Nov 27, 2016

Get Fit Jom!

" Korang Jom pegi gym!"
" Jom pegi jogging nak malam ni? pukul 9 malam ni pun okay."
" Haishhh dah lama ni tak exercise.."

       Inilah antara ayat-ayat yang sering kedengaran di sekeliling.Alhamdulillah dalam kalangan kami pelajar di Poland, menjaga kesihatan dan usaha to be fit adalah satu subjek lain selepas subjek utama kami iaitu Perubatan. Walau penat macam mana, sekurang-kurangnya dalam satu minggu akan diperuntukkan sekali masa untuk bersenam. Ada yang suka pegi ke gym, ada yang suka bersenam dekat park tepi tasik yang cantik sambil ditemani daun kuning berguguran.Ada juga yang suka bersenam atau work out dalam rumah sahaja.

    Tak kisah dimana-mana sahaja tempat yang kita suka, asalkan kita ada usaha untuk menjaga kesihatan itu. Dalam Islam, menjaga kesihatan adalah satu perkara yang juga amat dititik beratkan.Islam adalah satu agama yang menyeluruh, yang juga menitik beratkan keadaan hambanya supaya sentiasa sihat.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : 
"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari)



Nabi  SAW yang bermaksud :
"Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman). “ (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

          
           Sudah terhantuk baru terngadah. Jangan pula peribahasa ini terjadi kepada kehidupan kita yang mana disebabkan oleh kesilapan kita sendiri. Pada umur yang semakin meningkat, kita sepatutnya sedar akan tanggungjawab kita yang semakin banyak. Tanggungjawab sebagai pelajar, doktor InsyaAllah kelak, masyarakat yang menyumbang, hamba Allah,kelak akan menjadi ibu bapa dan ketua keluarga yang perlu mencari nafkah.

          Kita semua ada dan bakal memikul semua tanggungjawab ini, yang mana pada satu hari nanti, apabila kita memikul semua ini pada masa yang sama, kita akan merasa kepentingan kesihatan. Kerana pada waktu itu, apabila kita merasa kepentingan menggalas amanah-amanah itu, ia memerlukan kita untuk mengguna lebih masa, tenaga ,otak dan kemampuan fizikal kita.Tetapi kerana masalah kesihatan yang disebabkan kesilapan sendiri, kita menyesal dikemudian hari. Pada waktu muda sekarang, mungkin tidak terasa? Boleh cuba tanya pada ibu bapa kita.:) Jika ada yang sudah merasa beban tanggungjawab itu, Alhamdulillah dan teruskan usaha.





          Percayalah, makin kita ambil pengalaman dan pengajaran hidup, kita akan sedar kita memerlukan semua reasons di atas.Untuk terus kita nikmati dan jalani hidup dengan baik supaya usaha untuk mencari akhirat juga dimudahkan Allah. Inilah sepatutnya menjadi niat utama kita.InsyaAllah, ada banyak cara untuk kita jaga kesihatan kan.Haa ini yang paling penting.

                        

         Menjaga makan juga adalah satu perkara yang sangat harus dititikberatkan. Lagi-lagi kepada kita rakyat Malaysia yang sudah terbiasa dengan makanan Malaysia yang sangat sedap tetapi tidak boleh dinafikan kebanyakan makanan itu harus dimakan dalam kuantiti yang tidak berlebih- lebih.


 "Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit"
 ( Hadis riwayat muslim)

         Tetapi, Pada masa yang sama, kesihatan kita juga bukan sekadar dipengaruhi oleh fizikal,malah dipengaruhi oleh sekeliling dan komuniti kita. Komuniti? pernah sesiapa memikirkan kesihatan dalam tema komuniti?seorang penulis popular iaitu Malcom Gladwell akan mengatakan Ya.


                                              

          Dalam satu buku larisnya iaitu OUTLIERS (The Story Of Success), topik pertama bertajuk "These people were dying of old age.That's it." menceritakan kisah dua orang doktor dari Amerika bernama Steward Wolf dan John Bruhn(Sociologist) yang memulakan ekspidisinya membuat kajian pada masyarakat di Roseto,yang mana doktor tempatan disitu telah mengatakan bahawa selama beliau berkhidmat disitu selama 17 tahun,tidak pernah beliau menjumpai seorang berumur 65 tahun dengan penyakit jantung.Dr Wolf sangat kagum dengan kenyataan itu dan mula mencari faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat disitu sangat sihat.Setelah pelbagai kajian, mereka tidak menjumpai apa-apa faktor yang berkaitan walaupun genetik,senaman,lokasi tempat atau gaya pemakanan. Akhirnya ,satu sahaja perbezaan yang dijumpai oleh masyarakat disitu ialah sebenarnya MASYARAKAT itu sendiri.How they live their life.

" They looked how the Rosetans visited one another,stopping to chat in Italian on the streets,say or cooking for one another in their backyards...They saw how many homes had three generation living under one roof, and how much respect grandparents commanded.They counted twenty two separate civic organizations in a town of just under 2000 people.They picked up on the particular egalitrian ethos of the community,which discourged the wealthy from flaunting their success and helped the unsuccessful obscure their families."

"No one was used to thinking about health in term of community" -Dr.Wolf and Dr. Bruhn.

        kesihatan kita bergantung pada fizikal dan mental kita. Marilah kita sama-sama menghargai dan menitikberat dua-dua aspek ini. Fizikal dan sekeliling kita.Ini sangat selari dengan cara hidup Islam yang sebenar iaitu menyeluruh merangkumi semua aspek kehidupan kita.

Jom usaha untuk sihat di dunia supaya dimudahkan usaha dan ibadah akhirat kita!



No comments:

Post a Comment