Mar 8, 2009

Asy-Syakur

Asy-Syakur… Maha Mensyukuri.

“…Dan barangsiapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka Allaha syakirun (Maha Mensyukuri) ‘aliimun (Maha Mengetahui)”.

(Al-Baqarah, 2: 158)

Allah Maha Mensyukuri ditafsirkan dalam konteks Allah mensyukuri hamba2Nya, memberi pahala terhadap amalnya, memaafkan kesalahannya, menambahkan nikmatnya, dsb.

Kalau nak dilihat dari sudut bahasa, syukur itu boleh ditafsirkan sebagai berterima kasih atau menyatakan penghargaan terhadap sesuatu. Bila kte mengerjakan kebajikan dengan rela hati dan ikhlas, Allah berterima kasih dan bagi penghargaan kat kte.


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu…”

(Al-Ibrahim, 14:7)

Nak bagi senang cerita, kte bagi contoh la kan, korang ada satu barang favourite ni, e.g. jam tangan limited edition ke, handphone yang korang baru beli ke, cincin pusaka favourite grandma bagi ke atau ape2 je la kan. Korang sayang la kat barang kepunyaan korang tu. One day, secara korang tak perasan, barang korang tu hilang atau misplaced ke. Korang dah try cari tapi tak jumpa. Mesti la rasa sedih. Ditakdirkan pulak ada seorang kawan korang ni terjumpa la dengan barang korang tu. Pastu, dia yang baik hati ni pun pulangkan la barang korang tu kat korang. Mestilah korang rasa happy sebab dah jumpa balik barang favourite korang tu. Biasa la, orang kalau hati gembira ni, dia murah hati sikit. So, disebabkan korang rasa gembira tadi and rasa berterima kasih sangat kat kawan korang tu, korang pun reward la dia..belanja makan ais krim ke atau ape2 je la kan, as a token of gratitude.

Macam tu la jugak dengan Allah. Lagi la pulak, Allah itu MAHA MENSYUKURI. Kte setakat belanja ais krim je cukup la nak terima kasih, tapi Allah melipatgandakan nikmat, bagi pahala dan memaafkan kesalahan kte yang memang tak terlepas daripada dosa ni. Reward dan rahmat Allah ni pulak sangatah luasnya.

"Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menciptakan 100 rahmat pada hari Dia ciptakan langit & bumi. Setiap rahmat menyamai ruang di antara langit & bumi, kemudian dari rahmat itu Allah memperuntukkan di bumi satu rahmat & dengan rahmat inilah si ibu menyayangi anaknya & binatang buas serta burung2 saling berkasih sayang di antara satu sama lain. Dan apabila tiba hari qiamat Allah akan sempurnakan rahmat itu dengan rahmat2 (yang tersimpan) ini”.

(HR Muslim)

Tapi kte ni, adakah kte cukup bersyukur dengan rahmat dan nikmat2 Allah yang tak terhitung banyaknya ni? Bersyukur tak kte atas setiap hela nafas kte? Bersyukur tak kte atas setiap butir nasi yang kte suap? Bersyukur tak kte atas rahmat islam dan iman yang dikurniakan oleh Allah kat kte? Kalau bukan Allah, siapa lagi yang akan mengurniakan rezeki kat kte? Kte ialah antara mereka yang dipilih oleh Allah untuk mendapat hidayahNya, adakah kte sudah bersyukur?

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah, katanya, apabila Rasulullah SAW bangun malam untuk melakukan solat, bengkak kedua-dua kakinya. Apabila ditanya oleh Aisyah: “Ya Rasulullah SAW, mengapa engkau masih bersusah payah begini, sedangkan diampun bagimu dosa yang telah lalu dan akan datang?” Jawab Baginda: “Wahai Aisyah, bukankah aku ini hanya seorang hamba yang patut bersyukur?"

Salah satu cara kte nak bersyukur adalah dengan mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya, memperbaik dan meningkatkan amalan dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah tu ke jalan kebaikan. Allah memuji hamba2Nya yang bersyukur dan Allah juga akan membalas perbuatan hamba2Nya yang mengingkari nikmatNya kerana Allah juga Al-Muntaqim (Maha Penyiksa).

“… tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pasti azabKu sangat berat”.

(Al-Ibrahim, 14:7)

"Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduknya) mengingkari nikmat-nikmat Allah SWT, karena itulah Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang mereka telah perbuat."

(An-Nahl, 16:112)

Wallahu’alam.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”.

(Al-‘Asr, 103: 1-3)

Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu an la ilahailla anta, astaghfiruka wa atubilaik.

3 comments:

  1. best2 :)

    " "aku tidak meminta kepadamu sesuatu imbalan pun atas seruanku kecuali kasih sayang dlm kekeluargaan " dan barang siapa yg mengerjakan kebaikan akan KAMI tambahkn kebaikan kepdnye. Sungguh Allah Maha Pengampun dan Maha Mensyukuri" :)

    naBellelah~

    ReplyDelete
  2. salam,
    good...a very good one... Harap² kite semua akan ambil pengajaran daripada artikel ni. Wassalam

    -hady-

    ReplyDelete
  3. B & hady: thanks for the comments.

    ReplyDelete