Mar 8, 2009

PEGANGAN YANG MUTLAK..


Pegangan memainkan peranan penting dalam menentukan keputusan dan tindakan. Pegangan yang jelas merupakan titik permulaan sesuatu kejayaan. Sekiranya anda melihat sejarah, setiap tamadun dibina dengan pegangan yang mapan.


Terdahulu kita melihat pembangunan sesebuah tamadun berasaskan pegangan yang kuat. Sebagai contoh tamadun Yunani yang berasaskan konsep kemanusiaan yang mendapat tempat sebagai peneraju dunia ini di mana fahaman ini sangat bertentangan dengan agama-agama lain di masa itu yang lebih menekankan sumber lain sebagai asas-asas ketuhanan. Mereka percaya Tuhan-tuhan mereka ini dalam bentuk fizikal manusia tetapi mempunyai kekuasaan, kekuatan dan qualiti yang sempurna berbanding dengan manusia biasa. Pentakrifan konsep manusia luarbiasa (‘super human’) memberi kesan yang mendalam dalam perkembangan teori-teori politik, ekonomi, akademik, sains, senilukis, senibina dan sebagainya. Teori ini sekaligus menjadikan konsep kemanusiaan sebagai garis ukur dalam kehidupan mereka. Mereka berjaya membangunkan tamadun dengan kekuatan kepercayaan mereka dan turut berjaya menempah tiket ke neraka…..


Tamadun Islam juga dicapai dengan pegangan yang terlalu hebat dan kuat. Apabila melihat kepada para sahabat, mereka menerima dakwah Rasulullah s.a.w dengan sepenuh hati, tanpa keraguan, tanpa sedikit tercalar….dan ini membuahkan hasil. Dengan bertauhidkan kalimah lailahailalllah….perubahan telah berlaku di muka bumi. Dengan berpegang kepada Al-quran dan sunnah….mereka mendaulatkan Islam dimuka bumi.


Terbaru, saya melihat sebahagian rakyat di Malaysia membuat demonstrasi, berarak dengan keyakinan untuk memperjuangkan bahasa ibunda, Bahasa Melayu @ Bahasa Malaysia. Ternyata pegangan mereka yang terlibat sangat kuat terhadap bahasa rasmi negara. Sila layari link dibawah untuk maklumat lanjut:

http://www.youtube.com/watch?v=xdXffWFVAH4&feature=related


Perarakan bersempena anti-PPSMI ini melibatkan hampir lapan ribu rakyat Malaysia. Terharu saya melihat kesungguhan rakyat Malaysia bersatu padu mengangkat martabat bahasa ibunda dan sanggup berdepan dengan pihak berkuasa tanpa sebarang keraguan. Namun di sudut hati saya…..sedikit keresahan mulai timbul….satu persoalan….Adakah ini pegangan orang Melayu yang rata-ratanya beragama Islam di negara kita? Adakah bangsa yang menjadi tunjang utama dalam perjuangan? Hilangkah pegangan kita kepada Al-Quran, hadith serta ijmak ulama’? Apakah matlamat utama kita untuk menghalang penggunaan bahasa Inggeris di sekolah menengah dan institut-institut pengajian tinggi yang lain? Sedangkan semakin banyak bahasa yang dapat kita kuasai, semakin banyak faedah yang akan kita dapati. Al-Quran sendiri menggunakan bahasa Arab dan bukannya bahasa Melayu. Sekiranya kita semua berjuang untuk bangsa maka kita akan menjadi nasionalis…sama seperti Kamal Attaturk bekas pemimpin Turki….Yasser Arafat… bekas pemimpin Palestin. Kita tidak berpegang pada Islam…itulah yang menjadi pokok kesilapan kita. Mereka yang terlibat ada menjerit Allahu Akhbar dalam demonstrasi tersebut…dan saya tidak melihat relevannya.


Dalam rukun negara jelas menekankan kepentingan yang pertama iaitu ‘Kepercayaan kepada Tuhan’, dan agama rasmi kita merupakan Islam, maka kita perlu percaya kepada agama dan meletakkan pegangan sepenuhnya kepada Islam. Tetapi sebaliknya kita menolak perkara ini dengan meletakkan faktor bangsa di hadapan. Apakah kepentingan untuk menolak bahasa Inggeris sekiranya banyak rujukan terkini adalah dalam bahasa Inggeris? Sedangkan menimba ilmu merupakan tuntutan agama Islam…Tidak pernah saya terfikir bahawa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya, ianya dapat mengurangkan gejala sosial yang semakin menular di kalangan REMAJA, MELAYU, ISLAM kini. Kembalilah kepada pegangan yang mutlak. Pegangan terhadap agama Islam yang ulung.


