Jun 16, 2015

WEEKLY WRAP UP NEWS IPIP (9/6/2015-15/6/2015)

DALAM NEGARA

Sabah Dilanda Satu Lagi Gempa Bumi















Sabah telah dilanda satu lagi gempa awal pagi 3 Jun , lapan hari selepas kejadian pertama yang meragut 18 nyawa.Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan di Facebook bahawa gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter itu berlaku pada jam 2.29 waktu tempatan, 25 km dari Kota Belud.

Gegaran dirasai di Ranau, Kudat, Beluran, Kota Marudu, Kota Belud, Keningau dan Kinabatangan.Media sosial menyiarkan posting daripada penduduk yang dalam ketakutan dan warga maya yang prihatin.

Dalam gempa bumi lalu yang berukuran 6.0, beberapa pelajar Singapura turut terkorban di Gunung Kinabalu.Lebih daripada 130 orang yang mendaki gunung itu terkandas, tetapi kemudiannya diselamatkan. 


Kematian Akibat Denggi Meningkat 100%















Jumlah kematian akibat denggi di seluruh negara bagi enam bulan pertama tahun ini meningkat 100 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.Beliau berkata bagi tempoh Januari hingga 6 Jun lalu, sebanyak 144 kematian direkodkan berbanding 72 kes untuk tempoh sama pada 2014."Komplikasi seperti kegagalan fungsi organ hati dan buah pinggang serta 'shock syndrome' lebih kerap berlaku kepada pesakit yang dijangkiti demam denggi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Noor Hisham berkata kes demam denggi di seluruh negara pada minggu ke-22 iaitu dari 31 Mei hingga 6 Jun meningkat lapan peratus jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya.Katanya sepanjang tempoh tersebut 2,201 kes dilaporkan berbanding hanya 2,042 kes pada minggu ke-21.

Beliau berkata tujuh negeri yang menunjukkan peningkatan kes adalah Selangor iaitu 114 kes; Melaka (46 kes); Pahang (27 kes); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (24 kes); Negeri Sembilan (tujuh kes); Kedah (lima kes), manakala Johor (lima kes).Tambahnya jumlah lokaliti wabak dan kawasan panas turut meningkat daripada 725 pada minggu sebelumnya kepada 793 pada minggu ke-22 iaitu peningkatan sebanyak sembilan peratus.

Sementara itu, sebanyak 131 tapak binaan di Selangor diperiksa dalam Ops Tempur Binaan Aedes yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan serta agensi lain sejak 10 Feb lalu hingga 7 Jun, katanya.

Dr Noor Hisham berkata hasil pemeriksaan mendapati 113 tapak binaan mempunyai pembiakan nyamuk Aedes, manakala 94 lagi telah diberi perintah penutupan.


Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Hari Khamis Ini

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Khamis ini, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan Ramadan adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).


Pesawat MAS Mendarat Cemas Di Australia














Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH148 membuat pendaratan cemas di lapangan terbang asal di Melbourne, Australia.Pesawat Airbus A330 itu dijadual terbang ke Kuala Lumpur daripada lapangan terbang itu.

News.com.au melaporkan ia berpusing-pusing beberapa kali di kawasan lapangan terbang, dipercayai untuk menghabiskan minyak.Seorang jurucakap perkhidmatan udara Australia mengesahkan kepada The Guardian bahawa pesawat itu mengalami masalah enjin.Katanya, masalah timbul selepas juruterbang menekan minyak sepenuhnya.

Beliau bagaimanapun berkata tindakan juruterbang itu berpusing-pusing untuk membuang minyak sebelum mendapar memang amalan biasa jika berdepan situasi itu.MAS mengesahkan kejadian itu dan sedang menyiasat kejadian itu.

Bagaimanapun siasatan awal mendapati tiada bukti fizikal berlaku kebakaran luaran.

LUAR NEGARA


Rebel shelling kills dozens in Syria's Aleppo












At least 43 people have been killed and 190 others injured by opposition rocket fire in the Syrian city of Aleppo, a monitoring group said.Up to 300 rockets were fired by rebel fighters on government controlled neighbourhoods in Aleppo, Syria's second largest city, the UK-based Syrian Observatory for Human Rights reported on Tuesday.
The death toll was expected to rise as many sustained critical injuries, the observatory said, adding that at least 12 of those killed were children.In the suburbs of Aleppo, opposition fighters clashed with the Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) group for control of supply lines.
In Homs province, government jets in the past five days bombed the city of Palmyra, a local activist told Al Jazeera.
"For the past few days we have been attacked by air strikes and barrel bombs. We could not determine a final death toll yet but at least four people have been killed so far. The situation here is devastating," the activist said.
The observatory said that the government dropped barrel bombs on the provinces of Deraa and Hama, killing 14 and 15 respectively.Several rockets targeted the capital Damascus, including the area of the Russian Embassy. One person was killed in those attacks.

MERS Ragut Nyawa Lagi 













Seoul, Korea Selatan semalam melaporkan kematian ke-15 akibat Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) manakala 145 dijangkiti wabak terbabit, sekaligus memaksa salah sebuah daripada hospital utama negara itu menggantung perkhidmatannya.
Kematian terbaru membabitkan lelaki berusia 62 tahun yang meninggal dunia semalam di bandar pelabuhan selatan, Busan. Dia disahkan menghidap virus itu pada 7 Jun, selepas dijangkiti di Hospital Samsung Seoul - hospital utama yang turut menjadi tempat lebih 70 pesakit dijangkiti.

