Nov 24, 2009

PENGORBANAN, SANGGUPKAH KITA??

pic_2006-12-29_231013.jpg image by pixelcode
Pernahkah kita mengorbankan sesuatu untuk Islam?Sesuatu yang amat kita banga-banggakan di hadapan manusia; sesuatu yang kita khuatiri kerugiannya atau kerusakkannya? Mungkin tatkala kita diminta untuk mengorbankan sesuatu untuk Allah kita akan memberikan sesuatu yang berkualiti buruk atau sesuatu yang tidak kita suka?


Jikalau itu yang terjadi sepatutnya kita malu dengan apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim As dan putranya Nabi Ismail As. Sejarah mencatat, bertahun-tahun lamanya Nabi Ibrahim mengharapkan keturunan dari Allah yang akan meneruskan risalah ketauhidan. Dengan izin Allah baginda telah dikurniakan Ismail dikala usianya telah


Seluruh cinta ia hadiahkan atas belahan jiwanya. Namun, rasa cinta itu mesti diuji dengan pengorbanan terhadap Allah yang Maha tinggi. Pada ketika anak itu masih bayi, baginda telah diperintahkan untuk meninggalkannya berserta ibunya , Hajar, di satu lembah yang kering kontang. Kemudian setelah anak itu remaja dia diarahkan oleh Allah dalam mimpinya untuk menyembelih anak itu pula, sebagaimana yang terkandung dalam Al-Furqan

“Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) Surah Al-Saffat berkata , “Wahai anakku !Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu ,” [Surah As- Saffat 37:102].

Bukankah ini merupakan satu ujian yang amat besar? Namun, demi kerana Allah swt, tidak sedikit pun terpancar rasa kesal dan keraguan pada hati Nabi Allah Ibrahim as apabila menerima arahan sebegitu. Bahkan anak beliau sendiri, Nabi Ismail as tidak pernah cuba melarikan diri ketika dikhabarkan perintah ini. Sebaliknya beliau sendiri yang berjalan dengan
rela ke tempat penyembelihan, meminta diikatkan kaki dan tangan agar tidak meronta dan diminta ditutupkan wajah agar ayahnya tidak bersimpati.

"Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang−orangyang sabar” [37:102]

Saat Nabi Ibrahim akan menyembelih Ismail, nyatalah diantara keduanya kesabaran luarbiasa [37: 103],

kemudian Allah menebusnya dengan sesembelihan yang besar untuk menggantikan pengorbanan yang dilakukan [37:107]



Pelajaran berharga dari peristiwa ini ialah nilai pengorbanan bahwa Allah itu di atas segala−galanya, bahwa Allah tiada tandingan dan tiada duaNya. Pelajaran berharga itu lahir dari orang−orang yang sabar menjalani perintahNya. Mereka ialah orang yang Allah pilih dan
dicatat dalam kitabNya sebagai inspirator kesabaran, kesungguhan berkorban, keteguhan iman, kemurnian cinta dan kesejatian ketaatan dalam melaksanakan perintahNya.


Peristiwa ini menjadi tunjang kepada ibadah qurban yang dilakukan oleh umat islam di serata dunia pada hari ini. Kendatipun begitu, ibadah qurban ini bukanlah semata² meniru perbuatan Nabi Allah Ibrahim dan Ismail as. Ibadah qurban adalah lebih besar dari itu. Sebagaimana Allah memerintahkan Nabi Ibrahim as menyembelih anaknya Ismail, bukanlah kerana Allah inginkan daging atau darah Nabi Ismail as itu akan tetapi hanyalah untuk menguji ketaatan dan kepatuhan serta ketaqwaan Nabi Ibrahim as tehadapNya.


Begitulah juga ibadah qurban yang disyariatkan kepada kita, umat Nabi Muhammad saw. Allah menjelaskan di dalam al-Quran bahawa tidak sampai kepadaNya daging dan darah haiwan sembelihan kita melainkan hanya ketaqwaan kita yang Allah perhatikan. Tidak sepertimana dakwaan kaum Yahudi bahawa asap dari haiwan qurbanan yang dibakar itu yang akan membuat Allah gembira.


