Jan 11, 2013

Ya Allah,sanggup Kau biarkan aku begini



Seorang hamba Allah terdampar di sebuah pulau yang terpencil setelah kapal yang dinaikinya karam akibat ribut taufan. Saban waktu dia berdoa kepada Allah agar diselamatkan. Dengan penuh harapan dia sering ke tepi pantai untuk mencari bantuan. Hari berganti hari, siang berganti malam.

Tetapi hampa belaka. Bantuan yang dinanti tidak juga kunjung tiba.

Menggunakan sisa-sisa tenaga yang ada, dia membuat sebuah pondok kecil sebagai tempat berteduh. Satu hari, seperti biasa dia keluar mencari makanan di dalam hutan di pulau itu. Sekembalinya dari hutan, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati pondok kecilnya terbakar dijilat api yang marak.

Lantas mengadulah si hamba ini kepada Tuhannya,
“Allah...sanggup Kau membiarkan aku dalam keadaan begini.”






Keesokan harinya, dia terdengar bunyi kapal mendekati pulau tersebut. Mereka datang untuk menyelamatkannya.

“Bagaimana anda tahu saya berada di sini?” Tanya hamba Allah tersebut.

“Kami nampak asap berkepul naik ke langit dari arah pulau ini.” Mereka menjawab.

Amatlah mudah untuk kita merasa kecewa apabila sesuatu yang buruk berlaku. 

Tetapi janganlah kita berputus asa kerana sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama kita walaupun dalam keadaan kita tersepit dan kesakitan.

Jadi ingatlah, jika suatu hari nanti “pondok kecil” kita terbakar hangus – mungkin ianya satu petanda rahmat dari Allah S.W.T. itu hampir.






Penulis:

Ara (nama pena)
Pelajar perubatan tahun ketiga
Medical University of Warsaw

1 comment: