Mar 12, 2016

Islam Dan Wanita

                                

Hari Wanita Sedunia, satu penghargaan yang sangat istimewa kepada kaum wanita. Mengapa perlu diberi penghargaan istimewa seperti ini? Jika dilihat kedudukan wanita sewaktu zaman jahiliyah,wanita dilihat dan dianggap dengan pandangan yang sangat tidak baik dan dilihat begitu hina sekali. Allah juga berfirman dalam alQuran tentang reaksi Arab Jahiliyah apabila mereka mendapat seorang anak perempuan. 

" Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan kelahiran anak perempuan, hitamlah(merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah."(Surah An Nahl: 59)

         Wanita pada zaman jahiliyah bukan sahaja hilang kemuliannya malah tidak memiliki hak sebagai seorang manusia!Wanita boleh dijual beli,dibiarkan,dibuang,dihadiahkan kepada sesiapa sahaja,dianggap kotor dan menjadi sumber segala maksiat dan kejahatan,tidak mendapat warisan dan pendidikan serta pembelaan.Satu realiti yang sangat sedih untuk didengari.Tetapi selepas kedatangan Islam,kedudukan dan martabat wanita berubah dan diangkat tinggi dan mulia disisi Allah Swt. Wanita telah kembeli ke kedudukan yang selayaknya.

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah I ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah I Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS. Al-Hujurât [49]: 13).

Malah dalam konteks penghormatan anak terhadap ibu bapa,seorang ibu/wanita itu mendapat kedudukan yang lebih tinggi daripada si ayah/lelaki.

“Siapakah orang yang paling berhak untuk aku gauli dengan baik?” beliau menjawab, “Ibumu.” Ia bertanya, “Lalu siapa?” beliau menjawab, “Ibumu.” Ia bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Nabi menjawab, “Ibumu.” Ia bertanya lagi, “Lalu siapa?” Nabi menjawab, “ayahmu.” (HR. Al-Bukhari-Muslim).

          Islam adalah satu-satunya agama yang meletakkan golongan wanita pada kedudukan dan martabat yang mulia.Islam adalah agama yang membawa rahmat,sama sekali tidak akan pernah meminggirkan wanita.Bukti Islam sangat memuliakan kaum wanita adalah dengan wujudnya satu surah yang dinama An-Nisa,yang bermaksud wanita-wanita. Alangkah mulianya para wanita,dan sayang dan cintanya Allah kepada hambanya sehingga ada satu surah khas untuk kaum hawa ini.

          Antara tokoh- tokoh wanita yang telah lahir itu adalah seorang pemimpin,seorang yang sangat berpendidikan tinggi dan munyumbang kepada kemajuan dunia,seorang yang berani bersuara,seorang yang berani memperjuangkan hak-hak wanita dan berani memperjuangkan kebenaran yang harus ditegakkan.  Tidak dilupakan juga tokoh-tokoh Wanita Islam yang harus kita ingati. Jika dilihat kisah dan sejarah tokoh-tokoh wanita islam ini,iaitu para sahabiah pada zaman-zaman Nabi dan sahabat Nabi,mereka menjadi tokoh bukan semata - mata sumbangan dan jasa mereka,tetapi kerana ketaqwaan mereka kepada Allah yang sangat tinggi. 

Sebagaimana Allah telah memuliakan kedudukan wanita,begitu juga dengan tokoh-tokoh wanita Islam ini yang hidup mereka digunakan untuk mengagungkan dan memuliakan Allah dan membantu perjuangan dakwah.

Antara tokoh wanita Islam yang disegani adalah:

1. Khadijah b. Khuwaylid (m. 620)
Isteri yang sangat dcintai oleh Rasulullah SAW,seorang bangsawan,usahawan dan peniaga yang sangat Berjaya,seorang dermawan yang hartanya diguna untuk dakwah,mempunyai budi pekerti yang mulia dan sentiasa membantu dan menyokong Rasulullah dalam dakwah.beliau memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam.

2. Aisyah b. Abu Bakr (m. 678)
Isteri Rasulullah SAW yang mempunyai pengaruh terbesar kepada umat Islam selepas baginda wafat. seorang perawi hadith dalam tradisi Ahl Sunnah Wal Jamaah. Memainkan peranan penting dalam politik,kesarjanaan dan masyarakat.

3. Nusayba b. Ka’b al-Anṣārīyya (m. 634)
Beliau diingati kerana perjuangannya di Perang uhud dan pengorbanannya menggunakan badanya untuk melindungi Rasulullah daripada serangan musuh semasa pertempuran.

4. Khawla b. al-Azwar (m. 639)
Sahabat Rasulullah SAW,beliau terlibat dalam Peperangan Yarmouk menentang Byzantine. Beliau memiliki tahap kemahiran dan kepahlawanan standing dengan Kahlud Al Walid

5. Rabi’ah al-‘Adawīyya (m. 801)
Seorang ahli sufi yang menekankan bahawa kasih kepada Tuhan itu adalah disebabkan kasih itu sendiri bukannya semata-mata takut akan azanNya dan mengharapkan balasan.

   Ini hanyalah antara nama-nama dan tokoh Islam yang sentiasa dingingati,tetapi ramai juga diluar sana yang sebenarnya memperjuangkan nasib mereka dan masyarakat wanita sekitar contohnya wanita-wanita di Mesir. Hak -hak mereka sebagai wanita banyak dicabuli oleh rejim Kudeta setelah negara itu diperintah oleh Rejim Kudeta Mesir.Walaupun berhadapan kesukaran,berbekalkan keimanan dan kedudukan wanita yang diberi oleh Allah,wanita-wanita di Mesir masih menampilkan ketabahan,kesetiaan dan kekebalan untuk perjuangkan hak yang dirampas. 
         
       Juga wanita Di Gaza, yang mempunyai gaya perjuangan yang sangat mengagumkan.Mereka sebagai isteri dan ibu mengobarkan semangat jihad dalam diri suami dan anak mereka kerana yakin dengan kekuatan semangat mampu mengalahkan bilangan mereka yang kecil itu.Mereka mengguna semua perhiasan mereka untuk pembelian senjata para mujahid.Mereka juga melibatkan diri dalam sosial dan pemerintahan dan yang paling menonjol,mereka ibu-ibu telah mendidik anak mereka untuk cinta pada jihad dan syahid di Jalan Allah.Mulianya para wanita ini. 

        Tanpa kita sedari, wanita- wanita yang kita lihat hanya wanita biasa,adalah seorang yang luar biasa pengorbanannya kepada masayarakat dan keluarga lebih-lebih lagi yang bergelar isteri dan ibu.Wanita dan lelaki itu masing-masing mempunyai kelebihan yang telah Allah tetapkan.Maka gunakanlah kelebihan itu untuk saling menlengkapi dan mencapai redha Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w :

Dunia adalah perhiasan. Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.
(Hadith Riwayat Muslim)

Wahai wanita,
peranan mu jauh lebih luas dan indah,
Jadilah tokoh kepada dirimu,
jaga kehormatan dirimu,
Jagalah peribadimu,
Jaga hak-hak kamu,
dan hak kamu kepada tuhan,
Pertahankan Imanmu,
Lindungi keluargamu,
kukuhkan hubungan mu dengan Tuhan,
Bina institusi keluarga yang kukuh,
maka akan wujudlah,
masyarakat yang bertamadun.


No comments:

Post a Comment