May 21, 2015

TANGISAN ROHINGYA



Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat Islam hari ini dan bertanyakan tentang umat islam yang tertindas,nescya kita akan mendapat jawapan Palestin,Afghanistan,Iraq,Chechnya dan sebagainya.Namun tidak ramai di kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahn umat Islam Rohingya.

Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma). Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.
Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.
SEJARAH MUSLIM ROHINGYA
Orang Rohingya adalah satu kumpulan etnik beragama Islam di utara Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah bandar utara Negeri Rakhine (dahulunya dikenali sebagai Arakan). Sejarah orang Rohingya bermula dari awal kurun ke-7 di Negeri Arakan yang menjadi penempatan bagi pedagang-pedagang Arab yang beragama Islam.Orang Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya seperti orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali. Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, Parsi dan Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal.

Amnesty International melaporkan etnik Rohingya terus menerus menderita akibat pencabulan hak
kemanusiaan oleh junta tentera Myanmar sejak tahun Kepada Myanmar, Rohingya ialah pendatang dari Bangladesh, mereka bukan sebahagian daripada 137 minoriti di negara itu. Orang Rohingya adalah bangsa tanpa Negara kerana Myanmar tidak mengiktiraf mereka sebagai salah satu dari 137 minoriti di Negara tersebut dan Bangladesh juga enggan menerima mereka.
Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras .Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan dan pencukaian sembarangan; penyitaan tanah; pengusiran paksa dan pemusnahan rumah; dan sekatan kewangan ke atas perkahwinan. Orang Rohingya terus menerus dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan raya dan di kem-kem tentera walaupun jumlah buruh paksa di utara Negeri Rakhine telah menurun sejak sedekad yang lalu.


Pada tahun 1978, dianggarkan seramai 200,000 orang Rohingya telah melarikan ke Bangladesh berikutan operasi Nagamin’ (‘Raja Naga’) tentera Myanmar. Secara rasmi kempen ini mensasarkan pemeriksaan setiap individu yang tinggal dalam negeri tersebut, menandai warganegara dan orang asing bertepatan dengan undang-undang dan mengambil tindakan terhadap orang asing yang menyusup masuk ke dalam negara secara haram". Kempen ketenteraan ini disasarkan secara terus kepada orang awam, dan mengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan masjid serta penindasan agama secara besar-besaran."



Semasa 1991-92, satu gelombang baru orang Rohingya yang dianggarkan berjumlah suku juta orang telah melarikan diri ke Bangladesh. Mereka melaporkan tentang buruh paksa di samping hukuman mati terus, penyeksaan dan rogol. Orang Rohingya dipaksa bekerja tanpa bayaran oleh tentera Myanmar di projek-projek infrastruktur dan ekonomi, lazimnya dalam keadaan yang teruk. Banyak pencabulan hak-hak kemanusiaan lain berleluasa dalam konteks buruh paksaan orang awam Rohingya oleh pasukan keselamatan.


Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama.
Ada di kalangan mereka yang berjaya mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh kebanyakan negara ini.
Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju. Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.

Tiada siapa yang mahukan mereka . Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.
Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara  Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara. Masyarakat wilayah Nanggro Acheh Darussalam telah bersepakat dan bekerjasama di antara satu sama lain bagi meringankan keperitan dan bebanan yang dihadapi oleh pelarian Rohingya yang terdampar di perairan Acheh Timur.



Terkini, Filipina bersedia terima Rohingya.Kerajaan Filipina secara rasminya menjadi 'kerajaan pertama' di rantau ini yang bersetuju untuk menerima kehadiran pelarian Rohinga yang 'terkini'.Namun jumlah sebenar yang dipersetujui untuk diterima belum ditetapkan lagi.Selain itu, Perdana Menteri Turki mengumumkan bahawa kerajaan Turki mengirimkan kapal angkatan tentera laut Turki bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada para pelarian Rohingya yang tersangkut di beberapa kawasan perairan antarabangsa.


Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka.Sentiasalah mendoakan keselamatan dan masa depan mereka serta mengambil tahu perkembangan semasa terhadap keperitan umat yang berpanjangan ini.


Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.”
Hadith riwayat Muslim


Jom, peduli ummah…..



