Mar 7, 2016

[AMARGLOBAL] AMAR WEEKLY WRAP UP ( 1/3/2016 - 7/3/2016 )

DALAM NEGARA

23 KES PENIPUAN DARI UMRAH MELALUI INTERNET DARI FEB HINGGA KINI













KUALA LUMPUR: Sebanyak 23 kes penipuan pembelian pakej umrah melalui internet direkodkan sejak Februari lepas sehingga kini, kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.Beliau berkata mangsa penipuan bukan sahaja melibatkan golongan profesional, tetapi juga penduduk di luar bandar yang terpedaya ditawarkan harga pakej umrah yang rendah.

"Mereka yang tidak bertanggungjawab ini mengeksploitasi bakal jemaah umrah melalui iklan yang menawarkan harga lebih rendah daripada harga lantai iaitu RM4,900," katanya.Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas program bersama penggiat industri pelancongan (pengendali umrah) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini pada Isnin.

Beliau berkata lapan daripada kes itu dilaporkan kepada polis melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM101,480.Manakala selebihnya dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan nilainya belum dapat dipastikan.

Mas Ermieyati menasihatkan orang ramai supaya memeriksa latar belakang syarikat pengendali umrah dengan melayari laman web www.motac.gov.my atau www.jawhar.gov.my/umrah untuk menyemak status syarikat serta senarai syarikat yang telah disenarai hitam.
Katanya terdapat kira-kira 500 syarikat pengendali umrah yang berdaftar.Dalam pada itu beliau berkata seramai 290,000 rakyat Malaysia dijangka menunaikan umrah pada tahun ini. 


KUIH DI GERAI SIPUTEH,BATU GAJAH TERDEDAH KEPADA RACUN













IPOH: Kuih yang dijual di sebuah gerai di Siputeh, Batu Gajah sehingga menyebabkan ramai mengalami keracunan makanan dikenal pasti terdedah kepada racun.

Mengesahkan demikian, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata sampel kuih itu telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengenalpasti jenis racun dan punca ia merebak pada makanan tersebut.

Katanya, selain kuih, sampel rumput, tong semburan dan racun yang terletak berhampiran gerai itu juga telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis."Kita juga mengambil barangan lain untuk dijadikan sampel antaranya pisau, darah, senduk, papan pemotong serta beberapa jenis makanan termasuk nasi lemak, kuih, sambal dan air," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Selain itu, Mah berkata setakat pukul 12 tengah hari tadi seramai 84 orang telah menjalani pemeriksaan dan rawatan di beberapa hospital.Katanya daripada jumlah itu, enam dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini dengan tiga daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi sejak Jumaat, 11 Mac.

Sementara itu, lima lagi ditahan di Hospital Batu Gajah, manakala seorang masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Ipoh, katanya.


DENGUE ON RISE AGAIN,AT LEAST 100 CASES REPORETED WEEKLY











BALIK PULAU: Dengue fever is on the rise again, with at least 100 cases recorded every week.Deputy Health Minister Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya said the ministry was still actively carrying out anti-Aedes activities to reduce the number of dengue cases.

He said that until last Friday, over 2,000 dengue cases were reported nationwide.
"This figure is worrying us, with Selangor still top of the chart in the number of dengue fever cases recorded."This is probably due to its high population density compared to the other states, making its efforts to eradicate Aedes mosquitoes less effective."

Dr Hilmi said this to reporters after the handing-out of 1Malaysia People's Aid (BR1M) to 789 recipients from the Bayan Lepas state constituency at Sekolah Menengah Teluk Kumbar 2, here, today.

"In densely populated areas, it is difficult to control dumping of rubbish, littering and the drainage system," he said.

Therefore, he urged the public to keep their surroundings clean and organise gotong-royong each week to get rid of Aedes breeding grounds, and not just wait for the local authority workers to do the job.

Dr Hilmi said 2,885 dengue cases were recorded last week, an increase of 100 cases from the 2,785 recorded the previous week.
47 RAKYAT MALAYSIA TERLIBAT DALAM  MILITAN DAISH










KUALA LUMPUR : Seramai 47 rakyat Malaysia dikesan berada di Syria dan Iraq terlibat dengan kumpulan militan Daish setakat ini, kata Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata daripada jumlah berkenaan, 30 daripadanya adalah lelaki, sembilan wanita dan lapan kanak-kanak.

"Kesemua mereka merupakan antara 72 individu yang terlibat dengan Daish sebelum ini," katanya kepada Bernama.

Menurut Mohamad Fuzi daripada 72 individu itu, seramai 18 orang dilaporkan terkorban ketika menyertai Daish di Syria manakala tujuh lagi maut kerana terlibat sebagai pengebom bunuh diri pada tahun lepas.
Katanya beberapa individu terlibat dengan kegiatan tersebut telah ditahan dan dituduh di mahkamah.

Sehubungan itu, beliau berkata PDRM mengambil pelbagai langkah mengekang penyebaran fahaman itu di negara ini dengan mengadakan kolaborasi bersama Jabatan Imigresen, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Interpol bagi mengawal pintu masuk negara.

