Nov 9, 2015

[AMARGlobal] AMAR WEEKLY WRAP UP (3.11.2015~9.11.2015)

DALAM NEGARA :

TLDM Tawar China Singgah di Pelabuhan KK:

TLDM tawar China singgah di Pelabuhan KK

KUALA LUMPUR:Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menawarkan kepada China untuk menjadikan Pelabuhan Kota Kinabalu, Sabah sebagai lokasi persinggahan bagi mengukuhkan hubungan pertahanan antara kedua-dua negara. Penambahbaikan hubungan pertahanan antara TLDM dan Tentera Laut China merupakan langkah bagi mengatasi permasalahan dan isu berkaitan pertikaian persempadanan di lapangan
Menerima lawatan rasmi pertama kali, Komander People's Liberation Army Navy (PLAN) Laksamana Wu Shengli bersama 11 orang pegawai kanannya yang melawat negara ini selama tiga hari.
Delegasi Tentera Laut China itu antara lain akan mengunjungi Pusat Hidrografi Nasional, Pulau Indah Klang termasuk lawatan ke Kapal Diraja (KD) Selangor. Abdul Aziz berkata, tindakan itu sehaluan dengan hasrat kerajaan untuk mengadaptasikan jalan penyelesaian yang terbaik demi menjaga keselamatan serta keamanan perairan Laut China Selatan.
Menasihatkan semua pihak supaya menangani sebarang tuntutan di kawasan perairan dengan cara yang baik untuk memperoleh penyelesaian yang terbaik dengan memahami kehendak konflik dengan negara terlibat.
Mengulas mengenai cadangan penggunaan khidmat komunikasi hotline, beliau berkata TLDM bersedia untuk melaksanakan perkara itu tetapi melihat penggunaan telefon sebagai alat komunikasi dengan negara luar kurang sesuai kerana faktor penguatkuasaan Bahasa Inggeris.
Selepas kunjungan hormat delegasi tentera laut China itu, diadakan pula perbarisan Kawalan Kehormatan Utama sempena persaraan Abdul Aziz pada 18 November ini, di Dataran Wisma Pertahanan.
Sejumlah 106 pegawai lain-lain pangkat dan anggota terlibat dalam perbarisan itu.
Abdul Aziz mula menjawat jawatan Panglima Tentera Laut pada 1 April 2008. - Bernama

Jabatan Laut Komited Atasi Tumpahan Minyak:

Jabatan Laut komited atasi tumpahan minyak

JOHOR BAHRU: Jabatan Laut Malaysia komited untuk memperkasakan aktiviti mengawal dan mengatasi tumpahan minyak di perairan Johor menerusi perolehan dan penggantian peralatan bernilai RM7.78 juta.
Ketua Pengarahnya Datuk Baharin Abdul Hamid berkata peruntukan peralatan itu diluluskan kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) selaras dengan pembangunan pesat ekonomi dan kegiatan maritim di negeri ini.

"Permohonan bagi perolehan dan penggantian peralatan itu juga merupakan pelan jangka pendek serta sederhana Jabatan Laut Malaysia. Kita melihat kepentingannya memandangkan banyak kapal tangki singgah di perairan Johor selain terdapat kegiatan pemindahan minyak dari kapal ke kapal," kata beliau
.    
Baharin berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan perolehan peralatan bagi mengatasi tumpahan minyak kepada Jabatan Laut Wilayah Selatan, Gelang Patah, hari ini. - Bernama

Mangsa Culik di Sabah diBebaskan:

Sabah diceroboh

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman hari ini mengesahkan pembebasan Thien Nyuk Fun, satu daripada dua mangsa yang diculik di restoran makanan laut di Sandakan pada Mei lepas.
Beliau berkata pembebasan pengurus wanita Restoran Ocean Seafood berusia 50 tahun yang diculik di premis itu, adalah hasil rundingan beberapa bulan serta usaha bersepadu pihak berkuasa daripada pelbagai peringkat.

"Saya berterima kasih kepada mereka (pihak berkuasa) yang bekerja keras untuk membawa pulang Thien.
"Pada masa sama, saya menyeru pihak berkuasa untuk sentiasa berjaga-jaga dan memastikan sempadan negara tidak diceroboh," katanya dalam satu kenyataan.