CREDIT TO : ANGEL PAKAI GUCCI,DR ZAINUR RASHID ZAINUDDIN 

May 13, 2015

WEEKLY IPIP NEWS WRAP UP (5/5/2015-12/5/2015) - IKATAN PELAJAR ISLAM POLAND~


DALAM NEGARA

Gempa Terkini: Kedutaan di Kathmandu Kenal Pasti Rakyat Malaysia yang Terlibat Dalam Gempa Magnitud 7.3 di Nepal, 12 Mei




KATHMANDU: Gempa bumi kuat bermagnitud 7.3 gegar Nepal 12.35 tengah hari 12 Mei, dua minggu selepas gempa magnitud 7.8 yang telah meragut lebih 8,000 nyawa pada 25 April lalu.


KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Kathmandu sedang mengambil langkah-langkah perlu untuk mengenal pasti sama ada rakyat Malaysia terlibat dalam gempa bumi terkini yang melanda Nepal.


Kementerian Luar dalam kenyataan berkata gempa bumi 7.3 pada skala Richter itu menggegarkan Nepal pada kira-kira jam 12.35 tengah hari waktu tempatan (3.05 petang waktu Malaysia). 

"Kementerian akan terus memantau keadaan. Kami ingin menegaskan bahawa adalah penting bagi semua rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melawat negara itu supaya menghubungi Kedutaan Malaysia di Kathmandu. "Ini akan membantu Kedutaan menyediakan bantuan konsular yang diperlukan kepada rakyat Malaysia di luar negara," kata kenyataan itu.


 Gempa bumi hari ini berlaku dua minggu selepas gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud melanda Nepal pada 25 April. - BERNAMA


Gempa Nepal: Seorang Rakyat Malaysia disahkan Maut




KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia disahkan maut selepas dilapor hilang ketika gempa bumi kuat melanda Kathmandu, Nepal, 25 April lalu. 

Pemangku Duta Besar Malaysia ke Nepal, Fadli Adilah, dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi Kedutaan Malaysia di Kathmandu mengesahkan kematian Raj Anthony.

 Pengesahan itu dibuat selepas mengadakan rundingan dengan wakil keluarga mendiang Anthony, yang tiba di Kathmandu bagi mengesahkan jenazah, hari ini.

 "Kami juga akan membantu keluarga untuk prosedur dan urusan seterusnya," katanya. Pihak kedutaan di sana turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. 


Mendiang dilapor hilang di Lembah Pergunungan Lanting, Kathmandu 24 April lalu dan mayatnya ditemui bersama sherpal (pemandu arah) yang turut maut.




Nahas Helikopter Pakistan: Isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Maut


KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Pakistan, Datin Habibah Mahmud antara perwakilan asing yang terkorban dalam nahas helikopter MI-17 milik tentera Pakistan yang terhempas di kawasan Lembah Naltar, Pakistan awal pagi tadi.

 Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata helikopter itu sedang membawa diplomat asing dan isteri mereka dalam satu program rasmi kerajaan Pakistan.

 "Dalam nahas itu, Duta Besar Norway, Belanda dan Filipina, serta isteri kepada Duta Besar Indonesia turut dilaporkan meninggal dunia. "Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar dilaporkan turut tercedera dan sedang dirawat di Hospital Gilgit," katanya. Kenyataan itu turut berkata, punca kejadian masih lagi dalam siasatan dan laporan penuh nahas ini akan diberitahu kelak.


EKONOMITabung Haji Jual Semula Tanah dibeli daripada 1MDB di TRX

KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) memutuskan untuk menjual semula satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada pertimbangan RM188.5 juta sebelum ini.

TH dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan plot tanah itu seluas 1.56 ekar. Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Rahim, berkata setakat ini sudah ada tiga pihak sedia membeli tanah ini dan urusan jual beli tanah ini akan dilaksanakan TH minggu depan. 

Katanya, keputusan penjualan itu juga sudah diputuskan dan dipersetujui semua ahli Lembaga Pengarah TH. "Kita pegang tanah ini sebulan saja dan kita sudah setuju untuk jual semula dengan sedikit keuntungan yang akan kita peroleh," katanya pada sidang media di Menara TH, pagi ini. Mengikut Azeez, TH juga akan dapat semula 100 peratus wang yang dibayar kepada 1MDB untuk pembelian tanah itu.

 Mengulas lanjut beliau berkata, Azeez berkata, keputusan menjual semula tanah dibuat atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mengelak penyebaran fitnah secara berterusan, selain meredakan persepsi kurang baik dalam kalangan pendeposit.

