Jun 23, 2015

AMAR WEEKLY NEWS WRAP UP (16/6/2015-22/7/2015) - AMAR POLAND~

DALAM NEGARA

Negara mungkin hadapi wabak denggi terbesar - Menteri

KUALA LUMPUR: Negara mungkin menghadapi wabak denggi terbesar pernah berlaku dengan lebih 40,000 kes dan 157 kematian dilaporkan sejak Januari tahun ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata angka itu mengejutkan berbanding apa yang dilaporkan dalam tempoh yang sama tahun lepas. "Jumlah kematian tahun ini berganda berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dan 30 peratus lagi kes dilaporkan, yang jauh lebih tinggi dari tahun lepas,". Beliau berkata, banyak kes baharu yang dilaporkan tahun ini ialah jenis denggi yang belum pernah berlaku sebelum ini. "Dahulu, ia cuma demam denggi berdarah. Sekarang, denggi boleh menyebabkan kegagalan hati berfungsi, radang paru-paru, jangkitan otak. Tingkah laku virus berbeza sekarang," katanya.  - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/63174


Penduduk sekitar Ranau cemas dikejutkan 3 gempa susulan


RANAU: Penduduk di sekitar daerah ini sekali lagi berdepan detik mencemaskan apabila berlaku tiga gempa bumi susulan dengan yang kedua berukuran 4.3 pada skala Richter. Gempa bumi pertama berukuran 3.5 pada skala Richter berlaku pada 10.45 pagi, sehingga menyebabkan kerosakan siling perpustakaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Mohamad Ali. Ia diikuti gegaran kedua pada 5.33 petang dan yang ketiga pada 6.26 petang. Menceritakan detik cemas semasa gegaran itu, Gordon Juanis, 24, pekerja sebuah hotel di pekan Ranau berkata, beliau sangat terkejut dan bertindak melarikan diri ke luar hotel berkenaan kerana bimbang hotel berkenaan runtuh. "Ketika gegaran itu saya sedang duduk di kaunter hotel ini. Gegaran itu kuat berbanding gegaran pagi tadi. Saya rasa gegaran itu kira-kira empat hingga lima saat," katanya ketika ditemui di hotel berkenaan petang ini. Sementara itu, seorang pengusaha restoran di Poring, Mohammad Abdullah, 54, berkata ketika kejadian beliau sedang memasak di restorannya. "Semasa kejadian itu saya dan isteri cepat-cepat keluar dari restoran itu dan pada masa yang sama saya melihat ada jiran yang berlari keluar rumah sambil berteriak. "Saya rasa gegaran itu sangat kuat dan menakutkan. Namun saya bersyukur restoran saya tidak mengalami sebarang kerosakan," katanya ketika dihubungi.
Tinjauan BERNAMA di pekan Ranau semasa kejadian menyaksikan orang ramai yang berada di dalam premis sama ada kedai atau restoran bertindak keluar dari premis berkenaan. Namun setelah beberapa minit kemudian, orang ramai memasuki semula premis-premis berkenaan dan melakukan aktiviti seperti biasa. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/63146

Budak hancur jari tangan kiri akibat mercun


SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang hancur jari tangan kiri akibat terkena mercun di Kampung Tanjung Sepat, Kuala Langat, malam tadi, dilaporkan stabil selepas menjalani rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Pengarah HTAR, Dr Ding Lay Ming, ketika dihubungi mengesahkan kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital berkenaan malam tadi. "Pesakit dirujuk ke HTAR pada jam 9.30 malam tadi dan kini di bawah seliaan pakar bedah tulang kami," katanya kepada BH sebentar tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam semalam, mangsa dikatakan sedang bermain mercun dipercayai dari jenis 'A-Boom' bersama-sama rakannya di hadapan rumah keluarga kanak-kanak itu. Mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Sepat untuk rawatan awal, sebelum dipindahkan ke HTAR untuk rawatan lanjut.


