Apr 13, 2015

WEEKLY IPIP NEWS WRAP UP (7/4/2015-13/4/2015) - IKATAN PELAJAR ISLAM POLAND

DALAMNEGARA

Kesemutan  bibir dan sakit kepala teruk antara simptom terkena racun kerang 

Kesemutan bibir dan sakit kepala teruk  antara simptom terkena racun kerang-kerangan

SIBU: Dua kes keracunan kerang-kerangan paralitik (PSP) dilaporkan di Labuan berikutan fenomena air pasang merah di perairan pulau berkenaan, sejak awal bulan ini.

Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismail Ali berkata dua nelayan tempatan di Sungai Miri di sini disahkan mempunyai gejala PSP dan telah dirawat sebagai pesakit luar pada Khamis.

"Mereka telah disahkan mempunyai simptom berkenaan selepas makan makanan laut dan dinasihatkan supaya segera melaporkan kepada hospital jika simpton berkenaan berterusan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata gejala awal termasuk kesemutan bibir dan sakit kepala yang teruk dan boleh menyebabkan lumpuh pada dada pesakit dan otot perut yang boleh menyebabkan kematian dalam tempoh dua hingga 23 jam.

Beliau berkata penduduk kampung yang tinggal berhampiran kawasan pantai mesti mengelak daripada memakan sebarang jenis kerang-kerangan atau plakton  berinjap dua segera.

Air pasang merah dinamakan selepas warna kemerahan yang dihasilkan plankton bertoksin dan hidupan laut tertentu yang memakan plankton yang tercemar sekali gus menyebabkan kematian di Sabah pada awal 1980-an.

Kelonggaran penguatkuasaan punca banyak ulat teksi di KLIA2 


Kelonggaran penguatkuasaan punca banyak ulat teksi di klia2 - Rusli

KUALA LUMPUR: Kelonggaran penguatkuasaan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) menjadi punca banyak ulat teksi dan kereta sapu beroperasi di kawasan berkenaan.

Selain itu, Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Premier klia2, Rusli Sharif berkata, pertambahan 'ulat' berlaku kerana lebih banyak syarikat penerbangan dan penumpang menggunakan klia2 berbanding Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) yang berhenti operasinya pada Mei tahun lalu.

"Jumlah 'ulat' dan kereta sapu yang beroperasi di klia2 dianggarkan telah bertambah sekali ganda berbanding keadaan di LCCT sebelum ini.

"Saya menganggarkan jumlah 'ulat' di LCCT adalah antara 15 hingga 20 sahaja, tetapi kegiatan 'ulat' di klia2 lebih rancak iaitu antara 40 hingga 50 orang setiap hari," katanya yang dipetik dari laporan Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Rusli berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Che Hasni Che Ahmad bahawa 'ulat' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) termasuk klia2 mengenakan tambang mencecah RM800 untuk perjalanan ke pusat bandar.

Rusli berkata, kegiatan 'ulat' masih aktif di klia2 walaupun SPAD dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) giat melakukan operasi.

"Ketika beroperasi di LCCT, kami hanya perlu menunggu antara 12 hingga 14 jam untuk mendapat tiga pelanggan. Sebagai pemandu teksi lapangan terbang, kami memerlukan sekurang-kurangnya tiga perjalanan setiap hari untuk menyara hidup.

"Kami sebelum ini menjangkakan pemindahan ke klia2 akan menambahkan pendapatan, tetapi keadaan sebaliknya berlaku apabila kerajaan membenarkan operasi teksi bermeter di klia2 selain berdepan persaingan 'ulat'," katanya.

Segalanya lancar,usaha perlu diteruskan

Segalanya lancar, usaha perlu diteruskan - Evakuasi Pelajar Yaman













KUALA LUMPUR: "Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar dengan ketibaan sebahagian pelajar Malaysia malam tadi. Usaha perlu diteruskan."