Thien diculik bersama seorang pelanggan, Bernard Then Ted Fen, 39, dari Sarawak pada 14 Mei lepas oleh empat lelaki bersenjata yang menyerbu restoran itu kira-kira jam 7.45 malam. Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Jalaluddin Abdul Rahman berkata Thien dibebaskan kira-kira jam 10 malam tadi dan telah selamat tiba di Sandakan. Katanya, Thien mengharungi perjalanan menaiki bot selama enam jam dari Jolo, Sulu di Filipina sebelum dapat menemui keluarganya di Sandakan.
Jalaluddin berkata, usaha juga masih dilakukan untuk membebaskan Then yang sedang makan di restoran yang diuruskan Thien ketika kejadian itu berlaku. - Bernama


Tentera Darat Gerakkan Aset Ke Kawasan Banjir:

Banjir

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Darat mula mengerakkan asetnya ke beberapa kawasan berisiko sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka melanda negara pada hujung tahun.
Tanpa mendedahkan jumlah aset serta anggota terlibat, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, aset seperti bot telah digerakkan ke kawasan berisiko seperti Kemaman dan Dungun di Terengganu

"Kalau lihat kejadian banjir tahun lepas, ia berlaku di Terengganu dan Kelantan tetapi kita tidak ambil mudah kemungkinan banjir di Johor," katanya 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persediaan menghadapi bencana banjir oleh Tentera Darat pada tahun ini. - Bernama

PDRM: Kertas Siasatan keatas Tun M

Dr Mahathir
Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: [DIKEMASKINI] Timbalan Ketua Polis Datuk Seri Noor Rashid menjelaskan kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah hampir siap. Noor Rashid memberitahu rakaman keterangan Dr Mahathir pada semalam, tiada kaitan dengan siasatan skandal kontroversi 1Malaysia Development Berhad, (1MDB). Sebaliknya, melibatkan beberapa insiden termasuk perhimpunan Bersih 4 yang dihadiri Dr Mahathir.

"Kita ada buka kertas siasatan adalah sebagai usaha untuk melengkapkan dan mengkaji siasatan sebelum kita merujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya. Kertas siasatan ini akan disiap secepat mungkin. Mungkin dalam seminggu atau dalam dua minggu. "Itu (1MDB) tiada kaitan dengan dia (Dr Mahathir). 1MDB siasatan lain dan tiada kaitan dengan proses pengambilan percakapan daripada Dr Mahathir. Ia tiada  kaitan dengan 1MDB," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN:]  'Polis tanya, saya tak jawab'
Beliau berkata demikian ketika mengulas lanjut berkenaan tiga pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang bertemu dengan bekas perdana menteri itu di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur. Katanya lagi, pertemuan itu sudah dirancang dalam tempoh seminggu sebelum.

“Beliau (Dr Mahathir) memberikan kerjasama yang baik kepada polis,” katanya. Noor Rashid berkata, besar kemungkinan untuk pihaknya memanggil semula Dr Mahathir adalah tidak. “Kerana, kita rasa kita telah buat persediaan rapi tentang soalan-soalan yang kita tanya. Tetapi, jika ada sekali pun, pihaknya akan berhubung dengan bekas perdana menteri itu,” katanya.

Kenyataan Akhbar berkaitan Rokok Elektronik dan Vape Oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) 

  
  


TPP: Dialog Kementerian, Kesatuan Kerja:

TPP terbaru

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan dialog dengan kesatuan sekerja dalam masa terdekat mengenai isu pekerja dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), kata Menterinya, Datuk Seri Richard Riot Jaem. Beliau berkata, kementerian mengambil maklum pandangan kesatuan sekerja berhubung perlindungan, kebajikan dan hak-hak pekerja dalam dokumen TPP seperti yang dilaporkan Bernama semalam.

"Kementerian menyambut baik cadangan kesatuan sekerja supaya diadakan dialog bagi membincangkan perkara tersebut," katanya 

Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Mohamed Shafie BP Mammal berkata, ini kerana maklumat mengenai TPP masih samar kerana tidak dikeluarkan dengan lengkap.
Katanya TPP, mempunyai beberapa klausa yang akan memberi kesan kepada rakyat dan negara terutamanya kepada para pekerja, antaranya kemasukan pekerja asing. Beliau berkata, penetapan standard buruh yang minimum perlu dilaksanakan dan diambil perhatian serius, selain isu perdagangan. - Bernama

Farmasi Berlesen Sahaja Yang Boleh Menjual Cecair Vape:

vape

KUALA LUMPUR: Cecair perisa e-rokok yang mengandungi nikotin hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Dr Noor Hisham berkata, itu merupakan keputusan terbaru kementerian dalam usaha mengawal penggunaan dan penjualan e-rokok di negara ini.

