Dec 17, 2010

PENYAKIT HATI


“Dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman Ya Rabb kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” Terjemah al-Hasyr [59 : 10]
Saya mempunyai seorang sahabat yang berusia 32 tahun yang menghidap brain cancer. Walaupun telah berubat ke luar Negara, tetapi Allah tetap belum mentakdirkan kesembuhan untuknya.

Dia dimasukkan ke Hospital Angkatan Bersenjata di Riyadh, pada bulan-bulan terakhir hidupnya. Dia tidak sedarkan diri dan seluruh wajahnya membengkak sehingga orang yang menziarahinya berasa kurang senang untuk memandangnya.

Tepat jam 6 pagi suatu hari, pihak hospital menghubungi saya untuk menyampaikan khabar bahawa sahabat saya sedang menghadapi sakaratul maut, maka saya segera ke hospital berkenaan.

Setibanya di sana, saya bertanya kepada salah seorang nurse tentang pulse-nya, “30 seminit dengan tekanan maksimum 35”, jawab nurse tersebut.
Saya segera masuk ke dalam bilik rawatan dengan penuh takjub. Wajahnya yang bengkak dan menakutkan telah kembali normal. Seakan-akan tidak pernah berlaku sesuatu.

Saya mendekatinya dan memutar tempat tidurnya kea rah kiblat, lalu berkata padanya, “Muhammad!” Dia menyahut, “Ya. Khalid?” Saya menjawab, “Ya, bagaimana keadaanmu?” Dia menjawab “Alhamdulillah, aku dalam keadaan baik.” Saya katakana padanya, “Ucapkanlah ‘Asyhadu alla ilaha illallah wa anna Muhammad Rasulullah.” Dia mengucapkannya, lalu pergi menghadap Tuhannya – semoga Allah merahmatinya.

Saya memohon kepada Allah semoga mempertemukan saya, sahabat saya dan anda semua di bawah naungan syurga Firdaus.

Saya tertanya-tanya kepada diri sendiri, amal perbuatan apa yang telah dia lakukan, sehingga dia berhak untuk mendapatkan anugerah husnul khatimah (pengakhiran yang baik) ini?
Saya yakin, pasti dia mempunyai satu amal ibadah yang istimewa hingga dia mendapat penghormatan untuk mendapatkan husnul khatimah dan mengucapkan dua kalimah shahadah di penghujung nyawanya.

Saya bertanya pada ayahnya. Ayahnya menjelaskan “Anakku itu sangatlah aneh, aku belum pernah menemui orang yang hatinya lebih mulia darinya, dia tidak pernah tertarik dengan harta milik orang lain, dia tidak mengenal sifat dengki mahupun iri hati. Dia selalu membawa cinta kasih sayang kepada sesiapa pun. Mungkin semua ini sudah cukup untuk menghantarnya ke darjat husnul khatimah.”

Saudaraku,

Iri hati dan dengki adalah dua penyakit yang sangat berbahaya. Ia memusnahkan kebaikan, menghancurkan amal saleh, kerana kedua penyakit tersebut menimbulkan sebuah dosa yang sangat buruk, menjerumuskan orang ke dalam ghibah, mengadu domba, berbohong dan menipu.

Iri dan dengki membakar kebaikan sebagaimana api mebakar kayu, lalu akan menjerumuskan seseorang ke dalam kezaliman, dan semua itu adalah kesalahan besar. Seorang yang di dalam hatinya tidak akan rasa tenang dan aman. Pertentangan selalu berkecamuk di dalam hatinya, sehingga banyak waktunya dihabiskan untuk mengintai kegiatan orang lain, maka hilanglah kesempatannya untuk meraih kejayaan dunia dan akhirat.

Saudaraku,
Jika kita telah kenal dan faham sesuatu penyakit, pasti kita akan dapat ubat yang sesuai untuk mengubatinya. Dan Ubat yang paling mujarab untuk penyakit ini ialah selalu menjaga solat berjemaah dengan penuh khusyuk dan sikap tunduk pada Allah. Hati seseorang yang tertimpa penyakit iri dan dengki akan kehilangan ketenangan dan satu-satunya ubat adalah taat kepada Allah dan selalu berzikir kepadaNya.

Solat adalah zikir yang paling utama, seterusnya membaca al-Qur’an, bertasbih, bertahlil, zikir pagi dan petang, perbanyak istighfar dan taubat, serta doa dan mujahadah.
Perlu diketahui bahawa proses pengubatan ini kadang kala mengambil masa yang sangat lama, maka janganlah engkau ragu dan putus asa. Yang penting mulakanlah proses penyembuhan yang benar ini, lalu gantungkanlah segala harapan dan tujuan hanya Allah dengan penuh keikhlasan dan khusyuk agar Dia menyembuhkanmu dari penyakit ini.

Jika badan bebas dari segala macam penyakit menjadikan hidup seseorang aman tanpa beban, maka hati yang terbebas dari segala macam penyakit akan menjadikan hidupnya penuh dengan kebaikan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Diterjemah dan di-edit dari buku Musyahadat Thabib Qashash Waqi’iyyah, Kesaksian Seorang Dokter; Mensucikan Hati melalui Kisah-Kisah Nyata, Dr Khalid bin Abd Aziz al-Jubair, 2007

No comments:

Post a Comment