Mar 21, 2016

[AMARGlobal] WEEKLY WRAP UP (14/03/2016-21/03/2016)



DALAM NEGARA:

Fenomena El Nino: Semua sekolah di Kedah, Perlis diarah tutup Selasa dan Rabu


KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Kedah dan Perlis diarahkan tutup mulai Selasa (22 Mac 2016) dan Rabu ekoran cuaca panas melampau dan kering akibat fenomena El Nino.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid bagaimanapun berkata penutupan itu hanya melibatkan pelajar di kawasan tersebut.

Guru-guru sebaliknya dikehendaki hadir bertugas seperti biasa.

Beliau turut berkata, tiada keperluan untuk pihak sekolah menggantikan kedua-dua hari cuti itu.

Sementara itu Mahdzir Khalid berkata keputusan itu diambil setelah suhu di kawasan terbabit yang melebihi 37 darjah Celcius dan mendapat nasihat daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Kesihatan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sekolah di sesuatu kawasan akan ditutup jika suhu melebihi 37 darjah Celsius selama lebih 72 jam.


MH370: Dua serpihan tiba di Australia untuk dianalisis


SYDNEY: Dua serpihan yang ditemui di Mozambique telah tiba di Australia bagi proses analisis oleh pakar-pakar dalam menentukan sama ada ianya datang dari pesawat Malaysia Airlines MH370.

Menurut jurucakap Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, dua serpihan tersebut dibungkus dari Afrika dan diterbangkan dalam keadaan begitu ke Australia.

Serpihan pertama ditemukan di Mozambique tertulis perkataan ‘No Step’ manakala serpihan kedua juga ditemukan di negara itu, telah dibawa ke Afrika Selatan oleh keluarga yang menemukan kedua-dua serpihan itu.


Lori hilang kawalan rempuh 14 kereta di Jalan Duta


KUALA LUMPUR: Sebuah lori 10 tan yang membawa muatan pasir hilang kawalan lalu merempuh 14 kereta di hadapannya di Jalan Duta.

Menurut Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP S. Markandan, kemalangan pada pukul 4.50 petang itu tidak meragut nyawa namun menyebabkan kecederaan ringan kepada semua mangsa yang terlibat.

Markandan berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku di laluan lima lorong satu hala dan kenderaan yang dilanggar adalah di lorong keempat dan kelima ketika jalan sedang sesak.

Katanya ketika kejadian jalan raya dalam keadaan basah selepas hujan dan lori berkenaan melanggar kenderaan di hadapannya yang bergerak ke arah yang sama.


Anugerah fotografi Wellcome Image Awards 2016 iktiraf pelajar Malaysia di London


KUALA LUMPUR: Ternyata minat Izzat Fahimuddin Mohammed Suffian dalam bidang fotografi membuahkan hasil apabila penyertaannya tersenarai antara 20 pemenang Anugerah Wellcome Image Awards 2016 di London baru-baru ini.

Pertandingan fotografi peringkat antarabangsa ini dianjurkan setiap tahun untuk mengiktiraf para penyelidik dalam bidang sains bioperubatan dari seluruh dunia yang berjaya menghasilkan imej teknikal yang sangat informatif, menarik dan menakjubkan.


Pelajar doktor falsafah (PhD) perubatan dari King’s College London itu mengharumkan nama negara apabila imej dua bakteria berbentuk rod berada di atas lembaran graphene yang amat nipis melalui teknik pengimejan Transmission Electron Microscopy (TEM) berjaya menambat hati para juri, sekaligus menjadi antara 20 pemenang di anugerah tersebut tahun ini.


LUAR NEGARA:

Pesawat Flydubai terhempas di Rusia, kesemua penumpang dan kru terkorban


KUALA LUMPUR: Pesawat flydubai FZ981 terhempas ketika mendarat di bandar Rostov-on-Dov yang terletak di tenggara Rusia, mengorbankan kesemua penumpang dan kru penerbangan jam 3.50 pagi (waktu tempatan), lapor Pusat Kecemasan Rantau Selatan negara itu pada Sabtu.

Kawalan trafik udara dan servis kecemasan Rusia mengesahkan pesawat Boeing 737-800 dari Dubai itu terhempas ketika membuat cubaan mendarat kedua akibat jarak penglihatan yang buruk.

Kementerian Kecemasan Rantau negara itu turut mengesahkan kesemua 55 orang penumpang dan enam kru pesawat malang itu terkorban.