"Cecair e-rokok yang mengandungi nikotin dikehendaki didaftarkan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Akta Jualan Dadah 1952. "Ia hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar dan perlu direkodkan," katanya 
Katanya lagi mengikut Akta Racun 1952, penjualan nikotin oleh lain-lain pihak adalah salah di sisi undang-undang.

Kementerian pada 30 Oktober lalu, berkata kabinet telah mengeluarkan keputusan untuk tidak mengharamkan e-rokok atau vape. Minggu lalu, kementerian telah memulakan operasi merampas cecair vape yang mengandungi nikotin. Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam berkata, satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengendalikan isu berkaitan e-rokok yang dipengerusikan oleh Dr Noor Hisham. - Bernama

JAKIM Bukan Sekadar Menjaga Kesucian Islam:

KUALA LUMPUR: Tanggungjawab Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bukan sekadar melindungi kesucian agama Islam, malah melibatkan isu global termasuk isu Syiah dan kumpulan militan IS. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, untuk itu kewujudan Jakim tidak sepatutnya dipersoalkan lagi kerana ia berperanan menyelaras hal ehwal agama Islam dan berfungsi sebagai benteng bagi menangani sebarang agenda mengugat kedudukan Islam di negara ini.     

"Jakim masih relevan pada hari ini dan tidak ada siapa yang boleh menafikan peranan besar yang dimainkan Jakim dalam menyelaras hal-hal agama sejak ia ditubuhkan sehingga meletakkan Islam ke tahap lebih tinggi dan sistematik pada hari ini. "Bahkan tugas Jakim pada masa kini lebih mencabar dalam menangani isu-isu global seperti Syiah, Islam liberal dan kumpulan militan IS yang sedang menular di negara-negara ini," katanya kepada Bernama.

Asyraf Wajdi berkata Jakim diwujudkan atas persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu yang mahu agama rasmi Persekutuan itu terus dimartabatkan seperti yang diperjuangkan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman yang bertanggungjawab memaktubkan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia 58 tahun yang lepas.        
Sejak Jakim ditubuhkan sebagai urusetia kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang juga mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, badan itu tidak pernah merentasi sempadan urusan peribadi seseorang, katanya.      Katanya umat Islam di negara ini wajar meletakkan kepercayaan kepada Jakim untuk menangani pelbagai isu agama yang juga merupakan autoriti di dalam hal seumpamanya di Malaysia. - Bernama


LUAR NEGARA :

Polis Thailand Serah Kereta yang diseludup Dari Malaysia:


polis thai
Timbalan Ketua Polis Malaysia, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim (seragam biru gelap) memeriksa kereta curi Malaysia yang diserahkan kembali oleh polis Thailand hari ini. - Foto Bernama


BANGKOK,THAILAND: Polis Thailand hari ini menyerahkan kepada polis Malaysia 30 kereta yang dicuri di Malaysia dan diseludup ke Thailand. Timbalan Ketua Polis Thailand Jen Winai Thongsong berkata ini kali ketiga penyerahan serupa dilakukan tahun ini dan menjadikan kesemuanya 75 kereta curi dihantar balik ke Malaysia. Kebanyakan kereta ini, yang selalunya dicuri kumpulan di Malaysia dan diseludup ke Thailand, digunakan di Thailand dengan nombor pendaftaran palsu, katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kereta berkenaan kepada Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata, rakyat Thailand yang terlibat dengan kegiatan penyeludupan kereta itu dihadapkan ke mahkamah. Noor Rashid mengucapkan tahniah kepada polis Thailand atas kejayaan mereka menjumpai kembali kereta berkenaan dan berkata polis kedua-dua negara sentiasa bekerjasama rapat bagi membanteras jenayah itu dan dalam menyelesaikan isu lain. Penemuan semula dan penyerahan kembali kereta curi itu mencerminkan hubungan baik yang wujud antara Malaysia dan Thailand, katanya.
Seorang pegawai memberitahu Bernama bahawa kereta berkenaan kini menjadi kepunyaan syarikat insurans kerana pemiliknya telah membuat tuntutan selepas kereta mereka dicuri, termasuk lebih setahun hingga beberapa tahun lepas. Sesetengah kereta curi yang diseludup ke Thailand juga dihantar ke negara lain oleh sindiket terlibat, katanya. - Bernama

