Dec 14, 2010

bertaklid pakai spect...=)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Subhanallah.. Alhamdulillah..Astaghfirullah...

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang masih lagi memberi kita nikmat kehidupan di dunia ini...kesedihan dan kegembiraan adalah asam garam kehidupan..yang membuatkan kita rasa nikmatnya hidup kurnian Allah ini..cuba bayangkan kalau hidup kita mendatar sahaja, tak ada dugaan, tak ada turun naik, confirm kita rasa tak best kan..!sebab hari2 biasa je..tak ada perubahan..feelingless..meaningless...

so..macam mana nak jadikan hari2 kita luar biasa..??
merempit..?? hisap dadah..??merompak mungkin..??
owh...jangan2..mari kita buat pekerjaan2 yang murni sikit...yang Allah redha..sebab best hidup ini bila ada keredhaan Allah..bila Allah start sayang kat kita, semua benda kita buat kita akan rasa happy..
apa yang kita kena buat..??
tingkatkan mutabaah amal...tolong orang pindah rumah...pergi masjid...
hari2 kita tambah kebaikan dalam hidup kita..
insyaAllah hari2 kita akan rasa luar biasa..^^

saya nak tulis sendiri pasal benda taklid2 ini..
tapi saya rasa lagi best bila baca orang sini tulis..
jadi nak kongsi sikit dengan para pembaca..insyaAllah..
enjoyy..!! ^^


Prof HAMKA adalah diantara tokoh Nusantara yang sangat saya kagumi. Selain ceramahnya bagus dan sedap didengar beliau juga banyak menulis buku. Kita ketandusan ulama seperti beliau. Kita berdoa semoga roh beliau dicucuri rahmat dan mendapat tempat istimewa di sisi Allah. Terhadap ulama besar ini, maka siapalah ustaz nak komen tentang beliau. Namun demikian untuk memenuhi harapan Dr Nik, ustaz akan beri pendangan berikut :

1. Pak Hamka memang dari keturunan orang alim. Kealiman ulama Nusantara masa silam banyak dikaitkan dengan Tarikat dan Tasawuf. Tetapi sangat tidak adil jika seseorang langsung dilebel berdasarkan keturunan atau fahaman nenek moyangnya. Kalau begitu kita boleh pertikaikan kewibawaan para Rasul sebab umumnya orang tua mereka bukanlah orang yang mendapat petunjuk. Sebenarnya tidak adil jika dikatakan semua tarikat dan tasawuf itu sesat. Kalau tarikat diambil dari perkataan " Tariq " yang makna asalnya "jalan" yakni jalan mendekatkan diri kepada Allah - hanya saja kita mestilah pastikan jalan tersebut tidak menyalahi cara atau jalan Rasulullah SAW. Tasawuf pula selalu diartikan "suci" yakni sentiasa mensucikan hati - memang Islam sangat menganjurkan pensucian hati dari segala penyakit hati. Barangkali untuk membersihkan diri beliau dari tohmahan itulah maka Prof Hamka mengarang sebuah buku yang berjudul : " Tasawuf Moden ".

2. Imam Al-Ghazai digelar Bapak Tasawuf malahan Hujjatul Islam. Kita wajib hormat pandangan beliau. Demikiian juga ulama lain termasuk Imam-Imam Mazhab Yang Empat. Namun demikian, kita yang berfahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah tidak boleh meletakkan mereka setaraf dengan Rasulullah SAW yang Maksum. Bagi ustaz kita boleh bermazhab tetapi dilarang ta'assub atau fanatik mazhab. Umat Islam Nusantara pada umumnya mendakwa bermazhab Syafii tetapi banyak dari mereka tidak terbuka dan berlapang dada bila berhadapan dengan perbezaan pendapat. Imam Syafii berkata : " Jika kamu dapati hadis itu sahih maka itulah mazhab aku ". Beliau berkata lagi : " Pendapat aku adalah benar, tetapi ada kemungkinan salah. Pendapat orang lain adalah salah, tetapi ada kemungkinan benar ". Mengapa mengaku bermazhab Syafii tetapi tidak ambil akhlak Syafii ??????

3. Umat Islam sebenarnya tidak perlu " confusing " jika mereka suka merujuk kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. Bukankah sudah ada jaminan Rasulullah SAW bahawa seseorang tidak akan sesat selamaya jika dia berpegang teguh kepada dua rujukan utama itu. Sebagai contoh Allah berfirman : Sampaikanlah berita gembira kepada hamba-hamba-Ku yang suka mendengar dan mengikuti mana yang paling baik. Merekalah yang mendapat Hidayah Allah dan merekalah orang yang berakal. ( Al-Zumar : 17 - 18 ). Kesimpulan : Ada dua syarat untuk mendapat Hidayah Allah : 1. Suka mendengar Ayat-ayat Al-Quran, Hadis nabi SAW, pandangan ulama, ceramah agama dll 2. Ikutilah mana pandangan itu yang paling baik (bukan mesti ikut semua yang didengar tetapi mestilah dilseleksi terlebih dahulu, kemudian ikutilah yang paling kuat dalilnya, bukan berdasarkan siapa yang bercakap).

