Jun 8, 2015

WEEKLY IPIP NEWS WRAP UP (2/6/2015-8/6/2015) - IKATAN PELAJAR ISLAM POLAND~




DALAM NEGARA


Lebih 1,000 rumah dilanda banjir di Melaka


Click to Expand & Play

MELAKA: Lebih 1,000 buah rumah dilanda banjir apabila hujan lebat sejak jam 6 pagi sehingga jam 11 di seluruh Melaka.

Kebanyakan rumah terlibat di kawasan Melaka Tengah, antaranya berhampiran sepanjang Sungai Melaka.

Timbalan Penguasa dan Penyelamat Bomba Melaka, Kamaruzaman Mohamad Din berkata, hujan lebat sejak pagi dan berlaku air laut pasang menjadi penyebab utama banjir kilat berlaku.

Menurutnya, terdapat tiga jalan terputus hubungan dan tidak boleh dilalui kenderaan kerana paras air mencecah satu meter tinggi iaitu Jalan Peringgit, Jalan Ayer Keroh dan Jalan Bukit Katil.

Sebanyak enam buah balai bomba dari Melaka Tengah, Jasin, Merlimau, Ayer Keroh, Kubu dan Tangga Batu terlibat dalam proses membantu mangsa banjir.

Proses membantu turut melibatkan tujuh buah bot untuk menyelamatkan mangsa. Sementara itu,Bernamamelaporkan sebanyak 15 keluarga di kawasan Melaka Tengah dan Jasin dipindahkan ke pusat pemindahan di Bukit Pulau dan Duyung.

Umat Islam kurang berilmu mudah diperalatkan untuk keganasan - Dr Mahathir



KOTA KINABALU: Banyak umat Islam hari ini kurang berilmu menyebabkan mereka mudah diperalatkan untuk menyertai kumpulan pengganas, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata umat Islam yang kurang berilmu tidak berupaya menilai baik buruk sesuatu perkara dan akan lebih tertarik kepada sesuatu fahaman yang menyalahgunakan agama Islam.

Dr Mahathir berkata demikian ketika menyampaikan amanatnya sebagai Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) sempena mesyuarat agung tahunan ke-54 badan itu di sini pada Sabtu.

Beliau juga berkata antara sebab kebanyakan umat Islam kurang menimba ilmu adalah kerana mereka lupa akan wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah iaitu keperluan membaca.

"Tentulah membaca itu menjadi sesuatu perkara yang penting. Kita perlu membaca segala-galanya kerana orang yang membaca tetap akan mempunyai ilmu dan memperolehi maklumat.

Maklumat dan ilmu yang kita terima akan menjadikan kita manusia yang sebenarnya mengamalkan cara hidup mengikut ajaran Islam tetapi kita tidak membaca," katanya.

Dr Mahathir turut mengingatkan umat Islam supaya meyakinkan masyarakat bukan Islam bahawa Islam bukan agama yang agresif yang mana umatnya terdiri daripada golongan yang berperwatakan bengis.

Beliau juga berkata, walaupun Islam mengajar umatnya untuk bersederhana, umat Islam juga harus berketrampilan kemas dan berkeyakinan tinggi bagi memperlihatkan Islam sebagai agama yang menjadikan umatnya antara masyarakat yang berjaya dalam hidup.

#sehatisejiwa tema sambutan Hari Kebangsaan 2015



KUALA LUMPUR: #sehatisejiwa dipilih sebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata tema itu dipilih kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini.

"Misalnya, gempa bumi di Sabah dan bencana alam seperti banjir besar yang berlaku di negeri-negeri Semenanjung baru-baru ini turut dirasai dan terkena tempiasnya oleh seluruh rakyat Malaysia.

"Perasaan ini seharusnya dirasai bersama. Sebab itulah tema #sehatisejiwa dipilih bagi melambangkan semangat kesepaduan tersebut yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada," katanya ketika berucap pada Majlis Prapelancaran Sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka, pada Sabtu.

Ahmad Shabery berkata mulai tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun.

"Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya pada 16 September, dan 31 Ogos hanya melibatkan Semenanjung sahaja," katanya.

Gempa 6.0 magnitud landa Ranau, Sabah



KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 6.0 pada skala richter menggegarkan Ranau, Sabah jam 7.15 pagi.