~Achmed si penjual permaidani Bangladesh~

5 comments:

  1. hye achmed! salam!


    buat yg tertanya2, PPSMI = Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik

    ooo anda org bangaladesh rupanyer, [kerajaan anda limitkan org islam myanmar dari mendapat kerakyatan negara anda.. agak terkilan disitu]

    nway achmed, ur writings never fail to impressed me!! keep it up!

    ReplyDelete
  2. Salam buat penulis..
    Pertamanya, ingin saya lanjutkan ungkaian terima kasih kepada teman yang mencadangkan link ini...

    Saya cukup tertarik dengan pandangan penulis, soal "pegangan mutlak"..Cumanya ingin saya nukilkan pandangan untuk bisa di kongsi bersama di sini..InsyaAllah

    Pokok "pengumpulan" warganegara di ibukota tempoh hari punyai tujuan yang beda dari fahaman penulis...yang sama sekali tidak bisa untuk disamakan atas nilai "akidah" atau "Pegangan MutlaK" atau "agama" yang penulis utarakan...Saya bukan sekadar setuju tetapi menyokong penuh penulis dalam soal akar bangsa perlu dihunjamkan pada agama...kerana ini bakal membuahkan ummah yang cemerlang duniawi dan ukhrawi..

    Dalam apa juga nukilan, bukankah kita diajar untuk memahami ISU itu sendiri...makanya isu "pengumpulan" warganegara tempoh hari bukan kerana tidak mau menuntut bahasa lain termasuk bahasa al-Quran tetapi sekadar menuntut dipermudahkan anak bangsa menimba ilmu bagi membina tamadun...

    Disini bukan isu bangsa yang menjadi tunjang perjuangan...Disini bukan soal hilangnya pegangan kita kepada Al-Quran, hadith serta ijmak ulama. Kalau ini yang penulis ingin soalkan, soalkan perhimpunan konsert2 yang dianjurkan saban ada perayaan, soalkan perhimpunan yang menjadikan gadis2 genet menari dlm majlis ulangtahun kemerdekaan, soalkan pengumpulan warganegara setiap hujung minggu di kelab2 diserata ibukota...Nah ini persoalan akidah dan tauhid dalam membina tamadun....

    Agak keterlaluan penulis menyamakan "pengumpulan" warganegara seperti Kamal Attarturk..tahukah penulis gerangan apa tindakan pemusnah sistem KHILAFAH ISLAMIYAH ini? Cukup2 berbeza....

    Ini sekadar pandangan saya yang kerdil...pokoknya fahami "ISU" sebelum berbicara..tajamkan hujah sebelum berkata-kata..hujah itu pula mestilah sedondon dengan ISU sebenar, jgn kita merewang tanpa memahami ISU yang nyata...ISU PPSMI bukan hanya soal bahasa tetapi membina ummah madani, cemerlang duniawi dan ukhrawi.

    Renungkan...AGAMA itu Sendi Pada Bangsa...lantas untuk memahami AGAMA, Bahasa menjadi sendinya...ISLAM itu mudah tapi jgn dipermudahkan...Sekali lagi saya tegaskan, SAYA SETUJU dengan penulis soal "pegangan Mutlak" pada "AKIDAH", tetapi malangnya rentetan peristiwa yang disandarkan agak terpesong dari tujuan murni penulis.

    Wallahualam.

    Ibnu Ismail

    ReplyDelete
  3. salam...
    soal PEGANGAN merupakan somethg yang sukar untuk dipertikaikan....

    bagi seorang yg mukallaf (yang dibebankan) yakni kita semua, kita perlulah mempunyai pegangan terhadapa sesuatu... namun tahap pegangan bergantung kpd individu dan persekitaran individu tersebut berada... apatah lg bg seorang daie dan org yg bercita2 bersama kemenangan islam, pegangannya perlulah mantap, bkn bagai kan lalang, mengikut angin yg bertiup...

    bila 'ISU' itu menjadi popular, die bersemangat tiba2, kemudian, bila isu itu senyap, die pun mula redup dan 'cool'...

    pokoknya, isu pegangan bukanlah bergantung kpd tahap kePOPULARan ISU YANG DIUTARAKAN pada sesuatu mase atau mengambil ksmptn atas smtg, tp kita perlu mapan dan teguh pada pendirian yang dipegang...

    maaf sekiranya lari tajuk drpd artikel di atas, cume memberi idea spy kita berfikir...

    wallahu'alam...

