May 19, 2010

Duhai hati...

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan oleh Al-Khaliq utk mencoretkan sesuatu dlm blog ini..

Pemandangan yang dilihat pada hari ini benar2 menyentuh hati sy untuk dikongsi bersama, pemandangan bayi2 yang dilahirkan cacat dengan pelbagai kekurangan.. absence of trachea, absence of a part of aorta, inflammation of intestines, kelahiran pramatang dan sebagainya di unit rawatan rapi benar2 menyentuh hati apabila melihat tubuh sekecil itu dipenuhi bekas2 jahitan serta diulit wayar2 kecil berselerakan... Maha suci Allah, betapa kuatnya semangat tubuh kecil itu bertarung dengan kesakitan yang maha hebat hanya utk mendapat peluang merasa nikmat udara yang Engkau berikan..Pemandangan ini membuatkan tersingkap kembali, pemandangan yang SAMA pada 2 tahun lalu, ketika kita mula mengenali INI SEJARAH KITA yang membuatkan hati2 kita yang telah dianugerahi nikmat ihsan dan naluri kemanusiaan oleh Allah yang maha penyayang kepada hamba2Nya begetar menangis kesedihan mengenangkan nasib umat islam masa kini...

pemandangan yang sama jugalah telah membuahkan semangat yang berkobar2 dalam diri utk mengubah nasib umat islam... pemandangan yang sama jugalah membuatkan kita benci pada kekejaman dan cintakan kedamaian... dan pemandangan yang sama jugalah telah menarik hati kita utk mendekatkan diri, sujud dengan ikhlas memohon ampunanNya bagi membersihkan hati dan mengejutklan diri yang selama ini lalai dibuai indahnya nikmat duniawi sehingga kita hampir dijangkiti penyakit 'wahn'..Pemandangan akibat kerakusan rejim zionis dimana beribu2 nyawa tidak berdosa terkorban, beribu2 kanak2 menjadi yatim piatu kehilangan tempat bergantung,beribu2 manusia mengalami kecacatan kekal dan pelbagai pemandangan yang tidak mampu untuk saya luahkan melalui kata2..

Duhai hati, tidakkah 'engkau' tersentuh melihat penderitaan saudara2mu. tidakkah 'engkau' mempunyai secebis rasa simpati untuk mereka? kerasnya 'engkau' duhai hati andai masih tegar tersenyum, bersenang lenang, gelak ketawa di dalam "comfort zone" ciptaanmu sendiri setelah puas dihidang dengan perkhabaran saudaramu yang masih berduka..

duhai hati, dengarlah dan hayatilah sabda kekasih Allah Muhammad s.a.w kepadamu,

"Seseorang di antara kalian tidak dikatakan beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaiman dia mencintai dirinya sendiri...

" Ketahuilah bahwa di dalam jasad itu terdapat segumpal daging, bila ia baik maka baiklah seluruh jasad itu, dan bila ia rosak maka rosaklah pula seluruh jasad, ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati..." (Hr bukhari dan muslim)


Duhai hati layakkah untuk 'engkau' tidak memberi kepada yang memerlukan sedangkan setiap saat 'engkau' meminta dan memohon kepada yang maha pemurah? mahalkah secebis doamu untuk saudaramu?

Duhai hati, dengarilah dan hayatilah pula sabda Penciptamu,

" Wahai orang yang berselimut,bangunlah, lalu berilah peringatan! dan Tuhanmu agungkanlah, dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa tinggalkanlah, dan janganlah kamu memberi dengan maksud memperoleh balasan yang lebih banyak.. dan untuk memenuhi perintah Tuhanmu, bersabarlah... "(Al-muddatsir,; 1-7)

Duhai hati, sekarang lihatlah realiti masyarakatmu... lihatlah dan nilailah kesan kealpaanmu terhadap suruhanNya..



Duhai hati, kembalikan semula semangat, kuatkan semula keyakinan, dan teguhkan semula pendirianmu yang semakin pudar dibuai keindahan duniawi.. praktiskanlah segala ilmu yang engkau perolehi kepada amal yang mampu membantumu kelak... salurkan khudratmu untuk membantu membimbing dan memberi kepada mereka yang memerlukan...dan tunaikanlah amanah dan hak shahadahmu sebelum 'engkau' kembali menghadap Al-Khaliq.. bangunlah dan sahutlah seruan Penciptamu..


"Pada hari harta dan anak2 lelaki tidak berguna, kecuali orang2 yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.." (As-syuara; 88-89)

No comments:

Post a Comment