Dalam pada itu, Azeez menjelaskan sekali lagi, pembelian tanah di TRX dibuat atas keputusan komersial dan bukan untuk 'bailout' atau menyelamatkan 1MDB. Penilaian dilakukan berdasarkan harga semasa oleh penilai profesional Jones Lang Wootton. Abdul Azeez berkata, tawaran penjualan tanah berkenaan dibuat oleh 1MDB pada April 2013 pada harga RM220 juta dan selepas dua tahun dan dua sesi penilaian, ahli lembaga pengarah sebulat suara setuju dengan pembelian itu yang dimuktamadkan bulan lalu. Pembelian tanah berkenaan, katanya, diunjurkan berpotensi memberikan pulangan keuntungan sebanyak sembilan peratus setahun, menepati sasaran pulangan pelaburan Tabung Haji sekurang-kurangnya enam peratus setahun.

Jika dilihat kepada nilai pembangunan kasar tanah berkenaan pada RM828 juta, ditolak kos pembangunan kasar sebanyak RM650.5 juta, Tabung Haji mampu memperoleh keuntungan sebanyak RM177.5 juta.

Penilaian tanah berkenaan pada RM2,774 sekaki persegi adalah lebih rendah berbanding beberapa transaksi yang dilakukan di kawasan berhampiran yang melebihi RM3,000 sekaki persegi. 

Abdul Azeez memberi jaminan kepada pendeposit bahawa simpanan mereka dijamin penuh oleh kerajaan dan wang yang digunakan untuk pelaburan adalah agihan dana mengikut peruntukan aset yang telah diluluskan oleh lembaga pengarah, iaitu sekitar RM11 bilion. 

Hingga kini, katanya, Tabung Haji sudah melabur RM5.6 billion daripada peruntukan itu. Pulangan daripada pelaburan berkenaan digunakan untuk subsidi dan pengurusan haji selain pengagihan keuntungan melalui hibah bonus tahunan di mana Tabung Haji telah membayar purata lebih enam peratus sepanjang tempoh 10 tahun kebelakangan ini. Tabung Haji menganggarkan subsidi haji tahun ini berjumlah sekurang-kurangnya RM120 juta dengan subsidi bagi setiap jemaah dianggarkan sebanyak RM7,290 bagi mengekalkan kos jemaah menunaikan haji pada RM9,980 berbanding kos sebenar yang berjumlah RM17,270.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/53847


Isu PATI: Malaysia berbincang Dengan Bangladesh dan Myanmar



PUTRAJAYA: Malaysia akan mengadakan perbincangan segera dengan Bangladesh dan Myanmar bagi mencari penyelesaian berhubung kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Rohingya dan Bangladesh di Langkawi.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim berkata pihaknya mendapati wujud elemen penyeludupan migran ekoran kerelaan PATI dari kedua-dua negara berkenaan untuk datang ke Malaysia. 

Selain itu pihak Thailand juga akan dibabitkan dalam perbincangan bersama Dhaka dan Yangon susulan kes-kes penyeludupan migran menerusi sempadan Malaysia-Thailand membabitkan PATI Rohingya serta Bangladesh. 

Mengikut Alwi seramai 1,158 PATI Rohingya dan Bangladesh terdiri daripada 993 lelaki, 104 perempuan dan 61 kanak-kanak tiba di Langkawi sejak 10 Mei lalu. "Daripada jumlah itu, seramai 486 orang adalah warga Myanmar manakala 672 orang warga Bangladesh," katanya. Alwi berkata semua PATI berkenaan dipindahkan secara berperingkat mulai hari ini (12 Mei) ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Kedah. 

Proses pemindahan itu membabitkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM); Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Polis Marin dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM). Kementerian Dalam Negeri hari ini juga mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Antara Agensi membabitkan Kementerian Luar Negeri; Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM); JIM dan APMM bagi membincangkan isu kebanjiran PATI itu. 

Hasil siasatan awal polis, kumpulan PATI ini mendakwa ditawarkan oleh ejen di negara masing-masing untuk bekerja di Malaysia dengan menjanjikan pendapatan yang lebih baik. - BERNAMA

Kedah: Denda dan Penjara Jika Tidak Solat Jumaat, bermula 1 Jun

ALOR SETAR: Bermula 1 Jun ini, umat Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014, kata Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK). 

