Nov 30, 2015

[AMARGLOBAL] AMAR WEEKLY WRAP UP (23/11/15 - 30/11/15)

DALAM NEGARA


RAJA MUDA KEDAH MANGKAT












ALOR SETAR: Raja Muda Kedah, Tuanku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, mangkat pada 1 pagi Ahad di wad Diraja Hospital Sultanah Bahiyah di sini akibat kegeringan.Menurut Timbalan Pengawal CCC Kedah, Inspektor Mohamad Hilmi Abdul Hamid, Tuanku Abdul Malik yang berusia 86 tahun mangkat akibat sakit tua dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Baginda diputerakan pada 24 September 1929 di Istana Anak Bukit, Alor Setar dan merupakan adik kepada yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.Pada 21 September yang lalu, isteri baginda, Raja Puan Muda Kedah, Tengku Raudzah Sultan Hisamuddin Alam Shah, 86, mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dan dimakamkan di Makan Diraja Langgar.
Jenazah baginda kini disemayamkan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit sebelum di makamkan di Makan Diraja Langgar yang dijangka petang Ahad.

PLUS MUNGKIN NAIKKAN KADAR TOL 5% TAHUN DEPAN









Kadar caj tol Plus Expressway Berhad berkemungkinan akan meningkat 5 peratus tahun depan susulan semakan semula perjanjian konsesi lebuh raya itu. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata plus dibenarkan untuk menaikkan 5 peratus kadar tol setiap tiga tahun bermula 2016 sehingga penamatan tempoh konsesi pada 2038.

JOHOR NEGERI PERTAMA HARAMKAN PENJUALAN VAPE











KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, menitahkan penjualan rokok elektronik atau vape adalah diharamkan di negeri tersebut.

Laporan akhbar, The Star menyebut baginda memberi tempoh sebulan kepada semua peniaga vape di negeri itu untuk menutup premis perniagaan mereka bermula 1 Januari 2016.

"Ini adalah isu kesihatan dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada generasi muda. Ia tidak ada kena-mengena dengan perniagaan dan sama sekali tidak ada kaitan dengan bangsa," titah baginda.Kerajaan negeri juga diarahkan agar bersidang minggu hadapan untuk mempercepatkan proses tersebut.

Baginda juga mempersoalkan tindakan sesetengah ahli politik yang dilihat mengalah kepada kehendak dan permintaan peniaga vape.

"Beta mahu tahu jika peniaga vape akan membenarkan ahli keluarga atau anak-anak mereka menghisap vape, jika benar ia selamat seperti yang digembar-gemburkan," baginda bertitah.Dengan perkembangan terbaharu ini telah menjadikan Johor negeri pertama yang mengharamkan penjualan vape.

2 SEKOLAH,4 RUMAH PANJANG TERJEJAS BANJIR DI SELANGAU











SIBU: Dua sekolah rendah dan empat rumah panjang di daerah Selangau, dekat ini terjejas akibat banjir hari ini selepas hujan lebat sejak semalam.

Air yang naik sehingga satu meter menyebabkan 20 keluarga termasuk sembilan kanak-kanak dan seorang bayi dari Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Selangau terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Tong Ah, Selangau.

Rumah Banyan, Rumah Linggo dan Rumah Judan dilaporkan terputus hubungan apabila jalan raya ke rumah panjang berkenaan ditenggelami air, namun tiada pemindahan dilakukan kerana keadaan masih selamat.Turut terjejas ialah Rumah Jawa, Rantau Urau apabila kawasan rumah panjang mereka mula dinaiki air hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Sibu Kapten (PA) Frankie John berkata, pihaknya bersama anggota 9 Briged Infantri dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Merah terus memantau keadaan banjir agar dapat memindahkan penduduk yang terbabit sekiranya air sungai terus naik.

MANGSA BANJIR DI PERAK MENINGKAT











IPOH: Mangsa banjir di beberapa daerah di Perak meningkat kepada 392 orang daripada 114 keluarga pagi ini berbanding 375 orang semalam, dengan satu pusat pemindahan dibuka di Parit Buntar, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Datuk Yahya Madis.

Beliau berkata jumlah mangsa banjir terbaharu ialah sebanyak 27 orang daripada 10 keluarga terdiri daripada penduduk Ladang Eow Seng dan Kampung Tersusun Tali Air Lima, ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Simpang Lima.

Yahya berkata mangsa membabitkan kawasan Bagan Serai iaitu Lebai Kadir, Mat Keling, Air Hitam Dua, Simpang Empat dan Simpang Lima menurun kepada 33 orang daripada 13 keluarga berbanding 44 orang semalam yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah.

"Sementara itu, sejumlah 139 orang daripada 42 keluarga di Batu 38 dan 40, Kampung Beriah, Parit Abu Hassan dan Kampung Ali Kalang di Bagan Serai juga masih berada di pusat pemindahan sama (Sekolah Kebangsaan Bukit Merah)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mangsa banjir di Kampung Permatang Tengah, Parit Air Hitam Tengah kekal kepada 139 orang daripada 33 keluarga dan mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak.
Katanya, mangsa banjir di Hilir Perak pula sebanyak 54 orang daripada 16 keluarga membabitkan Kampung Mesra Batu 7, Changkat Jong, Teluk Intan, Kampung Lorong Mesra, Batu 9 dan Kampung Lorong dan kesemua mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, Teluk Intan.

