Apr 7, 2015

WEEKLY IPIP NEWS WRAP UP (31/3/2015-6/4/2015)-IKATAN PELAJAR ISLAM POLAND


DALAM NEGARA

Hanya empat jam naik ETS dari Padang besar ke KL - KTMB

Read more at:http://m.www.astroawani.com/berita-malaysia/hanya-empat-jam-naik-ets-dari-padang-besar-ke-kl-ktmb-56959


KUALA LUMPUR: Sukar dibayangkan apabila perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) dari Padang Besar, Perlis ke Kuala Lumpur bakal memakan masa hanya empat jam 15 minit berbanding kira-kira 12 jam menerusi perkhidmatan lokomotif diesel.

Perkara ini dinyatakan Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Ir Nawawi Ahmad kepada Bernama yang turut memberitahu perkhidmatan ETS bakal bermula September ini menggunakan landasan berkembar selaju 160 kilometer sejam.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Langkawi berkata secara rasmi ETS akan bermula September ini, namun diharap ia dapat beroperasi sebulan lebih awal iaitu pada Ogos.
Stesen-Arau, Alor Setar, Bukit Mertajam, Ipoh sehingga berakhir di KL Sentral.Beliau berkata KTMB akan menjalankan ujian laluan selama sebulan Jun ini.

Doktor baru mungkin perlu menunggu setahun untuk housemanship

Read more at:http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/03/30/New-docs-may-have-to-wait-a-year-for-housemanship/


PETALING JAYA : Doktor baru kini perlu menunggu lebih lama - sehingga setahun selepas tamat pengajian mereka - untuk mengambil bertugas sebagai doktor pelatih di hospital latihan tertentu dan bukannya tempoh seperti sebelumnya enam bulan . 

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia ( MMA ) Dr Krishna Kumar berkata selepas graduan perubatan kini diberi pilihan untuk memilih hospital untuk dilatih di bawah sistem e - Houseman dan senarai menunggu yang lama di sesetengah hospital , masa menunggu boleh menjadi lebih lama. 

Sebelum sistem e - Houseman yang diperkenalkan tahun ini, masa menunggu purata adalah kira-kira enam bulan . " Masa menunggu yang semakin panjang dan lebih lama, terutamanya di hospital bandar yang popular , termasuk Hospital Kuala Lumpur . " Kita mesti mempunyai satu peperiksaan kemasukan untuk menyaring graduan perubatan untuk calon-calon yang terbaik , " katanya.

Polis tahan 17 orang disyaki rancang lakukan keganasan di ibu negara

Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-tahan-17-orang-disyaki-rancang-lakukan-keganasan-di-ibu-negara-57207?cp


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia menerusi bahagian counter terrorismnya pada Ahad telah berjaya menahan 17 orang yang disyaki merancang melakukan keganasan di ibu negara.

Dalam satu catatan Twitter oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dua daripada mereka baru pulang dari Syria. Khalid turut mengucapkan tahniah ke atas kejayaan anggota polis itu.

Sebelum ini satu laporan menyebut Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM Bukit Aman mendapati ada rakyat Malaysia yang terlibat dengan IS dan hanya menunggu masa melakukan serangan.

Sehingga kini dipercayai hampir 63 rakyat Malaysia berada di Syria bagi berjuang bersama kumpulan militan IS.

Tiada panggilan kecemasan daripada helikopter - Menteri Pengangkutan

Read more at:http://m.www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-panggilan-kecemasan-daripada-helikopter-menteri-pengangkutan-57189



PUTRAJAYA: Helikopter yang terhempas 4 April lalu di Semenyih pada Sabtu tidak membuat sebarang panggilan kecemasan, dan ia mematuhi laluan penerbangan yang diluluskan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata Kawalan Trafik Udara (ATC) tidak merekod sebarang perbualan dengan juruterbang helikopter itu dan ia adalah normal.

"Adalah normal (helikopter) untuk terbang selepas mendapat kebenaran kecuali ia memerlukan keperluan (untuk menghubungi ATC)," katanya pada sidang media di sini, Ahad selepas kotak hitam helikopter malang itu diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan.

"Kami juga memeriksa sama ada terdapat panggilan "Mayday" atau panggilan kecemasan tetapi kami tidak menemui sebarang panggilan," kata beliau.

Mereka yang terkorban ialah Anggota Parlimen Rompin yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, pembantu operasi Fournier Aidana Baizieva, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran.

Jenazah bapa Anwar Ibrahim selamat disemadikan

Read more at:http://m.www.astroawani.com/berita-malaysia/jenazah-bapa-anwar-ibrahim-selamat-disemadikan-57152



KAJANG: Jenazah Allahyarham Datuk Ibrahim Abd Rahman, yang merupakan bapa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, selamat disemadikan pada jam 2.35 petang.
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Ramal, Kajang.