Menurut Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Ranau, Tambun, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Pusat gempa tersebut terletak 16km Barat Laut Ranau.

Bagaimanapun Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini dari masa ke masa.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah (JBPM) ketika dihubungi berkata, pihaknya kini telah memohon bantuan unit udara JBPM untuk memulakan operasi mengeluarkan pendaki di kawasan pegunungan sekitar Ranau.

Ini kerana, laporan yang diterima JBPM, berlakunya runtuhan batu yang menyebabkan halangan kepada pendaki untuk turun ke kawasan yang lebih selamat.

Pulau Pinang bentuk pasukan khas bagi membantu pekerja MAS



GEORGE TOWN: Pulau Pinang telah membentuk satu pasukan khas bagi membantu 6,000 pekerja Malaysia Airlines (MAS) yang telah diberhentikan kerja mendapatkan pekerjaan di negeri itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, mesyuarat Exco Kerajaan Negeri telah meluluskan penubuhan pasukan petugas khas itu dan jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Prof. Dr P Ramasamy.

Tambah Guan Eng, penubuhan pasukan itu adalah tanda sokongan Pulau Pinang terhadap pekerja-pekerja MAS yang diberhentikan.

"Bantuan ini menjurus kepada yang mencari pekerjaan dan untuk mereka yang rela bekerja di Pulau Pinang," beliau berkata pada sidang media di pejabatnya.

Selain itu, Guan Eng berkata, peluang pekerjaan juga terbuka kepada mereka yang bukan dari negeri itu namun bersedia untuk berhijrah.

Lebih 20,000 pekerja MAS menerima notis penamatan tugas masing-masing berkuat kuasa 1 Jun lepas.

Bagaimanapun 14,000 daripadanya ditawarkan pengambilan semula di bawah kontrak baru manakala baki 6,000 telah ditamatkan.

Lebuhraya Sultan Iskandar ditutup sepenuhnya ekoran jalan retak, mendap



KUALA LUMPUR: Berlaku jalan retak dan mendapan tanah di laluan Lebuhraya Sultan Iskandar (dahulunya Jalan Mahameru) menuju ke Muzium Negara menyebabkan laluan itu menghala ke selatan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan mulai pukul 8.00 malam Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju PKPgB Che Shaari Abdullah berkata kejadian kira-kira pukul 2 petang itu berlaku berikutan kerja-kerja pembaikan jalan berhampiran lokasi tersebut.

"Keluasan tempat kejadian kira-kira 10 kaki (3 meter) x 15 kaki (4.6 meter)... mendapan dan keretakan di laluan paling kiri jalan itu semakin teruk kerana hujan petang tadi dan ia berisiko kepada pengguna jalan raya.

"Kita buat lencongan dari arah Parlimen dan masuk ke pusat bandar bagi kenderaan yang ingin menuju ke arah selatan," katanya ketika dihubungiBernama.

Beliau berkata, kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan kontraktor pembinaan berkenaan dan dipantau sepenuhnya oleh polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Bomba.
"Jalan akan dibuka semula bila ia tidak lagi membahayakan pengguna jalan raya," katanya.

Sasar kutip RM30 juta sempena Ramadan

read more at:http://www.sinarharian.com.my/nasional/sasar-kutip-rm30-juta-sempena-ramadan-1.397325


KUALA LUMPUR - Aman Palestin Berhad menyasar kutipan dana sebanyak RM30 juta sempena pelancaran kempen ‘Ramadan Bersama Palestin’ yang akan berlangsung di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Awang Suffian Awang Piut berkata, dana tersebut bertujuan membantu rakyat Palestin yang berada dalam penderitaan berikutan serangan bom dan kekejaman tentera Zionis.

"Dana yang diperolehi sepanjang kempen pada bulan Ramadan ini akan disalurkan menerusi wakil kami di sana untuk membantu rakyat Palestin yang masih sengsara kerana kemusnahan. Ia bertujuan memulih dan membina semula tempat tinggal, sekolah dan masjid.

"Sebanyak USD500,000 disalurkan setiap bulan ke akaun Aman Palestin yang berada di Gaza untuk program pembangunan semula tersebut, malahan masih banyak lagi yang belum dibina," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Ramadan Bersama Palestin di sini, hari ini.

Katanya bantuan itu dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu pakej sahur dan berbuka, imarah Masjid Al-Aqsa serta bantuan untuk keluarga miskin dan keluarga syuhada di Gaza dan Tebing Barat.