LUAR NEGARA

RUSIA UMUM SEKATAN EKONOMI TERHADAP TURKI














MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin semalam menandatangani satu dekri yang

membenarkan beberapa tindakan sekatan ekonomi diambil terhadap Turki susulan insiden 

pesawat pejuangnya ditembak jatuh di sempadan Syria, minggu lalu. Sekata itu bertujuan 

untuk memastikan keselamatan negara dan warga negara Russia termasuk dalam 

larangan mengadakan penerbangan tempahan antara kedua-dua negara. Ahli perniagaan

Russia juga dilarang mengambil sebarang kakitangan baharu warga Turki dan

mengetatkan pemberian visa, demikian menurut kandungan dekri yang dikeluarkan

Kremlin. Sementara itu dalam laman web Kremlin, sekatan itu termasuk beberapa 

barangan import dari Turki memasuki Russia, operasi syarikat Turki di Russia, dan 

pengambilan kakitangan Turki oleh firma Russia. - AFP


3 ISRAELIS FOUND GUILTY OF PALESTINIAN TEEN'S DEATH











JERUSALEM: Two Jewish minors were found guilty on Monday of the 2014 murder of a Palestinian teenager in Jerusalem, but the Israeli court held off on formally convicting a third man accused of orchestrating the crime, pending a psychological review.

Prosecutors said the three had confessed to abducting, bludgeoning, strangling and burning Mohammed Abu Khudair, 16, in revenge for the killing days earlier of three Israeli youths by Hamas militants in the occupied West Bank.
The incidents touched off a wave of bloodshed culminating in the seven-week Gaza war.

The verdicts, and eventual sentencing, could stoke tensions that are already high over access to a major Jerusalem mosque complex that Jews revere as vestige of their two ancient temples.

Jerusalem District Court ruled that the two underaged defendants, whose names were withheld from publication, carried out the crime. Under Israeli law, minors cannot technically be convicted before a review board endorses the verdict.

Yosef Haim Ben-David, a West Bank settler who works as a Jerusalem optician and who confessed to leading the crime, was also found guilty. But the court deferred formal conviction over his lawyers' 11th-hour request for a psychological evaluation.

Abu Khudair's family, fellow Palestinians and Israeli Arabs decried the delay as a miscarriage of justice.

"How can the defendant, two days ago, a year and a half after the crime, bring a document claiming insanity?" the youth's father, Hussein Abu Khudair, told reporters. "It's all lies and I worry that the court will free them in the end."

Ayman Odeh, a senior lawmaker from Israel's Arab minority, said: "The state is sending a clear message of forgiveness and understanding when it comes to Jewish terror."

While adult murder convicts generally get lengthy jail terms in Israel, comparable sentences are not mandatory for minors. Court spokesmen did not immediately give dates for the defendants' review hearings or sentencing.

Israeli officials welcomed Monday's verdict as a warning against hate crimes, which have surged as repeated bouts of violence eclipse peace talks with the Palestinians deadlocked since early 2014.

"The court determined unequivocally today that the three defendants committed the barbaric crime of abducting an innocent person only because of his origin, and burning him alive," said state prosecutor Uri Korb, vowing to contest any insanity plea.
"When we try to claim that we are better than our enemies - and I think that we are better than them - we should look at this event as a mirror," he said. "As a society we will continue to fight all avengers and lynchers, as we did in this case."

PRESIDEN TUNISIA ISYTIHAR DARURAT 











TUNIS: Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi hari ini mengisytiharkan darurat di seluruh negara itu selain perintah berkurung di ibu negara, Tunis.

Ia susulan serangan bom ke atas sebuah bas yang sedang membawa pengawal presiden yang meragut 12 nyawa.Pengumuman itu dibuat Essebsi menerusi satu siaran televisyen.

Essebsi pada masa sama turut menggesa kerjasama masyarakat antarabangsa bersama-sama rakyat negara itu melancarkan  "perang menentang keganasan ".

Kejadian terbaru ini berlaku 10 hari selepas pihak berkuasa meningkatkan tahap keselamatan di Tunis selepas industri pelancongan negara itu terjejas teruk  berikutan serangan pelampau baru-baru ini.

Jun lalu sebuah hotel mewah tepi pantai di Sousse diserang menyebabkan 38 orang terbunuh.Manakala pada Mac,  21 pelancong maut dalam serangan di Muzium Bardo di Tunis

MUSLIM DIASPORA HOLDS PEACE MARCH IN POZNAN

Some 300 people came together in the mid-western city of Poznań on Sunday to protest against the renewed wave of Islamophobia taking its toll on Poland’s ethnic minorities.

The march, held under the slogan “Muslims against Terrorism and Racism”, was launched by the local Muslim Center for Culture and Education. The peace protesters marched under banners “Stop islamophobia. Fascists are the real threat,” and “Solidarity is our weapon,” among others. 

As the organisers behind the event underlined, the local Muslim community strongly opposes using Islam as an excuse to perpetuate violence by “criminals who wage war, causing chaos and suffering,” referring to the recent Islamic fundamentalist attacks that killed over 120 people in Paris. 

“We condemn all forms of terrorism and stand in solidarity with the French nation and all those who fell victim to terrorist attacks around the world,” local imam Youssef Chadid told the peace protesters.

“Some people think that we are responsible for the extreme violence, [but] we are here to say that we are the followers of Islam, a religion which values peace, and respect for all people regardless of their denomination or skin colour,” he said. “Islam is a religion of peace.” Recent weeks have seen a rise in racially-motivated crimes in Poznań. 

Early November, a Syrian national was hospitalized after he was brutally attacked in the city center. Sunday’s march was held just two days after members of the Muslim community and ethnic Poles walked side by side in a peace protest in the southwestern city of Wrocław on Friday

No comments:

Post a Comment