"Sekiranya mereka (pengganas Daish) balik ke negara asal melalui KLIA, mereka akan ditahan serta-merta dan jika mereka balik melalui jalan lain, PDRM mempunyai mekanisme tersendiri untuk mengesan mereka," katanya.

Beliau berkata PDRM yang mempunyai profil dan butiran keluarga suspek sentiasa memantau mereka secara dekat.
Sementara itu, pensyarah Pengajian Islam dan Sains Politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Ahmad El Muhammady berkata masih ramai lagi rakyat negara ini terutama golongan yang tinggal di luar bandar kurang diberi pendedahan mengenai ancaman Daish.

"Kerajaan harus memainkan peranan mendekati mereka ini dengan turun padang dan menjayakan program taklimat atau memberi motivasi bagi mendedahkan mereka terhadap ancaman Daish," katanya.

KANAK-KANAK 5 TAHUN,KORBAN DENGGI PERTAMA TAHUN INI

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dari Jalan Bayam, di sini menjadi korban pertama denggi di Kelantan dalam tempoh lapan minggu pertama tahun ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, kanan-kanak berkenaan dilaporkan meninggal dunia, minggu lepas.

Tahun lalu, dua kematian dicatatkan dalam tempah yang sama.
"Walaupun berlaku kematian dan peningkatan 518 kes berbanding 434 kes dalam tempoh lapan minggu pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas, wabak denggi di Kelantan masih dalam keadaan terkawal.

"Purata kes baharu denggi direkodkan setiap minggu di Kelantan ketika ini menunjukkan trend penurunan dan perkembangan positif," katanya kepada pemberita selepas mengetuai Operasi Penguatkuasaan Denggi di kawasan perumahan Wakaf Mek Zainab di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Dr Ahmad Razin berkata Kota Baharu mencatatkan jumlah tertinggi kes berkaitan denggi iaitu 348 kes, diikuti Tumpat (50), Bachok (41), Tanah Merah (28), Machang (20), Pasir Mas (17), Kuala Krai (8), Pasir Puteh (3), Jeli (2) dan Gua Musang (1).

Dalam pada itu, beliau mengingatkan masyarakat agar sentiasa mengutamakan aspek kebersihan bagi memastikan kawasan kediaman mereka bebas daripada ancaman denggi.

Katanya, langkah penguatkuasaan dan pencegahan juga akan sentiasa dipertingkat dari semasa ke semasa termasuk menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), pihak berkuasa tempatan dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). 

LUAR NEGARA

FILIPINA CATAT KES ZIKA PERTAMA SEJAK 2012












MANILA: Seorang wanita Amerika Syarikat disahkan dijangkiti virus Zika ketika mengunjungi Filipina, menurut jabatan kesihatan pada Ahad, sekali gus mencatatkan kes Zika pertama di negara itu sejak 2012.

Setiausaha Jabatan Kesihatan Filipina, Janette Garin berkata, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) telah memaklumkan bahawa seorang penduduk di Amerika Syarikat yang tinggal di Filipina untuk beberapa minggu pada Januari lalu, menunjukkan beberapa simptom pada minggu lepas sebelum pulang ke Amerika Syarikat.

"Kami dimaklumkan sejurus wanita berkenaan pulang ke Amerika Syarikat, dia telah menunjukkan beberapa simptom dijangkiti virus Zika.

"Ketika ini kami sedang berhubung rapat dengan CDC untuk mendapatkan beberapa maklumat termasuk profil pesakit berkenaan, dan tempat yang dilawatinya di Filipina," kata Garin dalam satu kenyataan.

Jurucakap rasmi jabatan kesihatan itu juga berkata mereka masih tidak dapat mengenal pasti bagaimana wanita berkenaan dijangkiti virus Zika ketika berada di Filipina.

Sebelum ini, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun didapati dijangkiti virus berkenaan pada 2012 namun pulih selepas tiga minggu.

Demam Zika adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk yang membawa virus Zika.Ia disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi.

PENGAMAL MEDIA TURKI TUNJUK PERASAAN ,KETUA PENGARANG AKHBAR PEMBANGKANG DITAHAN











ISTANBUL: Pihak berkuasa Turki terpaksa bertindak menyembur air dan gas pemedih mata ke arah ratusan penunjuk perasaan yang terdiri dari pengamal media di hadapan sebuah bangunan surat khabar pembangkang di Istanbul.

Pihak berkuasa kemudiannya telah bertindak merempuh pagar bangunan itu sebelum mengusir kesemua pekerja akhbar tersebut.

Surat khabar 'Zaman' yang terdapat dalam dwibahasa itu telah dikaitkan dengan pemimpin tertinggi pembangkang.

Dalam kejadian pada Jumaat, pihak berkuasa telah menahan dan mengiringi Ketua Pengarang akhbar terbabit, Abdul Hamit Bilici ke mahkamah.

Abdul Hamit yang turut serta dalam tunjuk perasaan tersebut dikatakan telah membantah keputusan mahkamah yang meletakkan operasi akhbar itu di bawah pengurusan pemegang amanah.