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIK Syeikh Ahmad Fisol Omar berkata mereka yang didapati bersalah boleh disaman tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Perkara mengenai kegagalan menunaikan solat Jumaat itu termaktub dalam Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014, yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri tahun lepas. 

Syeikh Ahmad berkata, JAIK mengadakan jelajah di 12 daerah di negeri ini untuk memberi penerangan kepada pihak yang boleh membantu dalam menguatkuasakan undang-undang itu. "Poster dan pekeliling tentang undang-undang itu turut diedarkan kepada 568 masjid di seluruh Kedah," katanya. Beliau berkata, orang awam boleh mendapatkan borang aduan ketidakhadiran solat Jumaat itu di pejabat-pejabat agama daerah dan maklumat pelapor akan dirahsiakan. - BERNAMA



LUAR NEGARA


Thailand timbang Buka Pusat Untuk Pelarian Rohingya


BANGKOK: Thailand akan berbincang dengan jirannya dan pertubuhan antarabangsa berhubung kemungkinan menubuhkan pusat bagi masyarakat Rohingya yang diselamatkan daripada kegiatan pemerdagangan manusia, kata Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha. 


Prayuth berkata beliau menganggap pemerdagangan manusia membabitkan masyarakat Rohingya sebagai jenayah merentas sempadan dan oleh itu, pertubuhan antarabangsa perlu terbabit sama. 

Para pegawai Kementerian Luar Thailand sedang berbincang untuk menyelesaikan isu itu di peringkat ASEAN, walaupun Thailand sendiri perlu menangani masalah mengenainya di peringkat dalam negeri, katanya. 

Katanya, agensi antarabangsa sudah menghubungi Thailand mengenai usaha menyelesaikan masalah pemerdagangan manusia dengan secepat mungkin berdasarkan undang-undang antarabangsa. - BERNAMA


Fenomena El Nino Capai Kemuncak Tahun ini


SYDNEY: Biro Ramalan Cuaca Australia hari ini memberi amaran fenomena El Nino, yang boleh mencetuskan suhu melampau membawa maut, akan mencapai kemuncaknya tahun ini. 

El Nino dikaitkan dengan kemarau di Australia dan berlaku apabila pertukaran angin yang berlegar di perairan Pasifik mula lemah dan suhu permukaan laut meningkat. Ia adalah kemunculan pertama sistem cuaca itu dalam masa lima tahun. 

El Nino dijangka bermula pada 2014 dan pegawai berkata ia 'hampir terlepas' tetapi kini melanda Pasifik buat kali pertama sejak Mac 2010. "Permulaan El Nino di Australia pada 2015 agak awal berbanding sebelum ini. Selalunya El Nino berlaku antara Jun dan November.

"Keadaan El Nino yang berpanjangan bermakna sesetengah kawasan lebih terdedah kepada suhu lebih panas dan kering," kata jurucakap Neil Plummer ketika mengumumkan keadaan itu. Di Australia, El Nino dikaitkan dengan hujan di bawah paras purata dan suhu lebih panas di kebanyakan kawasan di negara itu dan risiko tinggi kebakaran hutan, terutama di bahagian negara itu yang sudah mengalami kemarau. 

Ia juga dijangka menyebabkan keadaan lebih kering di Papua New Guinea, Indonesia dan sebahagian Asia Tenggara, dan hujan lebat di timur Pasifik dan negara Amerika Selatan, meningkatkan kemungkinan banjir dan tanah runtuh. Fenomena itu mencetuskan kekecohan kepada petani dan pasaran pertanian antarabangsa. - AFP

Pemberontak Yaman terima Cadangan Genjatan Senjata oleh Arab Saudi

SENAA: Tentera Yaman yang membantu kumpulan pemberontak Huthi hari ini menyatakan menerima cadangan Arab Saudi untuk gencatan senjata minggu depan. "Berikutan usaha negara sahabat untuk mewujudkan gencatan senjata kemanusiaan yang akan menamatkan sekatan dan membenarkan kapal komersial memasuki pelabuhan Yaman serta membenarkan bantuan kemanusiaan masuk, kami mengumumkan persetujuan kepada gencatan senjata kemanusiaan," kata jurucakap pemberontak, Kolonel Sharaf Luqman,

Arab Saudi sebelum ini mengumumkan gencatan senjata atas dasar kemanusiaan di Yaman mulai Selasa. Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, selepas mesyuarat menteri negara Teluk di Paris memutuskan gencatan senjata itu akan berkuatkuasa mulai jam 11 malam Selasa ini selama lima hari dan mungkin dilanjutkan bergantung kepada keadaan. 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mengingatkan tentera bersekutu bahawa sekatan laluan untuk penghantaran makanan dan bahan api menjejaskan usaha penyaluran bantuan, sekali gus mengancam nyawa ribuan kanak-kanak Yaman. 