UNHCR minta kerajaan beri pas pekerja kepada pelarian Rohingya - Syahidan

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) telah meminta agar kerajaan Malaysia memberi pas pekerja asing kepada 46,581 pelarian Rohingya yang berada di negara ini. 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perkara itu disarankan UNHCR untuk memberi peluang kepada pelarian mencari pendapatan sendiri. "UNHCR mencadangkan pemberian pas kerja (asing) kepada pelarian Rohingya memandangkan keadaan Malaysia yang memerlukan pekerja asing sama dengan jumlah pelarian Rohingya yang telah dikeluarkan kad UNHCR," katanya kepada pemberita. 
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada UNHCR bahawa permohonan itu hanya boleh dibuat melalui Kementerian Dalam Negeri. "Saya sudah maklumkan bahawa kita tidak boleh beri apa-apa lagi kerana Malaysia bukan negara anggota (kepada Konvensyen PBB Mengenai Pelarian) namun atas dasar keprihatinan ada juga beberapa perkara seperti pemberian vaksin kepada pelarian dibuat," katanya. Sementara itu Shahidan juga meminta UNHCR menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kes pemalsuan kad UNHCR memandangkan terdapat banyak laporan mengenai pemalsuan dan jual beli kad tersebut. 
Dalam pada itu beliau berkata berdasarkan statistik yang dikeluarkan Pejabat UNHCR, terdapat 153,004 pemohon suaka dan pelarian yang berdaftar dengan UNHCR sehingga 31 Mei lepas. Katanya, sebanyak 142,224 pelarian adalah dari Myanmar, terdiri daripada etnik Chin berjumlah 49,340 orang, Rohingya (46,581), Muslim Myanmar (12,298), Arakanese (7,266), Mon (5,378), Kachin (4,476), Karen Kayin (4,508), Burmese (3,329), Shan/Thai Yai (1,510) dan lain-lain (7,538). Terdapat juga pelarian dan pemohon suaka dari negara lain termasuk Sri Lanka sebanyak 3,817, Pakistan (1,193), Somalia (1,072) dan Syria (938). - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/62938


13 lanun rompak MT Orkim Harmony - APMM


PUTRAJAYA: Maklumat perisikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mendapati terdapat 13 perompak yang terbabit dalam kes rompakan kapal MT Orkim Harmony. 
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar, berkata lapan orang daripada suspek yang ditahan sebelum ini menaiki kapal berkenaan manakala lima lagi beredar bersama bot tunda yang digunakan untuk merapati kapal tangki itu. "Pihak berkuasa Indonesia memaklumkan bahawa mereka sudah menemui bot tunda terbabit di Batam, dua hari lalu yang dipercayai digunakan untuk merompak MT Orkim Harmony. "Kita juga sudah memulakan proses permohonan ekstradisi untuk membawa semua lapan suspek yang kini ditahan pihak berkuasa Vietnam untuk menjalani proses siasatan di sini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/62862