Abdul Hamit sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada lagi demokrasi di Turki dan tiada kebebasan media.

PULUHAN CEDERA DALAM INSIDEN ENJIN BOT MELETUP DI BANGKOK











BANGKOK: Sekurang-kurangnya 50 orang cedera pada Sabtu selepas sebuah enjin bot yang sedang membawa penumpang di salah sebuah laluan air meletup di timur bandaraya Bangkok, Thailand.

Ketika kejadian, bot terbabit sedang sarat dengan penumpang yang bergegas di waktu puncak untuk menuju ke destinasi di pinggir bandaraya itu.

“Sehingga sekarang, 50 orang dilaporkan cedera manakala lima lagi telah dihantar ke hospital, dua darinya cedera parah,” maklum seorang pegawai dari Kementerian Dalam Negeri kepada agensi berita AFP.

Pusat Rawatan Kecemasan Erawan di Bangkok turut mengesahkan angka kecederaan namun tidak mendedahkan bentuk kecederaan dialami.

Imej yang ditunjukkan oleh pihak polis memaparkan bot terbabit rosak teruk namun masih tidah musnah sepenuhnya dari kesan letupan.

Menurut jurucakap polis Komander Sarayuth Junnawat, letupan dipercayai berpunca dari kebocoran minyak.Bot malang itu sedang menuju ke terusan Saen Saeb, yang merentasi pusat bandaraya itu dan menghubungkan Sungai Chao Phraya.

7.9 MAGNITUDE EARTHQUAKE STRIKES MENTAWAI ISLANDS,INDONESIA














KUALA LUMPUR: An earthquake with a 7.9-magnitude struck the Mentawai Islands, off the western coast of Sumatra in Indonesia at 8.49pm Malaysian time.

According to the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia), tremors were felt in Shah Alam, Subang and Klang in Selangor.

Tremors were also felt in Singapore, several foreign media reported.
The epicentre was located 808km southwest of Padang, according to the US Geological Survey (USGS).

The Indonesian National Meteorological Agency has issued a for West Sumatra, North Sumatra and Aceh following the 10km-deep earthquake.

POLISH NATIONALISTS WANT WALL TO KEEP PUT REFUGEES

MP Sylwester Chruszcz of the Kukiz '15 grouping believes refugees will flow through the Ukraine and Poland as a result of the closing of the Hungarian-Serbian border. 

“Poland should be prepared to build a wall against a wave of refugees,” he said. Chruszcz is one of five members of Poland's National Movement (Ruch Narodowy) to enter parliament as a result of an alliance with Kukiz'15. 

He also claimed that “ethnic massacres will take place in the West and we will have to take in other refugees - British, French and Germans.” The main flow of migrants to date has seen Poland almost entirely bypassed.

 Chruszcz nevertheless argued that 8 Iranian citizens were detained last month on the Polish Ukrainian border, and that 13 others, including seven children, were intercepted near Lubaczów, south eastern Poland 

POLAND COULD FACE HUGE COSTS IF EU INTERNAL BORDERS REINTRODUCED

Poland and other EU member states could see road transport and trade costs increase by EUR 500 million if EU internal borders were to be reintroduced, the European Commission said .

“Member States such as Poland, the Netherlands or Germany would face more than €500 million of additional costs for the road transport of traded goods,” the European Commission said in a recent report about the future of the Schengen zone. 

“The Commission has estimated that a full re-establishment of border controls within the Schengen area would generate immediate direct costs of between EUR 5 and EUR 18 billion annually (or 0.05 percent - 0.13 percent of GDP),” the European Commission said. 


SWEDEN RELEASES 8 POLES SUSPECTED OF PLANNING ATTACK ON REFUGEE CAMP

Police detained a group of Poles on 8 February in Nynashamn, about 60 km south of the Swedish capital, Stockholm. In their cars, officers found knives, crowbars and axes.

Some of the Poles live and work in Sweden but others had travelled there from Poland ahead of the alleged planned attack, according to IAR. None of the men have admitted guilt.

Swedish and Polish media have reported that the planned attack was to be an act of revenge after an immigrant from a refugee center molested a young Polish woman on a local train. 

WARSAW UNIVERSITY CELEBRATES CHOPIN'S NAME DAY

The programme included a recitation of the great composer’s letters relating to the university and a recital of his works given by young pianist Adam Mikołaj Goździewski. The director of the Warsaw University Museum, Professor Jerzy Miziołek, told Polish Radio that the idea for the event stems from the fact that in Chopin’s family circle, name-days were celebrated as important occasions. 

The earliest texts written by the composer, at the age of six, are name-day cards addressed to his mother and father. The Chopin-themed event, this year held for the second time, highlighted the composer’s links with Warsaw University. He was a boy of seven when his family took up residence in the Kazimierzowski (Casimir) Palace, which is now the seat of the University Chancellor’s office, while in his late teens he attended the Main School of Music, which was part of Warsaw University’s Department of Fine Arts. 

Chopin’s first letter, written at the age of 13, contains references to the university. This year marks the bicentenary of Warsaw University.

No comments:

Post a Comment