Remaja Terselamat Selepas Terperangkap 50 Jam:


Remaja selamat selepas terperangkap 50 jam
Pasukan penyelamat memindahkan mayat mangsa ke dalam ambulans selepas sebuah kilang empat tingkat runtuh di Pakistan, Rabu lalu. - Foto AFP

LAHORE, PAKISTAN:  Seorang remaja lelaki ditemui selamat selepas terperangkap lebih 50 jam di bawah sisa runtuhan kilang pembuat plastik Rajput yang runtuh di Lahore, Pakistan. Pegawai tempatan Muhammad Usman berkata, mangsa terperangkap sejak lebih dua hari lalu dan disangka telah meninggal dunia oleh keluarganya selepas penemuan seorang mayat yang disangka milik remaja terbabit.

"Muhammad Shahid, 18, berjaya ditarik keluar hidup-hidup oleh pasukan penyelamat," katanya.
Difahamkan, keluarganya yang tersilap mengenal pasti mayat remaja lain sebagai milik mangsa bertindak 'mengebumikannya' di kampung halaman mereka di Kabirwala, terletak kira-kira 265 kilometer dari Lahore.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 37 mayat telah ditemui selepas kilang setinggi empat tingkat itu runtuh secara tiba-tiba pada Rabu lalu. - AFP

Anti-Racism Rally in Warsaw:

Protesters attending the anti-racism rally on Sunday. Photo: PAP/Bartłomiej Zborowski

The

Thousands of people took to the streets of the Polish capital, Warsaw, to protest against a growing wave of xenophobia and right-wing politics. 
The organisers of the rally, which marched under the "Solidarity instead of nationalism - together across borders" slogan, said that as many as 2,000 people attended it on Sunday. The people carried signs which read "Warsaw free from racism", "Stop scaring refugees, solidarity is our weapon”.
“Seventy-seven years ago hundreds of thousands of Jews were deported to the death camp of Treblinka from this very spot," Amnesty International's Agata Kwiatoń told reporters at the historic Umschlagplatz in Warsaw.
"They were murdered because of their religion and origin. Others were threatened with exile,” she added.
Controversial decisions
Poland has agreed to take on 7,000 refugees as part of an EU programme to relocate hundreds of thousands of asylum seekers across the bloc, and the decision has become a key political and social issue in the country, with right-wing nationalists saying that “Poland should remain Polish”.
At least one person from the Arab world was subject to a racist attack in Poland over the past days. The student from Syria was hospitalised after he was severely beaten in the centre of Poznań, west central Poland. The news was applauded by nationalist groupings over social media.
Such groupings will be a central part of the upcoming National Independence Day March in Warsaw. (rg/di)
Source: PAP
- See more at: http://thenews.pl/1/9/Artykul/228100,Antiracism-rally-in-Warsaw#sthash.WUxs7HQJ.dpuf

Gempa Sumatera Utara 6 Skala Ritcher:

JAKARTA - INDONESIA. Ribuan penduduk di Mandailing Natal, Sumatera Utara bergegas keluar rumah dan kompleks membeli-belah ketika berlaku gegaran kuat akibat gempa bumi. Menurut kenyataan media Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), gempa berukuran 6 pada Skala Richter itu berlaku pada 4.34 petang  dan ia dikesan di laut pada jarak 85 kilometer barat daya Mandailing Natal.

"Gempa terasa kuat di Mandailing Natal selama 5 saat, masyarakat panik dan berhamburan keluar rumah.
"Belum ada laporan kerosakan harta benda," kata Kepala Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho dalam kenyataan menerusi media tempatan.