Kronologi rampasan kapal tangki MT Orkim Harmony



KUALA LUMPUR: Negara digemparkan dengan insiden sebuah kapal tangki iaitu MT Orkim Harmony yang hilang di perairan Timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi pada Khamis,18 Jun lalu. 
Kapal itu yang dimiliki Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd, membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, 5 Indonesia dan 1 Myanmar. Berikutan kejadian itu, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta beberapa agensi lain membabitkan pelbagai negara menjalankan usaha mencari dan menyelamat (SAR). 
Kronologi bagi kes kehilangan MT Orkim Harmony : 
*11 Jun 2015 - Kapal tangki MT Orkim Harmony terputus komunikasi dengan pangkalan pada 8.57 malam di Timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi di Johor. Tiada panggilan kecemasan yang diterima daripada kapal itu. 
*14 Jun 2015 - Pusat Laporan Kegiatan Melanun Biro Maritim Antarabangsa (IMB) mengesahkan menerima laporan mengenai sebuah kapal tangki membawa petrol RON95 anggaran 6,000 tan metrik dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan hilang di kedudukan 30 batu nautika timur. 
 *15 Jun 2015 - TLDM dan APMM memperluas kawasan pencarian bagi mengesan kapal itu meliputi 4,000 batu nautika persegi. Pada masa sama, Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi menyatakan kehilangan kapal itu menjurus kepada rompakan lanun. 
*16 Jun 2015 - Dua pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia dan sebuah pesawat milik APMM dikerah untuk mengesan kapal itu. 
*17 Jun 2015 - Malaysia memperhebatkan pencarian menggunakan bantuan teknologi satelit daripada beberapa negara jiran untuk mengesan kedudukan terakhir kapal itu. Pesawat P3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) mengesan kapal berkenaan di lokasi 210 batu nautika utara Pulau Redang pada jam 3.45 petang.
*18 Jun 2015 - Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang dikesan berada di perairan Kemboja dan diawasi oleh pesawat TUDM, APMM dan RAAF. Kapal itu ditemui dalam keadaan selamat dan telah ditukar nama asalnya 'Orkim Harmony' kepada 'Kim Harmon' serta serombongnya dicat dengan warna hitam. Berikutan itu, TLDM mengambil alih misi SAR dan menghubungi perampas kapal menggunakan frekuensi radio supaya mereka melepaskan 22 kru kapal. TLDM juga mengesahkan terdapat lapan perampas bersenjatakan pistol dan parang di dalam kapal itu dan mengadakan rundingan dengan kumpulan perampas itu supaya membebaskan anak kapal dan menyerah diri. Pada jam 11 malam perampas kapal telah menukar laluan kapal tangki menuju ke Pulau Natuna, Indonesia. 
*19 Jun 2015 - APMM mengesahkan semua 22 anak kapal tangki MT Orkim Harmony dibebaskan kira-kira jam 2.30 pagi dan kapal itu dibawa ke Pelabuhan Kuantan diiringi KD Handalan yang dijangka tiba pada 2 pagi 20 Jun. Selain itu, TLDM juga mengesahkan seorang tukang masak kapal itu iaitu warga Indonesia telah ditembak di sebelah paha kiri ketika kapal dirampas dan dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan bagi mendapatkan rawatan dan dilaporkan stabil. Tiga pesawat iaitu P-3C Orion, C130 dan Beechcraft dihantar untuk menjejaki perampas yang melarikan diri daripada kapal tangki MT Orkim Harmony. Lapan lelaki warga Indonesia yang dipercayai perampas kapal itu telah ditahan oleh pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu, selatan Vietnam ketika cuba meloloskan diri daripada pemburuan pada jam 6.30 pagi. Pihak TLDM dan APMM ketika ini masih lagi menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa Vietnam sama ada lapan lelaki yang ditemui berhampiran perairan Vietnam pagi ini adalah perampas kapal tangki Malaysia. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/62363

21 jenazah mangsa pemerdagangan manusia dikebumikan



ALOR SETAR: Pengebumian 21 jenazah mangsa pemerdagangan manusia terdiri etnik Rohingya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang, Pokok Sena. Jenazah pendatang Rohingya dari Myanmar yang ditemui di kem tahanan Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis itu dikebumikan dalam satu liang lahad. Difahamkan proses pengebumian 21 jenazah membabitkan 19 lelaki dan dua wanita itu dimulakan pada jam 10 pagi selepas semua jenazah tiba setengah jam sebelum itu. Kira-kira 200 penduduk setempat dan orang ramai turut menghadiri ke lokasi perkuburan bagi turut sama menyaksikan upacara pengebumian. Proses menguruskan jenazah pelarian Rohingya ini dijalankan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Terdapat 106 jenazah pelarian Rohingya dengan baki 85 lagi masih menjalani proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), manakala 21 jenazah ini menjadi kumpulan pertama dikebumikan. Jenazah pelarian yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI) Rohingya ini ditemui di tanam di atas B Bukit Wang Burma di Wang Kelian, melalui Ops Wawasan Khas yang bermula 11 Mei. Ia ekoran penemuan 139 kubur di 28 kem transit yang dibukan sindiket pemerdagangan manusia di sempadan Perlis-Thailand, bulan lalu. Semalam, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata 21 jenazah itu akan dikebumikan dalam satu liang lahad selepas selesainya proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar. Beliau berkata, semua jenazah berkenaan adalah daripada kumpulan pertama yang ditemui di tempat kejadian.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/62804

LUAR NEGARA

20 orang awam maut serangan di Masjid Aleppo



BEIRUT: Sekurang-kurangnya 10 orang awam terbunuh, termasuk dua kanak-kanak apabila tentera rejim kerajaan melancarkan serangan bom ke atas sebuah masjid di Aleppo, utara Syria, hari ini. "Serangan berlaku ketika jemaah sedang sembahyang Maghrib di sebuah masjid di daerah Ansari yang dikuasai puak pemberontak," demikian menurut Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria. Badan pemerhati itu berkata, serangan itu turut menyebabkan kira-kira 20 yang lain cedera. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/63019


