiga tembakan dilepaskan menyebabkan suspek rebah di atas lantai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya suspek disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kulai akibat kecederaan di dada.

Rahmat berkata dalam kejadian pukul 7 malam semalam itu, Yusuf bersama lima anggotanya serta dua kakitangan Klinik Kesihatan Bukit Besar berada di rumah keluarga suspek untuk memujuk dan menenangkannya.

"Suspek mengamuk dan bertindak agresif kerana dipercayai tidak memakan ubat penenang mengikut masa yang ditetapkan hingga memaksa anggota keluarganya membuat aduan kepada polis," katanya.
Rahmat berkata serangan itu menyebabkan Yusuf cedera parah di lengan, tangan dan rusuk belakang kiri menyebabkan beliau terpaksa dikejarkan ke Hospital Kulai sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk rawatan lanjut.

-- BERNAMA


Hampir 300,000 rakyat Kelantan hadapi masalah kesihatan mental


BACHOK: Kira-kira 300,000 daripada 1.2 juta penduduk Kelantan mengalami masalah kesihatan mental akibat pelbagai tekanan hidup termasuk gejala dadah, kemurungan dan masalah keluarga.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata jumlah itu (300,000) berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun lepas.
"Sebilangan besar mereka berumur antara 16 dan 24 tahun terutama dari kalangan wanita," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok Datuk Dr Ilias Hussain.

Dr Ahmad Razin berkata masalah kesihatan mental jika tidak dirawat lebih awal ia berisiko tinggi untuk pesakit mendapat penyakit mental.

Beliau berkata bagi tujuan merawatnya, Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, menyediakan perkhidmatan psikiatri.

Hospital Tanah Merah dan Hospital Kuala Krai pula menyediakan perkhidmatan pesakit luar psikiatri dan hospital daerah lain menyediakan perkhidmatan berkala, katanya.
Beliau berkata di samping itu terdapat 10 pusat pemulihan psikososial di seluruh Kelantan dan bagi daerah Bachok bertempat di Klinik Kesihatan Bachok. -- BERNAMA


Litar pintas di Hospital Raja Permaisuri Bainun insiden terpencil



KUALA LUMPUR: Insiden percikan api di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, sehingga menimbulkan keadaan panik dan pemindahan pesakit awal Khamis adalah insiden terpencil, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekerapan kejadian litar pintas di hospital-hospital awam selepas kejadian yang sama di Hospital Sultanah Aminah (HSA) bulan lepas yang meragut enam nyawa.

Kejadian litar pintas pada hari berikutnya mengakibatkan tiga kakitangan HSA cedera.

Kebakaran di Unit Rawatan Intensif HSA berlaku pada 25 Okt dan kebakaran kecil di dewan bedah hospital itu dilaporkan pada hari berikutnya.

"Ia adalah insiden terpencil. Ia berlaku di tempat-tempat yang berbeza jadi ia tiada kaitan di antara satu dengan yang lain. Bagaimanapun, kami menjalankan audit di semua hospital," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.

Menurut beliau terdapat banyak sistem di dalam hospital, termasuk pemantauan, mengenal pasti risiko dan langkah pengesahan dan ratifikasi.

"Malangnya, ada sesuatu yang tertinggal dan itulah yang perlu kita kenal pasti melalui dua langkah yang sedang dijalankan.

Satu, adalah sebuah suruhanjaya khas yang akan melihat kepada proses yang lengkap tidak terhad kepada HSA tetapi semua hospital.
Yang kedua, adalah audit yang akan dijalankan di seluruh hospital untuk mengenal pasti sebarang ancaman dan mewujudkan program untuk menyelesaikan ancaman itu," katanya.

Awal pagi tadi, wad 5B di HRPB terpaksa dikosongkan dan 43 pesakit dipindahkan ke beberapa wad berdekatan berikutan percikan api akibat litar pintas pada palam pencucuh katil.- BERNAMA

Bursa Malaysia susut sebagai reaksi spontan kemenangan Trump sebagai Presiden AS

KUALA LUMPUR: FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dan bursa serantau susut dalam reaksi spontan terhadap keputusan mengejutkan apabila calon Repulikan Donald Trump menang jawatan presiden Amerika Syarikat.

Indeks penanda aras mencatatkan 1,642.34, susut 21.48 mata atau 1.29 peratus selepas dibuka 0.30 mata lebih tinggi pada 1,664.12.