Kementerian kesihatan semalam turut mengesahkan tujuh kes terbaru, termasuk empat kes dari Hospital Samsung.Seorang paramedik antara tujuh yang dijangkiti wabak itu ketika membantu membawa pesakit MERS - yang meninggal dunia tiga hari kemudian - ke hospital pada 7 Jun lalu. Pemandu ambulans terbabit turut dijangkiti.

Seorang pesakit dijangkiti di pusat bandar Daejoon manakala seorang lagi di Hwaseong, 43 kilometer dari selatan Seoul.Bagi mengelak jangkitan berterusan antara pesakit dan kakitangan perubatan, Hospital Samsung semalam mengumumkan menggantung kebanyakan operasi mereka.

Menurut presiden hospital terbabit Song Jae-Hoon, mereka akan berhenti merawat pesakit luar, memasukkan pesakit baru dan berhenti melakukan pembedahan yang tidak penting.
Selain itu pelawat juga tidak dibenarkan mengunjungi hospital, sambil menambah akan memutuskan sama ada mahu meneruskan penggantungan operasi ataupun tidak pada 24 Jun ini


Measir Awasi Ibadah Puasa Pada Bulan Ramadhan Ini















Kaherah: Pihak berkuasa Mesir akan meningkatkan pengawasan terhadap ulama dan menguatkuasakan peraturan ketat terhadap masjid di seluruh negara sepanjang Ramadan akan datang.
Kementerian Waqaf yang mengawal masjid dan derma mengumumkan semalam, langkah itu termasuk mengehadkan bilangan masjid yang dibenarkan mengadakan solat Tarawih, tadarus dan iktikaf sepanjang malam bulan berkenaan.

Ibadah itu hanya boleh dilakukan dengan pengawasan imam yang dilantik kementerian atau penceramah dari Masjid al-Azhar.Di Kaherah, bandar raya yang mempunyai 17 juta penduduk, amalan iktikaf dibenarkan di 247 masjid sementara 196 lagi dibolehkan untuk menganjurkan ibadah waktu malam.
Dalam satu kenyataannya, kementerian itu berkata, langkah berkenaan diambil atas alasan kesihatan dan keselamatan.

Di Iskandariah, bandar kedua terbesar dengan 4.5 juta penduduk, 19 masjid saja dibenar mengadakan solat Tarawih.Sumber kementerian memberitahu akhbar al-Sharq al-Awsat, langkah itu kali pertama dikuatkuasakan dan bertujuan mengekang penyokong Ikhwanul Muslimin yang diharamkan kerajaan Mesir.
“Kementerian mengenakan larangan ketat bagi mengahalang anggota Ikhwan  daripada memasuki masjid atau mengadakan ceramah dan mesyuarat.“Ulama dari Parti al-Nour juga akan dihalang,” kata sumber berkenaan, merujuk kepada parti politik Salafi.

Kerajaan Mesir pimpinan Presiden Abdel Fatah el-Sisi berusaha memusnahkan kumpulan penentang, khususnya Ikhwan .Antara langkah yang diambil ialah mengambil alih masjid yang dikendalikan Ikhwan.
Februari lalu, pihak berkuasa menutup 27,000 surau di seluruh negara dengan berkata, rumah ibadah kurang daripada 80 meter persegi tidak lagi dibenarkan beroperasi.
Ia memberi kesan kepada kawasan kejiranan dan kawasan pedalaman yang biasanya memiliki surau kecil untuk penduduknya beribadah secara berjemaah.

15 Korban Tanah Runtuh di Nepal

Kathmandu: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan berbelas-belas lagi dilapor hilang dalam kejadian tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat di timur laut Nepal, semalam.
Pegawai tempatan Surendra Kumar Bhattarai berkata, kejadian itu yang berlaku beberapa minggu selepas dua gempa bumi meragut 8,700 nyawa memusnahkan puluhan rumah di daerah Taplejung.
“Kami menemui 15 mayat. Kira-kira 15 lagi dilapor hilang. Mereka dilapor berada dalam rumah yang musnah itu,” kata Bhattarai.
Menurutnya, 10 orang cedera dan polis berada di kawasan kejadian untuk membantu mangsa.
Puluhan orang mati setiap tahun akibat banjir dan tanah runtuh setiap kali musim monsun di negara itu.

Ditembak Mati Lepas Solat Subuh














Nablus: Seorang lelaki Palestin terbunuh selepas ditembak polis Israel di kem pelarian di utara Tebing Barat, semalam.

Sumber perubatan dan keselamatan berkata, Ezzedine Ghora, 23, ditembak di lengan dan dada dan mati sebelum tiba di hospital.Dalam satu kenyataannya, polis Israel berkata, kejadian berlaku ketika pasukan polis sempadannya menyerbu kem di bandar Jenin itu pada awal pagi untuk melakukan penangkapan.
“Polis melihat suspek cuba melontar bahan letupan ke arah mereka,” kata kenyataan itu.

Seorang anggota polis sempadan berkenaan menembaknya.Bagaimanapun, cawangan Hamas di Jenin yang mendakwa Ezzedine anggotanya menuduh polis Israel menembak lelaki itu ketika dia keluar dari masjid selepas menunaikan solat Subuh.Menurut mereka tidak ada sebarang rusuhan berlaku ketika itu.

“Polis Israel sengaja melepaskan tembakan,” menurut kenyataan Hamas menerusi akaun Twitternya.
Kenyataan itu turut mengucapkan takziah kepada keluarga Ezzedine selain menggesa Pihak Berkuasa Palestin dan pasukan keselamatannya menghentikan kerjasama keselamatan dengan Israel, merujuk kepada perjanjian autonomi Oslo yang ditandatangani pada 1993.








No comments:

Post a Comment