Katanya, gempa itu turut dirasai kuat di daerah Nias Selatan dan wilayah Sumatera Barat.
Bagaimanapun, gempa itu tidak berpotensi berlaku tsunami. - Bernama


Serangan Bom Punca Nahas:

​Kotak hitam pesawat Rusia ditemui

PARIS, PERANCIS: Analisis ke atas kotak hitam pesawat Rusia yang terhempas di Mesir dan mengorbankan kesemua 224 penumpang dikatakan berpunca daripada serangan bom, menurut sumber rapat dengan siasatan, kelmarin. Data penerbangan dan perakam suara menunjukkan segalanya berada dalam keadaan normal selepas ia berlepas dari pusat peranginan Sharm el-Sheikh pada Sabtu lalu.

"Bagaimanapun, kira-kira 24 minit kemudian, satu letupan kedengaran secara tiba-tiba. Data tersebut jelas mengesahkan teori bahawa pesawat itu telah dibom," kata sumber itu.

Sementara itu, Kementerian Kecemasan Rusia memaklumkan pakar dari negara itu sudah mengambil sampel dari lokasi nahas untuk melakukan ujian sama ada terdapat bahan letupan atau tidak.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Rusia, Vladimir Putin telah mengeluarkan arahan supaya menghentikan penerbangan dari dan ke Mesir sebagai langkah berjaga-jaga. - AFP

Jerman "Tutup Pintu"

Jerman 'tutup pintu'

BERLIN - Jerman, kelmarin mengumumkan rancangan untuk memberikan permit tinggal sementara kepada pelarian Syria yang tiba di negara tersebut. Menteri Dalam Negeri, Thomas de Maiziere berkata, langkah baharu tersebut selaras dengan keputusan kerajaan Kesatuan Eropah (EU) lain yang mahu mengehadkan kemasukan beramai-ramai migran di sempadan negara mereka.

"Kami mahu melakukan perkara sama dan bersetuju memberikan perlindungan kepada mereka, namun mana-mana pelarian tidak dibenarkan untuk bersatu semula dengan keluarga mereka," katanya.

Difahamkan, Berlin membuat keputusan mengejutkan itu selepas Canselor, Angela Merkel memperkenalkan dasar buka pintu kepada migran beberapa bulan lalu yang turut mencetuskan bantahan beberapa pihak. Dalam perkembangan berkaitan, pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mahu mempercepatkan proses untuk menerima pelarian Syria dengan membuka pusat saringan baharu di Iraq dan Lubnan.

Kelmarin, jurucakap Rumah Putih memaklumkan keputusan itu dibuat selepas Obama bersetuju untuk menerima seramai 10,000 pelarian tambahan dari Damsyik pada 2016. Ketika ini, sebanyak sembilan pusat saringan telah dikendalikan oleh Jabatan Negara AS di seluruh negara.
Ia berfungsi sebagai titik pertemuan kepada pelarian dan kakitangan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri yang akan memutuskan sama ada mereka sesuai untuk diletakkan di bawah program penempatan semula tersebut atau tidak. - Press TV


AS perlu bertanggungjawab kerana bantu Zionis:

AS perlu bertanggungjawab kerana bantu Zionis

JAKARTA, INDONESIA: Amerika Syarikat (AS) perlu bertanggungjawab kerana membantu dan bersubahat dengan rejim Zionis dalam melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin, menurut peguam antarabangsa dan pengulas politik.
Barry Grossman yang berpangkalan di Pulau Bali, Indonesia, berkata, di bawah perjanjian sedia ada ditandatangani pada 2007 hingga 2017, Israel telah menggunakan kira-kira AS$3 bilion (RM13 bilion) bantuan ketenteraan setiap tahun.
Katanya, pada tahun ini Israel memohon kenaikan bantuan ketenteraan sehingga 60 peratus iaitu purata sebanyak AS$5 bilion (RM22 bilion) setahun bagi sepanjang tempoh 2018 hingga 2028.
"Setiap dolar yang disediakan oleh pembayar cukai AS untuk membiayai tentera, adalah dolar dari bajet Israel sendiri yang akan digunakan untuk merasuah ahli politik Amerika.
"Bantuan ketenteraan AS untuk sekutu dan negara lain diagihkan pada suku tahun, tetapi Israel menerima semua peruntukannya secara penuh pada awal tahun ini," katanya dipetik Press TV.
Menurutnya lagi, rejim Zionis turut diberi kelebihan membeli senjata lebih cepat dan boleh membuat tawaran secara langsung dengan pengeluar senjata," katanya.


No comments:

Post a Comment