Pada 3.03 petang, antara saham paling rugi di bursa tempatan, Dutch Lady turun 62 sen kepada RM58.08, British American Tobacco susut 60 sen kepada RM47.76, AEON Credit Service turun 40 sen kepada RM13.92 dan KESM Industries susut 37 sen kepada RM8.58.

Kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 914 berbanding 76 manakala 191 kaunter tidak berubah, 491 tidak diniagakan dan 24 lagi digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.69 bilion saham bernilai RM1.28 bilion.

Di peringkat serantau, Hang Seng Hong Kong turun 2.87 peratus kepada 22,252.41, Straits Times Index Singapura merosot 1.93 peratus kepada 2,765.89, Jakarta Composite Index susut 2.12 peratus kepada 5,354.82 manakala Shanghai Composite Index China merosot 0.64 peratus kepada 3,127.74.

SET Composite Index Bangkok turun 1.32 peratus kepada 1,489.90 dan PSE Composite Index Filipina susut 2.91 peratus kepada 7,095.46.

Naib Presiden FXTM Market Research Jameel Ahmad berkata minat ke atas aset selamat, emas, meningkat ekoran ketidaktentuan pelabur.
Pada tengah ahri harga emas dunia mencatatkan US$42.24 segram

-- BERNAMA

Polisi pengajian tinggi negara kekal - Idris Jusoh


BESUT: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan membuat kajian terperinci terlebih dahulu terhadap polisi pengajian tinggi negara sekiranya polisi pendidikan di Amerika Syarikat berubah berikutan perubahan kepimpinan negara itu.

Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pada masa kini polisi pengajian tinggi akan diteruskan dan para pelajar boleh meneruskan pengajian sebagaimana biasa.

"Setakat ini tiada perubahan terhadap dasar pendidikan dengan negara itu dan ianya berjalan seperti biasa dengan tiada sebarang perubahan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci rumah komuniti yang ke-56 kepada Wan Malik Wan Hassan, 43 di Kampung Lay Out Tok Has di sini hari ini.

Idris berkata demikian ketika mengulas kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat baru-baru ini.

Trump sebelum ini ketika kempen pilihan raya di negara itu banyak mengeluarkan kenyataan kontroversi dan bersifat anti-Islam dan rasis seperti akan menghalang umat Islam dari memasuki negara itu.


LUAR NEGARA

Lawatan Duterte buka lembaran baharu isu Mindanao, Sabah

LONDON: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata lawatan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ke Malaysia minggu ini akan membuka lembaran baharu terhadap usaha Malaysia untuk terus membantu dalam penyelesaian masalah di Mindanao serta masalah kebanjiran rakyat Filipina di Sabah dan isu-isu keselamatan yang berkaitan.

Peranan Malaysia sebagai pihak ketiga dalam mencari penyelesaian terhadap masalah di kawasan Selatan Filipina, khususnya di Mindanao itu penting katanya kerana apa yang diusahakan oleh fasilitator Malaysia, Allahyarham Tengku Datuk Abdul Ghafar Tengku Mohamed telah diterima oleh kepimpinan Filipina yang lalu namun ia belum dapat dilaksanakan secara konklusif.

"Jadi lawatan Presiden Duterte ke Malaysia dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Khamis ini akan merupakan suatu usaha yang dibuat bagi menentukan bahawa Suruhanjaya Peralihan Bangsamoro atau BTC akan dapat dilaksanakan," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.
Timbalan Perdana Menteri berharap perjanjian yang telah ditandatangani bersama-sama oleh kerajaan Filipina dengan Haji Murad Ebrahim selaku Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) itu, pada kali ini akan melibatkan beberapa pihak lain termasuk kumpulan minoriti di selatan Filipina bagi menyelesaikan masalah kebanjiran rakyat Filipina tidak berdokumen, yang berada di Sabah.

"Secara tidak langsung ini akan dapat menyelesaikan permasalahan yang dicadangkan di dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)," katanya.

Ahmad Zahid berkata dari segi pelaksanaan syor itu, sebuah jawatankuasa induk yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan beliau sendiri serta jawatankuasa pelaksanaan diterajui oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, akan dapat menyelesaikan tugas-tugas yang di cadangkan oleh RCI.