Solat jenazah diadakan di rumah Allahyarham di Pinggir Pelangi Pagi, Country Heights pada jam 1 tengahari 5 April lalu dan van jenazah bertolak ke tanah perkuburan pada jam 2.10 petang.

Antara yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir di kediaman Allahyarham adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung PKR dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib
Turut hadir ialah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran dan peguam Latheefa Koya.

Ujian tunggal untuk miliki lesen memandu mulai bulan depan - Aziz Kaprawi

Read more at:http://m.www.astroawani.com/berita-malaysia/ujian-tunggal-untuk-miliki-lesen-memandu-mulai-bulan-depan-aziz-kaprawi-56953



KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan ujian tunggal bagi individu yang ingin memiliki lesen memandu kereta dan menunggang motosikal bermula bulan depan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi.

Beliau berkata ini berikutan aduan serta kritikan yang diterima daripada orang ramai mengenai kekangan masa dan kos bagi menduduki dua ujian berasingan bagi mendapatkan lesen berkenaan.

"Untuk makluman, kerajaan telah mengambil kira segala pandangan orang ramai dan kita jangka akan laksana ujian tunggal mulai bulan depan.

"Kedua-dua ujian itu akan disatukan untuk kemudahan orang ramai selain mengurangkan kos bagi tujuan mendapatkan lesen berkenaan," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) pada persidangan Dewan Rakyat di sini
.
Hasbullah ingin tahu mengenai langkah yang bakal diambil kerajaan bagi memudahkan rakyat memohon lesen memandu kereta dan motosikal di negara ini.

Bagaimanapun katanya, sukatan pelajaran kedua-dua ujian berkenaan adalah berbeza.

5 pengawal keselamatan kena tetak

Read more at:http://www.hmetro.com.my/node/41591



Nilai: Enam penyamun bertindak ganas dengan menetak enam mangsa membabitkan lima pengawal keselamatan dan seorang kakitangan Pusat Inovasi dan Teknologi Koko, Lembaga Koko Malaysia dalam kejadian samun, di sini, 5 April lalu.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 1.40 pagi , lima pengawal keselamatan terbabit sedang mengawal lima blok bangunan di pusat itu manakala kakitangan berkenaan secara kebetulan datang ke pejabat untuk mengambil barang tertinggal.

Katanya, ketika itu enam lelaki bertopeng menceroboh masuk ke pusat terbabit dan mereka mendapatkan semua mangsa yang kebetulan berada di sudut bangunan.

Menurutnya, semua mangsa kemudian diikat dan dipukul sebelum keenam-enam mereka ditetak menggunakan parang serta kuku kambing.

LUAR NEGARA

Jualan buku tentang Islam meningkat selepas serangan di Perancis

Read more at:http://m.www.astroawani.com/berita-dunia/jualan-buku-tentang-islam-meningkat-selepas-serangan-di-perancis-57093



PARIS: Buku tentang Islam laris dijual di Perancis selepas serangan maut oleh kumpulan ekstremis di ibu negara itu menimbulkan persoalan tentang agama paling pantas berkembang di Eropah ini.

Sebuah sisipan majalah memfokus kepada Al-Quran laris dijual dan kedai buku menjual lebih banyak buku tentang Islam berbanding sebelumnya selepas serangan di Paris pada Januari yang menyebabkan 17 maut.

"Warga Perancis bertanyakan banyak soalan, dan berasa tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan pihak media," kata Fabrice Gerschel, pengarah majalah Philosophie yang menerbitkan sisipan itu.

Penjualan buku tentang Islam meningkat tiga kali ganda pada suku pertama 2015 berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut Kesatuan Kedai Buku Kebangsaan Perancis.

Mathilde Mahieux daripada rangkaian kedai buku La Procure yang mengkhusus dalam bab agama, berkata orang ramai mahu lebih memahami agama yang kononnya ditampilkan kumpulan militan IS, supaya mereka dapat buat keputusan sendiri.

Kita kutuk serangan militan di Kenya - Najib

Read more at:http://m.www.astroawani.com/berita-dunia/kita-kutuk-serangan-militan-di-kenya-najib-57031



KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini mengutuk serangan militin terhadap sebuah universiti timur laut Kenya, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 147 orang terbunuh.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia menolak perbuatan ekstremisme yang dilakukan atas nama Islam.

"Islam adalah agama yang mengutamakan keamanan, toleransi & rasa hormat," kata Najib dalam catatan dalam akaun Twitter beliau.

Reuters melaporan lelaki bersenjata daripada kumpulan militan Al Shabaab merempuh masuk ke kampus Universiti Garissa dalam serangan pada waktu subuh dan membunuh sekurang-kurangnya 147 orang pada Khamis.

Dilaporkan serangan itu berlaku hampir 15 jam selepas empat lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dalam kampus itu.