3 lagi kes jangkitan MERS di Korea Selatan

SEOUL: Korea Selatan hari ini melaporkan tiga lagi kes jangkitan virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) namun tiada kematian terbaharu dicatatkan, menjadikan jumlah jangkitan disahkan meningkat kepada 175. Dua daripada tiga kes terbaharu itu berpunca daripada jangkitan virus dari dua hospital berasingan di Seoul, termasuk di Samsung Medical Centre, salah satu pusat merebaknya wabak berkenaan. Kementerian Kesihatan berkata, kes jangkitan ketiga disebabkan jangkitan dari ahli keluarga seorang pesakit MERS. Daripada 175 kes yang disahkan, 27 maut manakala 54 lagi sudah pulih dan sudah dikeluarkan dari hospital manakala ada 94 kes lagi masih dirawat. Kira-kira 2,805 orang kini masih dikuarantin. - AFP



Jepun tawar AS$3.5j bantu Rohingya



TOKYO: Jepun menawarkan bantuan AS$3.5 juta (RM13.05 juta) untuk membantu pelarian Rohingya yang meninggalkan Myanmar kerana ditindas dan menjadi mangsa diskriminasi. Menteri Luar, Fumio Kishida, berkata Jepun kekal komited untuk terus membantu pelbagai usaha perdamaian di Asia termasuk antara kerajaan Myanmar dan kumpulan etnik minoriti. "Bagi kumpulan ini yang bukannya imigran biasa tetapi terpaksa menggadai nyawa merentas Lautan Hindi, Jepun memutuskan menghulur AS$3.5 juta yang akan diagihkan menerusi pelbagai pertubuhan global termasuk UNHCR," katanya. Dana berkenaan akan digunakan untuk menyediakan makanan dan tempat tinggal serta membiayai analisis data berhubung pergerakan maritim mereka, kata Kishida. Penderitaan suku kaum Rohingya yang ditindas dan hidup terpinggir mendapat perhatian antarabangsa kerana mereka sanggup bersesak dalam bot sempit merentas lautan untuk mencari penghidupan lebih baik di negara lain termasuk Malaysia. Warga Muslim Rohingya dikatakan berdepan layan buruk dan diskriminasi sistematik daripada kerajaan Myanmar yang majoritinya beragama Budha, sehingga tidak mengiktiraf etnik itu sebagai warga negara. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/62422

Suspek serangan gereja Charleston ditahan



CHARLESTON: Suspek serangan tembakan di gereja kulit hitam yang meragut sembilan nyawa di Charleston, di Carolina Utara telah ditangkap dan diletakkan di bawah jagaan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI). Menurut pihak berkuasa Carolina Utara, suspek dikenal pasti sebagai Dylan Roof, 21, dan sudah diterbangkan ke Carolina Selatan untuk berdepan dakwaan. Ketua Polis Shelby, Jeff H. Ledford, berkata Roof telah menolak khidmat peguam bela yang disediakan sekali gus dia akan mewakili dirinya sendiri atau melantik peguam lain. Ketika dibawa ke Carolina Utara, suspek turut didapati memakai baju kalis peluru. Dalam kejadian malam semalam, Roof menembak mati sembilan mangsa ketika upacara keagamaan di Gereja Emanuel AME. Polis mendakwa dia sempat menyusup dalam kalangan jemaah gereja hampir sejam sebelum kejadian tembakan. Serangan disifatkan polis sebagai satu lagi jenayah yang didorong oleh kebencian. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/62169

Qatar desak bebas Morsi



DOHA: Qatar mendesak hukuman mati yang dijatuhkan Mahkamah Mesir terhadap bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi, dibatalkan dan Morsi dikeluarkan dari negara terbabit. Mahkamah Mesir mengekalkan hukuman mati yang dikenakan terhadap Morsi atas tuduhan merancang komplot melarikan diri dari penjara dan serangan ke atas polis ketika pemberontakan pada tahun 2011 di negara itu. "Hukuman mati terhadap kumpulan pembangkang politik di Mesir mengancam keselamatan dan kestabilan. Ia turut menutup pintu perdamaian dan keharmonian," kata kenyataan rasmi kerajaan Qatar. Hukuman penjara turut dikenakan ke atas Morsi kerana dituduh menjadi pengintip Iran dan kumpulan militan, termasuk gerakan Islam Palestin, Hamas dan bagi pihak pemimpin yang berpangkalan di Qatar. Hukuman mati turut dikekalkan terhadap 100 defendan yang lain, termasuk ulama yang berpangkalan di Qatar, Yusuf Qaradawi, yang dibicarakan tanpa kehadirannya. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/61889



No comments:

Post a Comment