"Saya yakin lawatan ini akan menyelesaikan beberapa permasalahan yang selama ini tidak dapat diselesaikan, di samping masalah keselamatan di sekitar Esszone (Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah) yang berada sekitar 1,700 km panjangnya pantai yang menjadi tanggungjawab kepada Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah), terutamanya kes-kes penculikan untuk wang tebusan yang berlaku di situ.

"Tentunya dalam lawatan ini beberapa persoalan diplomatik yang melibatkan Sabah khususnya akan dapat dibincangkan dan saya melihat Presiden Duterte mempunyai pandangan yang amat proaktif bagi mencari beberapa jalan penyelesaian permasalahan yang telah berlaku begitu lama antara Malaysia dan Filipina," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia berpandangan bahawa kemakmuran di kawasan selatan Filipina itu boleh menyelesaikan permasalahan yang menjadi isu politik dan isu sosio-ekonomi di kawasan berkenaan dan di Sabah. -- BERNAMA



Donald Trump dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45


NEW YORK: Calon Republikan, Donald Trump membuat kejutan buat Amerika Syarikat dan dunia, apabila memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat.

Berbekalkan pendekatan populis, Trump mengalahkan calon Demokrat, Hillary Clinton untuk muncul presiden ke-45 negara itu.

Kemenangan Trump turut menyebabkan pasaran saham dunia jatuh dan mencetuskan kegusaran mengenai masa depan politik dunia terutamanya berhubung hala tuju kepimpinan Washington.

Kemenangan Trump: 'Lupakan sahaja kewujudan negara Palestin' - Menteri Israel



BAITULMAQDIS: Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennett berkata impian rakyat Palestin untuk menubuhkan sebuah negara merdeka kini boleh dilupakan susulan kemenangan calon Repulikan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat yang baru tamat.

“Kejayaan Trump membuka peluang buat Israel untuk serta merta menarik balik idea penubuhan negara Palestin di tengah-tengah wilayahnya, yang mana akan menjejaskan keselamatan dan perjuangannya," kata Bennet yang juga anggota  parti pelampau, Jewish Home.

Bennet jelas merujuk kepada wilayah Tebing Barat yang dijajahi Yahudi sekian lama.

Guru di Amerika terima nota - 'ikat tudung di leher dan gantung dirimu'



Seorang guru beragama Islam di sekolah tinggi Georgia mendakwa seseorang meninggalkan sekeping nota tanpa nama di bilik darjah pada Jumaat.

Nota tersebut menyatakan “tudung sudah tidak dibenarkan lagi” dan juga memintanya mengikat tudung di leher dan “gantung dirimu dengan tudung itu.”

Nota tersebut diakhiri dengan perkataan “America” bersama dengan lukisan bendera negara tersebut.

Mairah Teli, guru di Dacula High School di Gwinnett County berhampiran Atlanta, memuat naik gambar nota tersebut di akaun Facebooknya pada Jumaat.

“Sebagai Muslim, saya memakai tudung sebagai amalan kepercayaan saya. Saya kongsi perkara ini untuk meningkatkan kesedaran tentang realiti dan keadaan masyarakat. Menyebarkan benci tidak akan menjadi Amerika hebat semula,” ulasnya.
Jurucakap Gwinnett County Schools memberitahu media tempatan bahawa pihak berkuasa sedang menyiasat siapa yang menulis nota tersebut.

Mairah turut percaya bahawa nota tersebut diilhamkan daripada kemenangan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat ke-45 baru-baru ini.

“Saya rasa kanak-kanak rasa selamat memberi komen berunsur rasis atau seksis kerana dia (Trump),” tegas Mairah kepada Atlanta Journal-Constitution. 
Trump berjanji akan menjadi presiden kepada semua lapisan masyarakat Amerika dalam ucapan pertamanya selepas pemilihan presiden.

Selepas kemenangan Trump, beberapa insiden berunsur perkauman berlaku di sekitar Amerika Syarikat terutamanya ke atas golongan kulit hitam, imigram, Muslim, dan komuniti LGBT.

45 terkorban, 100 cedera letupan di masjid Sufi, Pakistan


QUETTA: Sekurang-kurangnya 45 orang terkorban dan lebih 100 cedera dalam letupan bom di sebuah masjid ahli Sufi di wilayah Baluchistan, barat daya Pakistan lewat malam Sabtu.