LUAR NEGARA:

Korea Selatan berikrar mengekang penularan wabak MERS


Click to Expand & Play

SEOUL: Korea Selatan mengesahkan mangsa kelima wabak virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) pada Ahad sekali gus berikrar akan berusaha habis-habisan untuk mengekang penularan wabak berbahaya itu daripada merebak ke seluruh negara.

Antara usaha tersebut adalah dengan mengesan nombor telefon bimbit mereka yang sedang dikuarantin.

Jumlah mangsa yang telah dijangkiti kini meningkat ke 64 orang selepas mencatatkan 14 kes baharu termasuk seorang yang maut. Perkara tersebut disahkan oleh Kementerian Kesihatan negara itu pada Sabtu.

Pada Ahad, lebih daripada 2,300 orang telah dikuarantin mengikut tahap bahaya yang berbeza. Kira-kira 2,100 telah diberitahu untuk tidak meninggalkan kediaman masing-masing dan membataskan interaksi dengan orang lain.

Sementara itu, kira-kira 200 orang turut diberi rawatan secara berasingan di beberapa buah hospital.

Semua 14 jangkitan baharu adalah dari kalangan mereka yang dikuarantin selepas mereka terdedah kepada mereka yang telah didiagnosis lebih awal

Suhu di Arab Saudi mungkin cecah 65 darjah Celsius sepanjang Ramadan



RIYADH: Pakar kaji cuaca menjangkakan bahawa suhu sepanjang bulan Ramadan di kebanyakan tempat di Arab Saudi boleh mencapai sehingga 65 darjah Celsius, lapor portal berita Al Arabiya.

Pakar berkenaan, Abdul Rahman Mohammed Al-Ghamdi berkata, suhu di kawasan redup juga mencapai 50 darjah Celsius apatah lagi jika berada secara terus di bawah terik matahari.

Walaupun ini hanya suatu jangkaan yang diharapkan tidak terjadi, namun sekiranya benar, rekod itu bakal menjadi suhu tertinggi pernah dicatatkan sekali gus memadamkan rekod terdahulu iaitu 56.7 darjah Celsius di Death Valley, California pada tahun 1913.

“Musim panas akan berlaku di hemisfera utara pada 21 Jun iaitu ketika matahari tepat berada di atas kumpulan bintang Cancer seterusnya memanaskan banyak kawasan di bumi Arab,” jelasnya.

Zionis cabul hak asasi

Read more at:http://www.sinarharian.com.my/global/zionis-cabul-hak-asasi-1.398475


NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Sebuah dokumen sulit Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan rejim Zionis mencabul hak asasi kanak-kanak ketika Operasi Perlindungan Sempadan yang dilancarkan di Genting Gaza pada Julai lalu.

Laporan setebal 22 muka surat itu memaparkan kenyataan lantang Wakil Khas PBB, Leila Zerrouqui mengutuk perlanggaran hak asasi yang serius terhadap golongan itu ketika operasi ketenteraan besar-besaran tersebut.

Difahamkan, kira-kira 540 kanak-kanak terkorban ketika perang 50 hari terbabit lapor Reuters.

Susulan itu, Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) mendesak Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menolak gesaan Israel dan sekutunya yang mahu melindungi kekejaman rejim Zionis.

Pada April lalu, laporan PBB menunjukkan Israel bakal berdepan dakwaan melakukan jenayah perang selepas hasil siasatan agensi itu mendapati rejim Zionis telah membedil tujuh sekolah PBB di Genting Gaza yang turut meragut sekurang-kurangnya 44 nyawa.

Tariq Aziz meninggal dalam penjara

Read more at:http://www.sinarharian.com.my/global/tariq-aziz-meninggal-dalam-penjara-1.398482


BAGHDAD - IRAQ. Bekas Timbalan Menteri dan Menteri Luar Iraq, Tariq Aziz meninggal dunia di dalam penjara pada usia 79 tahun.

Pegawai Iraq berkata, Tariq meninggal dunia, selepas mengalami serangan jantung pada Khamis lapor Al Jazeera.

Berita kematian penasihat paling dipercayai Saddam Hussein itu, hanya diketahui anaknya, Ziad menerusi laporan media tempatan dan perkara tersebut menimbulkan kemarahan keluarganya.