    Hitam Putih

    ReplyDelete
  4. Salam kepada saudara2.

    Pendapat yang berbeda tidak bermaksud kita mempunyai fikrah yang berlainan. Syukur kepada Ilahi...masih ramai golongan yang tetap berjuang dijalanNya seprti saudara-saudara.

    Tidak dinafikan iman saya seperti lalang..ditiup angin akan bergoncang..ada pasang surutnya..kadangkala khilaf yang kecil mengusik.. bagaikan angin kencang yang bisa menggoyangkan hati ini.

    Namun saya memilih jalan ini... Untuk menjadi seorang daie, saya masih belum berkelayakkan, masih banyak kekurangan, masih banyak keruntuhan di dalam hati..tetapi saya terus bercita2 untuk tetap di jalan ini..untuk memegang amanah yang Satu..

    Saya tidak meminta2 pandangan ini diterima...cukuplah dengan doa saudara2 untuk saya tetap dijalanNya...insyAllah.

    -Achmed yang serba kekurangan- ^_^ *kesetiaan*

    ReplyDelete
  5. salam, wahhh..banyak kita boleh dapat dari perbincangan ni.. secara peribadi, saya setuju dgn kedua2 belah pihak..

    utk saudara ibnu ismail saya setuju dgn pendapat anda yg kepentingan bahasa bagi membina ummah madani, cemerlang duniawi dan ukhrawi. secara statiknya begitu banyak anak2 melayu kita ketinggalan dalam pelajaran terutamanya kanak2 luar bandar ini menyebabkan mereka menjadi rendah diri, hilang daya saing dan takut untuk ke sekolah dan seterusnya terlibat dalam pelbagai aktiviti2 sosial lalu menularlah 'mat rempit', 'bohsia', dan sebagainya yg terlalu banyak utk diceritakan..Secara tidak langsung melayu akan terus tenggelam dalam 'keseronokan' duniawi dan islam tidak lagi dipraktiskan dalam kehidupan di mana kita sendiri sedia maklum bahawa wahyu pertama yg diturunkan ialah surah al-alaq(96):BACALAH DGN MENYEBUT NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN.. sekarang kita nampak betapa pentingnya ilmu dalam hidup di mana Allah s.w.t sendiri menyuruh kita membaca..

    Tetapi tidak dinafikan apa yg saudara achmed utarakan ada benarnya.. cthnya pengumpulan warganegara itu sebenarnya agak mengikut nafsu walaupun pada mulanya niat mereka adalah murni iaitu utk menyedarkan masyarakat..
    Sebagai umat islam kita perlulah islam dalam semua aspek kehidupan termasuklah muslim dari sudut akhlak dan sebagai rakyat kita sedia maklum akan rukun negara yg ke5- kesopanan dan kesusilaan. Spt kata saudara achmed tidak ada relevannya melaungkan Allah huakhbar sedangkan kita bukanlah berada di situasi yg begitu terancam cthnya spt di Gaza. Org bkn islam hanya akan mentertawakan kita dan mengatakan bahawa kita terlalu dramatis dan "uneducated" dan ini hanya akan menghilangkan rasa hormat mereka kpd kita dan bagaimana pendapat kita akan diterima??
    saya tidak mengatakan salah utk melakukan pengumpulan itu, tetapi lakukan lah tanpa mengikut hawa nafsu di mana akan mendatangkan mudarat semata2 cthnya penyemburan gas pemedih mata dan kasihan wanita2 dan kanak2 yg turut menjadi mangsa.. kita lihat pula apa impaknya kpd kanak2 tersebut apabila melalui semua itu pada usia yg kecil.

    tidak dinafikan bahasa inggeris amat pntg kerana ia merupakan bahasa ilmu ttp biarlah anak2 kita tahu dan mahir dlm 'basic english' dahulu sebelum pembelajaran dalam bahasa inggeris dalam sains dan matematik diteruskan.

    Terlalu banyak utk dibahaskan dan alhamdulillah kita semua masih di jalan yang sama..Jadi, penyelesaian yg terbaik haruslah difikir bersama.. Yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk jua datangnya dariNya tetapi atas kelemahan kita sendiri.. harap maaf jika saya tersalah dan ini hanyalah pandangan saya semata2..


    ~i luv islam~

    ReplyDelete