Catatan laman Twitter Evakuasi Pelajar Yaman membayangkan rasa syukur wakil pelajar Malaysia di Yaman yang mula meninggalkan negara itu ekoran keadaan yang sedang bergolak.



Pada Sabtu, 94 rakyat Malaysia yang dipindahkan keluar dari Yaman, berikutan pergolakan di negara itu, selamat tiba di tanah air.

Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada jam 11.25 dengan menaiki Oman Air Penerbangan WY821 yang berlepas dari Muscat pada 9.45 pagi (waktu tempatan).

Kebanyakan mereka adalah pelajar termasuk anak Menteri Besar Kelantan Irsyad Abdul Hakim Ahmad.

Terdahulu, Wisma Putra dalam satu kenyataan menerangkan sejumlah 252 rakyat Malaysia, termasuk 94 individu yang tiba semalam, telah dibawa pulang sejak 7 April, berikutan perang saudara yang semakin meruncing di Yaman.

Harga barang naik berikutan pelaksanaan GS

#10HariGST : Warga kota mengeluh harga barang meningkat













KUALA LUMPUR: Sejak berkuatkuasa pada 1 April lalu, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sedikit sebanyak memberi kesan kepada cara perbelanjaan dalam kalangan masyarakat.

Ada yang terpaksa berbelanja lebih, ada juga yang terpaksa mengatur semula perbelanjaan kehidupan seharian mereka berikutan beberapa perubahan harga barang.

Tinjauan Astro AWANI di sekitar ibu kota mendapati kebanyakan mereka kecewa dengan peningkatan beberapa harga barang selepas sepuluh hari pelaksanaan GST.

Bagi pelajar Wan Sabrina, 20, kenaikan caj perkhidmatan prabayar selepas GST adalah satu perkara yang mengecewakan.

“Saya berasa sangat kecewa kerana hari itu saya menambah nilai untuk telefon bimbit sebanyak RM45, kemudian saya dikenakan caj sebanyak RM2.70. Saya rasa perkara ini tidak patut.

"Dengan RM2.70 itu sebenarnya saya boleh membeli sesuatu yang lebih bagus. Contohnya dengan membeli makanan," ujar Sabrina.

Selain itu pelajar Aishah Aznam, 20, juga mengeluh dengan kenaikan harga makanan di beberapa gerai yang mengakibatkan dirinya terpaksa mengatur semula perbelanjaannya.

“Kalau membeli makanan di kedai seperti kuih muih pun sudah naik harga. Jadi jika mahu membeli makanan untuk kehidupan seharian sebagai pelajar daripada pagi sampai malam tu, kemungkinan kami terpaksa mengurangkan perbelanjaan sedikit.

“Mungkin kami hanya boleh makan sekali sahaja dalam sehari.

"Ada juga dalam kalangan kami akan membuat kerja sampingan untuk menanggung perbelanjaan yang lain seperti duit minyak, memandangkan ada juga antara kami menggunakan kereta sendiri," jelas Aishah.

Bagi ahli peniaga Prema Mathibalan, perbelanjaan kehidupan sehariannya sedikit terganggu selepas GST dilaksanakan

"Namun jika kita membeli barang-barang yang banyak contohnya untuk mengubah suai rumah sudah tentunya kita terasa terganggu kerana contohnya kita terpaksa membayar lebih sebanyak RM70 atau RM60. Padahal nilai RM60 atau RM70 itu boleh digunakan untuk membeli barangan yang lain. Dari situ kita akan rasa membebankan."

LUAR NEGARA

Penumpang cemas selepas pesawat GermanWings terima ancaman bom

Penumpang cemas selepas pesawat Germanwings terima ancaman bom













FRANKFURT: Para penumpang dan anak kapal penerbangan Germanwings dari Cologne, Jerman, ke Milan, Itali, cemas seketika apabila diarahkan mengosongkan pesawat sejurus sebelum berlepas susulan mendapat ancaman bom pada Ahad.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat tambang rendah milik syarikat penerbangan Lufthansa itu, mereka dimaklumkan mengenainya oleh pihak polis.