"Gencatan senjata ini akan ditamatkan jika Huthi dan sekutunya tidak berpegang kepada persetujuan yang dicapai...inilah masanya Huthi membuktikan mereka mengambil berat hal ehwal masyarakat dan warga Yaman keseluruhannya," kata Jubeir dalam sidang medianya sebelum ini. -AFP.


Liberia diisytihar Bebas Ebola

MONROVIA: Liberia diisytiharkan bebas Ebola selepas 42 hari tanpa kes baharu, kata pasukan bantuan perubatan Medecins Sans Frontieres (MSF), tetapi pemantauan tetap dipertingkatkan selagi wabak itu masih membelenggu negara jiran Guinea dan Sierra Leone. 

Angka kematian akibat Ebola di tiga negara berkenaan hingga kini adalah 11,005 sejak wabak itu melanda pada Disember 2003, kata Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Hampir separuh daripada angka kematian direkodkan di Liberia apabila wabak itu memuncak pada Ogos dan Oktober tahun lalu sehingga mencetus panik di seluruh dunia. 

Amerika Syarikat (AS) menghantar beratus-ratus tentera untuk membina klinik rawatan di negara itu yang diasaskan golongan hamba yang bebas di AS. Dibantu tentera AS, kerajaan pimpinan Presiden Ellen Johnson mempertingkatkan kempen kesedaran di seluruh negara untuk mengekang gejala Ebola yang tersebar menerusi hubungan fizikal dengan penghidap. Mengikut MSF, 42 hari adalah dua kali ganda tempoh inkubasi virus Ebola, tetapi pihaknya akan hanya berasa selamat apabila ketiga-tiga negara berkenaan mencatat rekod yang sama. Justeru, Ketua Misi MSF di Liberia, Mariateresa Cacciapuoti, menggesa kerajaan Liberia meningkatkan pemantauan bagi mengelakkan kemasukan secara haram penduduk dari Guinea dan Sierra Leone ke negara itu. - Reuters


May 5, 2015

WEEKLY IPIP NEWS WRAP UP (28/4/2015-4/5/2015) - IKATAN PELAJAR ISLAM POLAND~





DALAM NEGARA

Enam pemandu berlumba atas DUKE, 3 maut termasuk bayi



KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di KM 6.2 Lebuhraya Duke di sini.

Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa, lapor Bernama.

Fairuz yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S. Markandan berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.05 pagi di laluan dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.


'Kami beri kerjasama, sokong pemandu Myvi bersalah dihukum' - Wakil FMC



KUALA LUMPUR: Wakil daripada Familia Myvi Club (FMC) yang juga orang kedua kelab tersebut, Hairul Safuan ketika ditemui di kediaman keluarga mangsa hari ini memberitahu, kunjungannya bersama beberapa ahli FMC adalah atas rasa prihatin terhadap keluarga mangsa dan tanggungjawab untuk menjaga hubungan baik.

“Tujuan kami di sini adalah untuk menjelaskan keadaan dan membersihkan nama kelab ini dan juga ahli-ahli lain yang tidak ada kena-mengena dengan kemalangan tersebut.

“Kami akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dan menyokong agar pemandu yang menyebabkan kemalangan itu dihadapkan ke muka pengadilan.

“Selain itu, kami juga akan berbincang secara baik dengan ahli keluarga mangsa untuk melakukan sesuatu demi kebajikan dua lagi anak mangsa,” ujar Hairul.

Dalam pada itu menurutnya, ahli-ahli FMC sangat terkejut dengan insiden berkenaan dan bersimpati dengan nasib keluarga mangsa.

