May 1, 2010

Kita ada tanggungjawab..!!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..(n_n)..

Isu tarbiyah dan dakwah sering kali jadi topik usrah di Poland..tak dinafikan tanggungjawab dakwah ini berat..bagi mereka yang kurang memahami mungkin akan menganggap ia satu beban..sebab itu ia perlu diingatkan selalu..untuk sentiasa yakinkan kita sentiasa ada jalan untuk melaksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi Allah..bukan sekadar untuk beribadat seorang diri, namun penting untuk kita mentarbiyah mereka yang ada disekeliling kita untuk turut sama paham serta mengamalkan agama Allah..

Senario masyarakat sekarang yang semakin kronik..zina merata-rata, buang anak..rogol..bunuh dan banyak lagi buat saya tertarik untuk berkongsi satu hadith..insyaAllah..yang nak menunjukkan betapa pentingnya kita menyebarkan agama Allah...


Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw), beliau berkata :" (pada suatu hari) Rasulullah saw masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung ibu jari dan hujung jari sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya :"Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi saw bersabda :"Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak". (HR MUSLIM)

Hadis di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang soleh juga akan dibinasakan. Sudah tentu, bila kemungkaran berleluasa, kita turut merasai tempiasnya. Iman akan mudah tergugat apabila kemungkaran sudah dianggap sebagai kebiasaan dan apabila masyarakat sudah mula berfikiran "alaa..normalah..masyarakat sekarang". Kesannya bukan hanya di dunia sahaja tapi di akhirat kelak kita turut ditanya adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita setelah kita mengaku kita beriman kepadaNya.? Adakah kita sudah mengajak mereka disekeliling kita untuk mendekatkan diri dengan agama Allah atau kita sekadar melepaskan diri kita sahaja?

Oleh itu, segala bentuk kemungkaran dan kafasiqan hendaklah segera dibasmi dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan. Tiada istilah "kubur lain-lain", "aku tidak layak", "jangan jaga tepi kain orang" untuk kita lepaskan diri dari tanggungjawab ini. Dakwah itu seni. Tidak semestinya bila kita dah hafal satu Al-Quran dan hadith baru kita boleh berdakwah. (kalau hafal lebih baik..jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai hujah hidup kita).Cara hidup, teguran, kata-kata hikmah kita juga boleh dijadikan bahan dakwah selagi mana ia tak bertentangan dengan Al-Quran dan hadith. Tidak salah rasanya untuk kita mengajak orang lain mengerjakan kebaikan dalam masa yang sama kita sentiasa cuba memperbaiki iman kita. Mungkin kita bukan pihak berkuasa yang mampu untuk membanteras kemungkaran ini secara habis-habisan. Namun, kita boleh mulakan dengan menasihati kemungkaran yang berada di sekeliling kita. InsyaAllah, jika semua umat Islam sudah mula sedar akan tanggungjawab ini, masyarakat Islam yang sempurna dapat diwujudkan..

Dalam hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw, sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain.

Mengenai Ya'juj dan Ma'juj pula, ada pendapat mengatakan mereka adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa itu dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan di permukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat.

Allahu Taala A'lam..=)

No comments:

Post a Comment