Guru Palestin menang anugerah, terima hadiah AS$1j


DUBAI: Guru dari Palestin, Hanan Al Hroub dinobatkan pemenang Anugerah Pendidikan Global 2016 anjuran Yayasan Varkey sempena Forum Pendidikan dan Kemahiran Global 2016 di Atlantis The Palm. Anugerah berprestij itu disampaikan Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum. 

Kejayaan itu membolehkan guru yang menempuh cabaran menghadapi murid trauma kerana ditembak di negara bergolak berkenaan membawa pulang hadiah AS$1 juta (RM4.1 juta). 

Dua guru Malaysia iaitu Noorjahan Sultan, 45, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Indera Mahkota Utama, Kuantan, Pahang dan Vanesri Kasi, 26, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Khalidi, Muar, Johor turut berada dalam kelompok 50 nama disenarai pendek sebagai penerima anugerah itu. 

Seramai 8,000 pencalonan dari 148 negara dari seluruh dunia dihantar menyertai anugerah berprestij itu.


Helikopter tentera Indonesia terhempas disambar petir, 13 anggota terkorban


JAKARTA: Sebuah helikopter milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI AD) yang membawa 13 anggota tentera terhempas dipercayai akibat disambar petir di Poso, Sulawesi Tengah.

Kesemua 13 anggota termasuk pilot disahkan terkorban.

Menurut siaran televisyen tempatan, kejadian berlaku ketika pesawat berkenaan sedang melakukan operasi khas.

Ketika kejadian cuaca dilaporkan buruk dan setelah kira-kira 30 minit di angkasa, pesawat malang itu dikatakan disambar petir sebelum terhempas di kawasan perkebunan di Kasiguncu, Poso Pesisir Selatan, Poso. 


Korea Utara lancar peluru berpandu jarak dekat ke lautan


SEOUL: Korea Utara dilaporkan melepaskan empat tembakan peluru berpandu jarak dekat ke kawasan perairan di timur negara itu, hanya beberapa hari selepas ia membuat ujian peluru berpandu jarak sederhana yang dilihat mencabul sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Seorang pegawai dari tentera Korea Selatan berkata tembakan dilakukan berhampiran bandar Hamhung sekitar 3.20 petang waktu tempatan dengan sasaran jatuh di Laut Jepun.

Dia bagaimanapun tidak memaklumkan peluru berpandu jenis apakah yang digunakan.


13 anggota polis Mesir maut dalam serangan militan IS di Semenanjung Sinai


KAHERAH: 13 anggota polis Mesir terbunuh dalam satu serangan militan Daish (IS) di pusat pemeriksaan selatan wilayah El-Arish, utara Semenanjung Sinai.

Kementerian Dalam Negeri Mesir dalam satu kenyataan berkata, cabang Daish yang berpangkalan di Sinai mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan terbabit.

Pegawai keselamatan Mesir turut melaporkan lima anggota militan Daish terbunuh dalam pertempuran di pusat pemeriksaan itu.


19 jemaah maut, 22 cedera nahas bas


RIYADH: Sekurang-kurangnya 19 jemaah Arab Saudi maut, manakala 22 lagi cedera dalam nahas jalan raya menghubungkan Makkah dan Madinah, menurut laman web berita tempatan, Sabq. 

Siasatan awal mendedahkan, pemandu bas dipercayai tertidur menyebabkan bas hilang kawalan. Kesemua 19 mangsa maut di tempat kejadian. 

Portal berita itu berkata, jemaah yang terbabit adalah warga Arab namun tidak mendedahkan negara mana manakala pemandu bas adalah dari Asia. Kematian jemaah dalam nahas jalan raya kerap berlaku di Arab Saudi dengan punca kejadian disebabkan memandu laju serta cuai.

BERITA POLAND:

DEMONSTRATION AGAINST RASISM AND ISLAMOPHOBIA


On 19th March 2016 a demonstration held in Warsaw on the occasion of international day against racism.

Increased number of physical attacks on people with darker skin color has been observed.

The main victims of the attack are the refugees in Poland who are very few, and polish Muslims and Muslim women often meeting with insults and violence. After the attacks in Paris 13 November racists tried to blame for all on Islam, despite the fact that Muslims were among the victims of attacks.

You don't fight racism with racism, the best way to fight racism is with solidarity.
-Bobby Seale


No comments:

Post a Comment