Daging-daging sembelihan korban kamu dan darahnya semata-matatidak mencapai keredaan Allah tetapi taqwa kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah di atas petunjuk-Nya kepada kamu dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. [Surah al-Haj 22: 37]


Maha Suci Allah dari sifat kekurangan. Bukanlah Allah tidak mengetahui akan takat ketaqwaan dan kepatuhan para nabi terhadapNya. Bahkan tidak wujud satu perkara walau sebesar zarah sekalipun melainkan tidak lepas dari pengetahuan Allah, Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Semua ini (arahan kepada Nabi Ibrahim as untuk menyembelih anaknya) bukanlah untuk Allah sebaliknya hanya untuk kebaikan hambaNya itu semata mata. Dengan pengujian yang sebegitu, bagi orang-orang yang tebal imannya, akan bertambah suburlah
ketaqwaan mereka kepada Allah. Apatah lagi sepertimana Nabi Ibrahim as yang mendapat simpati Allah apabila tatkala pedangnya mencecah leher Ismail as, maka Jibrail as telah turun dan meletakkan qibas di tempat Ismail as. Tentu sahaja akan lahir rasa terharu dalam jiwa kedua insan mulia itu melihatkan sifat Maha Pengasih Allah.


Relatifnya dengan kehidupan kita pada hari ini, kita juga dituntut untuk melakukan pengorbanan. Namun pengorbanan yang bagaimana? Adakah cukup setakat dengan menghulurkan leher haiwan ternakan kita? Atau adakah kita juga perlu menyembelih anak kita sebagai bukti ketaqwaan kita? Sesungguhnya tidak! Kerana terdapat banyak perkara yang boleh kita qurbankan di sekeliling kita.

Untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad saw adalah kerana kita dikurniakan tanggungjawab untuk menggalas kerja-kerja para nabi. Itulah tugas menyampaikan, tugas berda’wah. Di dalam mencapai maksud tujuan da’wah ini, tentu sahaja terlalu banyak pengorbanan yang perlu kita lakukan. Dengan tugasan da’wah, tentu saja kita akan kehilangan masa-masa emas kita bersama keluarga. Selain itu, harta dan tenaga juga terpaksa digunakan dengan banyaknya dalam mencapai matlamat. Ini juga dipanggil pengorbanan. Kerana
hakikatnya, walaupun tidak ada daging atau darah haiwan yang dialirkan, kesemua perkara di atas menuntut kita untuk mempamerkan ketaqwaan yang bukan kepalang banyaknya.
Adakah Allah akan mensia-siakan segala pengorbanan yang kita lakukan? Demi Allah tidak! Kerana Allah telah menjanjikan pengakhiran yang baik bagi orangorang yang memperjuangkan
agamaNya dan Allah tidak akan pernah memungkiri janjiNya.

“Wahai orang-orang yang beriman.Mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungaisungai, dan ke tempat-tempat tingaal yang baik di dalam syurgaAdn. Itulah kemenangan yang agung” [as-saff61:10-12]

Sayang sekali terlalu sedikit di kalangan kita yang sudi melakukan pengorbanan demi kerana Allah. Bukan tidak ada tetapi bilangannya terlalu sedikit. Dan bilangan yang sedikit ini pula dicaci dan dihina dengan pelbagai cacian dan penghinaan. Mungkin orang jijik melihat kedhaifan mereka sedangkan pada sisi Allah kedudukan mereka adalah tinggi dan mulia.


Sebaliknya kita lebih cenderung untuk menyanjungi mereka yang bukan sahaja tidak melakukan pengorbanan atas nama da’wah, sebaliknya menggunakan agama sebagai platform untuk mengumpul harta. Astaghfirullahal‘azim… Selain itu, banyak juga terdapat antara kita yang melakukan pengorbanan yang tidak kena pada tempatnya. Mengorbankan masa semata-mata untuk kerjaya, mengorbankan harta semata-mata untuk mencapai kedudukan, mengorbankan tenaga untuk keseronokan dan entah apa-apa lagi bentuk pengorbanan yang akhirnya membawa kepada pengharapan kepada makhluk dan kemurkaan Allah.


Sedangkan hakikat yang sebenar, segala-galanya hanyalah semata-mata atas ketentuan Allah. Marilah kita berdoa semoga kita tidak tergolong dalam golongan manusia yang sia-sia pengorbanannya. Dan marilah juga kita berdoa semoga Allah membukakan pintu hati kita agar lebih mudah untuk berkorban kerana Allah. Sesungguhnya pengorbanan adalah pengujian terhadap takat ketaqwaan. Alangkah baiknya jika dapat kita mencapai ketaqwaan yang tinggi takatnya. Alangkah baiknya jika kita menjadi penghuni syurga yang abadi. AllahuAkbar…

No comments:

Post a Comment