Kumpulan militan mendakwa bertanggungjawab dalam satu kenyataan kepada agensi berita tempatan.

Jurucakap kerajaan tempatan mengesahkan bahawa letupan itu berlaku ketika beratus-ratus orang sedang melakukan upacara pemujaan, acara harian yang berlangsung di keramat Shah Bilal Noorani.

Jurucakap dari wilayah Baluchistan memberitahu usaha menyelamat terhalang akibat jalan raya sempit dan cuaca gelap.

Lokasi masjid Sufi tersebut terletak di kawasan pergunungan daerah Khuzdar, kira-kira 350 kilometer dari selatan ibu kota wilayah, Quetta.

Letupan menyusul menjelang kunjungan Perdana Menteri Pakistan ke wilayah itu pada Isnin.

Sesetengah pemerhati berkata serangan itu berlaku sebulan selepas pembunuhan penyanyi Sufi terkenal, Amjad Sabri yang ditembak mati oleh dua lelaki bersenjata di Karachi pada Jun lalu.

Kanak-kanak 5 tahun menderita jadi mangsa serangan kimia gas beracun Daish



QAYYARA: Kulit di bahagian kaki Doaa bertukar menjadi lebam dan kehitaman. Lengan dan leher kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu menunjukkan simptom yang sama – gelap dan mengeras.

Doaa tidak mampu melakukan banyak pergerakan kerana tidak tahan kesakitan yang tidak terhingga.

Doaa sedang  bermain di laman di belakang kediamannya ketika sebuah roket dipercayai milik kumpulan militan Daish tiba-tiba jatuh di rumah jirannya, meletup dan mengeluarkan gas beracun.

Sebulan selepas insiden tersebut, penduduk di sekitar kawasan itu masih dapat membau bau terbakar, begitu menyakitkan. Dinding rumah bertukar menjadi hitam ekoran letupan dan tanaman mati.

Penduduk langsung tidak berani untuk menyentuh sisa roket yang masih bertaburan di kawasan kediaman mereka.

“Kami tidak tahu-menahu tentang kandungan roket itu, apa yang kami tahu ia telah menyebabkan tubuh Doaa merekah akibat luka yang dialaminya. Doaa tidak menunjukkan apa-apa tanda untuk pulih seperti sediakala,” kata Sultan, 33.

Doaa merupakan salah seorang mangsa dalam serangan senjata keempat dilancarkan kumpulan Daish dari bulan September dan Oktober di utara Iraq.

Kumpulan hak asasi telah merekodkan tiga insiden sebelum ini.

Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, kumpulan Daish yang bertanggungjawab meninggalkan kesan-kesan amonia dan sulfur di kawasan awam.

PBB juga menyuarakan kegusaran terhadap kemungkinan kumpulan pengganas tersebut melancarkan serangan kimia dalam usaha mereka mengusir Iraq dari kubu kuat mereka di daerah Mosul.

Sebelum ini, kumpulan pengganas Daish telah mempamer keberkesanan penggunaan bahan-bahan beracun dalam serangan berulang ke atas orang awam dan mengorbankan ratusan penduduk di kawasan penguasaan mereka.

Serangan di Qayara pada 17 Oktober lalu telah berjaya dikuasai oleh kumpulan pengganas yang digeruni itu.

Tidak jauh dari lokasi tragedi yang menimpa Doaa, satu lagi insiden bedilan roket berlaku. Kali ini, ia ‘mendarat’ dan 'tertanam' di halaman seorang penduduk di situ.

Mangsa-mangsa dan saksi mendakwa kandungan bahan dikenali sebagai gas ‘mustard’ (sesawi).

Seorang mangsa, Sirhan Awwad, berusia dalam lingkungan 20-an, tercedera ketika cuba untuk mengeluarkan roket itu, berkata beliau terpaksa menerima rawatan di Baghdad kerana doktor tempatan tidak dapat merawat kecederaannya.

“Saya masuk tidur dan menyedari tangan saya mula kemerahan. Sehari selepas kejadian berlaku, saya mula mengalami luka-luka di tempat yang sama. Sehingga hari ini, kulit di tangannya masih menunjukkan kesan luka yang dalam.