Tariq dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Agung Iraq pada tahun 2010 kerana penyalahgunaan kuasa dan pelanggaran hak asasi. Bagaimanapun, hukuman itu tidak dilaksanakan.

Beliau menyerah diri kepada tentera Amerika Syarikat dalam 2003 tidak lama selepas kejatuhan kota Baghdad.

Gunung Sinabung meletus lagi

Read more at:http://www.sinarharian.com.my/global/gunung-sinabung-meletus-lagi-1.397776 


JAKARTA - INDONESIA. Lebih 2,000 penduduk yang tinggal berhampiran gunung berapi Sinabung, di Sumatera Indonesia, terpaksa dipindahkan selepas ia mula meletus dan mengeluarkan asap tebal.

Menurut laporan MetroTv News, penduduk beberapa kampung di sekitar kawasan itu dipindahkan sejauh 7 kilometer dari kawasan gunung.

"Pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran tahap empat iaitu tahap awas setelah gunung berapi mula mengeluarkan asap panas sejak dua hari lalu. Penduduk diminta mematuhi arahan berpindah sebagai langkah keselamatan," menurutnya.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, aktiviti gunung berapi terbabit semakin meningkat dan pihaknya sedang memantau perkembangan dari semasa ke semasa.

Sejak September 2013, Gunung Sinabung setinggi 2,460 meter itu mula aktif dan boleh meletus pada bila-bila masa berikutan statusnya yang sentiasa tidak stabil.

Wanita dakwa dihina, ditumbuk dan ditendang hanya kerana bertudung di London



KUALA LUMPUR: Sekumpulan wanita di London didakwa bertindak ganas apabila tidak semena-mena mendera, menumbuk dan menendang seorang wanita Islam hanya kerana mangsa dipercayai bertudung dalam satu serangan bersifat perkauman, lapor DNA.

Polis kini sedang menyiasat punca sebenar kejadian itu dimana sekumpulan wanita didakwa membuli seorang wanita Islam bertudung ketika mangsa dalam perjalanan untuk menjemput anak-anaknya dari sekolah Al-Khair di selatan London.

Mangsa yang tidak mahu mendedahkan identitinya berkata dia ketika itu sedang berjalan kaki ke sekolah anaknya sebelum beberapa wanita mula "menjerit dan mengejeknya".

Difahamkan, pada mulanya mereka membuli wanita tersebut dengan melemparkan beberapa soalan bersifat ‘ perkauman’ sebelum bertindak menanggalkan tudungnya.

Menurut pihak polis, serangan yang berlaku di Derby Road, berhampiran Croydon itu dihentikan selepas orang ramai mula bercampur tangan untuk menyelamatkan mangsa.

Polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan dari lokasi kejadian dan sejurus sejurus tiba, dua pembuli perempuan yang berumur 18 dan 35 tahun itu berjaya ditahan atas dakwaan menganggu ketenteraman awam.

Dalam perkembangan sama, isu perkauman ini telah mengundang reaksi negatif daripada pelbagai pihak di media sosial. 

Syarikat penerbangan AS mohon maaf

Read more at:http://www.sinarharian.com.my/global/syarikat-penerbangan-as-mohon-maaf-1.397766


WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Syarikat penerbangan United Airlines. membuat permohonan maaf kepada seorang wanita Islam Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa menjadi mangsa diskriminasi agama ketika menaiki pesawat itu.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, Tahera adalah pelanggan United Airlines dan pihaknya memohon maaf kepada beliau di atas apa yang berlaku ketika di dalam penerbangan.

Sementara itu menurut laporan Press TV, jurucakap syarikat Charles Hobart memberitahu, selepas menyiasat perkara itu, syarikat telah memastikan bahawa pramugari dari Shuttle Amerika tidak akan memberi perkhidmatan kepada pelanggan United.

"United tidak akan bertolak ansur dengan tingkah laku diskriminasi terhadap pelanggan atau kakitangan syarikat," katanya tanpa memberitahu sama ada pekerja terbabit dipecat atau tidak.

Minggu lalu, kisah Tahera Ahmad, 31, di media sosial Facebook menjadi viral selepas pembantu penerbangan enggan memberi minuman tin belum dibuka kepadanya kerana bimbang ia mungkin digunakan sebagai senjata.

No comments:

Post a Comment