Insiden berlaku kurang tiga minggu daripada tragedi pesawat miliknya yang terhempas dan meragut 150 nyawa ketika dalam perjalanan dari Barcelona ke Duesseldorf.

Dalam kejadian itu, pembantu juruterbang pesawat malang itu, Andreas Lubitz dipercayai sengaja menjunamkan pesawat.Sekumpulan anggota pasukan mencari bom bersama unit anjing kemudiannya dikerah untuk mengesan bom pada pesawat jenis Airbus A320 di lapangan terbang Cologne.

Sehingga laporan disiarkan, tidak diketahui sama ada sebarang bahan letupan ditemui pasukan terbabit.Menurut agensi berita DPA, kesemua 126 penumpang dan anak kapal kemudiannya menaiki pesawat lain untuk ke destinasi dituju.

Mahkamah Mesir jatuhkan hukuman mati ke atas pemimpin IKhwanul Muslimin













KAHERAH: Mahkamah di Kaherah pada Sabtu menjatuhkan hukuman mati ke atas pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie dan 13 yang lain atas kesalahan melakukan protes keganasan.

Pada masa yang sama, hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang warga Amerika Syarikat (AS)-Mesir turut dikecam White House.

Dua daripada 14 defendan yang dijatuhkan hukuman mati itu telah melarikan diri ke luar negara dan akan berdepan perbicaraan sekiranya ditangkap.

Hakim Mohamed Nagy Shehata juga membuat keputusan untuk mengenakan hukuman penjara seumur hidup kepada 23 tahanan lagi.

Kumpulan itu didakwa merancang keadaan huru-hara dari kem protes mereka di Kaherah beberapa bulan selepas pentadbiran tentera menggulingkan Presiden Mohamed Morsi pada Julai 2013.

Antara yang dipenjarakan seumur hidup ialah Mohamed Soltan, iaitu seorang warga AS-Mesir yang menjalankan mogok lapar. Bapanya Salah Soltan ialah antara yang dihukum mati.

White House mengecam hukuman penjara seumur hidup itu dan menggesa ‘pembebasan segera’.

“Kami sangat prihatin dengan tahap kesihatan Mohamed, yang menderita sejak penahanan selama 20 bulan.

“Pihak Presiden sangat komited terhadap kebajikan semua warga AS di luar negara dan kami akan memastikan Mohamed terus menerima sokongan konsulat sehingga dia dibawa pulang dengan selamat ke AS,” ujar jurucakap White House, Josh Earnest dalam satu kenyataan.

Hukuman tersebut boleh dipanjangkan ke Mahkamah Rayuan, yang sebelum ini dilihat telah mengecewakan banyak permohonan untuk mengelakkan hukuman mati.

Sehingga kini, Mesir telah menjalankan hukuman mati ke atas seorang tertuduh sejak penggulingan Morsi, rentetan daripada keterlibatannya dalam pembunuhan seorang remaja semasa protes keganasan pada Julai 2013.

Bangladesh hangs Jamaat e-Islami leader

Bangladesh has hanged a political leader sentenced to death for crimes against humanity during the country's 1971 independence war against Pakistan.
Mohammad Qamaruzzaman, an assistant secretary-general of the opposition Jamaat-e-Islami, refused to seek presidential clemency, as he became the second person to be put to death since tribunals were set up more than four years ago to try suspected war criminals.

On Monday, Bangladesh's Supreme Court rejected Qamaruzzaman's final legal appeal against the death sentence given to him by a special tribunal in May 2013.
His only recourse would have been to seek a presidential pardon.
Bangladesh executed another Jamaat-e-Islami assistant secretary, Abdul Quader Mollah, in December 2013 for similar allegations.
Previous war crimes verdicts and Mollah's execution have sparked violence.
Prosecutors say Qamaruzzaman headed an armed group that collaborated with the Pakistani army in central Bangladesh in 1971 and was behind the killings of at least 120 unarmed farmers.
Bangladesh blames Pakistani soldiers and local collaborators for the deaths of three million people during the nine-month war seeking independence from Pakistan.
Since 2010, two tribunals have convicted more than a dozen people, mostly senior leaders of Jamaat, which had openly campaigned against independence.
Jamaat says the trials are politically motivated.