Bukan serangan biasa
Episod berdarah Awwad sempat dirakam saudara kandungnya. Apabila beliau menunjukkan detik kejadian dari komputer ribanya, kelihatan ekor roket terkeluar dari tanah. Impak kuat turut menyebabkan paip air bawah tanah pecah lalu memuntahkan air berwarna kuning dan berbuih. 

Anggota polis telah mengeluarkan sisa roket yang tertanam namun, ekoran dari kejadian pokok dan tanaman di kawasan itu sudah tidak bernyawa.

Awwad berkata, pakar perubatan di Baghdad mengesahkan simptom yang dialaminya berpunca dari pendedahan yang berterusan terhadap agen gas 'mustard'. 

Awwad bukan bersendirian. Entah berapa ramai lagi remaja dan kanak-kanak yang terpaksa menderita akibat kekejaman puak pengganas Daish. 

Hari ini, istilah kehidupan normal bagi Doaa dan Awwad hanyalah mimpi semata-semata.

Bom meletup di gereja Samarinda, lima kanak-kanak cedera


JAKARTA: Lima kanak-kanak termasuk seorang bayi parah apabila sebuah bom meletup di halaman sebuah gereja di Samarinda, Kalimantan Timur, hari ini.

Menurut laporan berita televisyen tempatan, ketika kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, puluhan penganut Kristian sedang bersembahyang dalam Gereja Oikumene di Jalan Cipto Mangunkusumo di daerah Sengkotek, Samarinda itu.

Ketua Hubungan Masyarakat Polis Kalimantan Timur, Fajar Setyawan dipetik sebagai berkata, ketika kejadian kanak-kanak sedang bermain menunggu ibu bapa mereka beribadah.

Katanya, menurut saksi, seorang lelaki dikatakan meletak sebuah beg di halaman gereja tempat kanak-kanak sedang bermain itu sebelum melarikan diri dengan melompat ke dalam sungai berdekatan.

"Bom yang diletakkan dalam beg itu meletup, empat buah motosikal terbakar dan lima kanak-kanak termasuk seorang bayi parah akibat terkena percikan bom itu," katanya.

Beliau berkata kesemua mangsa telah dibawah ke hospital berdekatan untuk rawatan dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Katanya, orang ramai yang melihat kejadian itu kemudiannya mengejar suspek dan menangkapnya yang cuba bersembunyi dalam sungai.

Fajar berkata orang ramai yang menangkap lelaki yang terbabit menyerahkannya kepada polis sejurus kejadian.

Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki berumur 32 tahun terbabit memakai kemeja-T bertulis 'Jihad Way of Life' dan berasal dari Bogor, Jawa Barat.

"Suspek kini ditahan untuk siasatan dan dia sedang menerima rawatan kerana mengalami kecederaan," katanya.
Pada Ogos lepas, jemaah sebuah gereja di Medan mengagalkan cubaan seorang lelaki yang bersenjatakan sebilah pisau menyerang seorang paderi ketika sedang berkhutbah.

Lelaki itu juga didapati membawa dua butir bom buatan sendiri dalam beg galasnya.

-- BERNAMA

SUMBER: ASTRO AWANI

POLAND

Poland's 'Pro-Life' bill signed into law


A "Pro-life" bill ushering in a government aid programme for families of severely disabled and incurably sick babies was signed into law by Polish President Andrzej Duda on Thursday.
The government hopes that the programme will offer enough support to families raising disabled children to stop terminations of complicated pregnancies.
"This is another important, pro-family element of the government's work and it should be appreciated," Duda said.
"As the wealth of Poland's state and society increases this programme should be built upon."
The new law includes a one-off PLN 4,000 (EUR 900) payout for women who give birth to a child which is severely disabled or has an incurable terminal illness.
It also provides birth parents, legal guardians and care givers with palliative or rehabilitative care for children with medically certified illnesses, psychological care, cheaper medication, priority access to medical care and help with specific needs such as housing.
The law will come into force on 1 January 2017. 
Source: PAP

Bird flu hits near Poland's border


Bird flu has hit just 75km from Poland's northwestern border at a poultry farm in Germany's Greifswald region, website onet.pl has reported.
Suspicions of bird flu were raised when 31 birds were found dead at a German poultry farm. A further 26 fowl were immediately culled as precaution, with tests later confirming the H5N8 strain of the virus had been present, onet.pl said.
The highly contagious virus has not previously affected domestic fowl in Europe, the website said.
However, according to the World Organisation for Animal Health, the disease has spread throughout Germany, Austria, Croatia and Switzerland in the past few days, killing wild birds including ducks.
Poland was Europe's top poultry meat-producing country in 2014, according to the EU's statistical office, Eurostat.