MARA tamatkan pinjaman pelajaran Nur Fitri Azmeer serta-merta


KUALA LUMPUR: MARA menamatkan pinjaman pelajaran bagi Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, dengan serta-merta setelah disabitkan bersalah oleh mahkamah di London pada 30 April lepas, memiliki imej dan video pornografi kanak-kanak.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat MARA Rohayah Mohd Zain dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya memandang berat kesalahan dilakukan oleh mana-mana pelajar di bawah tajaan organisasi itu.

"MARA menggantung pinjaman pelajaran beliau (Nur Fitri Azmeer) sejak ditahan reman pada November lepas atas pertuduhan itu.

"Bagaimanapun setelah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman, pinjaman tersebut ditamatkan serta-merta dan beliau dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang telah disalurkan," kata Rohayah.

Berdasarkan laporan portal United Kingdom International Business Times, Nur Fitri Azmeer, dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Southwark Crown, London setelah disabit dengan 17 kesalahan memiliki, membuat dan menyebarkan gambar-gambar lucah kanak-kanak.

Airasia X tawar penerbangan percuma ke Nepal untuk NGO, misi bantuan



KUALA LUMPUR: AirAsia X mengumumkan bahawa akan berkerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan misi bantuan untuk membantu rakyat Nepal susulan gempa bumi yang melanda negara itu pada Sabtu lepas.

Syarikat penerbangan itu akan menawarkan penerbangan percuma dari hari ini hingga 10 Mei, bergantung pada kekosongan tempat duduk, kepada NGO yang bertauliah.

Badan bukan kerajaan yang berminat untuk mengambil peluang ini boleh menghantar permohonan mereka kepada AirAsia Foundation at foundation@airasia.com.

A morass of a problem

Read more at: http://www.thestar.com.my/Metro/Views/2015/04/28/A-morass-of-a-problem-The-Government-must-take-proactive-steps-to-protect-the-countrys-mangroves/


ACCORDING to recent reports, Malaysia suffered the highest rate of forest loss in the world at 14.4% or about 47,278 sq km between 2000 and 2012, followed by Paraguay at 9.6%.
This figure is shocking and mangrove forests are also facing a similar situation.

According to a forest-tracking tool developed by the National Aeronautics and Space Administration (NASA), there was a 115% jump in deforestation over the three-month period of January till March 2013.

Last year, Selangor was also hit by a severe water crisis resulting from various factors, including poor rainfall at the water catchment areas.

The livelihood of indigenous people are also threatened when the forests is logged as many of these communities rely on the forest as their main source of survival.

The vast destruction of the mangroves, especially in the west coast from Kedah southwards, is another cause for concern.

Malaysia has 551,333ha of mangrove forest, which serves as breeding grounds and homes for many species.

Mangroves also protect coastal areas from storm surges and tsunamis.

In addition, vast amounts of carbon are released into the atmosphere during large-scale logging, as carbon is stored in the trees.

This is a significant contributor to climate change the world over as it releases more greenhouse gasses into the atmosphere.

The recent east coast floods were aggravated as logging in Kelantan has been so intense that there was not much forest left to act as a sponge to soak up the rain and release it into the ground at regular intervals.

Without the forests, water will rapidly flow into streams, heightening the risk of floods in cities, villages and agricultural sites.

EKONOMI

Government to lose RM800 million if prepaid cards are GST-exempted - Shabery



KUALA LUMPUR: Communications and Multimedia Minister, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek said the government will lose about RM800 million per year if the pre-paid reload cards are GST exempted.

This is because most of the users of these pre-paid reload cards are foreign workers in the country, he told Utusan Malaysia.

“Two thirds of the pre-paid users in the country are foreign workers from Myanmar, Indonesia and Bangladesh,” he was quoted by the Malay daily.

“If you ask me, I don’t want our money being used to subsidise their per-paid cards,” he said.

Commenting on the Customs Department’s call for the prepaid cards to be exempted from GST, Ahmad Shabery admitted that from technical point, it is difficult to recall all the cards and reprint them in two days.

LUAR NEGARA

Angelina Jolie criticizes UN security council for paralysis over Syria

Read more at: http://www.theguardian.com/film/2015/apr/24/angelina-jolie-un-security-council-syria-refugees

Image result for syrian refugees

Actor Angelina Jolie pleaded with world powers Friday to help the millions of Syrian refugees, sharply criticizing the UN security council for being paralyzed by its division over Syria’s four-year conflict.

Jolie spoke as the council prepared to hear the details of a new plan for peace talks set to begin early next month in Geneva, with Syria ally Iran among those invited.

