Apr 24, 2013

BERUBAH ITU SUATU PROSES



Jika kita lihat bagaimana kita hari ini, apakah proses yang telah kita lalui sehinggakan kita berada di tahap sekarang?Cuba kita fikirkan kembali bagaimana hari ini kita mampu berjalan.Pastinya ada proses meniarap seterusnya merangkak dan berjalan.Kita bukan dilahirkan untuk terus berlari tanpa melalui satu proses perubahan.Fasa di mana kita belajar.Kadang-kadang kita jatuh tersungkur di tengah jalan.Namun kerana semangat kita bangkit dan teruskan usaha.Kita tidak kenal erti putus asa.Perubahan dalam diri seseorang itu sebenarnya suatu proses yang memerlukan kesabaran, usaha , keinginan yang kuat dan istiqamah.

Pastinya perjalanan mengenal Tuhan itu juga penuh dengan ujian. Bilamana kita terfikir pandangan orang lain terhadap kita apabila kita berubah. ‘Bolehkah aku berpakaian sebegini,nanti takkan ada yang nak kawan..’ ‘ Boleh ke nak post benda baik-baik kat facebook nanti orang cakap aku ustazah  pula’  Kadang-kadang kita sibuk fikir apa orang lain akan rasa berbanding apa sebenarnya yang kita mahu. Apa sebenarnya impian kita untuk hidup di atas dunia ini. Pastinya kita mahu menjadi hamba Allah yang diredhaiNya bukan ? Kita mahu menggapai syurgaNya bukan ? Jadi tunggu apa lagi, marilah kita berubah.

(Qs 5:119)

 Allah berfirman: "Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar".

Dan pastinya sepanjang proses perubahan itu banyak yang perlu kita korbankan. Kita perlu tinggalkan sesuatu yang mungkin sudah menjadi kebiasaan kita. Atau mungkin perlu menahan pandangan pelik dari kawan-kawan. Namun  setiap kali itu terjadi ingatlah balik kerana siapa kita berubah. Mengapa kita berubah. Perbaharui niat kita selalu. Ingatlah langkah yang pertama untuk itu pasti banyak dugaannya, namun apabila kita sudah bergerak untuk berubah pastinya hati kita akan  lebih tenang. Hendak mula bernafas sewaktu  mula-mula keluar dari rahim ibu juga susah. Ini kan pula membuang karat jahiliyyah dalam diri.

(Qs 2:245)

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

Tetapi ingatlah perasaan kita juga pinjaman yang kita boleh berikan pada Allah. Dan Allah telah berjanji akan melipat gandakan  balasannya. Berganda-ganda lebih banyak.. Jadi apakah kita masih perlu menunggu?

Pintu taubat Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang itu sentiasa terbuka luas pada hambaNya yang menginginkan keredhaanNya. Hanya manusia yang selalu bersikap sombong dan lupa untuk meminta.

Marilah kita menempuh proses mengenal Tuhan di muka bumi ini agar di akhirat nanti kita akan berjumpa kejayaan yang hakiki.

Sekian.




Penulis:

Nazareth Zahra
Pelajar perubatan tahun ke tiga
Medical University of Warsaw

No comments:

Post a Comment