Projek pembesaran hampir siap

Makkah: Pembesaran ruang tawaf dan kawasan bahagian utara Masjidilharam kini berada dalam peringkat akhir untuk disiapkan.
Pengurus Besar Projek Dua Masjid Suci Sultan Al-Qurashi berkata, pihaknya akan menyegerakan kerja pembesaran itu bagi memastikan ia siap menjelang Ramadan.
“Kami sudah menyiapkan tapak dua rumah api di pintu Al-Umrah. Selain itu, kami juga sudah mengubah suai tiang di kawasan bahagian utara dan Al-Mikbariyah (bilik azan) yang terletak di utara kawasan mataf,” katanya.
Menurut Sultan, syarikat utama yang terbabit dalam projek pembesaran itu mengarah jurutera, juruteknik dan pekerja binaannya menyiapkan projek itu secepat mungkin.
“Mereka bekerja 24 jam sehari,” katanya.
Projek pembesaran itu bermula pada 2012. Tahun pertamanya menyaksikan pembesaran pintu Al-Safa ke Al-Fatih. Tahun kedua pula membabitkan pembesaran pintu Al-Fatih ke Al-Umrah.
“Projek itu memasuki peringkat ketiga dan terakhir. Kami juga membesarkan sehingga pintu Raja Abdulaziz. Tingkat bawah siap sepenuhnya dan kini kami memberi tumpuan kepada tingkat satu kawasan mataf,” kata Sultan.
Kerja pembesaran dan pengubahsuaian itu termasuk pemasangan semula lantai marmar dan tiang. - Agensi

Syria:Catastrophe as Islamic States seizes Yarmouk Palestinian camp












Fears over the safety of the 18,000 civilians trapped in Yarmouk, south of the Syrian capital of Damascus, have grown following reports that the Islamic State (IS) terrorist group has taken control of large areas of the Palestinian refugee camp.
The IS, notorious for its brutal execution of hostages in the areas it occupies in Iraq and Syria, infiltrated Yarmouk camp on April 1.
Fierce battles are reported to have ensued since then, as Aknaf Beit al-Madqis, an anti-Syrian government militia in the camp aligned with the Palestinian faction Hamas, have pushed back against IS and Jabhat al-Nusra, al-Qaida’s affiliate in Syria.
An April 4 Aknaf Beit al-Maqdis statement said the group is “defend[ing] the capital of the Palestinian diaspora and the blood of our people” and denied reports that its fighters had surrendered.
“We shall remain steadfast until Yarmouk camp is cleansed of the darkness and tyranny, if God allows,” the statement said.
Jabhat al-Nusra has reportedly prevented other armed groups from entering Yarmouk to reinforce Aknaf Beit al-Maqdis.
The Syrian air force has also reportedly bombed the camp.
Reuters reported on April 4: “Tayseer Abu Baker, head of the Palestinian Liberation Front in Syria, part of the Palestine Liberation Organization, told Reuters over the PHONE that Islamic State had killed 21 people including fighters and civilians since Friday.
“‘Some families are trying to exit the camp but with Islamic State snipers on rooftops of high buildings that is very difficult,’ he said. He added Islamic State had kidnapped at least 74 people from the camp and that civilians were trying to flee.”
In a statement emailed to Electronic Intifada on April 4, the Jafra Foundation for Relief and Youth Development, which works in Palestinian refugee camps in Syria, said the IS attack on Yarmouk from the south on April 1 was launched in coordination with Jabhat al-Nusra, which forced its entry to the camp in December 2012.


No comments:

Post a Comment