Jan 19, 2013

DERIA KETUJUH


PAIN, is a kind of protection. People who lose th"e sense of pain tends to harm themselves" - Prof. Moczulski @ Diabetology lecture
"SAKIT, adalah sejenis perlindungan. Orang yang kehilangan rasa sakit cenderung untuk mencederakan diri mereka" - Prof. Moczulski @ Kuliah Diabetology

Kita sedia maklum dengan 5 pancaindera yang kita miliki;

Melihat (mata), mendengar (telinga), menghidu (hidung), merasa (lidah), sentuhan (kulit).
Ada juga yang memiliki kononnya deria keenam, deria yang dapat melihat makhluk-makhluk halus..

Tetapi, suka untuk saya tambah sendiri DERIA KETUJUH yang saya kira sama penting, malah sebenarnya lebih penting daripada kesemua deria di atas.

Jika kelima-lima deria utama di atas membantu melindungi diri dari sebarang bahaya di dunia, deria ketujuh ini pula memberi perlindungan lebih dari itu!

Wah! Deria apakah ini?? *teruja*

Deria ketujuh ini adalah DERIA HATI





Ini bukan ‘hati’ secara anatomi ye..dan juga bukan ‘hati’ yang orang lukis bentuk jantung (heart) itu..tetapi ini adalah ‘hati dalam dada (22:46)’, yakni hati yang bersifat ruh.

 Apabila tangan menyentuh api, deria sentuhan yang sihat akan menghantar signal “bahaya!” ke otak, lalu otak menghantar signal ke tangan supaya dialihkan segera daripada api tersebut.

Jika deria sentuhan tidak sihat dan tidak sensitif, maka tiada signal “bahaya!” dihantar ke otak. Akibatnya,  kita tidak akan merasa sakit dan akhirnya menyebabkan tangan kita terbakar!

Itu lah yang dimaksudkan oleh pensyarah saya tadi, “PAIN, is a kind of protection.” ;)

Sebagaimana ‘sakit’ itu melindungi kita daripada mencederakan diri sendiri, sama juga dengan HATI yang melindungi kita daripada melakukan dosa, daripada mengingkari perintah Allah.

Hati yang hidup dan sihat akan sensitif terhadap dosa-dosa yang dilakukan dan segera bertaubat memohon keampunan Allah.

Hati yang tidak sihat dan mati, tidak merasa apa-apa apabila melakukan dosa. Malah lebih teruk lagi apabila hati itu berbangga dengan dosa yang dilakukan!

Maka sangat sangat penting untuk kita pelihara sensitiviti ‘deria hati’.


Sangat sangat penting untuk kita pastikan hati kita sentiasa hidup dan berada dalam keadaan sihat.
Jika pancaindera yang lain rosak, kita cenderung untuk mencederakan diri kita di dunia sahaja.

Tetapi jika ‘deria hati’ kita yang rosak, kita cenderung untuk mencampakkan diri kita ke neraka! Nauzubillah! T_T





“Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.”
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.


http://www.youtube.com/watch?v=LUjPYWc0-Y4


Penulis:
Nurul Fadhlina Mohamad Edil
Pelajar perubatan tahun ke empat
Medical University of Lodz







No comments:

Post a Comment