4. Imam Malik ketika berada disamping kuburan Rasulullah SAW berkata : " Semua pandangan manusia boleh kita ambil dan boleh pula kita tolak, kecuali pandangan manusia ini (sambil beliau menunjuk ke arah kuburan Nabi Muhammad SAW). Budaya ini masih belum begitu subur dikalangan umat Islam Nusantara, walaupun mereka dari kalangan orang yang berpendidikan. Biasanya para cendekiawan dan golongan terpelajar tidak mudah menerima suatu pandangan tanpa bukti yang kokoh. Budaya ini terbukti dari ungkapan mereka yang selalu kita dengar : Show me the proof, man !!!! Mengapa dalam hal-hal keduniaan mereka boleh bersikap demikian, tetapi dalam hal-hal keagamaan khasnya tentang perkara ghaib dan cara ibadat yang betul mereka tidak gunakan perinsip yang sama ? Padahal prihal agamalah justeru memerlukan hujah dan dalil yang pasti dari Allah dan Rasul-Nya.

5. Allah SWT berfirman : " Hai orang-orang yang beriman ! Taatilah Allah, taatilah Rasul-Nya dan pemimpi-pemimpin kamu (ulil amri). Jika kamu berselisih pendapat maka rujuklah kepada Allah dan Rasul-Nya. ( Al-Nisaa' : 59 ). Pengajaran ayat : 1. Didepan Rasul diulang sekali lagi taatilah selepas taatilah Allah, tetapi tidak diulangi taatilah di depan Ulil Amri. Ini memberi isyarat mentaati Allah sama dengan derjat metaati Rasulullah, tetapi tidak demikian terhadap Ulil Amri. 2. Ulil Amri terbagi dua : Ulama' dan Umara'. Ini memberi isyarat mentaati ulil mari bersyarat selagi tidak bercanggah dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya. 3. Jika umat Islam berbeza pendapat maka Allah menyuruh agar mereka merujuk kepada-Nya yakni Al-Quran dan Rasul-Nya yakni Sunnahnya, dan ulil amri dalam hal ini tidak disebut-sebut.

6. Yang sangat dikesali, perinsip di atas bukan saja diabaikan oleh orang Islam yang awam, malahan juga diabaikan oleh para ulama dan para pendakwah akhir zaman. Sikap mereka terlalu mengagungkan ulama dan tuan guru. Sebaliknya terdapat juga golongan berlawanan yakni tidak hormat langsung kepada para ulama. Para ulama yang banyak jasanya tidak dihargai hanya kerana beberapa pandangannya yang kurang kuat. Kedua-dua golongan ini tidak berlaku adil. Seharusnya : Para ulama wajib dihargai dan diambil pandangannya selagi sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya tapi jangan sampai ke tahap ta'assub. Sebaliknya kebaikan mereka jangan dinafikan samasekali hanya kerana terdapat beberapa kesilapan yang mereka lakukan. Inilah ciri-ciri " Ummatan Wasata " yakni umat yang adil, sederhana dan pertengahan. Allah SWT berfirman : Demikianlah Kami jadikan kamu " ummatan wasata " agar kamu menjadi saksi bagi sekalian umat manusia dan agar Rasul menjadi saksi ke atas kamu. ( Al-Baqarah : 143 ).

7. Bagi ustaz, Prof HAMKA Rahimahullah adalah orang yang jelas akidahnya dan syareatnya. Bukan pembawa ajaran sesat atau songsang. Ingin membuktinya ? Sila baca buku-buku kayra beliau yang sangat banyak mengupas hal-hal agama. Jangan hanya baca buku-buku sasteranya saja. Itulah luahan hati dan pendapat beliau yang asli, bukan sekedear dengar-dengar komen orang. Islam telah menetapkan dosa besar ke atas sesiapa yang berburuk sangka kepada sesama muslim tanpa asas yang kokoh. Allah berfirman : " Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. ( Al-Hujuran : 6 ). Para ulama tafsir menamakan surat Al-Hujurat ini dengan nama lain, iaitu :
"Surah Ahklah" kerana semua ayatnya yang terdiri 18 ayat mitu mengandungi unsur-unsur akhlak dan moral. Ini seolah-olah memberi isyarat : Sungguh tidak berakhak dan rendah budi pekerti orang yang suka melebel muslim lain tanpa diselidi terlebih dahulu. Dan yang sangat menyedihkan lagi, justeru tohmahan itu disebut-sebut di dalam masjid.


Kesimpulannya..hidup kita sekarang ini tak salah bertaklid...sebab kalau nak tunggu kita kaji hadith satu2, alamatnya tak beramal la kita kan..hehe..tapi bila nak bertaklid ini jangan la taklid buta, try pakai spect..bagi jelas apa yang kita amalkan..insyaAllah..kata2 seorang hamba Allah.."ilmu tanpa amal rugi...beramal tanpa ilmu sesat"...hehe..

أَلاَ لاَ خَيْرَ فِى عِبَـادَةٍ لَيْسَ فِيْهَا تَفَقُّهٌ ، وَلاَ عِلْمٍ لَيْسَ فِـْيهِ تَفَهُّمٍ .وَلاَ قِرَاءَةٍ لَيْسَ فِيْهَا تَدَبُّـرٍ

Ketahuilah olehmu: Tidak ada kebaikan pada ibadah tanpa tafaqquh, dan tidak ada (kebaikan) pada ilmu tanpa kefahaman, dan tidak ada (kebaikan) pada bacaan Al Quran tanpa tadabbur (penghayatan). (Dari Saidina Ali).


Allahu taala a'lam..

p/s : seseorang ditanya...awak mazhab apa..?? beliau menjawab : saya mazhab Rasulullah..!! ;)

2 comments:

  1. salam.maaf bertnya,taklik tu apa eh? bukan taklik tu mcm bergantung pd syarat ke?cthnya cerai taklik.mohon pencerahan.jzkk

    ReplyDelete
  2. maaf....tersyasyul...hehe,,,
    salah eja...bertaklid..yakni mengikut pendpat sesuatu..

    ReplyDelete