May 26, 2010

Demi waktu Dhuha...

Bismillahirahmanirahim,

Demi waktu Dhuha dan demi malam apabila ia sunyi.Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik dari permulaan. Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaanNya kepadamu lalu hati kamu menjadi puas. ( Ad-Dhuha; 1-5)

Jika diperhatikan di sini, Allah s.w.t bersumpah menggunakan waktu dhuha..apakah keistimewaan waktu dhuha sehingga Al-Khaliq bersumpah menggunakan waktu ini?


Ya Allah! sesungguhnya waktu dhuha ini adalah dhuhaMu, segala kecantikan adalah kecantikanMu, segala keindahan adalah keindahanMu, segala kekuatan adalah kekuatanMu, segala kekuasaan adalah kekuasaanMu, dan segala perlindungan adalah perlindungaMu...
Ya Allah! sekiranya rezekiku terdapat di langit maka turunkanlah, sekiranya rezekiku terdapat di dalam bumi maka keluarkanlah, sekiranya rezekiku susah didapati maka mudahkanlah, sekiranya rezekiku haram maka sucikanlah, dan sekiranya rezekiku jauh maka dekatkanlah...
Dengan kebenaran dhuhaMu, kecantikanMu, keindahanMu, kekuatanMu dan kekuasaanMu maka kurniakanlah kepadaku apa yang telah Engkau kurniakan kepada hamba2Mu yang soleh...




Jelaslah disini bahawa Allah yang maha pemurah mengajak kita menghadap hati dengan tawadhu' bertemuNya di waktu dhuha ini, semata2 untuk Ar-rahman menganugerahi rezeki yang halal kepada kita... sebagai salah satu cara pengakhiran usaha2 kita...


Berkata Abu Murrah at-Tha'ifi r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, Allah berfirman;
" Wahai anak Adam! bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, nescaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.." (riwayat ahmad)


Dalam riwayat yang lain Rasullullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah,
dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak emp
at rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Melalui firman Allah s.w.t dan hadis2 Nabi s.a.w, jelaslah mengapa solat sunat dhuha dikategorikan sebagai solat sunat muakkad (sangat2 dituntut) oleh imam Syafie, Malik dan Ahmad...





Mulakanlah langkah menuju kejayaan dengan lafaz Bismilah dan hatilah2 supaya setiap langkah kita tidak menyakiti sesiapapun termasuk semut yang kecil.

Dengar dan sahutlah panggilan azan setiap 5 waktu kerana di dalamnya ada jemputan Allah untuk kita berjaya.

“Haiya ‘alal falah” …..marilah menuju kejayaan.

Azan dilaungkan dari rumah Allah yang mulia maka berjalanlah ke sana untuk mencari kejayaan apabila dipanggil tanpa berlengah2. Ia adalah panggilan Allah pemilik kejayaan yang kita inginkan itu.

Kejayaan yang sempurna ialah apabila usaha dilakukan penuh ikhlas dan meletakkan diri dalam genggaman Allah sepanjang masa.




~ Dan apabila hamba2Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintahKu dan hendaklah mereka BERIMAN kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran~ (al-Baqarah; 186)



Ya Allah! keranaMu kami bersaing, berusaha dan berperang. Wahai Tuhan! ampunilah kami, rahmatilah kami dan terimalah taubat kami.. Sesungguhnya Engkau maha menerima taubat lagi maha penyayang...

No comments:

Post a Comment