Marchers take to streets for Polish Independence Day


Tens of thousands of marchers took to the streets of Warsaw in separate rallies on Friday to mark the 98th anniversary of Poland’s independence.
An Independence March in the capital, organized by Polish nationalists under the slogan “Poland the Bastion of Europe”, drew 75,000 people, according to police estimates cited by Interior Minister Mariusz Błaszczak.
The march organisers had said they expected 50,000, he added.
In recent years, the march on Independence Day, 11 November, has ended with outbreaks of violence and clashes with the police.
This time 7,000 police officers, some pulled in from other regions, were deployed in the capital. But there were no reports of serious unrest.
The marchers, including many young people but also families with children, waved flags in Poland’s national colours, red and white.
Some brandished the emblems of Polish football clubs. Others detonated fireworks and carried lit flares.
One banner read: “To be a Pole, to be a Catholic, is an privilege and an honour.” Another proclaimed: “Death to enemies of the Fatherland!”
At one point shouts of “Poles against immigrants!” broke out among the crowd, the PAP news agency reported.
Facebook flags burned
Marchers burned three flags with a Facebook logo, Polish Radio reported.
The social media giant recently blocked a number of profiles belonging to groups linked to the Independence March, including those of the organisers, claiming the pages did not meet its standards.
President urges harmony
Ahead of Independence Day, Polish President Andrzej Duda called for harmony. “Harmonious celebrations will be a sign that we as a nation can rise above unnecessary divides and disputes,” he said.
Last year, about 70,000 people took part in the nationalist rally in Warsaw, which was held under the slogan of “Poland for the Poles, Poles for Poland”, in reference to the refugee crisis.
On Friday, a separate march was organized on a different route by the Committee for the Defence of Democracy, which has held a string of anti-government protests over the last year.
Some of the marchers carried signs reading: “Nationalism springs from hate.” Among those making speeches at the rally were the leaders of the opposition Civic Platform and Nowoczesna parties.
They appealed for an end to divisions in Poland, where politics have been marked by vitriolic disputes in recent years.
The march drew 10,000 people, said Interior Minister Błaszczak, citing police estimates. He added that march organisers had been prepared for a turnout ten times larger.
The third of the main marches was a smaller rally organized by the Anti-Fascist Coalition, including the left-wing Razem (Together) party.
History remembered
Independence Day is celebrated in Poland on 11 November, marking the country regaining independence in 1918 after 123 years of partition by the Russian empire, the kingdom of Prussia and the Habsburg empire.

Kaczyński: Poland not truly free until Smolensk case closed


Poland will not be “truly free” while the Smolensk disaster case remains open, Jarosław Kaczyński, the head of the ruling Law and Justice (PiS) party, said to a crowd gathered outside the Presidential Palace in Warsaw.
People gathered on Thursday as part of monthly remembrances of the 2010 Smolensk catastrophe, in which 96 people including Kaczyński's brother, who was president at the time, died when their plane crashed in western Russia.
Thursday’s monthly anniversary came a day ahead of Poland's Independence Day.
“Poland will not be truly free without the truth [...] without closing the Smolensk case, which has cast a long shadow on the life of our nation, our society,” Kaczyński said.
He added: “Our celebrations, our interventions, our fight for the truth to be revealed, for the victims of the Smolensk tragedy to be venerated, for monuments to be put up, is part of a bigger project, it's part of everything that we do for Poland's independence.”
The Law and Justice (PiS) party, which came to power last year, has reopened a probe into the 2010 presidential plane crash.
PiS politicians have challenged a report under Poland’s previous government which concluded the crash was an accident.

Unemployment in Poland falls

Registered unemployment in Poland fell to 8.2 percent in October, officials said on Tuesday.
The figure -- the lowest recorded for the month of October since 1991 -- is 0.1 percentage point down on September and 1.4 percentage points lower than in October 2015.
Stanisław Szwed, deputy minister for family, work and social policy, said joblessness would probably be at 8.2-8.3 percent at the end of this year.

source: FB Radio Poland

"erti hidup pada memberi"

No comments:

Post a Comment