Empat lelaki bersenjata itu, badan mereka dipasang dengan bahan letupan, telah dibunuh, menurut seorang pegawai Kenya.

Al Shabaab, yang melakukan serangan maut di pusat beli-belah Westgate di Nairobi pada 2013, mendakwa bertanggungjawab melakukan serangan di kampus itu.

Kementerian Luar terus pantau rapi perkembangan di Yemen

Read more at:http://m.www.astroawani.com/berita-dunia/kementerian-luar-terus-pantau-rapi-perkembangan-di-yemen-56745



KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri terus memantau rapi perkembangan semasa khususnya situasi keselamatan di Yemen.

Pada masa ini, majoriti rakyat Malaysia berada di empat bandar utama iaitu Sana'a (159 orang), Hodeidah (45 orang), Aden (75 orang) dan wilayah Hadramawt (600 orang). Mereka dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Hadramawt dan Hodeidah adalah tenang dan tidak terjejas dengan serangan udara. Walau bagaimanapun, Kedutaan telah meletakkan Sanaa, Aden dan Hodeidah di tahap berjaga-jaga, sejak kawasan-kawasan tersebut berada di bawah kawalan Houthis.

Kementerian Luar Negeri, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pertahanan bersama-sama dengan Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a sedang menyelaraskan usaha evakuasi tersebut. Kerajaan sedang mempertimbangkan semua pilihan yang ada bagi memindahkan rakyat kita keluar dari Yemen secepat mungkin.

Thailand tarik balik undang-undang tentera

Read more at:http://m.www.astroawani.com/berita-dunia/thailand-tarik-balik-undang-undang-tentera-56936



BANGKOK: Thailand mengumumkan penarikan balik undang-undang tentera yang dilaksanakan sejak Mei tahun lalu.

Perkara ini diumumkan menerusi saluran televisyen tempatan dan turut disiarkan dalam laman web Royal Gazette.


Raja Bhumibol Adulyadej memperkenan penarikan balik undang-undang itu yang dikenakan selepas rampasan kuasa tentera pada 22 Mei.


Undang-undang itu digantikan dengan peruntukan Artikel 44 Piagam Sementara yang memberi kuasa kepada Majlis Keselamatan Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman (NCPO) untuk mengeluar sebarang perintah atau arahan tanpa mengambil kira sama ada ia boleh mendatangkan kesan kepada perundangan, eksekutif dan kehakiman atau tidak.


NCPO kini diketuai Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan-Ocha.

Lapangan terbang baru Beijing oleh Zaha Hadid

Read more at:http://www.thestar.com.my/Travel/Asia/2015/04/04/Beijings-grand-new-airport-by-Zaha-Hadid/


Zaha Hadid Architects telah mengeluarkan imej pertama reka bentuk yang akan menjadi terminal penumpang lapangan terbang terbesar di dunia di China. The Beijing New Airport Terminal Building, direka dengan kerjasama perancang lapangan terbang ADP Ingenierie , akan menampung 45 juta penumpang setiap tahun.

Menurut satu kenyataan akhbar oleh Zaha Hadid Architects , ia akan menjadi "disesuaikan dan mampan, yang beroperasi dalam pelbagai konfigurasi yang berbeza bergantung kepada pelbagai pesawat dan penumpang sepanjang hari". Terminal itu akan menampilkan pusat pengangkutan pelbagai mod bersepadu dengan pautan terus ke perkhidmatan kereta api tempatan dan kebangsaan.

Menteri Turki menggesa Eropah untuk berlaku adil kepada orang Islam

Read more at:https://www.middleeastmonitor.com/news/europe/17886-turkish-minister-urges-europe-to-do-justice-to-muslims
Volkan Bozkir
EU Menteri Turki telah menggesa negara-negara Eropah , untuk berlaku adil kepada umat Islam yang tinggal di Eropah dan menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan insiden Islamophobic di Barat . 

" Eropah bukan sekadar tempat untuk orang Kristian , " kata Volkan Bozkır Sabtu lalu dan mengulangi hakikat bahawa berjuta-juta umat Islam Turki hidup di Eropah .

Bozkır membuat kenyataan itu dalam ucapannya pada satu program khas kepada Nabi Muhammad yang dianjurkan oleh Kesatuan Islam Turki Institut Agama di Bad Kreuznach , Jerman . Juga , menteri mengkritik keras orang-orang yang menyalahkan Islam bagi keganasan. 

Merujuk kepada nahas kapal terbang Air Berlin baru-baru ini di Perancis yang mengorbankan lebih 150 orang , di mana siasatan awal menunjukkan pembantu juruterbang sengaja membawa pesawat ke bawah , dia bertanya : " Mengapa adalah pembantu juruterbang Jerman , yang menyebabkan kejadian itu , tidak dipanggil seorang Kristian pengganas ? Mengapa Islam selalu dikaitkan dengan keganasan ? "

No comments:

Post a Comment