Nearly 4 million Syrians have fled the conflict into neighboring countries, which warn they are dangerously overstretched.

“We cannot look at Syria, and the evil that has arisen from the ashes of indecision, and think this is not the lowest point in the world’s inability to protect and defend the innocent,” Jolie said.

Putera William dan Kate namakan puteri, Charlotte Elizabeth Diana



KUALA LUMPUR: Istana Kensington mengumumkan secara rasmi nama anak kedua pasangan Diraja Britain Putera William dan Kate Middleton yang dilahirkan pada 2 Mei lalu.

Menurut akaun Twitter Istana Kensington, pemilik gelaran 'Princess of Cambridge' itu dinamakan sebagai Charlotte Elizabeth Diana.

Kate Middleton selamat melahirkan Puteri Charlotte, dua jam setengah selepas mendaftar masuk ke hospital Lindo Wing.

Keluarga diraja Britain mempunya nilai sensasi dan aura yang tidak dimiliki keluarga diraja lain. Berita kelahiran adik kepada Putera George Alexander Louis itu memenuhi dada-dada akhbar dan portal-portal berita dunia.

Aceh Utara ketatkan undang-undang pengasingan bukan muhrim



BANDA ACEH: Kunjungan ke Banda Aceh, Indonesia kini perlu mengambil kira tentang penguatkuasaan undang-undang baharu yang dikenakan ke atas lelaki dan wanita bukan muhrim, lapor media republik tersebut.

Daerah Aceh Utara kini melarang pasangan bukan muhrim atau mereka yang belum menikah membonceng basikal atau motosikal bersama.

Larangan terebut diperkenalkan dalam Kanun Kemaslahatan dan Ketertiban Umat yang telah disahkan Dewan Perwakilan Rakyat Kabupaten (DPRK) Aceh Utara.

Langkah itu, menurut Ketua Badan Perundangan DPRK Aceh Utara Fauzan Hamzah , adalah sebagai usaha membendung perbuatan maksiat.

Kanun tersebut juga melarang para peniaga menjual pakaian tidak Islamik dan menggunakan patung untuk memperagakan pakaian tersebut.

Selain itu, kanun berkenaan turut menekankan mengenai pengasingan ruang belajar bagi lelaki dan perempuan dari tahun pertama sekolah menengah sehingga pengajian tinggi.
Pengasingan turut dilakukan di semua tempat pelancongan di Aceh Utara.

Bagi murid sekolah rendah, mereka tidak dibenarkan keluar rumah selepas Maghrib dan perlu belajar sementara orang dewasa wajib mengikuti pembelajaran pusat-pusat ilmiah.

Permainan instrumen keyboard dan karaoke dalam majlis perkawinan, kafe, kegiatan ko-kurikulum sekolah dan kampus, aktiviti pejabat atau promosi juga dilarang.

“Hukuman bagi orang yang melanggar undang-undang tersebut dimulai dari teguran, pernyataan maaf, bimbingan di pusat keagamaan, kerja sosial, penarikan permit niaga, denda dan dikeluarkan dari kampung,” jelas Fauzan.

Kanun Kemaslahatan dan Ketertiban Umum bakal berkuat kuasa dan dilaksanakan sepenuhnya pada Mei 2016 dengan penjelasan disampaikan kepada masyarakat dalam tempoh setahun mulai sekarang.

Pelajar Islam di Perancis tidak dibenar masuk kelas kerana berskirt panjang



PARIS: Seorang remaja Islam perempuan berusia 15 tahun telah dilarang memakai skirt panjang sebanyak dua kali oleh sekolahnya di Perancis.

Media di negara itu melaporkan larangan pemakaian itu dikatakan dibuat bagi mengelak mana-mana pelajar melihatnya sebagai tindakan yang memaparkan aktiviti agama.

Negara sekular itu sebelum ini telah mengeluarkan undang-undang ketat mengharamkan pelajar-pelajarnya memakai apa-apa simbol agama secara terang-terangan di mana-mana institusi pendidikan.

Pelajar Islam berkenaan, dikenali sebagai Sarah, sudahpun menanggalkan hijabnya sebelum memasuki sekolah kerana menurut undang-undang negara tersebut.

Namun, skirt panjangnya dilihat sebagai mengancam keamanan dan boleh menyebabkan berlakunya protes.